Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Rabu, 6 November 2013

Pembantu mama

Assalamualaikum w.b.t.

Dah besar dah anak-anak mama ni, sekarang ni Aishah suka benor menolong mamanya ke dapur. Dia suka sangat basuh pinggan mangkuk. Setiap kali basuh pinggan bukan pinggan, mangkuk jer dia basuh dengan lantai dapur dan dia-dia sekali dia basuh. Kalau hujung minggu tu boleh lah suruh anak dara ni tolong masak sebab banyak masa nak tunggu dia buat kerja dan mengajar, tapi kalau hari biasa, tak galakkan sebab nanti takut lambat kerja. Kadang-kadang sampai binggit telinga dengar suara dia minta nak menolong.."Ma nak tolong ma, ma nak tolong ma..." yang mama di tak bagi bukan sebab tak nak mengajar tapi dia kecil lagi dan mama pula kejar masa. Alhamdulillah sebab dia ada rasa nak belajar buat kerja-kerja dapur. 

Dan Intan pula dah pandai masak nasi, bukan sahaja menggunakan periuk letrik malah tanak nasi atas dapur gas pun dia dah reti. Alhamdulillah.. Intan adalah adik saya yang hidap disleksia (OKU). Jiran saya puji dengan sikap Intan yang boleh diharap. Dia boleh basuh pakaian, jemur serta lipat pakaian dia pandai ngasuh budak2. Malah kerja rumah kebanyakannya dia yang buat. Makcik jiran sebelahpun anggap Intan lebih kelihatan normal dari remaja sebayanya. Masalah Intan sekarang dia masih belum lancar membaca dan dia seperti tak mahu belajar membaca. Bila time nak baca buku dia mulalah sibukkan diri kat dapur. Pinggan mangkuk tak banyakpun tapi dia punya nak mengelak membaca sanggup dia lap2 singki dapur katanya kotor sangat. Tapi Intan memang banyak membantu kami. Cuma sekarang ni, saya risau dia hanya ada 2 tahun lagi untuk bersekolah dan lepas tu tak tahu mana nak hantar dia belajar kalau dia masih tak tahu membaca dan mengira. Intan juga suka tolong saya memasak, katanya cikgu suruh tolong kakak kat dapur. Mungkin cikgu dia nak dia biasa memasak kot sebab di sekolah Intan diajar kemahiran memasak selain dari berkebun. Sukatan pelajaran Intan macam budak sekolah rendah punya pelajaran. Minggu lepas Intan exam. Dia bangga bercerita yang dia lulus masak nasi dan sibuk bercerita pasal kawan dia masak nasi macam masak bubur lambok. nak tergelak saya dengar. Kemain lagi dia seronok tapi dia kecewa sebab kawan2 dia ramai juga dapat matematik 100% tapi dia tak. Dulu Intan kalau hari Khamis ada jer kecederaan menimpa kat dia, sebab hari Khamis hari belajar masak. Bila siang Ikan tangan mesti luka, kadang terkena periuk panas, ada juga kena serpihan kaca dari pinggan pecah. Mesti peningkan cikgu yang mengajar pelajar2 disleksia ni. Sebab saya ni pun dah jadi cam ibu tiri bawang merah dah bila nak ngajar dia buat kerja rumah kadang rasa kesian kat dia. Selalu tanya dia tak sakit hati ke akak marah Intan ni, akak marah Intanpun akak rasa sakit hati. Tapi sekarang Alhamdulillah dia memang pandai buat kerja rumah. (Thanks to my hubby actually my hubby yang ngajar Intan masak nasi dan siang ikan..hehehe akak tak pandai mengajar..)

Si abang pula ikut mood, sekarang ni pinggan yang dia gunakan mama suruh dia basuh sendiri, kadang2 dia buat kadang2 dia minta maksu Intan yang buat. Mama akan biasakan diri anak bujang mama ni menyapu sampah kat rumah. Tak kisah lelaki ke atau perempuan kerja rumah mesti kena galakkan mereka ni buat, tapi disebabkan mereka ni kecik jadi mama tak paksa lagi.  Ala sedangkan di sekolah abang pun dah diberi tugas menyapu sampah kat kelas takan kat rumah tak boleh buat kan..Kalau mama suruh sapu sampah ada je alasannnya, bila mama cakap kat sekolah boleh pula menyapu sampah.. baru dia buat sambil tersengih. Owh takut cikgu je rupannya budak bertuah ni..hehehe

Dari kecil ni kita kena galakkan diorang buat kerja rumahkan.. kalau dah besar baru nak suruh alamatnya liatlah diorang nanti kan...


Si Kecik ni kalau bab memasak memang laju jer nak menolong.. gambar masa mama dalam pantang, Si Ecah menolong mama Eyda masak.

Mulut tak abis2 membebel, jadi perempuan kena pandai masak katanya...(yelah tu kan..)

Semoga mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah dan yang juga bijak pandai. Aamiinn...

thanks for reading this entry ^_^

8 ulasan:

  1. tersenyum baca catatan nita ni. Untungnya ada anak yg rajin. Bukan senang tau nak suruh anak jadi rajin ni. Intan pon dah makin boleh diharap. Pastu gmbr tgh siang kentang tu sape yg amik? Sempat plak tu. hehehe..

    *mana entry pasal mimpi tu? Takde plak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. harapnya begitulah sampai besar.. Mama eydalah punya kerja tu, tergelak-gelak diorang kat dapur dengan gelagat si ecah ni..

      ada.. saya publish balik, ntah cam tak sedap hati pulak dengan entry tu..

      Padam
  2. saya meng-amin-kan doa di penghujung tulisan.
    salam buat Aishah ya Nita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..
      terima kasih zachflazz nanti saya sampaikan salam tu ke Aishah.. ^_^

      Padam
  3. alhmdlh mama..smge aishah jdi macam mama rjin kedapur.nnt bik iman nk rasa aishah msk la
    ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..In Sha Allah..
      meh ler ke rumah cik iman, nanti aishah masak special tuk cik iman hehehe ^_^

      Padam
  4. bagus aishah ni.. bersungguh2 dia nk tolong.... besar nanti mesti rajin n boleh diharap

    BalasPadam
    Balasan
    1. diharapkan begitulah Ina.. ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)