Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Selasa, 10 September 2013

Bowling Time!!


Assalamualaikum w.b.t.

Nak cerita tentang hujung minggu, selalunya kami sekeluarga habiskan masa duduk rumah jer.. almaklumlah rumahku syurgaku.. lagipun Asyraf tuisyen hari Minggu.. tapi sekarang jadual dah bertukar sebab kebanyakan ibubapa kat pusat tuisyen tu mahukan jadual ditukar supaya anak dapat habiskan masa dengan mereka sekurang-kurangnya satu hari, iaitu di hujung minggu. Memang kesukaan Asyraf tak perlu belajar hari Ahad.

Kisah ni, adalah kisah seminggu lepas Mama Eyda bertunang. Memang dah lama tapi nak citer jugak. Hari Ahad tu Eny cuti, tiba-tiba dia ajak main bowling. Mungkin sebab masa kat kampung Asyraf nak sangat main bowling tapi dia tak bawa sebab masa tu dia keluar dengan best friend dia. So kiranya ni nak tebus balik lah kan.. Eni ni memang baik hati, dia suka sangat buat anak2 buah dia gembira. Mula-mula aku tak mahu ikut, tapi tak elok pulak biarkan dia dengan Intan bawa budak-budak tu keluar sebab Si Aishah ni susah sikit nak dikawal. Ajak my hubby ikut, dia kata seminggu dia bekerja so hari Ahad dia nak rehat. Jadi kamipun pergilah Wangsa Walk nak main bowling. Bengang Eni...dia ajak petang malam baru keluar, nak buat macamana kakaknya memang liat nak keluar rumah. Tapi takpe sampai jugak kami kat tempat yang aku segan nak masuk.

Masa nak ambil kasut bowling, cakap ngan Eni korang berdua ajelah main, akak seganlah..tapi bila orang tu tanya nak kasut saiz berapa laju jer cakap saiz 4. hehehe.. malu tapi mahu. Intan memang pandai main bowling sebab setiap hari Rabu dia ada aktiviti luar iaitu main bowling kat WangsaWalk anjuran sekolah dialah. Tak sangka pulak aku, Intan pakai kasut saiz 6.. Eni sama saiz dengan aku. Intan kata memang dia pakai saiz 6 bila dia datang sini dia akan minta kasut saiz 6. eh..eh.. dah besar dah adik bongsu aku.

Sebab Eni ngan aku memang perok sikit jadi kami terpinga-pinga nak gunakan mesin kat situ (nama pun aku tak tahu..alah mesin untuk taip nama kitorang) Si Intanlah yg ngajor.. padahal mesin tu stuck tu yg tekan2 tak keluar huruf. (kurang sabor tu yg dok tekan byk kali)

Jom layan gambar...


Percubaan pertama..yeah berjaya jatuhkan pin.. dan untuk kali kedua..yeah masuk longkang.. hehehe.. :P

Orang yang mula-mula main ofkoslah si Ecah ni, aku dan Eni tengok dulu, makin lama makin seronok, siap lompat2 lagi mak budak ni excited anak jatuh kan pin. Bila bola tergolek ke tepi, mulut kitoranglah yg paling kecoh.."ke tengah ke tengah ke tengah.. argh masuk longkang.." macamlah bola tu nak dengar cakap kitorang, bila toleh ke belakang ha.. malu pulak tak perasan over acting tadi.. Kalau dah jadi ibu ni kita mesti kena pandai, walaupun tak pandai.. Akupun macam terer sangat main bowling siap ajar Asyraf main.. nasib baik bola aku tergolek elok cuma 2 pin jer tinggal. Masa tu kira dah bagus sangat.

Gaya dah ada tapi nasib kurang menyebelahinya... merajuk terus.. :P

Anak teruna aku ni kan.. kuat sungguh merajuk, dua kali cuba  dua-duapun bola masuk longkang. Paling dia bengang bila kali kedua bola tu elok jer bergolek kat tengah bila hampir dengan pin bola tu boleh masuk longkang, jawapnya satu pin pun tak jatuh. Terus tak mahu main dah tapi ajak mama pergi tempat lain pulak..

Dah agak! memang kat sinilah tempat kesukaan dia, tak padan dengan saiz.. kaki tak sampai  tapi dia punya usaha.. ermmm..

 
Ecah yang tamak, turn dia dah habis sibuk nak main turn orang.."Alah Cik Intan, nanti time abang, Cik Intan mainlah.." confident je dia kata abang tak nak main lagi.. Tengoklah dia buat muka mengada sebab berjaya pujuk Maksu Intan... ecah..ecah..


Diorang ni dah cop bola siap2. Like professional, Si Aishah mengajar Asyraf. boleh jatuh pulak pin tu....Cayalah..!

Bila dah puas main game kete, barulah Asyraf bersemangat nak main bowling semula.  


Mana token nih!

Kami main dua games sahaja, memang seronok sangat. Ingatkan bila dah tamat bowling games dah boleh balik tapi disebabkan Aishah tahu, tadi mama bawa Asyraf main game kereta maka diapun nak jugak. Adoyai.. kena layan diorang main games lain pulak.

bersama sponsor merangkap jurugambar bowling games ni.. terima kasih Acik Eny..

Jadi lepas ni bolehlah main lagi. Bowling ni pun sejenis sukan juga. Asyik nak suruh anak2 belajarpun tak boleh jugak kan... kita kenalah selang-selikan dengan riadah. Betul tak?! Betuulll....(ok fine sendiri tanya sendiri jawab)

k.chao!


 thanks for reading this entry ^_^

38 ulasan:

  1. dah lama zizie tak main bowling.. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. la ye ker.. huhu..
      akak nipun 1st time, nasib ada yg ngajak hehehe :P

      Padam
  2. Hehe..
    Larat pulak 2 org kecil tu main.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 org kecil tu..emmm..larat jer Shark,
      diorang pilih bola paling ringan...

      Padam
  3. menghabiskan waktu bersama anak-anak di hari minggu tu menyenangkan ya kak nita... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar tu Gusti,
      mengahabiskan waktu bersama anak2 memang menyenangkan :)

      Padam
  4. tiba2 last sekali terpandang muka nita.. terus mulut saya terpancul.. cantiknya.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe... ada2 jelah ina nih, malu saya :P

      Padam
  5. Balasan
    1. cutekan kalau budak lelaki merajuk..

      terima kasih Cik Aann.. :)

      Padam
  6. Balasan
    1. hehehe..
      ayuh, bawa sekali familynya.. kita bertanding sapa paling banyak tak jatuhkan pin..hahaha :D

      Padam
  7. lamanya tak main bowling.. memang syok kalau dapat main :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul ros_reeza, manyak syok oo..! :D

      Padam
  8. ehhee..dah berpuluh kali sy ajak asben masuk bowling..tp dia buat tak dengar ja..dia cakap tak best padahal dia tak reti main..kahkahkah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jawapan standard en asben kannn.. kihkihkih

      ala nabila, bawak jer..sekali dia main bowling tu mesti dia tak kasi can kat kita pulak...hahaha

      Padam
  9. SEJUJURNYA SY XPERNAH MAIN BOLING SEKALI PUN.. HIHIHI

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe Azi, ada kelapangan cubalah sekali...
      saya pun nasib2 jer nihah.. :D hahaha

      Padam
  10. Bestnyer main boling, dpt mngeratkan hubungan jugak :)

    BalasPadam
  11. best dpt main bowling...wani lama dh xmain bowling nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang best.. hujung minggu ni bawalah Qalief main..

      Padam
  12. kite suke main bowling! hehehe even tak pandai sangat. tapi lepas main tu memang sakit la tangannya. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. betul2... berat kann bola bowling... :D

      Padam
  13. lamanya tak main boling..bila sekali sekala main boleh buat lenguh-lenguh badan.

    link terbaru : emarieys.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah.. mungkin sebab saya main sekejap kot tu yg tak berapa nak lenguh tu..

      saya dah update, TQ.. ^_^

      Padam
  14. Saya mmg tak pandai main boling. Huhu. Kalo tgk org main saya suka le.
    Tak sangka plak intan terer main boling.

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah Lyd.. saya kat sana hari tupun sebab kena paksa..

      Cikgu Intan ajar, setiap Rabu ada bowling, tujuan nak bagi pelajar kelas khas explore dengan game2 macam ni.. takdelah rasa canggal bila habis sekolah nanti..

      Padam
  15. udah lama tak main bowling...dulu masa berkawan gan hubby tiap2 minggu main bowling...

    BalasPadam
    Balasan
    1. la ye ker.. apa lagi Che Rose, ajaklah hubby main bowling mesti mengamit nostalgia nih.. ^_^

      Padam
  16. comel2 pemain boling cilik ni.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. si cilik 2 orang tu memang comel kan.. hehe ^_^

      Padam
  17. Balasan
    1. kalau camtu, cuti hujung minggu bolehlah bawa anak2 main kan.. ^_^

      Padam
  18. betul tu.. sekali sekala kena bawak anak keluar bersukan

    BalasPadam

cayalah sapa yang komen :)