Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 8 November 2013

Hampeh punya penyamun..

Assalamualaikum w.b.t.

Pernah tak barangan korang kena curi. Aku, memang banyak kali kalau sikit2 tu aku memang tak kisah sangat tapi macam motor ngan kereta tu... ada gak rasa terkilan, tambah-tambah dah habis bayar.. aduyai. Sekarang aku dah tak kisah dah walaupun orang kata barang hilang pasti kan berganti baru, cam aku ni nak ganti baru tu cam payahlah sikit. Contohnya, kereta sampai sekarang tak berganti lagi, masa anak2 sakit dengan aku2 jugak sakit, kepayahan tu terasa sangat terutama masa aku dalam pantang dan masa tu jugak anak kami nazak dan meninggal terfikir camner nak bawa jenazah balik.. bawa naik motor atau tahan teksi.. nasib baiklah ada sedara kat KL ni, kalau tak mesti haru kan.. Dalam zaman sekarang ni kereta bukan lagi kehendak tapi keperluan walaupun kami ni bawa motor kenaikan harga minyak memang terasa sangat.. (minyak!.. ada kaitan tak ngan cerita ni?.) Betapa pencuri tu tak pernah terfikir tentang kesusahan orang yang dicuri hartanya. Sedar akan apa yang kita miliki adalah bukan milik kita..hati kan tenang.. macam dalam lirik lagu kat bawah.. cuba kita amati baik-baik..

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Bukan nak ungkit kisah lalu cuma nak bercerita, Al-kisah kami yang tinggal di flat yang rata-rata tak pernah aman dengan kes curi, termasuklah curi selipar buruk. Aku rasa pencuri ni mental kot, atau memang nak bagi orang sakit jiwa cam dia jugak. Selalu sangat dengar handphone tengah cas dalam rumah kena curi, anak main Ipad kena cilok, motor baru beli rantai kat depan rumah, depan mata kena rembat. Jiran sebelah rumah lagi kesian, washing machine, sekali periuk belanga kena rompak masa diorang balik kampung. Bangun pagi Pak Ndak sebelah rumah nak gi kerja kedua-dua tayar motor ghaib. Tetamu datang rumah letak jaket atas motor, nak balik hujan tengok jaket dah hilang.. bila masanya pencuri ni ambil. Memang terer giler lah diorang ni. Aku pernah nampak pencuri tengah mencuri bag kerja aku, tergamam aku masa tu, pencuri tu pun terpaku tengok aku, bila aku tengking hei! baru pencuri tu lari. Nasiblah tingkap aku tu bergrill, bukan aku jer, Intanpun pernah alami.

Macam-macam lagi kalau nak cerita rasa panjang menjela jadinya cerita aku, so aku pendekkan cerita. Ni kisah Intan, selama ni dia ni cuai sikit, dah pesan banyak kali kunci pintu, nanti rumah masuk pencuri, kadang2 dia dengar kadang2 dia lupa. Tu yang handphone aku dok hilang sokmo tu, yang paling aku terasa bila Eni merajuk ngan aku sebab rantai emas kesayangan dia hilang. Mungkin dia tak salahkan aku tapi aku ni sensitif sikit. Rantai tu putus sebab on the way dia nak balik rumah dari Ampang, dia diragut, sememangnya semangat Eni ni kuat sanggup dia sepak motor peragut tu dan akhirnya dia dapat selamatkan rantai tu. Bayangkan si kecik molek tu yang sedang bawa motor dan sempat mempertahan kan diri serta rantai emasnya dari diragut. Tapi rantai emas tu hilang dari simpanan. Mungkin sebab dia simpan kat meja solek bilik Intan, dan bilik Intan dekat dengan pintu rumah. Eni sayangkan rantai leher tu sebab itu adalah barangan pertama yang dia beli dari duit gajinya. Sekarang Eni dah ok, dia dah terima hakikat. Yang aku nak cerita ni ialah pasal budak Intan ni. Pengalaman Intan bila barang kesayangan dia kena curi.. ha..baru dia tahu apa yang orang rasa..

Intan ni, lasak orangnya, seluar dia selalu koyak, akulah jadi tukang jahitnya tapi kalau dah berlubang memang taklah aku jahit kalau ditampal alamatnya buruklah jadinya kan...Selalu sangat dia suruh kami beli tracksuit untuk dia, aku dah warning kat dia no more tracksuit. Cubalah jadi perempuan sikit duduk lah betul2kan.. tapi nasihat tak guna kawan2 diorang perangai cam budak2..tolak sana tolak sini, bila dah terjatuh bukan tracksuit jer yang koyak, kulit dia pun koyak sama. Minggu sudah Intan nak pergi camping, Eni belikan dia seluar tracksuit baru, kali ni Eni beli yang besar sikit sebab Intan dah gemok hehehe..dan seluar tu cantik. Balik camping, dia pun seperti biasa cuci pakaian dan dia jemur pakaian tu kat depan rumah kami, basuh pagi, tengah hari dia tengok tracksuit kesayangan dia hilang..cina uncle nampak kejadian tu tapi takleh nak wat apa, hanger kitorang pun dah sampai kat post box hujung flat. Kecewanya Intan, dia duk ulang2 bagitahu aku seluar dia hilang. Akhirnya dia cakap kat aku.."Kak, cikgu cakap kalau barang kita kena curi kita kena buat report polis".. alahai Intan... "takan akak nak buat report lak dik, malulah akak..Tuan Inspektor, saya nak buat report, seluar tracksuit saya kena curi.. mahu muntah ijo polis tu kang.. Kalau kereta ke motor ke boleh lah.. Dompet hilangpun kadang-kadang polis tak nak terima.." tergelak pulak dia dengar penjelasan aku.. Intan ni memang suka tersengih. Keesokan harinya pun sama tracksuit lagi satu hilang..pastu dia cerita pasal kawan dia pakaian dalam hilang jugak, nasib baik ayah kawan dia polis, tu yang boleh buat report tu... ye ker?!..dia cam nak suruh aku buat sesuatu jer, semua pakaian yang elok jangan jemur kat luarlah.. habis jemur kat ner.. takan nak tunggu pakaian tu kering cam jaga kambing makan rumput di padang kan.. Susahkan.. itulah risiko duk kat flat kami.. nak tak nak kena terima.. Malam berikutnya selipar pulak hilang.. "Kak! selipar saya hilang..!!" takde apa yang boleh kitorang buat selain dari gelak..hahahahaha... hampeh tul lah penyamun ni, selipar buruk pun ko curik!!! 

thanks for reading this entry ^_^

20 ulasan:

  1. susah jgkkan..semua brg nk dicurinya..
    tension mcm tu kan..mmg perangai suka mencuri...seliper buruk pun nk diambinya..buruk betul perangai diarang ni kan..

    kakain pun pernah mengalaminya..rumah masuk pencuri..bila blk habis semua brg2 dlmrumah bertabur..hilang 2 laptop..camera dan duit dlm tabung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah.. memang rasa menyusahkan jer..macam pelik kan, buat apa dengan selipar buruk tu, macam saja nak naya orang jer..

      sabar jelah kakain, kami ni pun nak balik kampungpun rasa takut.. tambah pulak dengar kawan mengadu barang-barang kat rumah dia hilang, tabung simpanan anak diapun kena kebas, yg sedih dah la dia dalam pantang mesin basuhpun diorang bawa lari, nasiblah ada kawan sudi hadiahkan yg baru kat dia..

      Padam
  2. betul.my brother tanam serai dlm pasu tepi pintu rumah kat flat subang mewah, dgn pasu2 sekali jalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermm... samalah ngan flat ni ha, aritu saya baru jer nak letak pasu bunga kat depan rumah, makcik kat flat rumah nasihat elok takpayahlah..kalau pasu ngan bunga tu cam cantik jer sekejap jer kat situ nanti mesti lesap punya..

      Padam
  3. untaian kata di sajak di atas itu menenangkan. menjadi sadar bahwa kita memang tidak berpunya. hanya Allahlah yang berkuasa. barang dicuri tidak berasa, semoga begitu, yea..

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar tu zachflazz, kalau kita sedar bahawa milikan kita tu sebenarnya bukan milik kita, jadi kita tidaklah rasa tertekan sangat..(harapannya begitulah..)

      Padam
  4. damainya membaca sajak di atas tu.
    menjadi lupa ikhwal barang yang dicuri, hehe
    benarlah Nita, semua milik Tuhan, dan kita hanya dititipinya kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya tu adalah lirik lagu nasyid dari kumpulan Rabbani..
      betul tu, tapi sebenarnya makan masa juga hehehe..
      benar zachflazz.. semuanya milik Alllah dan kita hanya dititipkan sahaja... ^_^

      Padam
  5. kalau tahap melampau cam tu mesti mat pet la tu. Mana ada org waras yg nak curi brang2 cam selipar buruk. Nak buat apa? Nak jual ade ke org nak beli? Saya plak dlm minggu ni hilang payung. Konon2 letak kat grill. Rasa mcm "takkan la payung cikai ni pon ada org nak curi". Sekali balik dr kampung, tgk2 dah lesap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanyalah kot.. ha'ah takan nak jual kat bundle kan.. bukan barangan branded pun.. tapi hubby saya pun selalu gak hilang seluar jeans berjenama, peh pada tu rasanya jemur dalam rumah jelah kot..
      erm.. takyah lah nak rasa camtu sebab selipar yang dah nipis tahap nak kena buangpun diorang curi nikan pula payung yang boleh digunakan masa hujan kan...

      Padam
  6. Betul kak nita... apapun yang kita semua milik Nya dan akan kembali pada Nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Gusti ajo Ramli.. apapun yang kita milik, adalah milikNya dan pasti kan kembali padaNya.. ^_^

      Padam
  7. geram btul dgn pencurik ni kan..beg tgn nurha pun pnh kne curi..da la tgh sarat mengandung time tu..rasenye dorg ni tdesak sgt nk duit ar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang geram rasanya kat diorang ni..
      ye ker Nurha, nasib baik Nurha tak apa2 sebab akakpun pernah dengar seorang wanita hamil yang kena ragut, dahlah beg dia diragut malah kepalanya dihentak ngan helmet, akak dengar wanita tu koma dan tak tahu lagi apa keadaan dia sekarang.. harap dia selamat.
      Moga kita dijauhkan dari musibah seperti tu..

      Padam
  8. memg hampeh penyamun nih...kdg2 geram jugak tp ble pkir balik th semua ujian Allah kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang hampeh..
      betul tu, bila fikir balik ianya hanya ujian dari Allah buat kita.. ^_^

      Padam
  9. menyusahkan betul penyamun ni..huhuhu
    tapi xpelah mgkin xde rezeki kita kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu sudah pasti..
      ye mungkin bukan rezeki kita.. ^_^

      Padam
  10. haha..teringat mase pantang kat umah mak mertua..ade budak lelaki berusia lebih kurang lam 6 tahun..suka dtg curi kasut adik ipar kat umah..masalahnya adik ipar kita tu pompuan..yg peliknya..lepas dia curi dia akan pulangkan..cth..pagi dia amik..ptg dia akan anta..atau pagi amik..pagi esoknya baru anta..mula2 kami tak perasan pon dia yg amik..sekali kantoi ngan mak mertua..kebetulan mak mertua nak bukak pintu nak pegi jemur baju..mase tu budak tu duk pegang kasut adik ipar..haha..siasat punya siasat..rupa2nya budak tu ade masalah mental..dia mmg amat suka ngan barang2 perempuan..kat umah dia brg2 pompuan sume mak dia amik simpan..kenapa? sebab dia buat main..pakai kasut tumit tinggi pastu pakai tudung..hahaha..pelik mmg pelik..tapi ade..sori panjang plak komennya..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..la ye ker, nasib baik dia pinjam jer kan..
      mungkin dia teringin nak jadi pompuan kot..kesian..
      seronok baca komen awak.. ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)