Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Isnin, 28 Oktober 2013

Anugerah dari Allah...Alhamdulillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Suatu ketika sebelum entry Rindu itu tetap ada dibuat. Aku berbaring di sofa sambil cium gambar baby Aiman kat handphone, Asyraf datang dan ambil handphone tu dan dia juga turut mencium handphone tu. "Mama ni ntah apa2lah cium handphone?" katanya macam dia tak buat perkara sama yang mama dia buat hehehe.. "Abis tadi ngapa abang cium handphone tu" Asyraf tersenyum dan baring sebelah aku sambil tengok gambar2 Aiman. "Adik comelkan, Abang?"  Asyraf senyum cakap "ha'ah lengan adik berbulu cam lengan Abang kan... adik-beradik abang ni banyak bulu cam monkey jer, hahaha..."  Asyraf suka bergurau dia tak kisah kalau orang kata dia monkey kalau mama masa kecik dulu maunya nangis kalau orang ejek mama cam monkey, open minded jugak anak aku ni.  "Ada ke pulak, tapi bulu halus jer, cute kan.. nasib Aisyah tak camtu." Aku paling suka tengok lengan anak2 aku masa baby semuanya tembam2 anak lelaki pula berbulu halus.. comel jer.. pernah aku melawat rumah jiran sebelah yang kebetulan anaknya sebaya Aiman, sebab rindu agaknya boleh pulak aku cium lengan baby tu..nasib mak dia tak kata aku buang tebiat atau mungkin tak terucap kot sebab kesian kat aku..

Sporting betul anak2 aku ni.. kalau ajak g zoo katanya nak melawat sepupu..hahahaha..

bulu2 halus tu jelas kelihatan, Asyraf dulupun macam tulah lengannya..(Rindunya nak peluk dan cium)

"Abang tahu, masa adik dalam kandungan mama, bila umur dia 8 bulan roh adik naik ke langit dan buat perjanjian ngan Allah, Adik memilih untuk tinggal di syurga tapi dia nak jumpa mama ngan baba dulu, pastu baru dia balik".. aku dengan confident jer bercerita kat Asyraf, sebab itu yang aku dapat tahu, almaklumlah aku ni bukan arif bab ni tapi aku suka membaca dan mendengar. Muncul rasa gembira sebab Aiman memilih untuk bersama mama dan babanya seketika, dia mahu melihat mama serta babanya dan dia mahu minum susu mamanya dan dia mahu mamanya berjaga malam merawatnya waktu dia demam panas. Terima kasih Aiman sebab bagi mama kesempatan ini. Tiba2 Asyraf mencelah "Kenapa Adik taknak jumpa Abang?" Kesian aku tengok Asyraf tiba2 muka dia bertukar sedih.. "Aimankan sakit macamana dia nak jumpa Abang, kenapa Abang tak jenguk Aiman kat wad hari tu" Aduh salah soalan aku gi tanya.. "Bukan abang taknak datang tapi abang takleh masuk"  Cam marah la pulak. "Takpelah bang, kan Abang jumpa juga Aiman masa kat surau hari tu..."

sarung tangan dan kaki Aiman..

Aku teringat akan sarung tangan dan kaki Aiman yang aku terjumpa masa kemas almari Aishah, aku minta Intan tolong ambilkan sebab aku nak satukan pakaian Aiman di satu tempat. Masa nak serahkan sarung tangan ngan kaki tu Intan sempat pesan "Akak janganlah nangis ye.."  depan Intan aku cakap mana ada aku nangis tapi dalam bilik berhujan jugaklah airmata ni..

Ntah kenapa masa aku pegang baju ni aku cakap.. "Baju Aiman ni mama bagi Adik pakai ye sayang.."

Dulu masa mula2 Aiman pergi, aku sedih sangat. Aku tengok barang2 baby aku simpan elok2 tak terlintas langsung nak kasi kat orang, bagi aku tu Aiman punya, lama-lama aku rasa tak guna aku simpan sebab Aiman dah pergi. Kebanyakan barang baby yg aku bagi kat orang semunya aku beli sendiri, ada yg orang bagi sebagai hadiah masih dalam simpanan. Memandangkan ada barangan baby Aiman yang besar2 so aku bagi kat anak buah aku dan juga anak jiran aku. Eni tegur "Akak ni bagi kat orang, akak taknak mengandung lagi ker.." Ntahlah aku tak rasa aku nak mengandung lagi sebab aku takut perkara yang sama akan berulang. Ramai yang nasihat supaya jangan. 

Minggu tu adalah hari yang paling membuat aku rindu sangat kat Aiman, Aku tak menangis seperti awal2 dulu, cuma setiap kali melihat video Aiman, aku rasa macam nak peluk Aiman erat2. Kadang2 aku tersenyum sendirian tambahan pula aku tengok video Aiman guna screen computer yang besar, aku tengok full screen dah serupa saiz sebenar Aiman dah.

Dalam bulan September tak tahu hari apa, sedang aku duduk di sofa dan ingin bangun untuk ke dapur tiba-tiba aku terjatuh. Terasa bumi ni berpusing-pusing, mungkin aku kurang darah jadi aku duduk balik. Kemudian baba balik mengadu loya2 dan muntah2.. Alamak! Apakah?!! oh tidak.. na mungkin.. tapi aku tahu itu adalah tanda2 oh tidak..tidak.. 

Bila si baba dah tak loya, mama pulak loya2 terutama waktu pagi dan sebelah petang. Maka deria bau pula menjadi kuat. Semua benda adalah busuk!. Pergi pasar malam aku termuntah.. biasalah si baba ni memang jenis susah sikit menerima hakikat so dia marah2.. bukan sengaja hokey.. memang pasar malam tu busuk. tiba2 lak kann..Kami berbual kosong hujung minggu. aku tanya soalan cepumas, kalau mama pregnant camner..? si baba tak jawap tapi dia gelak dan cakap "kang orang cakap kang teringat lak Ustaz Kazim punya dialog. Abang dah pesan.. beringat!"  

Kat office aku rasa floating jer, ahhh! walaupun aku tak caya tapi aku beli jugak UPT kit. Lunch hour orang pergi makan, aku lak buat test then menjerit dalam toilet.. Ms Chuah...OMG!! .. tak apsal2 colleague aku terkejut beruk "WHAT! WHAT! What happen?!" katanya.. aku gigit jari then said " I'm pregnant, oh my... I'm pregnant!. then Ms Chuah cakap "oh rajinnya..." (what do mean by rajinnya..saja taw nak bagi kite blushing.. cakaplah oh suburnya kan..hahahaha...)

Ini adalah test paling laju dan clear yang pernah aku buat, 2 line memang jelas. Masih tak caye pergi buat Kad Pink, awal doe.. aku buat kad pink dah amik darah bagai still can't believe..mula nak rahsia konon tapi bagitahu juga orang pastu Dr Ina scan perut walaupun aku dah past urine tapi memang Allah nak tunjuk 6 weeks sahaja dah nampak janin dan degupan jantungnya memang jelas kelihatan. Menurut Dr Ina susah nak tengok kalau air kencing takde tapi memang si baby nak mama dia percaya dia wujud. Ya Allah, aku bersyukur sangat. Masa tu ntah apalah yang aku rasa, perasaan bercampur gaul. happy, takut dan ntah apa2 lagi..

Sekarang ni aku dah hamil 8 minggu.. yeay...!!!

Duhai Aiman, mama tetap sayangkan kamu, kehadiran adik bukannya penganti dirimu kerana kamu adalah kamu begitu juga Adikmu ini.. Setiap anak mama adalah yang teristimewa buat mama. Tiada kan pernah mengantikan Asyraf, tiada juga pengganti Aishah, begitu juga Aiman, dan baby yang mama kandung ini. Alhamdulillah.. Aku masih diberi rezeki. 

Hai mama, I'm in your belly right now!.. 

No wonder mama teringin nak makan nasik briyani .. erm.. adikpun suka nasi briyani juga erk??  Nanti kita cerita tentang mengidam nasi beriyani. Sebenarnya kisah beriyani ni dulu nak buat baru entry ni tapi memang aku takleh nak berahsia. Hahaha.. mak mertua dan bos aku tak tahu lagi... cam takut jer nak habaq.. boleh??..

thanks for reading this entry ^_^

28 ulasan:

  1. Balasan
    1. jangan sedeh2 Ain, akak dah ok dah..doakan Aiman bahagia disampingNya ye..
      terima kasih Ain ^_^

      Padam
  2. kelakar ayat rajinnya tu... by the way tahniah nita.. betul tu anugerah dari allah kita tak jangka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..tulah pasal.. cam segan pulak rasa..
      Terima kasih Azi.. betul tu anugerah dari Allah memang tak terjangka.. ^_^

      Padam
  3. salam nita,
    yang datang dan yang pergi adalah takdir dariNya
    moga dengan kehadiran yang baru ini dapat menceriakan dan mengubati kerinduan yang telah lama terpendam....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikusalam Ena,
      betul tu Ena, semunya takdir dariNya..
      In Sha Allah..
      terima kasih Ena ^_^

      Padam
  4. Nita,
    kami ikut bersyukur juga berdoa untuk kesihatanmu juga janin adik dari Aiman, semoga selalu sihat sehingga nanti melahirkan dengan succes.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas doanya..
      In Sha Allah..
      titipkan salam buat chio, arien dan agree ye ^_^

      Padam
  5. Alhamdulillah...dah pregnant eh kak....In sha Allah...Allah s.w.t akan mengantikan dengan yang lebih baik lagi :).......

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah..
      terima kasih Cinta Alfmin. ^_^

      Padam
  6. Alhamdullillah rezeki yang Allah kurniakan.. Moga baby dan mummynya sihat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...
      In Sha Allah..
      Terima kasih Rinna ^_^

      Padam
  7. Hahaha... rajinnya. Ms chuah ni kan. Apa laaa...

    Nitaaaa!!!!! Tahniah. Patut le nak alas baby. InsyaAllah saya nak jahitkan untuk awak nanti. Lawa ke tak lawa tu belakang cerita la kan. hehehe.. Yang penting saya sangat hepi dengar berita ni. Tapi rasa berpusing tu... erm... saya rasa semalam dan hari ni. Adakah? Oohh.. na mungkin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..sabor jelah.. tu yang segan nak kasi taw boss nih..

      Terima kasih, saja nak bg hint kat Lyd..hahaha.. Ala Lyd, saya gurau jelah..Tapi memang cantik tau alas baby yg awak buat kat anak buah awak..terima kasih Lyd....
      tunggu jelah ek...khabi mungkin hahaha...

      Padam
  8. Alhamdulillah...rezeki nita...takce care yer..

    BalasPadam
  9. tentu rasa seronok dgn kehadiran dan kerenah anak2...
    itulah penyeri keluarga kan.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok sangat Hairul..
      betul tu, anak2 adalah penyeri keluarga.. ^_^

      Padam
  10. Alhamdulillah.. rezeki akak.. tahniah yer kak. jaga kesihatan ye kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...
      In Sha Allah... terima kasih Ros ^_^

      Padam
  11. SLM kak..sory lama xsinggah umah akak ni..sy dah baca semua entri yg lepas2..salam takziah ye tuk aiman tu..maaf sgt2 sy xthu huhu..

    N now tahniah sbb akk Peggy lg..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam fazita, erm takpe.. awakkan baru je lepas bersalinkan..
      Tahniah, comel baby Ammar, seronok Adam dapat adik kan..

      Terima kasih..akak pun tak sangka, Alhamdulillah..rezeki. hehe

      Padam
  12. tahniah nita....rezeki...siapa sangjakan....jelesnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Che Rose.. Alhamdulillah, rezeki...ala takyah lah nak jeles nanti ada la tu..In Sha Allah.. ^_^

      Padam
  13. Tahniah nita..!!

    seronoknya saya baca... nita jaga diri tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ina... ^_^

      InsyaAllah..

      Padam
  14. sedih ayu baca..
    arwah aiman bahagia di sana dijaga oleh bidadari syurga..
    tahniah preggy balik..
    :)

    BalasPadam

cayalah sapa yang komen :)