Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 6 September 2013

Suasana Hari Raya.. ^_^

Assalamualaikum w.b.t.

Syawal sudah di penghujung, aku baru nak cerita tentang Hari Raya..

Raya tahun ni tak seperti raya tahun lepas raya tahun ni tak meriah sebab seorang ahli keluarga dah tak ada. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur sebab dapat juga beraya tahun ni. Belum puasa lagi aku dah beritahu keluarga di Pahang, bahawa aku tak balik tahun ni. Tahun ni aku nak beraya di KL. (Lupa, padahal tahun ni memang turn raya kat KL pun.. ) Masa tu aku dah simpan dalam hati aku nak ziarah pusara Aiman pada 1 Syawal. Aku tak tahu samada mak mertua aku kisah ke tidak.. dia tak pernah pun paksa anak2 dia beraya dengannya mungkin sebab anak2 dia sentiasa ada sampai bosan dia nak nengok.. (cucu2 balik sekolah lepak rumah dia setiap hari..) Hati ibu, dari pandangan mata aku, dia memang memahami anak2nya. Malam sebelum raya tu, dia tanya jugak samada kami nak balik Pahang ke tidak. Masa tu jawapan entah, sebab adik aku ajak kami balik bersama. Aishah dan Asyraf dah masukan beg pakaian dalam kereta tapi terpaksa keluarkan balik memandangkan makcik2 mereka nak balik cepat sedangkan baba mereka nak balik lambat sikit sebab tak mahu harungi jam.. Kami rasa tak sedap hati jadi kami biarkan mereka pulang dulu. Seganlah kan sebab kita nak tumpang kereta diorang takan nak ikut jadual kita pula. Ada hikmahnya kenapa tak jadi balik, itu sebab aku dah berjanji dengan diri aku nak ke pusara Aiman 1 Syawal nanti.

Sebagai ibu, aku rasa tahun ni aku gagal laksanakan tugas aku untuk buat persiapan raya. Aku tak belipun pakaian raya untuk anak2 dan aku, baba diorang lagilah kesian. Aku bersyukur sebab ada keluarga  yang perihatin. Adik aku belikan baju raya untuk anak2 aku dan aku. Eni dan Eyda serta  Zainal. Dari baju, tudung hingga ke kasut raya. (aku dapat 2 pasang baju raya..merah dan pink color - Alhamdulillah)..Dan adik hubby aku pula, si Azhar belikan baju melayu dan kain pasang untuk baju kurung Aishah warna pink lagi untuk dua beradik ni serta 2 pasang pakaian untuk berjalan-jalan. Bertuahnya rasa. Kueh rayapun mereka sumbangkan. Yang mampu aku buat tempohari cuma kek love tu jer..Di saat2 akhir Ramadhan, ada juga aku belikan anak2 aku baju raya, rasa tak seronoklah kalau mereka pakai, baju raya dari pakcik dan makcik diorang kann.. Sebelum tu aku ada tanya Asyraf dia tak kisah ke pakai baju melayu raya tahun lepas, katanya tak kisah sebab baba pun pakai baju melayu lama. Bertuahnya aku dapat anak yang tak suka mendesak untuk beli baju raya, bukan baju raya je.. baju sekolah pun mereka pakai yang tahun sudah tapi aku beli jugak di saat2 akhir.. aku nak tengok anak aku ni boleh tak hidup dalam keadaan susah. Alhamdulillah so far macam boleh jer.. (melalut pulak)

Ok.. ni nak sambung kisah hari tu..malam tu kek love yang aku bagi kat mak mertua aku tu, Ain yang makan dulu (adik ipar aku.) Si Ain ni memang suka benor coklat. Bila dia makan aku tengok muka dia cam tersengih jer..

Aku : Camner Ain, OK tak?? 
Ain  : Ok, rasa sedap tapi...keras sikit..

Hah! camner kek coklat MOIST boleh keras?? malunye...tapi takpe aku dengar perkataan SEDAP tadi. hehehe....
 
1 Syawal pun menjelma, lepas solat raya, Ain dan Azhar datang rumah ambil Asyraf ngan Aishah. Wah sedondon pulak baju melayu Azhar ngan Asyraf..sayang baju Aishah Maktok tak sempat jahit. So Aishah pakai baju kebaya merah yang Mama Eyda belikan..takpe sedondon ngan baba dia. Tinggallah kami laki bini kat rumah ni..kereta tak muat jadi kami naik unta besi je pergi ke Ampang rumah Maklang adik mak mertua aku.  Saudara mara kalau nak berkumpul selalunya akan ke rumah Maklang. Masa aku diperkanalkan ngan family mertua akupun kat rumah Maklang lah.. (nostalgia la pulak) Maka tibalah kami ke Ampang. Nak masuk jer rumah Maklang, Maklang tahan aku kat pintu.."Kek Love Maklang takdaq ka" Aaaahhhhhh...mesti kecohkan pasal kek tu. Aduh malunya.. Erm.. pastu Maklang siap ajar camne nak masak kek pulak.. Akhirnya dia bertanya.. macam pelik jer kek coklat Moist boleh keras.. 

Maklang : Hang guna soda bikarbonat lama kot..
Aku         : Ha'ah, baru saya ingat.. iyelah Maklang..
Maklang : Mesti dah setahun
Aku        : Tau2 je Maklang ni, moga buat kek setahun sekali..hahahah...! (vongokz kann)
Hubby   : Orang dah cakap jangan ubah resepi, dia ubah.. Eni buat ok jer..(apa da laki, sikit pun tak sabun)
Aku        : Ala...baru2 lagi nak try buat kek memang lah camtu kan Maklang, nanti kalau dah selalu tererlah (aku back-up diriku sendiri)

Tahun ni cam sunyi jer sebab, tahun ni turn anak2 balik rumah mertua, yang tinggalpun yang bujang2 jer..Kami pulak jadual terbalik.. Sebelum kecoh pasal kek tu, sepupu hubby tanya aku mana baby, aku cakap kat Gombak pastu dia pelik..Apsal kat Gombak pulak. Baru aku tahu rupanya dia tak tahu pasal Baby Aiman. Masa nak pergi ke tanah perkuburan tu sepupu hubby aku siap tolong kami cari bunga lagi. Selama ni, kami cuma siram air paip jer kat pusara Aiman, Ina ajar kami, katanya air mawar boleh suburkan tanah. Terkejut Ina, salah satu bunga yang my hubby petik ialah bunga Orkid.. bunga yg jarang kita jumpa. Habis bunga Maklang kitorang petik... hehehe..

Tiba di tanah perkuburan my hubby terkejut tengok pusara Aiman kering kontang, pokok pun layu..La sedihnya.. Sebenarnya my hubby salah pusara, pusara yg dia tengok tu pusara baru. Melihat keadaan sekeliling aku jadi kaku dan sedih, dalam masa tak sampai sebulan pusara baby bertambah. Maknanya ramai juga ibu2 diduga Allah, pastinya baby tu meninggal bulan puasa tempoh hari. Kalau kita bersedih, percayalah ada orang lebih bersedih dari kita. Hari tu banyak pusara yang ada bunga di atasnya. Ada juga pusara seperti terbiar. aku terus ke pusara Aiman "Assalamualaikum.. Aiman, mama datang ni.."

Lepas dibersihkan pusara dan membaca beberapa surah kamipun beredar, kali ni aku tak sesedih sebelumnya. Bukan sebab dah tak sayang tapi aku dah boleh menerima..Kami juga siramkan air mawar tu di pusara2 yang terbiar, tapi hanya di sekitar pusara Aiman jer..Aku mahu, supaya kami sering datang ke sini lagi. Walaupun orang kata tak perlu, sebab bayikan suci mereka pasti berada di syurga dan hanya dengan berdoa sudah cukup. Tapi bagi aku, aku tetap akan ambil kesempatan sekiranya ada kelapangan akan terus ziarah pusara Aiman. In Sha Allah..

Balik dari Ampang, kami terus ke rumah mak mertua aku, masa kat Ampang tadi mak mertua aku balik dulu sebab ada saudara belah pak mertua aku datang. Masa kami sampai semua dah balik da. Mak Mertua aku bekalkan kami rendang daging dan ayam, ketupat dan lemang pun ada.. Alhamdulillah rezeki lagi, jadi dapatlah kami jamu tetamu nanti.

Malam tu juga kami beraya dengan jiran sebelah, kami panggil mereka Mak Ndak dan Pak Ndak. Mereka dah anggap kami cam anak2 diorang jugak. Tengah berbual, sekali lagi kisah kek jadi topic, ermmm... sekali lagi aku disekolahkan.. takpe2 ilmu tu...Lepas tu Mak Ndak bertanya..

Mak Ndak : Sapa tak taw tebuk dinding tengah malam tadi, bising la hai...Mak Ndak tengok jam, tu diaa pukui 12 nuu..
Aku           : emmm..takdaq kerja sapa2 Mak Ndak oooii, kami laki bini.. tu nak pasang cermin kat dinding tu.
Mak Ndak : La, Mak Ndak ingatkan orang di ataih nuu.. hangpa ka.. bunyi macam di ataih nu..
Hubby    : Dah selalu dok dengaq orang buat bising, sekali sekala kami pulak.. (amboi baguih punya alasang..hehehe)

Biasalah rumah flatkan..lupa flat 1Malaysia, memanglah yang Melayu ramai dah balik kampung, tapi orang Cina ngan India...ala kalau Chinese New Year ke Depavali ke even Krismas pun diorang sambut ngan mercun pumpangpumpang ok jer, sesekali dengar bunyi gerudi takan diorang kecohkan..Bayangkan ek..jangan nak kata bunyi gerudi, meja kerusi ditolak pun kami boleh dengar, lagi satu kes orang kentut kat depan rumah, adoiyai tension aku dibuatnya. Memang kurang asam kann,, takde tempat lain agaknya diorang nak melepas, depan rumah aku jugak..tahap pencemaran bunyi tu mamang lazim lah kat flat ni, so rasanya diorang tak marah kot. Seronok berborak ngan Pak Ndak ngan Mak Ndak diorang ramah. Jiran2 yg lain dah balik kampung.. Elleh kalau diorang tak balik pun bukannya kami nak datang beraya. Kami ni tak kenal sangat jiran2 hanya beberapa jer, jiran sebelah menyebelah jer.. teruk kann..

Esoknya ada budak-budak datang beraya,  aku ingat takde sebab awal lagi, ada juga yang tak balik kampung, warga kotalah tu.. Aku pulak tak prepare apa2 lagi bajet nak suruh diorang masuk dululah sementara aku kemas sikit rumah yg bersepah tu. Asyraf ngan Aishah excited siap tukar baju raya lagi.. "Sorilah dik, rumah akak bersepah sikit".. belum habis cakap salah sorang budak tu cakap "Takpe, duit raya pun okey.." ermmm my hubby dengar dari dalam bilik suara dia kedengaran.."Raya boleh, duit raya takde" bebudak tu terus pergi "OK, terima kasih" Asyraf keluar terus bising "Apalah tu bukan nak raya tu nak duit raya"  kesian anak mama kecewa. Adik lagi best "La, kenapa mama halau diorang?" La..Mama pulak kena sound.. "Mama tak halau, diorang pergi sebab baba kata takde duit raya" Adik pun kecewa "Duit raya Adik kan ada, ngapa mama tak nak bagi" Sebenarnya kan kami ni bukan kedekut, kalaulah budak tu duduk makan kueh raya atau minum segelas air, dah tentu aku akan beri duit raya. Aku tahu, budak2 memang nak duit raya je, sebab tu diorang datang, walaupun diorang tak kenal siapa kita. Aku suka jer, nak bagi duit raya kat budak2, kan bersedahkah tu amalan yang baik.

Macam ni jelah raya kami, kami habiskan waktu dirumah kami dan rumah maktok. Hingga suatu malam, boss my hubby ajak beraya rumah dia, masa tu anak2 ikut makcik diorang beraya dan tidur kat sana. Jadi tinggal lah kami berdua. OK, boss ajak beraya, mesti pakai baju raya kan. Kali ni aku nak pakai baju kaler merah yang Zainal belikan. Merahnye Mak Ngah siap ada batu2 lagi kat baju tu. Memang menyerlah habislah, nasib baik tak reti pakai bulu mata palsu, kalau tak comfirm perasan Che Ta aku..hehehe... Sampai jer kat Keramat, aku rasa macam takmo turun kereta jer..mana taknye aku sorang jer yang pakai baju raya yang lain  baju T-Shirt biase jer..  "eeeeeii...Abang tak cakap pun nak raya kat bengkel, haaa.. malulah nak turun, orang lain pakai baju biasa jer.." My hubby ngan kawan dia boleh gelakkan aku, hampeh tul.. Dengan tersipu-sipu aku salam semua wanita di sana.. pehtu duduk sebelah laki aku, mana dia pergi aku ikut dah serupa orang baru kawin jer, kalau bawa anak tu boleh la cover line..Time balik lagi best, my hubby tak bawa sampul duit raya, nasib baik anak bos ada sampul ang pow..Ha, ambik ko, kami bagi duit raya kat budak2 guna ang pow raya cina..hehehe"..

Tak tahulah nak kategorikan raya tahun ni ok ke tidak..

Biasalahkan, kalau aku buat cerita mesti ada gambar.. layanlah gambar raya lama diorang...

 Ni tahun 2008.. ceriakan Asyraf

 2008 jugak, raya kali kedua Aishah

 Ni 2011, dah nak sama tinggi dah...

 Ni 2011, masa test baju raya Pak Ngah beli..baju Asyraf senteng so kena tukar..

Gambar Aishah ni tahun 2013, baju raya yang PakNgah beli dulu masih boleh pakai.. Dan gambar Asyraf pulak pada 2011, pun baju tu masih boleh pakai.. (badan diorang tak besar2)

Nak jugak letak, gambar ala tomey-tomey mama ni yea (^_^)

Alhamdulillah, dalam tangis ada juga tawa.. Aku bersyukur sangat padaMu ya Allah, kerana beri kesempatan ini.

Pada kawan-kawan di Syawal yang terakhir buat tahun ni, aku mohon maaf di atas segala kesilapan2 yang mungkin dari segi penceritaan atau dari komen2 di dalam blog kamu semua, secara tak langsung boleh mengguris hati, diharap dapatlah dimaafkan..




 ***tahniah! kamu memang baik hati sebab baca sampai habis***

thanks for reading this entry ^_^

20 ulasan:

  1. sori nita.. saya sayu hati baca pasal aiman..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpa Rai, saya sebenarnya sedih sangat raya tahun ni. Saya memang dah takde hatipun nak sambut raya..sedih sangat sebab Aiman takde..memang dah cakap ngan ahli keluarga saya tak mau sambut.. tapi demi anak2 yang lain saya buat macam biasa jer. saya tak beraya takpe tapi anak2 tak sampai hati nak biarkan.. kalau nampak cam tak sedih tu, cuma lakonan jer.. tulah sebab kenapa pagi2 raya lagi adik ipar ambil anak2 saya, diorang takut kami akan terperuk jer kat dalam rumah..

      Padam
  2. Alhamdulillah, murah rezeki nita dan anak2 dpt baju raya. Anak2 nita pon sgt memahami la perasaan mama dia. Terutamanya asyraf. Dia macam org dewasa yang sentiasa cool je.

    Kek tu keras ke? Hahahah... banyak kali kena skolah pasla kek. Sebab tu la saya tak pandai nak buat kek. Sebab takleh nak sudukan dan rasa dan ejas mana yang kurang.

    COmelnya la anak2 nita masa tahun 2008 tu. Bila dah besar dah makin slim. Dulu masa kecik bulat2 je. Heheh. Kiut sgt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. syukur..

      diorang kata keras sikit, tulah pasal.. saya memang jarang buat kek tu bila cuba tak jadi, ramailah yg volunteer nak mengajor..tapi lyd sekarang ni dah banyak instant cake.. cuma bakor jer dalam oven..selesai..

      tulah masa kecik jer comey dah besau comot.. budak-budak makin besar dia makin aktif tu lah badan tak naik, tambah pulak anak saya ni jantung prob, selera makan memang kurang.. Terima kasih Lyd.

      Padam
  3. ya..dalam tangisan pasti ada ketawa..tanahkan hati kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. tulah dia suka duka kehidupan.. terima kasih Nabila ^_^

      Padam
  4. dalam sedih ada tawa,dalam tawa tu buat kita bahagia dan terus menghargai nikmat dunia,...sayu pulak bila tringat arwah aiman,kalo ada,mesti beza bulan je anak kita kan nita....tapi ALLAH lebih sayangkan aiman,..apapun moga terus tabah sahabatku nita.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Angah.. ketawa buat kita bahagia..
      ha'ah boleh jadi rakan sebaya.. tapi dah tertuliskan..
      Terima kasih sahabatku Angah, awak memang memahami.. ^_^

      Padam
  5. waaah, semakin hari semakin bergaya! huhuhu. comel je diorang :D

    BalasPadam
  6. fuhh..berjaya gak baca sampai habis..haha..

    mesti tak sangka diaorg dah makin membesar kan..hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ho yeah..akhirnya..tahniah2 hehe..

      betul tu mama_ka0ri..makin hari makin tak sangka.. dah besar dah anak2 ini.. ^_^

      Padam
  7. fuh!! panjang betul kisah akak.. hehe.. btw, akak, "moga" dalam dialog tu, ada maksud lain ke daripada semoga? zizie xpernah dengar pulak org guna cmtu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha... itu cerita cover untuk seminggu..
      moga tu singkatan dari semoga.. tapi akak memang suka rosakkan bahasa so apa yg akak cakap tak seperti apa yg akak maksudkan.. ngeee... :P

      biasalah akak memang suka ikut cara dialek orang.. kalau akak biasa terdengar apa yg diorang sebut dalam satu-satu ayat tu sebolehnya akan akan tiru (walaupun tak kena pada keadaan)

      salah erk dialog akak tu, tapi akak dah gunapun ayat tu (jengjengjeng... @_@

      terima kasih ye editor... (^_^)

      Padam
    2. xtau la salah ke tidak.. first time dgr ayat macam tu... susah gak zizie nak hadam.. ulang banyak kali nak bagi faham.. hehe..

      Padam
    3. biasalah zizie muda lagi, mungkin lepas ni zizie kana banyak bergaul dengan ramai kawan yg punyai dialek negeri yang berbeza-beza..mungkin suatu hari nanti zizie akan dengar ayat cam tu..hehe

      Padam
  8. habis gak baca n3 ni ni hehehe

    alololo comey jer dioarang pakai baju raya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...terima kasih..hehehe

      comey kann... (^_^)

      Padam
  9. Habis jugak baca entry panjang hihihi sedih pulak baca kisah Aiman...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah..tahniah che rose, baiknya hati baca sampai abis...hehe

      saya pun sedih sangat, rindu kat Aiman..

      Padam

cayalah sapa yang komen :)