Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Rabu, 6 November 2013

Mimpi... (adakah ia kebetulan atau kebenaran..)

Assalamualaikum w.b.t.

Aku selalu impikan suatu hari aku akan bermimpi bertemu dengan 2 orang insan yang paling aku sayang yang pergi meninggalkan aku terlebih dahulu, iaitu mak dan juga anakku Aiman. Dalam doaku sering kumohon agar ada hari itu. Selalu aku mohon agar Allah sampaikan salam rinduku buat mereka. Setiapkali aku teringatkan mak, aku sering mengalirkan air mata, betapa aku kagum dengan mak, seorang insan yang penyabar dan lembut hati. Sering aku tergambar senyuman mak. 

Pagi Maal Hijrah tu, aku ke pusara anakku Aiman. Buat pertama kalinya aku membaca surah Yassin di pusara tu, sebelum ni setiap kali menziarah pusara Aiman aku hanya bacakan surah2 yang ringkas dan yang aku hafal sahaja. Walaupun hari panas terik, aku teruskan juga bacaan. Hanya sesekalinya aku terasa sebak. Sungguh aku tak kesal apa yang terjadi cuma rasa sebak tu hadir sendiri. Dalam perjalanan pulang hati aku singgah ke wajah mak. Alangkah bagusnya kalau aku berkemampuan, pasti aku juga akan baca surah Yassin ni di pusara mak. Selama ni aku hanya bacakan surah Yassin ni di rumah sahaja. Aku mula google tentang hukum menziarah pusara. Aku pernah dengar orang kata tak perlupun baca yassin kat pusara bayi sebab mereka sudah pasti ahli syurga. Aku tak dapat pastikan tentang tu, yang aku dapat adalah, kebaikan menziarah pusara terutama kalangan saudara mara kita yang terdekat pahala bacaan yassin lebih cepat sampai kepada simati dan bagi anak2 sentiasalah membaca Quran untuk orang tuanya kerana mereka sentiasa menunggu pahala dan amalan dari kita anak2. (perbetulkan aku sekiranya aku salah). 

Berbalik pada malam Maal Hijrah, aku terbangun lalu solat malam. Masa tu aku teringat kata2 mak aku ketika mak masih sihat, masa tu aku mengandungkan Asyraf, mak mahu menjaga anak2 ku tapi aku tak beri sebab kami tinggal berjauhan, aku tak mahu berpisah dengan anak aku dan aku pasti akan balik jika kami ada masa. Aku cukup bertuah kerana aku dijaga mak masa aku berpantang selama sebulan (sebulan lagi mak mertua jaga). Asyraf dan Aisyah dapat kasih sayang neneknya cuma Aiman sahaja tak berkesempatan. Malam tu aku berdoa dan mohon agar mak dapat berjumpa dengan Aiman dan mahu mak menjaganya. (Doa aku memang tak masuk akal, tapi aku betul2 berharap dan masa tu aku menangis, my hubby kata aku ni macam budak2 meminta benda tak logik.. kuasa Allah kan tak siapa yang tahu..) 

Petang tu kami lepak bilik Intan, masa tu Intan bercerita tentang mimpinya malam tadi. Aku hanya mendengar dan tak menyangka adakah mimpi Intan ada kaitannya dengan aku. Apa yang aku rasa sebelum ni tak aku ceritakan pada sesiapapun tapi mimpi tu.. Menurut Intan jam 3 pagi Intan terbangun dari tidur dan ke bilik air. Ketika dia naik ke katil dia terasa seseorang mengusap rambutnya dan orang tu mak. Mak pakai telekung puteh, mak pesan kat Intan jangan buat perangai (kebetulan Intan merajuk dengan aku semalam sebab aku marah dengan sikapnya yang suka membazir dan tak suka baca buku) Mak bertanyakan khabar abah dan ahli keluarga yang lain. Susah nak faham cerita Intan sebab Intan ni dyslexia ceritanya bercampur gaul. Aku tak kacau dia bercerita sebab dia akan relate kan apa yang aku cakap dan ceritanya akan berubah-ubah. Yang aku faham, mereka bualkan tentang baby Aiman, Intan kata sian kat baby Aiman dia sakit then Intan cakap mak suruh Kak Ngah baca yasin kat kubur mak nanti bila kita balik kampung nanti masa Kak Eyda kawin bulan Disember ni. Ya Allah! adakah mak nak aku pergi melawat pusaranya dan bacakan surah Yassin tapi mak cakap melalui Intan. Kenapa mak tak hadir dalam mimpi aku. Intan cakap sebab aku tidur kat luar kalau nak jumpa mak tidur dalam bilik dia.  (yelah tu..)


- Al-fatihah -


thanks for reading this entry ^_^

8 ulasan:

  1. alfatihah untuk arwah aiman kak..sedihla iman baca

    BalasPadam
  2. sedih baca...kita pun rindu arwah mak kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom che ros, kita perbanyakkan doa buat mak kita.. ^_^

      Padam
  3. Nita, saya pun selalu berharap yang saya dapat mimpi arwah mak saya. Actually saya selalu jgk mimpi arwah mak, tapi mimpi yang tak berkaitan pon. Mcm tak de deep feeling pun. Kalau boleh nak berbual2 dgn mak. Semoga satu hari nanti Allah makbulkan. Nita, due date bila? Nak buat alas baby utk Nita ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.. moga Allah makbulkan doa kita..

      due 25.05.2014.. baiknya hati awak Lyd, thanks ^_^

      Padam
  4. sedih plak part intan gtau mk suh baca yassin

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya terkejut sebab saya terniat dihati nak baca Yassin kat pusara mak tapi tak tahu bila, pastu Intan bgtau cakap mak suruh baca kat kubur mak hari kenduri Eyda nanti iaitu December ni. Tapi semalam Alhamdulillah kami pergi juga ziarah pusara mak..

      Padam

cayalah sapa yang komen :)