Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 18 Oktober 2013

Mandi-manda di Sungai Chongkak

Assalamualaikum w.b.t.

Lamanya tak update...hehehe ayat standard yang akan muncul bila blogger lama tak menulis..lagi satu ayatnya ialah dah berabuk dah blog ni.. kuikuikui...bloggerlah konon kan??... Kalau siapa-siapa yang nak tahu saya tak berapa sihat recently pehtu takde idea nak bercerita. Terima kasih pada yang sudi singgah malah ada jugak yang bertanya cerita terbaru.. alahai, seronoknya saya. Paling latest..sekarang ni Asyraf exam, doakan Asyraf berjaya yer..

Ni nak story kisah Asyraf dan Aishah pergi mandi-manda kat Sungai Chongkak Hulu Langat. Sabor jelah diorang ni pergi Sungai Chongkak tak ajak mama. Eni dan Eyda, makcik2 dioranglah rancang nak pergi. Hari Jumaat 4hb si Eni suruh saya, cakap kat Intan untuk siap2kan budak-budak ni, malam Sabtu untuk tidur kat rumah Eyda so senang sikit nak pergi nanti. Yang tak sedapnya dia tak ajak pun kakak dia ni, siap suruh cover dia kerja lagi Ahad nanti. "Ko, Eni memang confirm taknak aku ikutlah kan..." Eni lak tanpa rasa ape2 siap tanya, "akak nak ikut ker..??" terus merajuk, "tak.. akak taknak ikut pun, akak nak teman laki akak jer kat rumah, enjoylah ngan anak2 akak tapi jaga diorang baik2."
hampeh!

Bila dapat tahu jer nak pergi mandi-manda, amboi kemain girang lagi budak bertiga tu, tapi Asyraf tak puas hati sebab dia nak kena tuisyen.."Ala, abang tuisyen hari Sabtu!" bila diberitahu nak pergi enjoy hari Ahad so melompat-lompatlah dia balik. Kesian Asyraf dia kena jugak tuisyen hari Ahad sebab Cikgu nak cover cuti raya haji nanti. Cikgu tu cakap kalau ganti after raya, tak boleh juga sebab after raya exam jadi pelik juga tuisyen after exam. Memandangkan hari Sabtu pun jenuh nak memujuk si Asyraf ni tuisyen, mamapun pontengkan Asyraf Ahad tu. Dah bagitahu cikgu, cikgu nasihat kalau boleh datanglah tapi, di sebabkan diorang dah lama merancang nak mandi-manda so mama biarkanlah Asyraf enjoy hari tu. Kalau paksa sangat nanti stress pula kan.

Disebabkan mama tak ikut so, mama tak tahu apa kisahnya mereka kat sana. Yang pasti mereka enjoy sangat. Walaupun cuaca panas tapi air sungai sejuk sangat. Kawasan Sungai tu cukup bersih, risau juga kan sebab banyak sangat kes kencing tikus sekarang ni, tapi Alhamdulillah sebab Sungai Chongkak  ni masih terpelihara. Memang sesuai untuk keluarga bersantai, dan memang ramai pun yang datang mandi-manda kat sana. Eni cakap kalau tak pergi awal2 memang susahlah nak cari tempat. So minggu lepas memang mereka seronok sebab lepas mandi-manda diorang sempat jugak pergi jalan-jalan. 

Sementara tu, mama dan baba pergi melawat pusara Aiman. Kat pusara Aiman juga tenang tempatnya walaupun panas tapi hati tenang tambahan pula ada bunyi air terjun kat sana. Pasti Aiman sedang bergembira kat Sana kan.. Al-fatihah buat Aiman. (takmo emo2 dah)

Wah, satu hari diorang takde sunyi je rumah, rindu pulak terasa. Tapi kalau bertemu memang kecoh sampai mama diorang ni naik pening. Hai lah anak..korang memang penyeri hidup.

Jomlah tengok gambar diorang kat Sungai Chongkak Hulu Langat tu. Dulu-dulu baba dok bawa kami mandi-manda kat Bukit Belacan jer, ni yang mama jeles ni. Lain kali mama nak ikut jugak K!


Asyraf bergambar kenangan... 

Amboi Aishah senyum sampai nampak gusi...

Kesejukan...

Bila tengok gambar-gambar di atas, terasa nak baca entry lama. Ternampak gambar dan video  masa Asyraf dan Aishah kecik2 dulu... tersenyum mama sorang2..

saja nak selit gambar diorang.. 1st time mandi manda kat Bukit Belacan.

video
kelakar tengok gelagat Asyraf

video
susahnya nak suruh balik

ni video di ambil lepas satu tahun dari gambar di atas juga di Bukit Belacan. Kelakar je rasa bila ingat kembali. Adik still pakai baju mandi tahun lepas, itupun diperturunkan dari Maksu Ain.

Teringat kata-kata dari seorang sahabat tentang anak. Hargailah mereka selama mereka berada di depan mata kita, kita tak tahu sampai bila mereka kan bersama-sama kita. 

Pantasnya masa berlalu...

thanks for reading this entry ^_^

14 ulasan:

  1. seronok mandi sungai masign-masing,
    lepas tu dapat pula makan best.
    dh lama rasanyer x dapat suasana cmni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok sangat Shark..
      betul3
      akak pun sama..hehehe ^_^

      Padam
  2. tak dapat tgk video. Tapi apsal nita tak ikut? Kecik hati le tu adik2 dia tak ajak. Hehehe. Seronoknya anak2 dah besar dan boleh mandi2 kat sungai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh ye ker, kawan sayapun tak dpt tgk video tu tapi saya boleh.. apa masalahnya ye..takpe nanti kalau ada masa tengok kat entry lama.
      ha'ah kecik hati kita diorang tak ngajak..hehehe.. takdelah, saya memang dah rancang nak ziarah pusara Aiman..
      Seronok sangat, ala Lyd nanti Luth umur setahun boleh jer kalau nak bawak mandi-manda.. kan.. sabor2 ye.. ^_^

      Padam
  3. Best jer diorang pi mandi sungai... mama ngan baba dia tunggu kat rumah.. btw al fatihah untuk aiman.. insyallah akan bertemu kembali di alam akhirat nanti .. aminn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampaknya camtulah..erm..sian mama & baba kan..
      Terima kasih..In Sha Allah..

      Padam
  4. jika anak-anak bahgia begitu, orang tuanya pun pasti bahgia sekali. selamat Nit!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu zachflazz..
      selamat buat kamu sekeluarga juga.. ^_^

      Padam
  5. Balasan
    1. taw takpeee Wak Gelas...ahHKs :P

      Padam
  6. walau pun dah sejuk sampai kecut mandi manda tak mahu naik jugak yee..

    BalasPadam
  7. dah lama tak ke sana...mula-mula nak randam dlm air terjun mmg sejuk giler..lepas dah berendam tak mahu naik pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahh..terasa teringin nak kesana jugak.. :)

      Padam

cayalah sapa yang komen :)