Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 22 November 2013

Pets Pinjaman (Part 3) - Kisah Doni, Tompok & Jerry..

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni pula nak cerita tentang 3 ekor kucing kesayangan anak-anak serta babanya sekali. Kisah ni sebelum kehadiran Kitty Jr dan Junior.

Selepas Puss menghilangkan diri maka tinggallah 3 ekor anak kucing ni. Mereka sangat manja, terutama si Doni. Sebenarnya ketiga-tiga ekor kucing ni sudah menghilangkan diri tak tahulah sama ada diangkut oleh DBKL atau diambil orang atau mungkin sudah mati, yang pastinya ketiga-tiga kucing ni amat kami sayang. 


Doni, 


Tompok @ cici

Doni dan Tompok @ Cici adalah kucing yang pertama kami bawa jumpa vets, itupun sebab aku dah malas nak lumurkan minyak masak kat badan tompok sebab kulitnya berkurap. Habis semua bulu tompok gugur dah tak comel dah. Kalau aku teruskan guna petua tu, aku rasa kesian pula sebab bulu tompok kebanyakannya puteh bila dilumurkan dengan minyak masak ia bertukar jadi kuning. Akupun decided bawa ke vets. Disebabkan mereka masih kecil vet bagi ubat telan dan kemudian bagi kami pil untuk Doni dan Cici. (baru tahu Tompok tu betina, dan2 tu jugak namanya ku tukar cici). Alhamdulillah seminggu jer, Doni dan Cici sembuh, bulu merekapun dah cantik. Ketiga-tiga kucing ni dah jadi tembam dan berbulu lebat. Memang ramailah kanak2 bertandang nak main dengan mereka. Moment yang paling kami rindu ialah time nak bagi makan, kami ketuk je mangkuk plastik kat dinding, maka berkejaranlah kucing-kucing tu ke dapur. Kucing yang paling tamak sekali ialah Doni. 

Hinggalah suatu hari Eyda dan Eni dah tak sanggup jaga kucing, maka diserahkan Momoy dan tiga anaknya iaitu, Memey, Melly dan Peter pada kami.

Memey,  Melly dan Peter tengah menyusu ngan ibunya Momoy

Tompok hilang masa tu kami sibuk jaga kucing sakit iaitu Peter. Masa tu mungkin Tompok cemburu kot, sebab masa tu kami belikan makanan khas untuk kucing sakit di klinik haiwan buat Peter, banyak kucing berebut-rebut minta sikit tapi Tompok cuma melihat je kemudian terus menghilangkan diri. Menurut Eni kemungkinan dia menghilangkan diri sebab dia dah hampir dewasa dan kucing bila dia sakit selalunya dia menghilangkan diri kemudian kita pasti akan jumpa bangkainya. Sebab kat kampung kami ada makcik pernah ceritakan hal ni kat Eni, bila masa kucing makcik tu sakit dan menghilangkan diri kemudian kucing tu mati, makcik tu jumpa bangkai kucing tu dan menanamnya. Kalau fikir balik, kuicng tu mungkin tak mahu tuannya rasa sedih tengok dia mati. Aku rasa sedih pula, tapi sampai sekarang memang aku tak pernahpun jumpa bangkai Tompok, mungkin Tompok masih hidup. Kemudian Doni pula menghilangkan diri nak kata dia ni merajuk tak juga sebab, Doni ni paling suka duduk kat rumah. Kami dapat tahu DBKL pun ada operasi angkut kucing liar, sebab Intan perasan banyak kucing dalam lori DBKL nasib baik, Intan nampak Jerry dalam lori tu dan minta pekerja tu pulangkan Jerry semula. Selamat Jerry masa tu. Sebenarnya Doni hilang setelah beberapa hari Peter, Memey mati dan Melly hilang dan kemudian Momoy menghilang. Kisah Momoy dan anaknya saya akan cerikan kemudian. Sedih sangat masa Doni hilang jenuh kami cari tapi tak jumpa. Maka tinggallah Jerry seekor.

Jerry

Jerry adalah kucing kurap yang kami temui setelah Puss melahirkan anak2nya dirumah kami. Pada awalnya takde sapa yang nak dekati Jerry ni sebab dia berkurap, tapi setelah menggunakan petua dan juga atas belas kasihan Puss menjilat kuping2 di badan Jerry dan Jerry menjadi kucing hitam yang comel, bulunya hitam bersinar (penangan bekas minyak gorengan). Jerry adalah kucing yang baik hati, setelah ditinggallkan oleh Puss, Jerry menjadi ibu kepada Doni dan Tompok malah Jerry sanggup jadi ibu susuan Doni dan Tompk walaupun dia takde susu ialah kucing jantan kan.., masa Tompok dan Doni hilang, dalam 2 3 hari Jerry mengiyau-ngiyau cari Tompok dan Doni, Jerry juga kucing yang mendengar kata, aku cuma berpesan sahaja padanya "Jerry nak berak ke kencing ke gi luar ye sian Cik Intan, mama pula tak tahan bau" Alhamdulillah lepas aku berpesan padanya keesokan harinya memang dia berak dan kencing kat luar rumah. Jerry dan Doni selalu duduk sebelah aku bila aku solat, ketika aku menadah tangan berdoa, Doni akan berdiri depan aku sambil pegang tangan aku. Malam2 Doni dan Jerry akan pergi jenguk aku kadang2 tidur dekat aku. Jerry suka cium dahi aku geli kot hidung dia basah, Doni dan Jerry suka letakkan pipinya kat telapak tangan aku, minta dibelailah tu. Masa tu aku sarat mengandungkan Aiman, hanya Jerry je yang tinggal. Setiap kali kami pulang Jerry akan berlari dapatkan kami. Dia manja ngan baba. Malam terakhir sebelum dia hilang. Aku tengok baba tengah urut2 kaki Jerry masa tu kaki Jerry tersepit kat tingkap. Terhingjut-hingjut dia berjalan pastu datang kat baba tunjuk kakinya baba pun urut. Aku tetiba je jeles masa tu, bukan apa masa tu aku pun mengadu sakit kaki (biasalah orang mengandung mesti lenguh tulangkan) Aku cakap kat baba "Amboi, kalau kucing kemain lagi berurut bagai, orang minta tolong wat dek jer" Masa tu kami bergurau je kot. Baba cakap alah kaki kucing kecik hehehe... Masa aku nak tidur Jerry nak cium dahi aku tapi aku tutup ngan bantal cakap takmo.. gelilah. Jerrypun berlalu. Lepas hari tu aku tak jumpa Jerry dah.

 burung yang sempat kami selamatkan dan dilepaskan terbang..

Jerry hilang ntah kemana, puas juga kami cari, mungkin DBKL angkut kot sebab Jerry takan keluar jauh dari rumah, dia sentiasa ada, dia paling suka panjat pokok sambil tangkap burung dan kami suka lepaskan burung tu. Setiap kali balik kerja mesti nampak Jerry kat depan rumah, Jerry pasti sambut kepulangan kami tapi kini tidak lagi. Aku rasa bersalah sangat. Kami sangat2 rindu kat Jerry Si Kucing kurap. 

thanks for reading this entry ^_^

22 ulasan:

  1. Kucing saya banyak hilang pada musim mengawan . bila banyak kucing jantan berkampung , maka kucing kami dihalaunya pergi ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam tu ke Qaseh, agaknya kucing kami yang betina tupun macam tu jugak nasibnya..memang betul pun kalau musim mengawan kucing jantan selalu mengiyau-ngiyau depan rumah kami..

      Padam
  2. alahai kiut miutnya..
    akk memang suka kucing ek..
    mesti korang rindu gila kat si jerry tu kan..
    xpe kak nanti ada pengganti ler tu..
    xmo sedih2 ye..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kiut kan..
      akak sebenarnya tak suka tapi lebih kepada kesian tapi bila dah start membela maka jatuh sayanglah kat kucing2 tu..
      Rindu sangat terutama babanya, sampai sekarang dia pelik macamana Jerry tu boleh hilang..
      dah tak sedih sangat cuma kadang2 tu teringatlah juge.. ^_^

      Padam
  3. duh si penyayang hewan sejati.
    saya juga merasakan rindu Jerry, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. takdelah zachflazz... hahaha..
      sesiapapun akan rindu kalau kucingnya baik seperti Jerry.. ^_^

      Padam
  4. alahai cpmelnya tengok doni
    tapi mmoy alergik bulu tucen
    huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. comelkan Princess Momoy..
      ala ciannya takpe momoy tengok jelah hehe..

      Padam
  5. alolo tomeinye kucing nih..gerammm...sy suke kucing tp x boleh bela

    BalasPadam
    Balasan
    1. tomei kan mimi..
      kalau saya tak berapa suka sangat tapi boleh bela pulak sebab hubby & anak2 suke ^_^

      Padam
  6. alo tomeynya.. kat kawasan zizie, ada dua ekor kucing nama bedah dan mike... xtau pi mana dah.. tapi, anak2 bedah ada la.. bg nama doraemon ngan nobita.. tapi, tu bukan zizie yg bg... hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..nama kartun.. mesti cute kan.. ^_^

      Padam
  7. Alahai comelnya anak2 angkat Nita tu...ingat pesan arwah mak akak, tolong makhluk lain pun murah rezeki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. comelkan.. tapi dah takde dah sekarang..
      InsyaAllah...

      Padam
  8. semua keluarga nita suka kucing yer...comel-comel belaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah semua suka tapi sebenarnya saya tak berapa suka.. tapi sekadar bg perlindungan ngan makanan sekadar mampu..
      comelkan.. sebab tu ramai yg suka ^_^

      Padam
  9. nita, mana entry baru..

    yang minyak masak tu, mmg kena guna minyak gorengan ye. pastu bukan ke dia jilat nanti? takper ke?

    saya kalo kucing hilang pun sedih jugak. tapi... bila awk kata kucing tu kalo hilang tandanya dia dah sampai masa nak mati, so rasanya mmg itu habit kucing kot kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde idealah Lyd dan takde tenaga..almaklumlah ibu mengandung kan hehehe..

      ha'ah, itulah yang saya baca, takpe, ada org cakap sebenarnya lidah kucing tu sendiri adalah ubat. saya perasan kalau kucing yg selalu jilat bulu sendiri bulu dia lagi cantik berbanding kucing yg tak pandai jilat bulu lagi. Kucing yg ada ibu jarang ada penyakit kulit berbanding yg takde ibu sebab ibu dia boleh jilat.

      betullah tu kot sebab makcik kat kampung saya cakap camtu, dia memang pencinta kucing.

      Padam
  10. hebat betul la ... pesan jee kucing berak kat luar.. kucing tu ikut..
    dulu masa saya duduk rumah mak...
    bila kucing asyik berak dalam rumah.. terpaksalah buang kucing tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hebatkan, tapi make sure kucing tu kita jaga dari keciklah..
      hahaha, saya dulupun dah hampir2 nak buang sebab tension sgt ngan bau najis kucing tu.. tapi kucing kalau kita latih selalu Insya Allah dia akan ikut, semenjak kucing tu besar gangguan bau dah takde..

      Padam
  11. Balasan
    1. hahaha..kan.. akakpun rasa jerry tu comel.. ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)