Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Selasa, 19 November 2013

Sekadar Luahan...

Assalamualaikum w.b.t.

Sesungguhnya aku bersyukur, malah gembira bila dapat tahu aku pregnant lagi. Dalam masa yang sama aku juga takut. Bila dapat tahu jer aku pregnant mulalah aku serik dengan rasa loya waktu pagi dan malam, lenguh tulang, sesak nafas dan perkara yang paling aku geruni ialah masa nak bersalin. Menipulah aku kalau aku kata aku tak takut. Bila aku fikir balik, semua kepayahan tu akan disertakan dengan pahala yang banyak. Pasti ramai yang tahu kelebihan ibu mengandung, bukankah itu rezeki kita. Tiba-tiba tergambar wajah bayi comel dan bau harum dari tubuhnya. Saat tu paling aku suka, mungkin aku nak sangat peluk bayi lagi jadi aku harus kuatkan diri aku untuk lalui lagi proses kehamilan ini dan serius aku cakap disebabkan aku baru je mengandung sebelum ni dan kini mengandung balik, dah terasa aku mengandung selama setahun la pulak.. (baca jelah repekan aku ni tengkiu)

Aku ni jenis loya hingga hari nak bersalin tapi takdelah sehebat 3 bulan pertama. Aku dah tahu camner nak handle rasa loya iaitu lepas makan duduk diam2. Tapi kali ni macam pelik sikit, sebab hari2 kepala sakit dan rasa berdebar-debar macam baru lepas berlari padahal aku duduk bersantai je. Bila doktor cek normal je, takdelah murmur macam mengandungkan Aishah dulu. 11.11.2013 hari tu buat check-up, nurse bagi lagi 2 minggu lagi untuk check-up, cam pelik jer dulu cakap bila dah nak bersalin nanti baru kena kerap datang klinik ni baru 13 minggu dah suruh datang check-up lagi 2 minggu. Rasa cam bengang la pulak tapi nurse cakap sebab hb low dah cecah bacaan 10.3. Dia tulis guna pen merah, macam serius jer. Sebab dah lambat jadi takdelah aku tanya apa risiko hb low. Kat office aku google cari risiko hb low jadi aku jumpa ni..

Kesan kepada bayi :



1. Kandungan kurang dari 5 bln (kurang 20 minggu)

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (kurang 11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan ( 20-28minggu) 

Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang, jantung bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas( 28-40 minggu) 

Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (kurang 9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


Kesan kepada ibu : 

1. Ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation) 

2.Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

copy dari blog Story of Health & Beauty

Aku memang jenis cepat risau, bertambah pening kepala aku. Perasan tak semuanya ada kaitan dengan jantung bayi kan. Mengandung sebelum ni memang bacaan paling rendah adalah 11. Nurse cuma bagi ubat tambah darah dan suruh makan 2 biji terus sekali makan sebab dia risau bacaan akan turun lagi. Masa tu aku tak pernah ambil tahu kenapa pentingnya kita tahu risiko hb low ni. Bila aku fikir balik mungkin anak2 aku jantung berlubang sebab ni kot. (wallahualam).

Disebabkan kepala dok sakit jer memanjang, aku pun makan ubat panadol active fast. Vengongkan sebab selama ni aku ingat panadol tu macam paracetamol jer, sebab doctor memang melarang aku ambil ponstan atau synflex bila sakit kepala. Even tak mengandung pun doktor tak kasi makan sebab aku gastrik. Selalu kalau aku pregnant bila sakit doktor hanya benarkan aku makan setamol. Aku malas nak ke klinik jadi suruh Intan beli Panadol active fast kat kedai mamak. Ms Chuah nampak aku makan ubat tu, langsung kena leter dengan dia. "Haiya..you tak tau meh, pregnant mana boleh makan ubat, kalau sakit ambil MC tidur saja dan makan vitamin C. Dulu my gyne (gynecologist) pesan paracetamol (panadol) boleh akibat jantung anak berlubang, you makan active fast 2 biji lagi.. I thought you know it."  La ye ker, ingat paracetamol jer kot yang boleh makan sebab tu ubat yang tak kuat sangat setakat sembuhkan deman je kot. Tapi panadol active fast tu mungkin kuat kot. Nak buat macamana dah telan dah pun. 

Memang kesiankan ibu mengandung ni dah la sakit tapi tak boleh ambil ubat. Takan nak ambil MC memanjang dahlah baru je ambil maternity leave 2 bulan hari tu. So kena juga kuatkan kan diri.  

Oklah. 25.11.2013 ni, nak kena jumpa nurse untuk tengok bacaan hb, dan harap dapat scan baby sekali kalau tak dapatpun takpe nanti nak kena jumpa pakar kat MFM HKL iaitu Dr Baskaran, doktor nilah yang perasan jantung Aiman ada problem masa dalam kandungan tapi tak dapat pengesahan sebab kali kedua buat detail scan Dr Baskaran takde. So 19.12.2013 ni nak buat detail scan dan kali ni nak make sure Dr Baskaran tahu kes hari tu. Tapikan mesti diorang suruh buat karyotype. Aku dah awal2 tolak dulupun diorang ada tanya sebab nak tahu kecacatan pada kromosom. My hubby tak galakan sebab kalau kita dah tahu awal2 masalah pada bayi pasti kita akan risau sepanjang kehamilan ni, kan tak baik tu. Lagipun kalau tahupun bukannya boleh buat apa2 sekadar persediaan diri jer. Jadi kehamilan kali nipun aku refuse untuk buat. Lagipun orang kata sakit dan juga ada risiko keguguran dan juga mahal. So buat apa bayar mahal2 untuk rasa sakit. Baiklah aku berdoa je. Mungkin kami akan berjumpa dengan pakar genetik jugak. Tengoklah, harap-harap tiada perkhabaran yang buruk. Mohon agar aku dan bayi yang aku kandung ni sihat hendaknya. Dan pastinya dia akan secomel abangnya Muhammad Aiman, sepetah kakaknya Nurul Aishah dan sebijak abang sulungnya Muhammad Asyraf. 

"Ya Allah, hanya padaMu ku berserah, sesungguhnya aku yakin Engkau telah menyediakan sesuatu yang terbaik untukku"

thanks for reading this entry ^_^

26 ulasan:

  1. Sis!congrates!!

    Erm..preggy jgn mkn ubt.sy preggy dl lgsg x mkn ubt..tkut effect kat kdgn.klu dmm pun just minum 100plus..btw sis,jom order vitalea shaklee dr sy ir preggy set..sy bg hrge special.bkn nk promot,tp spjg sy preggy mmg mkn shaklee.alhmdlh..dr awl preggy hb x pnh bwh 11.3..;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, May!

      tulah sebab dah tak tahan sakit sangat...Harap tak apa2. InsyaAllah habis vitamin yang ada ni nanti saya order vitale shaklee kat awak k, selalu juga dengar product shaklee ni berkesan.

      Terima kasih May ^_^

      Padam
  2. Salam nita. Sedih plak baca luahan perasaan nita ni. Harap-harap segalanya selamat. Yang ujian kromosom tu saya setuju la kalo nita tak buat ujian tu. Mcm takde motif pon. Saya doakan semuanya selamat utk nita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Lyd, harap takde apa2lah ye. betul tu masa kat MFM dulu ada juga doktor bertanya sure ke nak buat sebab ujian tu untuk tahu kecacatan bayi tapi kalau nak tengok jantung melalui detail scan pun dah boleh tapi tak tahulah yg mana satu nak dengar, alih2 saya pilih takmo buat.
      Terima kasih atas doannya Lyd, InsyaAllah.. moga2 semuanya selamat

      Padam
  3. aamiin, dan kelak akan sepintar papa-mamanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..
      sepintar papa-mamanya.. papa-mamanya pintar ker..hahahaha..

      Terima kasih zachflazz atas doanya.. ^_^

      Padam
  4. Balasan
    1. Aamiin..
      terima kasih Norfadhilah ^_^

      Padam
  5. Alhamdulillah tahniah.. Moga segala urusan perjalanan hingga lahir baby itu semua nya Allah mempermudahkan amin.. moga sihat selalu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... terima kasih
      Aamiin..InsyaAllah..
      terima kasih Mr Time Traveller atas doanya.. ^_^

      Padam
  6. org puan ni nita...takut..ttp dlm masa yg sama termengandung jugok..hihi apa-apa pun alhamdulilah n tahniah..be happy

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah kak, takut2 tapi termengandung kan hehehe..

      Alhamdulillah.. kak, terima kasih kak fatmasha.. InsyaAllah.. happy2 selalu ^_^

      Padam
  7. semoga akak baik2 aje..
    jaga diri lelok ye kak..
    jaga pemakanan sekali tau..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah..
      jaga pemakanan tu cam susah sikit sebab makanan selalu tak sempat nak hadam dah terkeluar balik.. hehe..
      terima kasih fazitaismail ^_^

      Padam
  8. semoga di permudahkan semua
    jaga kesihatan ye
    jangan pikir banyak sangat
    salam perkenlan dari ida
    jemput singgah blog ida ye
    umielman.blgospot.com
    dah follwo blog ni no246

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..
      InsyaAllah..
      salam perkenalan untuk Puan Ida..
      done follow awak juga ^_^

      Padam
  9. tahniah ! ... semoga anak - anak tu nanti akan jadi soleh / solehah dan berbakti pada ibu bapa ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..
      Terima kasih Qaseh Wee atas doanya.. ^_^

      Padam
  10. jaga kesihatan ye...jangan fikir yg bukan2 byk sangat. saya berani mkn ubat bila perut dah 7 bulan ke atas je. mudah-mudahan segalanya dipermudahkan Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah..
      Aamiin..
      Terima kasih sulaiman samah ^_^

      Padam
  11. take k sis..best nye pregnant..bila la turn sy..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah... thanks ika,
      sabar akan menyusul tak lama lagi..InsyaAllah.. ^_^

      Padam
  12. tahniah.. moga dipermudahkan yer..

    BalasPadam
  13. Nita, Allah itu maha Kaya, akak yakin baby ini akan mewarisi kecantikan ibunya, ketampanan ayahnya, kepetahanan kakaknya, kepintaran abgnya, kecomelan Aiman dan paling akak yakin Allah akan gantikan Aiman yang pergi dgn baby yg sihat, comel dan sempurna. Ya Allah,permudahkanlah sahabatku ini disepanjang kehamilannya, permudahkanlah setiap urusanNya dan aku memohon ya Allah, kekalkan kebahagiaan dan keceriaan keluarga ini sehingga ke Jannah. Ameen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen...
      Indahnya doa akak tu, moga Allah perkenankan..
      Terima kasih kak ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)