Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Selasa, 22 Oktober 2013

Susahnya nak bergambar kenangan....

Assalamualaikum w.b.t.

Ku ungkit kisah lalu..

Alkisah satu cerita, kononnya bermula di sebuah desa hospital. Kisah peminat anak aku..hehehe.. Bila diberitahu aku dimasukkan ke wad bersalin, walaupun awal sebulan semuanya sms aku tanya dah bersalin ke belum.. of cause lah belumkan, belum waktunya pun. Tapi hari Jumaat bersamaan 07.06.2013 aku melahirkan secara paksa (induce) dan ramai tanya bila nak balik tak sabar nak tengok baby. Bila dapat tahu baby ditempatkan kat wad lain, semuanya hampa, aku lagi hampa pasal takde yang sudi jenguk aku cuma nak jenguk baby jer..sabor jelah.

Aku nak cerita pasal adik-beradik aku yang berpeluang melawat Aiman ketika hayatnya. Bila imbas balik terasa kelakar sangat gelagat diorang, selain dari baba dan mama, orang pertama melihat dan peluk Aiman ialah Mama Eyda yang kupanggil dengan gelaran manja Bedah. Si Bedah ni punya excited nak tengok Aiman pagi2 dia datang kat NICU. NICU ni hanya ibubapa jer yang dibenarkan masuk. Doktor kat sana diam jer masa kami masuk. Lepas ambil Aiman kami duduk kat dalam bilik susu. Kalau kaum bapa hanya boleh tengok kat cot tu saja, tapi ibu bolehlah duduk lama2 ngan baby. Kami tahu perbuatan kami salah, jadi Bedah ngan aku takut2 nak ambil gambar. Yang sedihnya Bedah tak berpeluang langsung ambil gambar sebab nurse datang. Kesian Bedah kena halau. Lepas susukan Aiman aku keluar sekejap tengok Bedah muka moyok giler.. aku tanya apahal. Dia cakap kena marah dengan nurse tadi kaw2 punya, Bedah yang mulanya tenang dan minta maaf cara baik dengan nurse tu tapi nurse tu memang tak henti2 hentam dia, terus hilang rasa hormat Bedah kat nurse tu tapi Bedah taklah sampai gaduh. Nursepun satu apalah sangat nak beri peluang makcik bertemu anak buah lagipun awal lagi dalam bilik susu tu hanya kami bertiga je, bukan mengganggu orang lainpun, baby lain pun tengah tidur lagi. Bedah tu dah minta maaf tapi kesalahan tu macam besar sangat. Kesian Bedah pulang dengan rasa hampa tapi tetap seronok sebab sempat juga dia bertemu Aiman. 




blur gambar ni sebab jurugambar takut2... 


adik tak mandi lagi masa ni... (marah orang kacau dia tidur)

ni kat KK5, mama bersihkan adik ngan air jer, lap2 ngan kapas tapi dah bersih dah..

Petang sikit Ana ngan best friend dia Kak Chik datang. Masa tu Aiman dah dipindahkan di wad KK5. Kat KK5pun sama hanya ibubapa jer boleh masuk. Mula2 Ana ngan Kak Chik masuk kejap tapi nurse tak nampak bila nurse nampak diorang keluar pastu Ana tak puas hati, diorang buat taktik baru kononnya nak hantar makanan. So Ana pun bawalah roti untuk aku dengan muka cemas masing2 diorang curi2 ambil gambar. Mula Ana pastu Kak Chik, kelakar tengok diorang muka takut2 je masa nak ambil gambar tapi...

Aiman macam bertakbi'ratul ikhram.. الله أكبر

sungguh aku mencemburui kamu..Kak Chik...

Antara mereka hanya Kak Chik jer yang berjaya ambil gambar dengan betul. Kesian Ana sebab gambar dia ambil blur dan paling sedih secara tak sengaja dah terdelete. Tak sampai beberapa minit Eni pulak datang tapi dia hanya dapat peluk dan cium Aiman jer sebab Nurse dah warning lepas hantar barang terus keluar. Masa tu Eni hantar pampers kebetulan masa tu pampers Aiman habis. Eni paling sedih masa Aiman pergi sebab masa tu Eni dalam bas on the way ke Penang. Eni paling banyak belikan Aiman pakaian dan juga barangan lain, rasanya dia paling excited malah dialah yang selalu belikan aku susu Anmum demi kesihatan anak aku.

Ada juga yang hampa sebab lama tunggu nak jumpa Aiman tapi tak sempat. Maklang Aiman yang gelarkan dirinya Umi kat anak2nya tapi anak2 akupun turut panggil dia Umi, dia selalu talifon bertanya khabar. Paling menyedihkan sebab sangkanya dia akan bertemu Aiman kat IJN tapi tak sempat mereka hanya bertemu di surau jer. Masa Umi call, kami dah nak balik, masa tu umi dah happy sebab Aiman dah boleh balik tapi....Paling sedih Umi cakap 15.06.2013 adalah hari lahir Paklang Aiman.

Ada yang minta izin nak ambil gambar tapi aku tak benarkan sebab aku tak mahu mereka ambil gambar Aiman tika dia dikapankan, walaupun Aiman kelihatan comel sangat tika tu. Aiman menjadi begitu comel di saat-saat akhir hayatnya. Berat badan Aiman menurun namun wajahnya bertambah comel dari hari ke hari. Teringat masa di IJN ramai gadis menjerit Eee..comelnya bila mereka tengok Aiman walaupun Aiman dalam akubator. Dr Su selalu cakap Aiman comel malah disaat akhir iaitu pada hari Jumaat dimana Aiman dipindah di KK9, walaupun Aiman dicucuk merata-rata serta mulutnya dimasukkan tiub besar bagi bantuan pernafasan tapi masih ada lagi nurse cakap comelnya baby ni. maktok yang hanya dapat melihat Aiman dimandikan pun cakap Aiman sangat cantik, kulitnya puteh bersih. Makcik2 kat surau tu bila dapat tengok muka Aiman hanya cakap laa..sayangnya.. walaupun aku sedih masa tu tapi aku suka tengok muka Aiman dia tak kelihatan sakit tapi dia seperti sedang tidur nyenyak. Betullah seperti yang dikata, anak syurga memang sangat comel orangnya.

Mama sungguh berbangga kerana terpilih menjadi ibumu Aiman.. bergembiralah Aiman di Taman Syurga. Moga kita ditemukan kelak..Aamiin..

 - Al-fatihah -

thanks for reading this entry ^_^

10 ulasan:

  1. Al-Fatihah...
    Kuatkan semangat ye...insya Allah, Aiman nak ibunya kuat semangat...^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah..terima kasih mama amir.. ^_^

      Padam
  2. comelnya dia siap bertakbiratulihram.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah.. gambar ni saya ambil dari FB kak chik.. jeles sangat rasanya sebab sayapun tak berpeluang bergambar camtu..

      Padam
  3. Insya Allah, Aiman sedang menari-nari bahgia di Taman Syurga, dan kelak dipertemukan dengan kedua orang tuanya di Syurga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah...
      terima kasih zachfalzz.. ^_^

      Padam
  4. Balasan
    1. comelkan..

      terima kasih Maraou Apple Hijau ^_^

      Padam
    2. Comelnya Wildan ni Nita, suka tengok, dia bahagia di syurga Allah menunggu kiamat, untuk menghulur air kepada baba dan mamanya. Airmata akak meleleh lagi. AlFatihah

      Padam
    3. lembutnya hati akak..
      In Sha Allah..
      terima kasih Kak ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)