Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Isnin, 2 September 2013

Asyraf beraya di Wad!!

Assalamualaikum w.b.t.

Ni kisah sebelum raya...

Asyraf selalu mengadu sakit dada, mungkin sebab parut di dada tu makin membesar jadi dia tak selesa. Tapi malam Ahad 04.08.2013 masa tu dah tengah malam Asyraf bangun dari tidur menangis sambil tumbuk dada. Ya Allah, apsal lak Asyraf ni. Bila ditanya katanya sakit dada. Kali ni berbeza sebab nampak nadi di leher Asyraf laju sangat. Aku dah gelabah sambil urut2 dada dia. Nak ke hospital tapi my hubby takde, dia kerja malam. Nak suruh Eny temankan kami ke hospital malam tu tapi Asyraf dah ok. Kebetulan hari ni sepupu Asyraf datang singgah di rumah sebelum balik Pahang. Jadi Asyraf banyak bermain. Tahulahkan kanak-kanak kalau bergurau. 

Keesokan harinya hari Isnin 05.08.13, ada sesetengah sekolah yang dah start cuti tapi sekolah Asyraf masih dibuka dan pada hari Rabu baru cuti. Aku  pula sengaja ambil cuti Isnin hingga Rabu sebab adik dah start cuti. Tiba-tiba dalam jam 10 pagi Guru Asyraf call bagitahu Asyraf tak sihat dia minta aku ambil Asyraf dari sekolah. Sekali lagi Asyraf sakit dada. My hubby ambil Asyraf dari sekolah tapi tak terus ke hospital. Dirumah keadaan Asyraf dah ok. Bila ditanya Asyraf kata sakit dada macam semalam. Rasa sakit tu bukan di kawasan parut tapi di kawasan jantung. So petang tu jugak aku bawa Asyraf ke hospital. Kat hospital, di bahagian emergency, Asyraf buat ECG. Nurse tu macam tak puas hati dengan result ECG, ntah apa diorang bincangkan. Di bilik doktor pula, doktor pun macam nurse tu tadi. Sesekali panggil bos dia datang dan akhir sekali pakar pulak datang. Pakar tu suspek pacemaker Asyraf mungkin dah rosak. Bila tengok warranty 5 tahun, la ngam2 5 tahun Asyraf pakai. Tak kan rosak, sebab baru je bulan May hari tu cek kat IJN, doktor kata pacemaker tu boleh guna 3 tahun lagi. Serabut kepala otak aku. "Ya Allah bantu aku Ya Allah." 

Doktor tu kata ia cuma andaian, jangan bimbang. Asyraf kena masuk wad. Kat wad ada pakar jantung jadi biar mereka periksa Asyraf betul2, kalau perlu refer IJN, kita refer IJN. Lagi 2 hari nak raya Asyraf masuk wad. Kesian Asyraf menangis takmo raya kat wad. Sedih memang sedih, nak buat camner terima jelah nak. Kami naik ambulance untuk ke Institut Pediatric. Melangkah ke dalam hospital kanak2 tu hati aku tiba-tiba sayu jer..mata tiba-tiba berair, sebak rasa hati terbayang wajah Aiman. Aku tak lupa jalan ni yang kami lalu untuk bawa jenazah Aiman pulang. Pintu wad KK8 dan KK9 aku perhatikan. "Ya Allah, kuatkanlah hati ini."  Tersentak aku dengar suara attendance tu, "esok mau raya hari ni masuk hospital apahal?" o..anak saya tak sihat, dia sakit dada. (biasalah orang ramah, memang suka tanya soalan yang dia sendiri tahu jawapannya) "

Kat wad pulak doktor tanya byk soalan. Doktor ramai, semua tanya soalan sama, jenuh nak menjawab. Akhir sekali doktor tanya aku, kenapa tak ke IJN kan selalu follow up kat IJN. Mana aku tahu nak kena gi IJN sebab belum pasti Asyraf ni sakit jantung ke atau cuma sakit dada sebab parut. Asyraf memang pernah ada rekod kesihatan kat sini cuma dia tak pernah masuk wad jer. Lagipun Dr Hung iaitu doktor pakar GHKL ni yang refer Asyraf kat IJN.  macam tak bagi kami datang GH jer doktor ni. majuk kang, anak aku gak yg susah. "Doktor, saya tak pasti anak saya ni sakit ape, lagipun kat IJN belah mana pulak saya nak pergi, saya tak tahu, dulu Dr Hung yang refer Asyraf kat sana." Ada lagi satu soalan cepumas, "Apa yang buat mama bawa Asyraf ke hospital?" (mendelah dokter ni tak paham aku...) "Ntahla dokter, sebab dia ngadu sakit dada, dan dia pulak pakai bateri saya takut lagipun saya baru jer kematian anak sebab jantung ni."  Doktor tanya aku bila Asyraf mula sakit, aku bagitahu dia, Asyraf sakit malam Ahad then dia ok tapi pagi Isnin dia sakit balik masa tu kat sekolah. Lepas tu Doktor cakap "Mama, lain kali kalau anak sakit pagi tu kenapa tak terus ke hospital, mama tahukan anak sakit jantung, malam- malam doktor pakar untuk jantung selalunya tak ada, if anything happen macam mana.?"  (ok baiklah aku kalah dalam perbalahan ini.) Bukan ke aku datang siang, dokter jer check Asyraf waktu malam???? (di hatiku berkata-kata)

"Mama amik gambar ma, nak buat kenangan" - tiru mamalah tu

Doktor lakukan pemeriksaan dan akhirnya mereka bersepakat bagitahu aku, bahawa bateri Asyraf ok, masih berfungsi. Menurut doktor kalau sakit jantung pasti Asyraf takan rasa sakit apabila dadanya ditekan. Apa yang menyebabkan dia sakit kemungkinan sebab selsema dan batuk sebab dada asyraf berparut, parut yang ada bukan sahaja di luaran malahan dalam badan Asyraf juga berparut dan bila Asyraf batuk ia akan membuatkan otot bahagian dada merenggang dan tersentuh bahagian tulang dari situlah Asyraf dapat rasa kesakitan. Camtulah lebih kurang, pemahaman aku so Asyraf boleh balik esok pagi sebab malam ni kesihatan Asyraf perlu dipantau. Doktor nak pastikan Asyraf betul2 sihat.  Syukur Alhamdulillah Asyraf tak apa-apa.

ni rupa orang sakit - peace


Abang happy sebab mama ada disisi


Waktu maghrib doktor cek Asyraf, kesian mama tengok. "Doktor, saya bagi Asyraf minum air dulu ye, dia puasa" Doktor cakap Asyraf good boy, kecik2 dah puasa. (Doktor ingat Asyraf kecil lagi, dia dah 8 tahun dah doktor)


"Best la mama duk hospital, makanan dia sedap"

Hospital sediakan makanan untuk sahur buat mak sahaja, anak takde makanan sebab anak takyah puasa. Tapi makanan tu kami kongsi. Disebabkan mereka duk hantar makanan jer kat katil, Asyraf terus gastrik. Bila tengok Asyraf macam tak bermaya jer, ada seorang doktor cina bagi Asyraf coklat. Doktor kata kalau tak larat jgn puasa, jadi tak puasalah Asyraf hari ni. Dalam tahun ni hanya 1 hari jer Asyraf tak puasa. Mama suka sangat sebab Asyraf berjaya.

Ada satu perkara yang seronok dengar,  rupanya gelagat kami diperhati oleh seorang ibu patient. Ibu tu minta petua macam mana nak bagi anak close macam kami, kami kelihatan seperti best friend. Selalunya anak akan takut dengan ibubapa. Tak tahulah apa petua, mungkin sebab aku layan anak aku macam kawan2

Asyraf tak dibenarkan pulang lagi, sebab doktor2 nak gunakan Asyraf sebagai contoh untuk pembelajaran diorang. Menurut salah seorang doktor, kes seperti Asyraf jarang ditemui sebab selalunya bila patient dah di operate mereka tak kan datang GH dah, Jadi mereka ambik kesempatan untuk periksa Asyraf. Ada beberapa orang doktor yang bakal jadi doktor pakar datang cek Asyraf. Aku ingat seorang doktor perempuan ni, tak ingat nama. Doktor tulah yang memeriksa Aishah 6 tahun lepas. Doktor tu minta no phone aku, sebab mungkin bulan Oktober ni dia nak pinjam Asyraf lagi, kalau tak silap 6 tahun dulupun doktor tu ada juga kata nak pinjam Aishah untuk tujuan yang sama, masa tu Aishah baby lagi tapi tak jadi. Tak tahulah kali ni mereka jadi ke tak nak pinjam Asyraf. Kita tunggu bulan Oktober nanti. Kami tak kisah kalau doktor nak guna Asyraf sebab kami memang terhutang budi dengan doktor2 di GH ni.

Selama sehari aku duduk di GH, ada seorang doktor yang aku ingat tapi tak tahu nama dia. Doktor tulah yang cucuk tiub air kencing kat Aiman depan mata aku. Teringat lagi kat Aiman.. rindu :(

gambar Aiman lepas nangis kena cucuk ngan doktor tu..

Dah dua hari Aishah tak jumpa Asyraf, Aishah menangis. "Adik rindu abang.." sweetnya siap belikan belon untuk abang tapi tak sempat datang jenguk abang kat hospital. Bila ditanya Asyraf rindu kat adik tak. "Tak, adik nakal sangat" sabor jelah diorang ni..

Alhamdulillah Asyraf tak jadi raya di wad. (^_^)

thanks for reading this entry ^_^

20 ulasan:

  1. "Adik rindu abang.." Masya Allah, menyentuh sekali Nita...
    salam untuk Asyraf ya Nita, sihatlah selalu! aamiin.
    by the way, lagu di latar vokalnya siapa? bagus nian jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Si adik selalunya buat abang marah bukan sebab dia benci abangnya tapi sebab nak ambil perhatian. Bila mereka berpisah, pasti salah seorang akan rasa sedih.
      In Sha Allah akan saya sampaikan salam itu. Aamiin.. terima kasih atas doanya zachflazz.
      "vocal penyanyi muda Najwa Latif" bagus kan.. (^_^)

      Padam
  2. Allahhuakbar...,dugaan tk k.nita 2..,pe2 pn alhmdllah..,asyraf xpe2..,huhu bdk laki mmg cm 2 kak,dia rndu sbnarnye tpi ego hoho....,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..
      betul tu zuhdi sanusi, budak lelaki memang ego sikit.

      terima kasih zuhdi (^_^)

      Padam
  3. Nasib baik Asyraf tak apa2...akak baru tahu tentang sakit anak nita...turut simpati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. nasib baik tak apa2..
      terima kasih kak (^_^)

      Padam
  4. Balasan
    1. tulah kesian dia, tapi Alhamdulillah jantung dia ok cuma parut jer yg menyakitkan dia sikit..

      Terima kasih Angah :)

      Padam
  5. first time datang sini. sedihnya baca. semoga akak selalu kuat k.
    nak baca entry lama2 akak pasal adik aiman. huuuu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah Wana..
      In Sha Allah..
      silakan membacanya Wana (^_^)

      Padam
  6. sian asyraf...moga cpt smbuh
    maaf tanya aiman anak akak sakit apa yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Waniey..
      jantung berlubang dan pembuluh darah utama sempit...

      Padam
  7. Syukur alhamdulillah asyraf tak jadi beraya di spitei. pandai dia puasa penuh. Kalo tidak tu dah cukup 30 hari. Doktor siap nak pinjam lagi asyraf utk buat ujikaji. Sabor je la.

    *rindu kat aiman jugak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..syukur.
      hehehe..Asyraf siap nak ganti puasa tu, tapi mama suh tunggu dulu :P
      sabor jelahkan..kira bertuahlah doktor2 tu sebab Asyraf masuk wad hari tu kan..

      *terima kasih Lyd..

      Padam
  8. sedih pulak bila baca :( anak2 akak memang ada masalah jantung ke? semoga Allah melindungi mereka ye kak :) Amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm.. kesemuanya tapi Alhamdulillah sebab Aishah dah ok..cuma Asyraf jer yang kena pantau selalu sebab dia pakai bateri..

      Aamiin.. terima kasih Nurul Farahizzati ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)