Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Selasa, 3 September 2013

Suasana sebelum raya (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Lagi-lagi kisah sebelum raya..

Alhamdulillah berkesempatan juga aku berpuasa tahun ni. Tak sangka belum habis pantang aku dah boleh berpuasa. Terkejut juga makcik jiran sebelah tengok aku sembahyang terawih kat surau hari tu. Dah habis pantang ker? Akupun tak tahu yang aku ni belum habis pantang masa tu. Ho yeay!! Asyraf puasa penuh tapi tinggal satu hari sebab gastrik. Raya tahun ni kami raya kat KL jer..raya ketiga baru balik Pahang itupun abah aku jemput..hehehe.. the very bertuah punya anak cucu..

Balik dari hospital kami anak beranak mengecat rumah, bajet orang semua dah balik kampung kamipun dengan selamba mengerudi dinding, jam hampir 12 malam.. alasan kami, pasti kami dimaafkan sebab esok nak raya..

Dah lama menyewa baru sekarang nak cat rumah, pasal dulu punya penyewa sempat cat rumah for hari raya sebelum mereka berpindah. Bila kami masuk rumah dan kami dapati tak perlu susah2 untuk dicat lagi, Alhamdulillah.. Tapi dah bertahunkan, kami pula dikurniakan anak yang berjiwa seni plus adik bungsu aku yang sama naik minatnya dengan anak2ku ini, mereka sehati dan sejiwa telah bersepakat melukis lukisan dinding yang boleh akibatkan kesakitan dimata serta dihati ibunda mereka.. Jadi tahun ini lukisan mereka haruslah dihapuskan..sekian.

Perkenalkan tukang cat kami..

The very handsome boy ever..Muhammad Asyraf

And the very sweet girl in the world Nurul Aishah

lihatlah adik..begitu detail sekali dia melakukan tugasnya. siap menggunakan water color brush lagi.. Bravo!

Wah..bertuahlah bagi insan yang memiliki mereka berdua ini.. so proud!!
My hubby said this year we using machaa colour... brown + pink.. Okey what!! 

Lepas tu bermain bunga api pulak.. yang ni si adik kesukaan, tapi abang takut2 sikit..



 "Selamat hari raya, hari untuk kita bersuka ria" 


cucu jiran sebelah rumah adalah sahabat mereka, maka bermain bunga apilah mereka berempat..

Alkisahnya..semenjak bersalin hari tu, aku habiskan waktu dirumah jer, berbuka puasa dengan anak2 jer, tahun ni tak pergipun berbuka rumah mak mertua walaupun diajak berkali-kali... apa nak jadi dengan menantu ler ni.. Dan kami terima sms yang ala2 merajuk dari adik husband iaitu Pak Ngah Asyraf & Aishah. Nak tahu Pak Ngah mereka ni steward solo lagi, dia ni penyayang orangnya. Every year dia akan belikan baju raya untuk anak2 buahnya, tak rayapun dia belikan juga.  Pak Ngah nak sangat jumpa budak2 ni tapi setiap kali call kami tak sempat jawap. So malam ni malam terakhir Ramadhan barulah kami datang berbuka di rumah mak mertua. Memang tak jauhpun jalan kakipun boleh sampai tapi hubby kerja jadi susah sikitlah nak pergi sendiri.. Sebagai anak menantu yang suka bodek tapi tak pernah berjaya ni, akupun pergi dengan rasa malu2 kucing gitew dengan membawa sebuah perisai iaitu kek yang berupa hati buat mak mertua.. konon2 nak ambil hatilah kan...


sebenarnya rupa kek tu cantik sangat tapi tulah berkemerakan handphone yg selalu low battery, maka yg ini jer mampu di snap.. hikhikhik... (kek coklat moist yg belum di deco ok!)

Mak mertuaku terima kek itu dengan senyuman ala-ala senyum2 nespray..hehehe 

Dan bila habis berbuka, adik iparku makan kek tersebut..komennya ialah....(MALAS AKU NAK CAKAP !!!)

to be continued...... 

**nak tahu apa komennya..nanti kita story k!

thanks for reading this entry ^_^

26 ulasan:


  1. wow... awesome.... lepas nie boleh ar mama linda upah asyraf & aisyah cat umah kat kuantan pulak..... hihiiiiihiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. awesome kann..
      surely boleh punya, mama linda punya pasal diorang on jer..hehehe...

      Padam
  2. alahai rajin nya anak depaaa,bertuahla ibunyee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang bertuah.. hahaha

      *tangan letak di bahu sambil mata tengok atas* - bertuah sangat.. :P

      Padam
  3. mesti sedap kek tu kann..mak mertua mkn tak kek tuu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermmm boleh la kot..hehehe
      mak mertua makan sikit tapi anak bongsu dia, yang perabih.. ^_^

      Padam
  4. Rajinnya buat kek siap ada bentuk hati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. demi mak mertua kurajinkan diri..hehehe

      thanks JunAina sudi singgah & follow ^_^

      Padam
  5. pink cantek...rajin 2 beradik ni ya... kek bentuk hati... nice..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak pun suka pink cam Za Za gak... rajin ngacau jer sebenarnya...kannn.. (^_^)

      Padam
  6. eii... takci plak main sambung2 ni. Macam seribu satu malam plak kang. Heheh...

    Nita, rajinnya anak2 awk. Biasa budak2 besar ni, tak minat nak buat keja2 mcm ni. kalo minat pon mula2 je semangat. pastu buat sikit dah penat. Tapi aisyah dan asyraf okay je. Kagum kejap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..sebenarnyakan Lyd kisah kek bentuk love tu yang panjang..

      tak rajin sangat pun, rajin pada benda yg dia minat sahaja.. bab mengecat memang mereka suka tapi kalau kerja lain.. ermm jenuhlah nak menyuruh..

      Terima kasih Lyd, nanti Luth dah besar sikit banyaklah perkara yg awak akan kagum dengannya.. percayalah (^_^)

      Padam
  7. wah.. mengecat..
    cantik kek tu.. love lagi tu:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi.. cat rumah tuk raya..
      terima kasih.. ros_reeza ^_^

      Padam
  8. alolo.. rajinnya semua.. bagus2.. ni tak, budak2 sekarang asyik dengan smartphone je.. isk3..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus2 kann..Nurul... ^_^
      sebenarnya same jer, tu sebab smartphone baba diorang low battery jer, kalo takkk.. hik3 :P

      Padam
  9. waaaah, comel betul tukang cat ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha... comel kan sha.. suke akak :D

      Padam
  10. bagus anak2 akak rajin tolong mengecat hihihi....wah kek bentuk hati tu cam best jer nengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. baguslah sangat, Waniey.. hihihi
      nengok jer best.. cer rase :P

      Padam
  11. saya mau cicip kuenya bolehkah? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, boleh3...nanti ku bikin satu ya.. hehe :P

      Padam
  12. alamak cerita bersambungler pulak..
    kiranyer berseri2ler rumah raya tahunnikan...
    menantu mithali memangler gitu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. pasal kek tu ler kak, ingatkan ceritanya habis kat Setapak jer rupanya sampai kat Ampang dah..
      berseri-seri sangat rumah kami colourfull gitew.. hehehe
      adoi.. mithalilah sangat kak..hahaha :D

      Padam
  13. rajin anak-anak tolong mengecat..pasti ibu bangga

    BalasPadam

cayalah sapa yang komen :)