Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Khamis, 12 September 2013

Pets Pinjaman.. (part 2)

Assalamulaikum w.b.t.

Setelah sekian lama, akhirnya saya ingin bercerita lagi tentang Pets Pinjaman (part 2), kenapa part 2 sebab ia bagai satu sambungan kepada kisah Pets yang dipinjamankan pada kami oleh Allah s.w.t. sebelum ni. Kalau nak flashback ok gak .. silalah click Pets Pinjaman.

Kitty
Kalau ikutkan Kitty adalah kucing pertama yang singgah dirumah kami, kemudian Comel, setelah itu muncul Puss yang bunting dan melahirkan anak dirumah kami, untuk beberapa seketika muncul Jerry si kucing kurap. Dua dari anak Puss mati, seekor darinya mati sebaik dilahirkan dan seekor lagi beberapa hari selepas lahir. Jadi anak Puss tinggal 4 ekor iaitu, Tam, Abu, Tompok dan Doni. Kemudian, Puss menghilangkan diri, Tinggallah 4 ekor anak Puss bersama Jerry. Dan akhirnya Tam dan Abu pula hilang. Maka tinggallah Doni, Tompok dan Jerry. Jerry adalah kucing yang paling baik. Jerry adalah kucing jantan yang sangat baik hatinya hingga dia membenarkan Doni menyusu badannya.. memanglah kucing jantan takde susu hehehe.. tapi dia seolah-olah tak kisah mungkin dia kesian melihat anak kucing2 lain yang kehilangan ibu memandangkan dia juga anak kucing kurap yang terbiar sebelum ni.

Comel
Dalam beberapa bulan kemudian muncullah seekor anak kucing yang seiras Kitty, dan Asyraf menamakan anak kucing tu Kitty Jr. Kitty Jr dijumpai Asyraf ditengah jalan. Kesian melihat Kitty Jr, Asyraf pun menjaganya. Kami tempatkan Kitty Jr dalam sebuah bakul, kucing selalunya akan bergaduh bila bertemu kucing lain terutama kucing betina. Antara kucing yang ada, hanya Jerry je yang sudi datang jenguk dalam bakul melihat serta menghidu bau Kitty Jr. Jerry seolah-olah mengalu-alukan kedatangan Kitty Jr. Memakan masa juga untuk mereka get along.

Puss & anak-anaknya
Dan akhirnya tinggallah mereka berempat di rumah kami. Kalau nak tahu Kitty Jr sememangnya anak Kitty, adik saya Eyda yang mengesahkan sebab sebelum ni dia pernah melihat Kitty sedang menyusu anaknya berwarna oren dan saiz anaknya memang sama dengan Kitty Jr. Pada mulanya kami nak pulangkan Kitty Jr pada ibunya tapi kami tak jumpa lagi Kitty ditempat yg Eyda tunjukan. Hingga suatu pagi waktu Subuh terdengar suara kucing mengiau depan rumah kami, bila pintu dibuka kelihatan seekor kucing berwarna oren dan muka kucing tu seiras Kitty Jr. Tak sampai hati tinggalkan kucing tu depan pintu, my hubby ambil kucing tu dan beri makanan. Nak tahu, kucing tu confirm adik beradik Kitty Jr, sebab mereka tak bergaduhpun siap cium-cium bau lagi. Kata orang, kucing akan kenal keluarganya melalui bau. Bertambahlah kucing lagi kat rumah kami. Kucing berwarna oren tu kami panggil Junior. Junior dan Kitty Jr masih kecil dan manja sangat. Dan kedua-dua ekor kucing tu suka tidur kat kepala saya dan kadang-kadang atas perut saya. Pada mulanya nak marah tapi kesian pulak.

Dan beberapa minggu kemudian, saya demam dan tak boleh bangun, kepala sakit dan saya rasa kucing2 tu sangat busuk. Saya tak sampai hati nak buang tapi saya akan suruh budak-budak dalam rumah ni, supaya jangan biarkan kucing tu datang dekat dengan saya. Pelik juga tetiba jer tak suka kucing... actually sebelum saya jaga kucing memang saya tak suka tapi bila dah jaga timbul rasa sayang, cuma rasa pelik sebab saya sering muntah2. Dan ada saat dan ketikanya sampai saya rasa macam tak mau balik rumah. Sebab rumah busuk. Walhal my hubby dan adik saya selalu bersihkan rumah, mereka hairan apsal saya sorang jer rasa rumah tu busuk. Hasil pemeriksaan Doktor... hehehe.. pembawakan rupanya. Saya pregnant. Kalau nak tahu, waktu jaga kucing2 tu masa mereka baby, saya terniat dalam hati nak ada baby. Alhamdulillah, Allah beri kami rezeki setelah hampir 6 tahun saya tak mengandung.

Hingga suatu hari, buat pertama kali kami, pergi bercuti bersama keluarga. Kami minta Eyda datang jenguk kucing2 tu dirumah, disebabkan Junior kucing yg paling manja, my hubby nak bawa sekali pergi bercuti, tak adillah kalau tak bawa Kitty Jr, sebab mereka dua2pun masih kecil. Untuk pengetahuan, waktu tu Kitty Jr, sakit. Dia cirit-birit, pada mulanya kami nak bawa jumpa Vet tapi kami tangguhkan dulu sebab takut bajet lari. Kami ni bukannya orang senang pun. Nak pergi bercuti ni pun kami berkira-kira juga. Kami dah nak bawa dah Kitty Jr dan Junior pergi bercuti bersama kami, tapi Eyda menegah sebab, dia tahu nak jaga anak kucing bukan senang, berak dan kencing merata nanti kotor pula apartment yg kami sewa tu nanti. Betul jugak kami kan nak enjoy anak beranak nanti kesian pula kat Intan kena cuci berak kucing. Memandangkan Eyda dah offer nak jaga so, berangkatlah kami sekeluarga dan tinggalah kucing2 tu kat rumah.

Tiba di destinasi, memang seronok, apartment yg kami sewa tu besar juga. Siap ada dapur, tiba-tiba my hubby dapat idea untuk bawa Eyda bercuti sekali. Almaklumlah tempat percutian kami bukannya jauh sangat kat PD jer pun.. sebelum ni memang kami ada ajak si Eyda tu tapi katanya dia kerja, tapi bila kami ajak lagi sekali dia kata ok pula. So kami pergi rumah Eyda dan singgah rumah kami sekejap nak jenguk kucing2 tu. Eyda kata semalam dia ada bersihkan rumah, sebab kucing2 tu dah kotorkan, dan sempat juga dia bagi makan kat kucing2 tu. Eyda kurung Kitty Jr dan Junior dalam sangkar tapi dia letakkan makanan juga takut kalau2 anak kucing tu lapar.

Sesampai di rumah, semua kucing dah menunggu kami kecuali Kitty Jr. Sangkar kucing tu ada lubang so anak kucing tu boleh keluar bila dia suka. Malam tadi Eyda kata Kitty Jr yang sering keluar dari sangkar. Eyda tutup lubang tu, Kiity Jr bising dan akhirnya tertidur dengan Junior. Apa yang peliknya kenapa Junior je yg keluar rupa-rupanya Kitty Jr dah mati. Ya Allah... saya sedih sangat, first time saya mengalir air mata tengok kucing mati. Eyda yang paling rasa bersalah sebab dia kata dia tutup lubang kat sangkar tu. Paling menyayat hati saya, bila tengok mata Kitty Jr berair. Mungkin menahan sakit. Eyda kata malam tadi ok jer, Kitty Jr siap duduk sebelah Eyda lagi, tengok Eyda lipat kain baju.  My hubby pun sedih juga. Kami tanam Kiity Jr, belakang rumah kami. Kami pun pergi PD semula dan kali ni kami bawa Junior bersama.

Sepanjang perjalanan, kami terasa bersalah dan sedih sangat. Pasti Asyraf sedih sebab dia yang bawa Kitty Jr datang rumah. Dan Akhirnya kami redha dan mohon ampun dari Allah sekiranya kematian Kitty Jr itu adalah dari kecuaian kami. Mungkin ada hikmahnya disebalik apa yang terjadi..

Kisah Pets Pinjaman ni akan BERSAMBUNG...

***sayangnya gambar kiity jr & junior dah takde***

thanks for reading this entry ^_^

26 ulasan:

  1. sy tak suka kucing, tp anak2 suka. dulu sy jaga kucing selalu murah rezeki. ntah kebetulan ke apa not surela. tp baguslah sayangi binatang. mereka pn makhluk tuhan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mula2 dulu sayapun tak suka, tapi sekarang dah ok.. ramai yg kata murah rezeki jaga kucing ni..
      betul tu, merekapun makhluk tuhan jugak...

      Padam
  2. Tapi kitty mati sebab cirit birit tu ke? Pegi bercuti tu terus balik ke bila tgk kitty mati?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'ah, kami dapat tahu sebab lepas kitty jr mati ada lagi kucing lain sakit, kami bawak jumpa vet.. Vet kata jangkitan SARS tapi untuk kucing. Kucing akan cirit birit dan kurang air dalam badan..
      Masa bercuti tu, tergerak hati nak balik... kami tinggalkan kiity jr, satu malam jer, tengahari kami sampai rumah dia dah mati.. kami sambung balik bercuti lepas kebumikan kitty Jr dan bawa sekali adik dia Junior bercuti semula..
      masa tu kesal jugak sebab memang nak bawa kiity jr sekali tapi dah ajal agaknya..memang sedih sangat waktu tu malah sekarangpun kalau ingatkan balik cara dia mati, saya pun masih sedih..

      Padam
  3. aduhh sedih juga
    mahuu x sedih huhuh
    tapi akak sejak dulu x suke bela kucing sbb geli ..
    jadi kucing2 semua di luar rumah shja

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedih sangat kak..
      saya dulu cam akak jugak.. even sekarang pun saya geli, tapi nak jaga hati saya usap2 jugaklah kucing2 tu..hihihi

      Padam
  4. kucing kt umah mati gak sbb kena langgar dengan keta.
    satu rumah bersedih..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. aduh tragisnya...
      memang patutlah satu rumah bersedih.. :(

      Padam
  5. sedihnya :( dah ajal kitty tu kak.. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. :(
      iyalah zizie, akakpun rasa kan ajal tak kira masa.. cuma caranya yang agak menyedihkan..

      Padam
  6. Ada bela sekor...manja ya amat sangat...
    Kuat makan plk tu..dia jd penghibur kat rumah kami tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...kucing memang manja dan kuat makan..
      pernah tengok gambar kucing tu dalam entry Ain yang dulu2..

      Padam
  7. siannya..sedih pula bc entry ini..

    BalasPadam
  8. bapak saya kat kampung...sayang sungguh dengan kucing. rumah kamipun tak pernah takde kucing..sekor mati,tiba2 esoknya ada je kucing sesat daang offer diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bapak sayapun sayang kat kucing tapi sekarang dah tua2 tak larat nak jaga..
      kat rumah saya nipun macam tulah, hilang sekor mesti bertambah 1-2 ekor.. :D

      Padam
  9. Balasan
    1. Semestinya arwah mak che ros ni penyayang orangnya kann..

      Al-fatihah buat mak che rose..

      Padam
  10. kucingnya cantik - cantik. Tapi repot tidak kalau pelihara kucing?

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Yono, ngak repot deh.. malah seronok sangat ^_^

      Padam
  11. saya takut kucing kak tp bila baca kisah ni rasa sedih jg

    BalasPadam
    Balasan
    1. la ye ker.. kawan2 akak pun ramai yg takut kucing..
      sedih kan waniey :(

      Padam
  12. erm..sy ni sgt la x mo bela kucen..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe... ikutkan saya pun x mo, tapi kesian dan kasih pulak so bela jugaklah kucing tu.. ^_^

      Padam
  13. sedihnya. mesti ashraff lagi sedih. huhuhu. kite kureng sikit dengan kucing ni. kalau adik dengan ayah sayang gile dengan kucing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asyraf masa mula2 dapat tahu memang sedih.. tapi dapat main air kat swimming pool terus hilang sedihnya..
      akak ni terpengaruh ngan adik2 akak la ni.. dari tak suka terus bela kucing ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)