Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Rabu, 9 Oktober 2013

Kelebihan Ibu Mengandung...

Assalamualaikum w.b.t.

Dulukan..masa mula-mula aku start kerja lepas habis cuti bersalin, mana yang tak tahu semuapun tanya dapat anak lelaki ke perempuan, mana yang dah tahu diam jer.. bila aku buat kerja tengok kelender rupanya eh..aku cuti hampir 2 bulan, pasal apa erk?? Sebab masa terlalu cepat berlalu apa yang aku lalui 2 bulan lepas aku rasa cam mimpi jer.. tiada siapa pun yang nak sentuh bab baby Aiman. Mungkin sebab mereka takut aku bersedih, tapi aku memang over, aku suka bercerita pasal Aiman. Ada juga kawan yang mengeluarkan air mata sebab sedih atau mungkin simpati. Aku tahu, mungkin tak sepatutnya aku ungkit tentang baby yang dah pergi. Tapi bagi aku Aiman tetap ada walaupun aku tak nampak. Aku tetap akan perkenalkan dengan sesiapapun tentang Aiman. Bila nak isi borang aku tetap tulis aku ada 3 orang anak. 

Masa dalam pantang pun camtu jugak, aku hanya duduk tengok tv sampai bosan sebab kat rumah takde orang, anak2 semua dah sekolah. Sebab tu masa dalam pantang tapi dah hari yang ke28 aku keluar pergi kerja memandangkan bos aku minta tolong printkan satu Account client yang dah nak due.. akupun berlagak cam gagah sangat terus datang kerja 2 hari jer pun lepas pada hari tu terus aku demam panas dan tak bangun hampir seminggu jugak..Pengajaran lain kali kalau berpantang takyahlah nak eksyen lagi k, memang betullah orang tua2 berpesan kena dok diam2. Aku masuk kerja haritupun awal seminggu sebab nak cover cuti raya tempohari.

Tahu tak apa pesanan mereka buat aku, mula-mula Doktor yang sama2 hantar Aiman kat IJN sebelum jumpa doktor IJN kami berbual, doktor tu tanya lepas ni kalau nak mengandung aku kena jaga makan jaga kesihatan. Cara doktor tu bercakap macam tahu2 jer Aiman tak boleh diselamatkan. Ada pula yang berpesan jangan mengandung anak lelaki sebab anak lelaki ada jantung problem.. dia tak tahu 6 tahun lepas aku hampir2 nak kehilangan anak perempuan aku sebab jantung berlubang. Bila diberitahu pasal tu dia pesan takyahlah mengandung sebab darah aku dan suami tak sesuai... betul ker??!.. Masa Nurse datang melawatpun dia ada pesan takyahlah mengandung takut nanti kecewa lagi.. Sebab doktor kat GH tu kata faktor genetik.. Dari siapa? akupun tak pasti sebab aku dan suami memang tak ada masalah jantung. Adakah dari keluarga aku, sampai sekarang aku tak tahu punca kematian ketiga-tiga kakak aku yang meninggal sewaktu masih bayi. Bila aku tanya abah aku katanya sebab dah ajal. Dulu lain sekarang lain, dulu tak perlu surat kematian agaknya sebab masa tu ketiga-tiga kakak aku memang tak ada sijil lahirpun dan dah semestinya sijil kematian tiada jadi ia adalah tanda tanya buat aku. Aku ada 4 saudara kandung yang meninggal ketika bayi... boleh jadi mereka juga ada masalah jantung?? Takpelah kita ikut cakap abah dah ajal buat apa nak dipertikaikan..

Kalau korang dalam situasi aku, nak tak korang mengandung lagi???......(bajet ada yang nak bagi opinion)

Aku suka baca perkara dibawah.

Kelebihan Ibu Mengandung

1. Apabila seorang wanita mengandung, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Rakaat solat seorang ibu mengandung adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil.Rasulullah menyebutkan bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya di mana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama.

3. Ibu mengandung perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan bahawa ibu mengandung akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah .

4. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.

5. Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.

6. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

7. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

8. Jika seorang wanita menyusukan bayinya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.

9. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

10. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

copy dari fuh.my


thanks for reading this entry ^_^

21 ulasan:

  1. sebab tu allah bg kelebihan kat wanita dan wanita la org paling senang dapat pahala nk msk syurga.

    BalasPadam
  2. kalau seorang yang menghiburkan hati anaknya, bagaimana Allah akan memberikan pahalanya? samakah dengan wanita yang 12 tahun itu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang itu saya tak pasti.. akan tetapi ganjaran tetap ada jika kita menghiburkan anak kita, walau hanya sekadar mencium anak2.

      nanti saya postkan entry mengenai sabda Rasulullah s.a.w tentang anak..

      Padam
  3. beruntungnya kita dilahirkan sebagai wanita..

    BalasPadam
  4. hidup mati Allah yng tentukan...selagi daya dan masih mampu elok kita tambah lagi zuriat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Ema, seperti kata abah saya...
      terima kasih ^_^

      Padam
  5. kak,
    saya tak pandai bab macam ni.. kuatnya akak menghadapi dugaan ni kan.. pendapat saya.. serahkan pada Allah semuanya.. kalau Allah nak bagi akak mengandung lagi.. doktor kata apa pun akan tetap dapat juga.. untung mak ayah akak.. ada 4 bidadari kecik menunggu mereka kat syurga nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Rai, serahkan pada Allah...

      memang mereka sangat beruntung kann..

      terima kasih Rai ^_^

      Padam
  6. naluri keibuan.. macam bersalin sakit macam mana pun kita still nak beranak jugak kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Azi..sakit macam manapun kita still nak beranak jugak.. ^_^

      Padam
  7. Kalau dah rezeki Allah nak beri terima je laa kan.. Ajal dan maut tuh di tangan Allah..Moga Nita bertabah yer.. Insyallah dipermudahkan segalanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki Allah mesti terimakan bukan semua dapat rezeki tukan..yalah semuanya di tangan Allah..In Sha Allah.. terima kasih Rinna.. ^_^

      Padam
  8. untung jadi wanita dpt rasa pengalaman mengandung dan melahirkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye Waniey memang beruntung.. ^_^

      Padam
  9. Agaknya kalo nita cerita kat saya secara berdepan tentang aiman pon saya nangis. Baca kat blog pun saya nangis, ini plak depan2. Kalau saya, saya akan cuba lagi untuk untuk mengandung. Persoalan pasal anak2 nita ni, saya selalu jgk berfikir. Kenapa boleh jadi mcm tu. Adakah sebab keturunan, dah tu nita pon cakap bukan keturunan. Tapi mungkin jugak darah tak serasi la. Cuba tgk darah suami nita jenis apa dan darah nita jenis apa. Cuba awk cari maklumat tentang rhesus disease.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tahu awak mesti nangis sebab hati ibu kan... Saya pun rasa macam tu sebab semuanya dari Allah..
      Semalam ada juga tanya doktor tempat saya bekerja, dia juga suspek genetik keluarga saya, sebab sejarah keluarga saya ada empat adik-beradik meninggal ketika bayi, mungkin dalaman tak sempurna. Macam anak2 saya kan ada masalah jantung berlubang.. Memang betul kot faktor genatik..Kalau darah pun mungkin tak sebab rhesus darah kami positif.

      Padam
  10. kalau ade rezeki ape salahnya kak. hhuhuhu. mungkin semua tu ade hikmah. tapi penyakit jantung ni keturunan ke eh?

    tak pon akak check darah akak ngan husband. kot2 jenis darah yang tak sesuai kot. eh mandai pulak kite ni. kekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah ada rezeki kan... betul tu wana semuanya ada hikmah. Mungkin kot sebab setiap kali jumpa doktor mesti dia tanya ada tak family sakit jantung??..

      Erm.. ramai juga yang suruh cek darah..tengoklah nanti..kalau ada rezeki nak jugak buat, sebab nak juga tahu punca yang sebenar kan..

      Padam

cayalah sapa yang komen :)