Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Khamis, 20 Jun 2013

Aiman dalam kenangan...... (maafkan mama sayang)

Assalamualaikum w.b.t.
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Berat hati ni nak melepaskanmu, sehingga saat ni mama masih tak percaya yang mama sudahpun kehilangan buah hati yang mama tunggu selama 36 minggu. Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu.


Jumaat / 07.06.2013
Kali pertama mama dengar tangisan Adik, kuat tapi comel hati mama gembira sangat. Kemudian Adik diletakan di dada mama, walaupun Adik kotor tapi mama suka sangat. Muka bulat Adik buat sakit mama hilang sekejap. Tersenyum mama tengok mimik muka tak puas hati Adik sebab dipaksa menangis oleh doktor. Mama usap pipi Adik, Adik diam dan sambung tidur semula. Nurse ambil Adik dari mama untuk dibersihkan serta diperiksa tahap kesihatan sebelum dikembalikan semula pada mama. Lama mama tunggu tapi Adik tak muncul2. Akhirnya mama bertanya pada nurse mana anak mama, nurse kata Adik bernafas laju jadi mereka beri oksigen sekejap sebelum dihantar ke MHICU untuk pemeriksaan lanjut. Mama minta bertemu Adik sebelum mereka bawa Adik ke sana. Mereka benarkan Adik dipelukan mama seketika. "Assalamualaikum...adik" Adik buka mata sikit kemudian tidur semula sesekali menjeling bila nurse secara tak sengaja terlepas barang dan akibat bunyi bising. Amboi garangnya anak mama ni. Mama cium dahi Adik dan kemudian mereka bawa Adik pergi. Sedih juga mama malam ni, sebab mama tak dapat tidur dengan Adik, sesekali terasa cemburu melihat ibu-ibu di dalam wad menyusu anaknya.

Sabtu / 08.06.2013
Lepas doktor buat pemeriksaan, dia benarkan mama balik selepas menyusukan Adik. Tak nak tunggu baba, mama pergi sendiri ke MHICU untuk bertemu Adik. Nurse kat wad risau juga sebab mama masih lemah tapi mama kata mama ok. Mereka dah start bagi Adik antibiotik dan beri adik susu tapi mereka benarkan mama menyusukan Adik. Adik tidur jer, takpelah asalkan mama dapat peluk Adik. Doktor tak benarkan adik balik lagi sebab adik perlu habiskan antibiotik mungkin ambil masa 5 hari. Kecewa juga mama tapi takpelah asalkan adik sihat. Adik dipindahkan ke wad K5 dan mama boleh stay ngan adik. Hari ni baru adik diazankan oleh baba, sebab semalam baba tak sempat jumpa adik. Malam ni kita dapat tidur bersama. Mama dapat menyusukan adik walaupun susu masih belum ada. 

Ahad / 09.06.2013
Bosan betul tinggal dalam wad, dah la tak boleh ada pelawat hanya ibubapa jer yg dibenarkan melawat. Rindu ngan abang dan kakak. Abang dan kakak hanya dapat menatap gambar adik jer dan sesekali dengar suara mama melalui telipon. Adik pula, asyik tidur jer. Kadang-kadang mama sengaja kejutkan adik, sengaja buat adik menangis. Seronok tengok adik menyusu, pipi adik yang bulat tu bergerak-gerak sambil tangan tolak baju mama. Sesekali genggam tangan mama. You are so cute adik. Mama tak putus-putus cium adik. Walaupun nurse tak bagi tidur sekatil dengan adik, mama ambil kesempatan menyusukan adik sambil berbaring kena tegur ngan nurse "menyusu ker tu, kalau baby tidur letak dalam cot ye." Kesian adik badan dah mula panas sebab kurang susu. Adik dah kurang buang air kecil dan besar. Sepatutnya baby sekurang-kurangnya tukar lampin 8 kali sehari tapi adik hanya 2 kali jer.

Isnin / 10.06.2013
Seperti semalam, antibiotik adik masih belum habis, mama perhatikan adik asyik tidur jer. Adik dah tak berak, ini bermakna adik kurang susu. Malam tu mama minta nurse bagi susu formula kat adik sebab mama tahu adik kurang susu. Bila mama pam susu, memang tak keluar langsung susunya. Nurse nasihatkan mama terus susukan adik. Lama kelamaan susu akan ada juga. Adik hisap kuat sehingga melecet nipple mama dan kemudian adik tidur nafas adik pula semakin laju, selepas menyusu adik kelihatan letih sangat. Antibiotik disuntik melalui line yang ada pada tangan adik. selalunya adik tak nangis bila disuntik tapi malam tu, adik menangis rupanya tangan adik membengkak. Nurse cabut jarum tu malam ni jugak. Kesian adik, bila mama dakap adik, adik diam dan tidur semula.


Selasa / 11.06.2013
Leganya rasa bila doktor kata adik dah off antibiotik, tapi adik kena demam kuning pula sebab tak cukup susu. La kesian adik terpaksa tidur bawah lampu biru. Pagi tu juga doktor ambil darah untuk pastikan sama ada adik perlukan lampu biru tu lama atau sekejap je. Bila pakar datang dia cek adik dan tengok adik bernafas laju dan katanya ada dengar heart murmur dan kiv echo. Bila result darah keluar, doktor beritahu bahawa adik tak perlu lampu biru lagi.

Rabu / 12.06.2013
Hari ni seperti biasa, mama bagi adik hisap susu walaupun sakit mama tahan asalkan adik dapat susu mama, mama perhatikan adik hisap sekejap dan berhenti sekejap kemudian sambung semula. Berulang-ulang hingga adik tidur. Nurse kata kalau mama rasa sakit maknanya adik dapat susu. Hari ni pakar buat pemeriksaan dan dia dapati adik ada heart murmur dan suruh buat echo, tapi masih tak boleh buat sebab MA sibuk. Kemudian pakar lagi sorang datang cek adik Dr Rozita tak silap mama namanya. Dia suruh buat jugak. Tengahari tu dia bawa adik buat echo. Petang tu salah seorang doktor datang jumpa mama dan beritahu mama berita buruk mengenai adik. Menurut doktor, seperti abang dan kakak, adik juga ada VSD tapi kes adik sama macam abang AVSD malah adik lebih teruk sebab ia melibatkan pembuluh darah utama adik terlalu sempit. Mama tak tahu kenapa mama menangis dengar berita tu. Dulu masa mama dapat tahu kakak ada masalah jantung iaitu PMVSD mama tak mengalirpun air mata, begitu juga dengan abang bila doktor kata abang ada AVSD dan perlukan pembedahan serta memakai bateri dijantung. Mama sedih tapi tak menangispun bukan sebab mama tak sayangkan abang dan kakak tapi mama... ntahlah mama sendiri tak faham. Bila mama call baba suara mama terketar, babapun pelik. Semuapun tahu mama bukan jenis yang suka menangis depan orang. Walau seteruk mana situasi mama hanya akan menangis bila mama sendirian.

Adik dihantar ke Institut paediatric HKL untuk buat Echo buat kali kedua. Masa ni adik baru bangun tidur, mama bagi adik menyusu tapi terpaksa berhenti cepat sebab Doktor dah panggil. Kesiannya anak mama dahaga. Semasa Echo dijalankan adik nangis, nurse bagi adik air gula. Dari Hospital Bersalin adik dipindahkan ke Institut Peadeatric HKL pulak. Sekarang adik dimasukkan ke wad KK8. 


Di KK8 bermulanya kesakitan, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Mama hanya terdaya mendengar jeritan adik bila Doktor cucuk jarum ke anggota adik. Tangan dan kaki adik penuh dengan kesan cucukan. Mengalir air mata mama bila doktor beritahu mama line ditangan adik adalah line ubat yang dicucuk terus ke jantung. Mereka melihat line itu melalui x-ray beberapa ketika mereka ambil adik lagi untuk menarik keluar line itu sedikit sebab mereka cucuk terlalu dalam ke jantung. Membayangkan sahaja mama rasa sakit. 

Kemudian mereka cari line untuk masukan antibiotik jika perlu, kini mereka cucuk kaki adik pula. Tak tahan mama dengar suara adik. Tapi bila mereka bagi adik kat mama, adik dah tertidur..mungkin kepenatan menjerit. Mereka masukkan dua jenis ubat yang dekat kaki mama tak pasti apa, tapi ubat tu mereka off kan selepas beberapa minit tapi yang di tangan adik tu perlu sebab ubat tu untuk mengekalkan lubang dijantung adik bagi membolehkan oksigen dalam darah adik mengalir di anggota adik yang lainnya. Doktor kata adik takan rasa sakit sebab ubat tu terus ke jantung. Hari ni adik menyusu dengan mama lama lebih kurang 1 jam, tapi seperti selalu adik hisap berhenti hisap dan berhenti. Breast mama dah start membengkak maknanya air susu dah mula ada. Bila mama pam, mama dapat 15cc je. Nurse tolong berikan melalui bekas.

Khamis / 13.06.2013
Mama risau bila tengok pampers adik, ada warna kekuningan dan adik menangis bila kencing. Kemudian mereka masukan tiup ke mulut adik dan susu supplement diberi 50cc setiap 3 jam dan mereka minta mama timbang pampers adik untuk memastikan berapa banyak air keluar dari badan adik. Air kencing adik sikit sangat jadi doktor masukkan tiup dalam pundi kencing adik untuk pastikan air kencing adik dapat disukat dengan betul. Tak tahan mama tengok adik tahan sakit bila doktor masukkan tiup tu depan mama.

Lagi sekali mama mengalirkan air mata dan minta maaf dari adik. Bila doktor tinggalkan kita, mama ambil adik dari cot dan baringkan disebelah mama, mama dah tak kisahlah dengan arahan mereka tentang tidur sekatil dengan baby. Mama dodoikan adik dengan zikir "Lailahaillallah, Muhammadurrasulullah" adik suka dan terlena. Mama suka rapatkan muka mama ke muka adik. Mama suka bau adik. Mama dakap adik. Mama mahu adik sabar ye... dan berdoa agar adik sihat lepas ni.

Mereka rasa line di kaki tak perlu jadi mereka mencabutnya. Kemudian Dr Leong datang (Doktor Pakar KK8) mereka berbincang dan dapati adik bernafas lebih laju dari biasa. Mama cuba fahamkan apa yang mereka bincang. Air mata mama mengalir lagi bila Dr Leong kata patient has a heart failure. Mereka pindahkan adik di satu bilik. Adik diberi oksigen. Adik selalu buka oksigen tu, mama faham ianya tak selesa sebab mama juga pernah menggunakannya. Sekarang mereka mahu adik berpuasa mereka mahu masukan drip.

Mama rasa nak marah sebab mereka dah buangkan line di kaki adik dan sekarang nak cucuk adik lagi. Mereka tak berjaya sebab kaki dan tangan adik sejuk. Dr Leong nampak mama nangis lagi dan suruh mama tunggu luar. Sekarang adik dimasukan dalam akubator. Mama dah tak boleh peluk adik lagi. Mama hanya boleh usap adik je.

Memandangkan adik dipindahkan dalam akubator, mama minta izin Doktor untuk balik rumah sekejap sebab Abang demam, dengar je mama cakap nak balik rumah adik mengamuk, habis semua tertanggal, mama buka akubator dan peluk adik dan adik diam, tak sampai hati pula mama nak tinggalkan adik. Tapi nurse beritahu mama katil untuk mama takde dan mama disuruh pulang memandangkan tiada apa yang perlu mama buat sekarang, susu pun mama tak boleh bagi adik lagi. Malam tu mama tinggalkan adik tapi mama sempat pam susu dalam 20cc untuk adik sebelum mama balik. Dr Leong minta mama tunggu di IJN esok pagi jam 8.00am. Kali pertama kita berpisah, malam ni mama tidur dengan abang dan kakak tapi hati mama masih dengan adik. Mama mimpi adik mencium mama bertubi-tubi buat mama tersenyum bila mama buka mata rupanya kakak yang cium dahi mama, kesian kakak dah hampir seminggu mama tak jumpa, rindu benar dia kat mama. Memang susah nak lelapkan mata malam ni..mama tak putus-putus doakan adik.

Jumaat / 14.06.2013
Pagi ni, mama dah bersiap nak ke IJN tak sabar rasanya nak jumpa Adik. Kat IJN patient tak ramai lagi, tanya kat kaunter mereka kata patient dari GHKL tak sampai lagi. Mama call KK8, Dr Su kata MA tak sampai lagi jadi makan masa sikit untuk ke IJN. Pada mulanya baba ajak mama makan tapi mama nak ke KK8 sebab mama nak jumpa adik, mama rindu sangat. Tiba di KK8 adik masih dalam akubator. Adik masih tidur. Mama ikut adik naik ambulance. Sampai IJN adik buat Echo pada mulanya dengan doktor IJN kemudian di bawa ke makmal echo dan di periksa oleh pegawai echo serta beberapa orang doktor tapi tiada penjelasan yg kami terima cuma menurut doktor yg sebelum tu kata. Sebelum ni, anak2 mama memang ada VSD tapi adik punya lebih sukar sebab ia membabitkan pembuluh darah utama adik sempit. Next week, lepas meeting mereka akan lakukan pembedahan dengan segera. Mama rasa lega sikit sebab adik boleh diselamatkan walaupun mama sedih bila lihat adik dahaga. Mama rindu nak susukan adik, nurse beri adik susu melalui tiup. Mama hanya mampu peluk adik sekejap jer sebelum adik dimasukan kedalam akubator semula.

Masa nak balik GH, Dr Su suruh mama pergi makan supaya mama ada tenaga memandangkan dah tengahari jadi mama tinggalkan adik sekejap. Mama balik rumah badan mama terasa penat dan mama tertidur. Jam 3.30 baru mama sedar. Tergesa-gesa mama dan baba pergi KK8 tapi mama dapati adik dah takde kat situ. Dr Su tak mahu beritahu mama adik kat mana, dia minta mama tunggu Dr Leong (Dr Pakar KK8) Menurut Dr Leong lepas balik dari IJN dalam jam 3.00 jantung adik lemah sangat jadi mereka pindahkan adik di KK9. Di KK9 adik dikerumuni doktor, Dr Farah (Pakar KK9) ajak mama ngan baba kat satu tempat untuk beri penjelasan. Menurut Dr Farah, jantung adik dah lemah sangat dan dengan keadaan itu adik tak boleh jalani pembedahan. Doktor sedang berusaha sedaya upaya untuk selamatkan adik, Dr Farah minta maaf kerana terpaksa beritahu mama adik mungkin hanya boleh bertahan dalam 24-48 jam sahaja. Keajaiban dari Allah sahaja yang dapat menentukan nasib adik. Apa yang perlu sekarang hanya DOA. Hanya linangan air mata jer yang menemani mama sekarang selain dari doa yang tak putus2 memohon dari Allah agar adik disembuhkan.

Baru mama teringat adik takde surat beranak lagi. Mama ajak baba untuk buat surat beranak adik, Muhammad Aiman itu adalah nama adik yang mama simpan sebelum mama pregnant lagi. Mama dah tak kisah dah dengan nama yg orang cadangkan pada mama. Mama jenguk adik, Ya Allah, berdosanya mama rasa. Melihat keadaan adik begitu dengan alat bantuan penafasan, jarum dicucuk di merata anggota adik, dengan wayar yg berselirat. Paling mama sayu melihat mata adik. Pandangan yang lemah. Adik dah tak menangis lagi. Mama nak pam susu untuk adik tapi doktor kata adik puasa dan dipasangkan drip. Mama sering disuruh tunggu diluar sebab mereka nak jalani rawatan pada adik, Dr Su datang pujuk mama suruh balik berehat, tiada apa yang boleh mama buat di wad hanya sekadar mengintai adik dari jauh, Mama beritahu Dr Su, yang mama menyesal tinggalkan adik petang tadi baru beberapa jam mama tinggalkan, adik dah jadi macam tu. Dr Su turut bersedih lihat mama.

Mama nak tidur kat KK9, Dr Su kata lebih baik balik rumah sebab takde tempat untuk mama tidur lagipun Dr Su kata mama perlu rehat. Sebelum balik mama tengok adik lagi. Mata adik masih terbuka dan memandang mama dengan sayu. sesekali mata adik berkelip seperti menahan sedu. "Aiman...nama adik Aiman tau, masa adik dalam perut, mama panggil adik Aiman.. Aiman, tutuplah mata tu nak, mama tahu aiman penat. Esok Aiman balik ye, Aiman jumpa Abang Asyraf, Kakak Aishah, Abang Irfan, Kakak Qaireen, Maktok, Tokwan... Aiman, dahlah Aiman tidurlah sayang.. Kesian anak mama, mama minta maaf sebab mama Aiman jadi macam ni, mama sakit sekejap je masa lahirkan Aiman tapi Aiman... " Air mata mama dah tak boleh disekat lagi. Mama dodoikan Aiman dengan zikir "Lailahaillallah,Muhammadurrasulullah" mama usap rambut Aiman mata Aiman tertutup seperti tidur. Mama cium dahi, pipi, tangan Aiman. Mama nak dakap Aiman tapi tak boleh. Mama bacakan surah al-fatihah agar aiman tak rasa sakit lagi. Mama hembuskan di kepala Aiman. Bila mama tengok mata Aiman dah tutup mama beredar. "Mama balik dulu tau...kita jumpa esok ye sayang"

Mama sedih sangat nak tinggalkan aiman sendirian tapi baba suruh mama balik jugak. Malam tu, mama baca Yassin dan berdoa agar Allah sembuhkan Aiman. Pada mulanya mama nak baca 4 kali surah Yassin tu tapi mama tertidur.

Sabtu / 15.06.2013
Bila mama tersedar pagi ni, tiba2 hati mama sayu jer, mama sambung baca yasin sebanyak 3 kali berturut-turut, suara mama tersekat-sekat sesekali mama menangis teresak-esak. Hari ni di sekolah abang ada perjumpaan ibubapa, hari report card. Jadi Baba nak ke hospital jam 9.00am. Walaupun mama dah siap awal2. Breast mama rasa sakit, Mama minta Aiman bertahan agar mama dapat berikan susu pada Aiman. Tiba2 mama dikejutkan dengan satu panggilan minta mama datang segera ke KK9, nurse beritahu mama, Aiman dah tenat. Mama terpaksa tinggalkan Abang yang dah lengkap beruniform sekolah di rumah, Mama tak kata apa2 mama hanya mampu menangis dalam hati beristighfar dan berselawat ke atas nabi serta berdoa agar Aiman tak apa2. Sampai di KK9, mata mama tertumpu pada Aiman jer.. seperti mana mama tinggalkan aiman malam tadi seperti itu juga mama temui Aiman pagi ini. Aiman kelihatan seperti sedang tidur. Dr Vindhu beritahu mama jantung Aiman sudah berhenti. Mereka minta izin mama untuk hentikan mesin. Mama tak jawap, baba yang beri izin. Mereka keluarkan semua alat dan tiub2 dari mulut serta anggota aiman yang lain, kemudian mereka beri mama dakap Aiman. Mama rasa nak meraung jer tapi tak mama hanya mohon maaf pada Aiman sebab Aiman terpaksa tempoh semua ini. Hancur hati mama tengok rambut aiman dicukur sebelah sebab nak cari line untuk dimasukan jarum. Mama cium seluruh muka, kepala dan mulut Aiman. nurse suruh mama bagi aiman pada baba pula. Kemudian nurse minta mama dan baba keluar agar mereka dapat bersihkan Aiman. Mama tak tahu nak kata apa, selain berdiam, cuma air mata jer yg mengalir. Bila selesai dibersihkan Aiman diberi semula pada mama. Mereka balut Aiman seperti mengkapankan aiman. Tangan aiman diikat, kepala Aiman juga diikat. Tak tahu nak gambarkan perasaan mama tika itu. Mama dakap Aiman, cium aiman dan dodoikan Aiman seperti nak tidurkan Aiman malam tadi. Mama usap belakang Aiman. "Mama minta maaf Aiman..Mama minta maaf." Dr Vindhu minta sedikit darah aiman untuk diperiksa. Mama tanya perlu ke doktor, Dr Vindhu kata perlu bagi memastikan tahap keracunan dalam darah aiman. Mama tak sampai hati tapi mama terpaksa.

Baba call Maktok bagitahu keadaan Aiman. Maktok, Toklang datang membantu. Aiman dibawa ke rumah mayat untuk mendapatkan permit sebelum dibawa pulang. Mama nak dukung Aiman tapi mereka tak benarkan. Mereka risau mama sakit, mama tak sakit...mama cuma terkilan jer, mama nak mandikan Aiman tapi Maktok minta pihak hospital mandikan jenazah Aiman serta sembahyang kan jenazah aiman. Mama hanya diamkan diri, mereka dahpun kapankan Aiman. Mama dah tak boleh tengok muka Aiman lagi. Mama minta baba agar beri Aiman pada mama, mama nak peluk Aiman tapi mereka tak benarkan takut mama ratapi Aiman. Hanya bacaan surah Al-fatihah sahaja yang dapat mama berikan pada Aiman. Sesampai di surau, barulah mereka buka kain kapan bagi membolehkan ahli keluarga yang lain menatap wajah Aiman. Mama ambil peluang mencium aiman buat kali terakhir. Begitu juga abang dan kakak itulah kali pertama mereka bertemu adik. Sesudah solat Zohor, mereka solat jenazah dan kemudian Aiman di kebumikan di Tanah Perkuburan KL-Karak di Taman Batu Muda Gombak. Sekali lagi mama minta untuk dukung aiman tapi mereka tak bagi. Pada mulanya mereka tak bagi mama ikut, tapi mama nak jugak ikut. Bila sampai di tanah perkuburan itu barulah baba serahkan aiman pada mama. Mama lihat Tokwan buka kain dibahagian muka Aiman dan diletakkan Aiman dalam liang lahad oleh baba. "Inna lillahi wa inna lillahi roji'un"..Dan mama dah tak nampak Aiman lagi. Aiman dah pergi tinggalkan mama.

Seminggu... hanya seminggu.. Aiman bersama mama.. Aiman tetap dalam ingatan..


Video Aiman yang kerap mama tonton...........

video
Aiman - Day 1

video
Aiman - Day 2


thanks for reading this entry ^_^

142 ulasan:

  1. Kak nita, takziah buat kak nita sekeluarga... Saya pun turut sebak :( Semoga kak nita sekeluarga terus bertabah. InsyaAllah, ada hikmah di sebalik yang terjadi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Khalilah MNor :)

      Padam
  2. takziah buat nita sekeluarga. menangis sy baca entri ni. mungkin semua ni ada hikmah disebaliknya. banyakkan bersabar ye..

    BalasPadam
  3. lupa plak nak tanya, penyakit AVSD ni penyakit keturunan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. AVSD tu bukan penyakit keturunan, ia adalah satu kecacatan pada jantung.. Doktor ada jugak tanya samada kami suami isteri bersaudara ke tidak.. selalu terjadi dari faktor genatik...
      Kami suami isteri bukan bersaudara pun... mungkin dah tertulis cam tu..

      Padam
  4. akak...sedihnyaaa...sabar ye kak..baby aiman tunggu akak kat sana..kuatkan semangat akak ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah....Terima kasih Mizz Farah :)

      Padam
  5. takziah. ayu baca sambil menangis. sedih sgt. moga nita sekeluarga tabah menghadapinya. arwah aiman akan menunggu mama dan babanya di pintu syurga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah...Terima kasih Ayu :)

      Padam
  6. Nita.... Assalamualaikum... Saya nak peluk awak... Saya nangis je kat meja baca entry ni wp ramai orang sekeliling. Tak pedulilah. Sedihnya, rindunya kat aiman. Saya macam nak peluk aiman jugak. Dia kecik je. Muka dia suci. Comel sangat... Kena cucuk sana-sini masukkan ubat. Nita, tabahkan hatimu. Saya tak mampu nak imagine macamana perasaan Nita. Yang saya tau, saya tak sekuat Nita. Luth kena tahan kat wad semalaman pun saya dah nangis mcm nak gila.

    Ha ah nita. AVSD ni takbleh trace masa dalam kandungan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. LydSunshine...Wa'alaikumsalam..terima kasih, saya benar2 hargainya..Hati ibukan, memang tak boleh tengok anak tersiksa camtu..saya tak kuatpun..nak tak nak kena hadap juga :(

      Memang sebelum ni kat GH, mereka dpt trace cuma tak yakin, kalau nak confirmkan buat kat IJN.. tapi kalau dapat tahupun bukan boleh buat apa2 kena tunggu baby lahir.. Macam Aiman punya kes, mereka tunggu 3 hari hingga dengar heart murmur baru mereka nak buat echo.. bila dapat tahupun kena tunggu pihak IJN jugak buat keputusan.. dan akhirnya dah terlambat.... dah tertulis Lyd, tak boleh nak buat apa dah selain menerima..

      Padam
    2. Nita, awk ni tabah orangnya. Baru saya tahu. Awak nampak tenang je. *mungkin sbb saya tak jumpa awak secara life. Tapi cara awk cerita dlm entry ni, seolah2 awk ni memang seorang yang tabah. Yang pasti kena berbaik sangka dgn Allah. Dia tentu ada perancangan sendiri yg Dia dah sediakan untuk awak.

      Padam
    3. Taklah Lyd, saya tak tabah...Hanya Allah je yang tahu apa yang saya rasa....

      Saya buat entry ni bukan nak meraih simpati tapi saya nak simpan sebagai kenangan detik2 bersama Muhammad Aiman...

      Ya, yang pastinya kita kena berbaik sangka dgn Allah. Doakan agar saya ikhlas menerima dugaan ini.

      Padam
  7. Takziah untuk Nita sekeluarga.. Ya Allah.. menangis akak baca kisah Nita. Akak tgk Aiman.. tenang aje dia.. Bawa byk bersabar..yer.. dia dah tunggu Nita di pintu syurga tuh.. Dia anak syurga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah... terima kasih kak Rinna :)

      Padam
  8. Turut berduka cita buat mbak Nita dan keluarga, semoga diberikan kesabaran dan keikhlasan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mohammad Isnaeni :)

      Padam
  9. Ya Allah Ya Tuhanku... sedihnya rasa.. meremang bulu roma saya.. xtau nak cakap apa.. sedih sangat... sabar ye nita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In sha Allah... terima kasih Ina :)

      Padam
  10. salam takziah...semoga awk sekluarga tabah...aminnnn

    sedih baca entry ni...=(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaminn...

      Terima kasih pinky :)

      Padam
  11. Takziah Nita...Allah bg dugaan ni utk org yg kuat je...semoga tabah...Semoga Aiman tenang disana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..

      Terima kasih kikin :)

      Padam
  12. bacanya ikut sedih, semoga mbak nita diberikan ketabahan dan kesabaran, mungkin itu sdh takdir yang illahi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..

      Terima kasih Mbak Iis :)

      Padam
  13. alfatihah....
    sedih tak terkata bila bacanya...sabar ye nita

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah

      terima kasih ainnoraini :)

      Padam
  14. aslm nita,
    baru terbaca kisah ni,takziah kami ucapkan,..
    tapi kami tak mampu lagi nak baca bagi abis kisah n i...sedih sgt...
    bersabar la,.dugaan menguji kita....semoga terus kuat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam Angah,
      terima kasih..
      takpe... ia hanya luahan hati saya je..
      In Sha Allah..terima kasih sekali lagi, Angah :)

      Padam
  15. tersedu2 saya baca entry awk...air mata saya masih mengalir lg...bykkn bersabar. .....Allah lebih menyayangi nyer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasiih Zurina, saya hargainya.. :)

      In Sha Allah, sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..

      Padam
  16. Salam nita....kak sebak baca entry nita kali ni...alfatihah utk adik Aiman...berat penderitaan nita...Allah lebih menyayanginya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam...
      terima kasih kak fatmasha :)

      Padam
  17. salam takziah dr saya.alfatihah
    syurga tempatmu sayang

    lia,taiping

    BalasPadam
  18. takziah nita...memg menangis sy baca entry nie..mungkin jgk terbayangkan masa anak sy di NICU ritue.Menangis menahan sakit akibat diamek darah. Semoga nita terus kuat hadapi ujian ini...beruntung nita kerana dah ada penghuni syurga yang menunggu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hati ibu, memang tak sanggup tengok anak dia sakit..
      In sha Allah..
      terima kasih Azie :)

      Padam
  19. Takziah.

    Tak tertahan air mata bila baca cerita Nita. Insyaallah, ada hikmah di sebalik semua ni.


    "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

    Surah Al Insyirah (Ayat 5-6)


    Semoga Nita tabah dengan ujian ini. Insyaallah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Awak, saya benar2 hargainya..

      In Sha Allah..

      Padam
  20. salam takziah dari saya. berat mata memandang, berat bahu memikul beban. semoga akan sekeluarga tabah dengan dugaan ini. Aiman, janji Syurga buatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah...

      Terima kasih Cheq Sue :)

      Padam
  21. Takziah..semoga tabah..Insyaallah syurga tempatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In sha Allah..

      terima kasih :)

      Padam
  22. Salam takziah buat Nita sekeluarga.sayu baca coretan ni.
    moga Nita sekeluarga tabah menghadapi ujian ni.Aiman dipinjamkan seketika.... Allah lebih menyayangi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah..

      terima kasih Mamasya :)

      Padam
  23. salam takziah dri saya, mngalir air mata saya baca. sya tau saya tak sekuat nita utk berhadapan begini.. smga nita kuat mnghadapi ujian ini.. wajah suci.. syurga tempatNya.. al-fatihah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In sha Allah..
      Terima kasih una :)

      Padam
  24. Assalamualaikum Nita...Salam takziah..semoga tabah menghadapinya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam Sue @ Nenie..In Sha Allah.. terima kasih :)

      Padam
  25. takziah walaupun tak mengenali kita masih saudara sesama islam,saya pun seorang ibu...sabarlah alfatihah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, saya amat hargainya..

      Padam
  26. Takziah..kagum atas semangat dan ketabahan saudari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, saya amat hargai..

      Padam
  27. Innalillaahi wa innaa ilaihii raaji'uun
    lemas badan membacanya. meremang kuduk saya.
    hanya bisa turut bertakziyah, berduka cita.
    semoga aiman selalu bahagia di taman surga.
    tabah selalu untuk nita dan keluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah...

      Terima kasih zachflazz, kami sekeluarga amat hargainya..

      Padam
    2. iya Nita, memang jalan Allah pastilah yang terbaik.

      Padam
    3. Jalan Allah pasti yang terbaik .....itu yang pasti dan berharap dapat menerima segalanya dugaan dengan ikhlas..

      Padam
  28. as salam....takziah buat nita sekeluarga...
    sayu hati di pagi hari ni....alfatihah buat bby aiman.
    x snggup mmbyangkan kesakitan yg terpaksa arwah hadapi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam..

      terima kasih Asyifa Mustaffa :)

      Padam
  29. salam k.nita...sayu & sedih saya baca entry nie..kuatkan semngat kak..setiap yang berlaku pasti ada hikmah..mungkin itu yg trbaik sbb tak sanggup tgok dia menahan sakit..alfatihah buat arwah bby aiman.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam..

      Terima kasih nabila zaremi :)

      Padam
  30. Salam kak nita ..takziah.semoge Allah brti kekuatn n smgt u kak nita trskn khdpn..sy fhm kesdhn seorg ibu:( Aiman pasti menunggu kak nita n suami dipintu syurga kelak..insyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam...In Sha Allah..terima kasih AhliaSaleh :)

      Padam
  31. al fatihah untuk arwah. akak tergolong dalam golongan yang diuji olehNya, tabahnya hati akak. saya dah 2tahun menanti cahaya mata,kekadang rs down sgt. apatah lagi jika saya diuji seperti akak. Subhanallah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah......

      Akak doakan semoga cikji peroleh apa yg dihajati...Jangan pernah mengalah, berdoa dan yakin...In Sha Allah akan diperkenankan..

      Akak taklah tabah, walaupun akak tahu ada hikmah disebaliknya tapi hati ni selalu jer rasa ianya seperti mimpi jer...kadang2 rasa macam tak sangka dan tak percaya semua ni boleh terjadi... :(

      Doakan semoga akak ikhlas menerima dugaan ni........

      Padam
  32. Assalam nita, takziah semoga nita tabah menghadapi..Alfatihah..zila66

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam Zila66, In Sha Allah.. terima kasih atas doa dan ucapan takziah, saya sangat hargainya....... :)

      Padam
  33. Assalamualaikum Nita,
    betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, betapa sedihnya kami baca entri ini sampai mengalir airmata, namun kesedihan yang kami rasai tidak sehebat kesedihan yang Nita alami. Nita sangat kuat, Nita sangat tabah... ujian ini amat getir, tapi Allah telah memilihnya menjadi ahli syurga! Aiman menanti Nita di sana...takziah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam...
      terima kasih Amie, saya amat hargainya...
      Allah telah memilihnya...In Sha Allah...
      terima kasih sekali lagi Amie :)

      Padam
  34. Takziah utk nita sekeluarga...7/6/2013 adalah hari kelahiran Aiman dan haritu jugak akak kehilangan permata hati akak Muhammad Naqib. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..namun nita dan akak adalah diantara yg terpilih untuk menjaga ahli syurga walaupun seketika..."moga2 kita diberi peluang utk bertemu dengan mereka kelak..amin...."..JasLin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..

      Innalillaahi wa innaa ilaihii raaji'uun, takziah buat akak jugak, moga Muhammad Naqib bahagia disampingNya..dan semoga kita ikhlas menerima ujian dariNya..

      Terima kasih Haslinda Hasim :)

      Padam
  35. Assalamualaikum...
    innanillah....

    TAKZIAH utk nita sekeluarga...saya membacanya terasa sgt sebak...mengalir air mata...semoga Nita tabah mengadapi ujianNya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam...

      In Sha Allah.. Aamiin... terima kasih mommy khalisya rania..

      Padam
  36. ya ALLAH nita...sy mtk maaf...xtau pn psl nih.sdiih ati sy ble bce entry nih...xdpt bygkn kalo sy kat tpt nita...hope nita trus tabah menghadapi dugaan ALLAH...syurga di sana Aiman tgu nita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe.Mimi Azirah, Aamiin... In Sha Allah...

      terima kasih Mimi Azirah :)

      Padam
  37. Salam singgah.....takziah buat nita sekeluarga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih makcikkantin :)

      Padam
  38. Salam takziah buat akak sekeluarga..semiga terus tabah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah...terima kasih amiey lee...

      Padam
  39. dear nita,
    sy baru jumpa blog ni dr doc inahar
    bertuah awak ada yg menunggu di syurga
    *peluk kuat-kuat*

    BalasPadam
  40. Takziah tuk K.NIta sekeluarga...sabarla duhai hati....insyaallah kak nita akan bertemu arwah aiman disana (syurga)

    BalasPadam
  41. Salam Takziah Nita, saya kebetulan ternampak ada org share kisah nita then terus zila cari blog nita, Ya Allah tak tau berapa kali zila baca dan baca sampai tak mampu utk menangis... Benar orang kata ujian Allah yg besar ini diberi pada org yang Allh paling Sayangi, zila tertanya tanya pada diri zila. apakah zila mampu diuji seperti ini hanya Allah yang tahu. Semoga Tuhan berikan kekeutan utk nita, jaga diri baik2 semoga dipermudahkan segala kesulitan hendaknya... hug you deeply... take care

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah..
      Terima kasih Azila.

      Padam
  42. Assalam nita, takziah dari akk, mengalir2 air mata sayu sangat terasa, semoga nita tabah menghadapi ujian dan cubaan ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam EmbunRosaliza,

      Terima kasih kak, In Sha Allah..

      Padam
  43. al fatihah.. mengalir air mata baca kisah nita.. yang pasti aiman akan menunggu nita di pintu syurga.. insya Allah.. semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk menempuh dugaan berat ini.. Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..
      In Sha Allah..
      Terima kasih cahaya iman..

      Padam
  44. selamat hari raya nita,maaf zahir batin,...jangan terlalu bersedih lagi,...hidup harus diteruskan,moga terus kuat smangat...ALLAH sayangkan nita sebabtu ujian ni diberi pada nita,tak smua orang di duga sebegini hebat...hanya Allah maha mengetahuiii....bersabar sayang ku sahabat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sahabatku..

      selamat hari raya maaf zahir dan batin (^_^)

      Padam
  45. sdihnya baca kisah nita...nurha baru tahu...semoga nita sekeluarga tabah..annggap ni semua satu ujian drpd-Nya yg ada hikmah di sebaliknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah......terima kasih nurha..

      selamat hari raya maaf zahir dan batin (^_^)

      Padam
  46. Assalamualaikum..

    YaAllah..sedih sgt baca entry ni..mimi baru tau ni kak...
    kak nita sabar lah ye...Tuhan lebih sayangkan dia..hanya syurga tempat untuk dia..ada hikmah apa yg berlaku..
    semoga kak nita sekeluarga tabah utk tempuh dugaan ni...
    alfatihah utk arwah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam..

      Insha Allah..terima kasih mimie..

      selamat hari raya maaf zahir dan batin (^_^)

      Padam
  47. salam dikk

    akk x tahu cerita .. sbb dah lama x kesini .. maafkan akk
    ternyata allah maha kaya ... kini dia pinjamkan aiman dgn adik selama seminggu tetapi dia juga menjanjikan aiman menanti pasti adik disana kelak
    berbahagiaalah dgn apa yg adik rasai ini .. walau sekejap cuma .. insyaallah dia sentiasa menanti ketibaan adik ..

    sabar dan banyakkan berdoa ..
    jaga kesihatan mu dik .. love u !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam kak..

      takpe, sayapun dah lama tak melawat blog akak..

      Insha Allah..terima kasih kak ieda, love u too !!

      selamat hari raya maaf zahir dan batin (^_^)

      Padam
  48. Selamat hari raya..maaf zahir batin...
    Salam takziah dari saya sekeluarga buat keluarga Yus...
    Maaf saya baru jumpa blog ni sebab baru berkecimpung dunia blog ni...
    Insya Allah, ada hikmah semua ni dan ujian Allah bersesuai pada hambaNya...
    Kuatkan semangat dan jangan mudah putus asa...
    Insya Allah, Yus banyak kawan yang menyokong dan membantu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat hari raya, maaf zahir batin..

      terima kasih Siti, In Sha Allah..

      saya rasa syukur sangat sebab ramai yang sudi menyokong dan membantu..terima kasih sekali lagi (^_^)

      "happy blogging rinoa squall :)"

      Padam
  49. Assalamualaikum...sy doakan smoga Allah cucuri rahmat atas baby Aiman yg comel... sy juga kehilangan anak saya beberapa bulan lepas... ada seorang yg lbh tua iaitu ibu angkat saya juga pernah alami peristwa mcm ni.. apa yg umi ajar saya dan suami rajin2 sedekah fatihah pada arwah.. walaupun dia suci dia tetap darah daging kita jadi kita kena akikahkan dia supaya rohnya terus ke langit..jika tidak rohnya masih di awangan antara alam nyata dan alam roh selagi tidak di akikahkan... lepas tu kita upah haji atau hajikan kan untuk dia.. barulah rohnya bebas kemana2 dan terus ke syurga.. jika di akikahkan tp tidak dihajikan rohnya hanya akan duduk diam saja di mekah.. tp tak kemana2 tak bebas.. ini yg umi ajar pada saya.. umi saya seorang yg kuat agama.. kelebihan umi hijabnya dibuka..jadi dia dpt tgk roh2 anak2 yg gugur dr kandungan, baby2 meninggal yg xdi akikahkan atau dihajikan ramai di awangan di langit antara alam nyata dan alam roh... saya rasa sedih sgt masa dpt tahu sebab saya jugak ingt yg baby yg meninggal akan tunggu kita di syurga..mereka mmg masuk syurga tapi kalau kita tak akikahkan tak hajikan mereka takkan tunggu dan mencari kita ibu bapanya di syurga nnt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..Nashitah,
      Takziah buat nashitah atas kehilangan anak, terima kasih sebab sudi berkongsi info. KIni baru saya tahu, In Sha Allah jika ada rezeki saya akan lakukannya..

      Padam
  50. minta maaf ye kak, wak baru tau nii..,Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha tuk arwah aiman tuu

    BalasPadam
  51. saya pon nak mintak maap sebab baru tau. and baru follow blog akak.
    inshaallah baby aiman tunggu akak kat syurga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe..terima kasih banyak2 Wana :)
      In Sha Allah...

      Padam
  52. Salam takziah pada awak dan keluarga. Saya rasa cukup sedih sebab kalau Aiman masih hidup pastinya dia lebih kurang anak ketiga saya Aisyah yang lahir pada 2/6 yang lepas. Mudah-mudahan awak terus tabah dan ini adalah ujian Tuhan pada hambanya. Moga arwah menunggu awak dan suami di sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nurulhuda..

      In Sha Allah..Aaminn,,

      Padam
  53. Sedihnyer.....huhuhuhu......sy xdpt menahan air mata bika baca tntg aiman....semoga baby tenang di sana...amin.....huhuhuhu.....sedih sgt2......xleh nk thn dah airmata ni.....

    BalasPadam
  54. Takziah drp warga MNICUHkl

    BalasPadam
  55. Takziah... sedihnye baca cerita Nita..mengalir2 air mata ni.... Semoga Nita tabah yer... inshaallah baby aiman tunggu Nita kat syurga :)

    Arwah mak saya pun di kebumikan di situ... tiap kali saya masuk pintu pagar perkuburan tu, first sekali lalu kt kubur kanak2... saya pun beri salam... dlm hati berkata2..anak siapa lah ni.. kecik je kubur... innallillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih...In Sha Allah..Aamin..

      Takziah buat awak juga, moga mak awak dicucuri Rahmat..
      Al-fatihah..

      Padam
  56. Takziah kak nita..mengalir air mata bila baca citer akk..semoga akk sekeluarga tabah yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ElviRa... In Sh Allah...

      Padam
  57. Ya Allah sedeynya saya baca kisah anda..sbbnye cerita hampir sama dgn arwah anak sy..lahir 28/4 dan meninggal pd 7/5...pramatang sbb sy darah tggi..dan saluran darah tidak terbuka jadi arwah bernafas terlalu laju...bila sy baca kisah arwah aiman sy terigtkan arwah anak sy..al-fatihah buat anakanda2 kita berdua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takziah buat awak sekeluarga, moga kita tabah dan ikhlas dengan dugaan ni..

      Al-fatihah buat anakanda kita..

      Padam
  58. Sesungguhnya nita adalah insan terpilih...subhanallah beruntungnya..walau hati sebak n sayu baca entri ni namun ada kekuatan disebalik semua ni..takziah dr saya,srmoga rohnya bersama para solihin..
    Al fatihah...

    Bib

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih...In Sha Allah..Aamiin..

      Padam
  59. al fatihah utk arwah aiman, nita saya seorang ibu yg mempunyai tiga anak, saya faham hati ibu macam mana. berjujuran air mata saya... salam takziah dari saya utk awak sekeluarga..

    BalasPadam
  60. Assalam kak Nita, sebak sy baca post akk ni..salam takziah buat akk sekeluarga..sy harap akk sekeluarga tabah menhadapi dugaan Allah ini..Al Fatihah buat arwah Aiman..

    BalasPadam
  61. Assalam..bsabar lah dik.insyaAllah aiman adalah insan terpilih mjadi penghuni syurga.redha lah dgn pmergian insan istimewa pilihan Allah swt ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam...In Sha Allah..terima kasih..

      Padam
  62. baru baca...adoi tak tertahan air mata...sabarlah kak nita ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, terima kasih Azian..

      Padam
  63. Assalam...

    Allahuakbar..!!! BErat mata memandang, berat lagi dugaan awak yg menanggung.. Allah menguji hanya pada hamba2Nya yang Dia tau kuat dah boleh menghadapi semua nih...

    Saya tak baca sampai abis sbb dah x nampak dah ayat last tu... :'(

    emoga ada hikmah disebalik perancangan Allah ni. Insyaallah lepas hujan lebat ni, ada pelangi indah yang Allah akan bagi.. Subhanallah...bahagianya awak ada Aiman dah menunggu awak di sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..

      In Sha Allah.. terima kasih juls julie..

      Padam
  64. assalam,
    tahniah ibu telah melahirkan ahli syurga..
    salam takziah dari saya semoga ibu tabah..
    saya pun kehilangan juga setelah 10 hari melahirkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..
      tahniah buat Yan juga..
      salam takziah dan saya juga doakan agar Yan terus tabah..

      Padam
  65. Anak sulung ku pun meninggal di KK9, Hospital Pediatrik KL, semasa umurnya 4 hari.......atas kecuian pihak hospital.......Aku redha dan tabah..........

    BalasPadam
    Balasan
    1. Innalillah...
      bersabarlah, ada hikmah disebaliknya..
      Al-fatihah buat anak sulung awak..

      Padam
  66. as salam nita. salam takziah dear. maaf sgt2 sbb baru dpt singgah ke blog awak. saya cuti panjang pas bersalin aritu. semoga awak tabah hadapi dugaan yg maha hebat ini ye. pasti ada hikmah di sebalik semua ini, Allah janjikan yg terbaik buat nita dan suami. InsyaAllah...Al-Fatihah buat baby aiman..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Sue..
      InsyaAllah... terima kasih..

      Padam
  67. Assalamualaikum wrt..

    Saya juga kehilangan bb yang bernama Ahmad Samir, saya tidak berpeluang untuk memeluk, mencium apatah lagi menyusukan.. Saya langsung tidak diberi kesempatan untuk memegangnya sebelum dia pergi menghadap Ilahi.. hari kedua subuh dia pergi meninggalkan saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam wrt..

      Inna lillahi wa inna lillahi roji'un...
      tersentuh hati saya..., takziah buat awak..sesungguhnya awak insan terpilih bersabar ye..Ahmad Samir pasti menunggu awak di pintu Syurga..dia adalah wildan awak..
      saya tak tahu nak kata apa2 sedih tetap sedih tapi redha itu perlu..hingga ke saat ini saya masih rindukan Aiman dan rindu tu takan pernah padam..

      mari kita berdoa agar kita sama2 dapat menemui anak kita disana kelak.. Amin..

      Padam
  68. Serius sy ckp,saya baca entry ni,sy menangis teresak2...serius sedih...takziah kt awak

    BalasPadam

cayalah sapa yang komen :)