Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 13 Disember 2013

Keluhan..

Assalamualaikum w.b.t. 

Mengeluh, tak kot tapi dah ke tahap tu.....

Saya anggap sebagai luahan jelah ek, boleh??

Masa mengandungkan Aiman dulu, ada juga suara yang bercakap.. dah tahu anak sebelum ni ada masalah kenapa tak rancang, tersangkut ke atau memang nak. Jawapannya memanglah nak tapi bila fikirkan keadaan, macam tak layak jer nak anak ramai. Kesiankan orang susah macam kami, anak ramaipun orang tak suka, walhal bukan kita minta sangat bantuan. Mungkin orang sekeliling kesian tapi bagi orang macam saya ni, terkecil juga hati bila dengar ayat-ayat camtu. Pernah juga terfikir nak anak kembar, macam2 petua saya ikut lepas tu terkedu bila dengar suara cakap anak seorang pun tak mampu nak beli susu nikan pula 2 orang. Memang benar katanya tapi kebenaran tu memang menyakitkan. Terfikir jugak pernah ke saya mengemis susu untuk anak tapi orang yang bercakap tu macam dah tahu jer kita ni hidup susah. Entahlah manusia ni memang pandai menilai tahap kemampuan orang dengan melihat luaran orang tu. Biarlah memang saya susahpun, lagipun saya tahu ada orang lebih susah dari saya.

Teringat lagi masa Asyraf nak kena operation kat IJN. Masa tu anggaran dalam RM18k. Unit Taksir dah buat pengiraan yang kami hanya bayar RM3k dan kami boleh keluarkan duit KWSP. Ok, saya setuju, tapi ada kawan2 suruh minta bantuan Baitumal dan Alhamdulillah Baitumal bersetuju bantu kami walaupun pegawai tu cakap sepatutnya Baitumal tak boleh bagi bantuan tu sebab IJN dah ada peruntukannya untuk orang susah macam kami. Bila tiba masa operation kami bagi surat bantun Baitumal tu kat IJN. Saya cakap kat orang di kaunter unit taksiran tu, saya taknak potong KWSP sebab Baitumal bagi kami bantuan sebanyak RM3k. Boleh orang unit taksir tu cakap, KWSP awak still kena ambil jugak dan mereka anggap bantuan Baitumal tu sebagai derma dari Baitumal untuk IJN dan siapa suruh awak pandai2 minta bantuan?? "SIAPA SURUH AWAK PANDAI2 MINTA BANTUAN?" Ayat yang tak boleh blah.. terkejut juga tapi redhakanlah.. Tapi operation tak jadi kat IJN dan kami hanya bayar duit masuk wad dalam beberapa ratus tak ingat itupun lepas tolak dari unit taksir. Memang Unit Taksiran ni banyak membantu tapi boleh tak bahasa tu kasi cantik sikit.  Bila tak jadi operate GHKL nak hantar ke India, semuanya ditanggung oleh Jabatan Kerja Sosial HKL tapi kami still kena ambil KWSP RM1k, anggaran ke India dalam RM11k, teringat akan bantuan Baitumal saya suruh pegawai Jab.Kerja Sosial tanya masih boleh digunakan tak bantuan tu. Yang ni buat saya tersenyum dengar alasan diorang tak boleh bagi. Alasannya ialah tak tahu nak tulis nama apa kat cek sebab tak tahu nama hospital kat India tu. Nampak sangat diorang ni anggap saya ni tak reti apa2. Kan senang cakap jer saya tak layak terima duit zakat tu, kan mudah. Cuba fikir kalau tolak duit KWSP, duit tu akan disalurkan kat mana?? Saya pun suka mentafsir juga..bila saya tengok sorang makcik tu dia macam bukan orang susah sangat sebab dia pakai barang kemas banyak, bila saya tanya makcik tu kena bayar berapa dia cakap tak bayar pun, tanya lagi kerja kerajaan ker katanya tak kerja kampung jer. Sayapun tanya MA kat situ, kenapa saya kena bayar RM1k tapi ada orang tak bayarpun dan diorang tu bukan kerja gov. MA cakap dia tengok I/C melalui I/C diorang dapat tahu berapa duit yang kita ada, KWSP lah tu kalau bank tu tak kot hehehe.. tapi tak dapat juga ke India. Maka ke  Gleaneagles Ampang lah pulak dan ini pula caj dikenakan RM54k lebih kurang tapi tak bayar langsung sebab ia adalah bantuan dari tabung NSTP tak lain tak bukan dari rakyat Malaysia yang baik hati.. Alhamdulillah terima kasih pada yang sudi bantu. Kami bayar RM150 jer masa tu lepas pada tu minta Dr GHKL transfer anak kami kat IJN murah sikit sebab ada Unit Taksiran rasanya sekali dua jer kot bayar full payment yang lain dok bayar deposit jer yang selebihnya Unit Taksiran. Terima kasih banyak2 kat Unit Taksiran kalau tak memang tak berceklah pacemaker Asyraf tu. 

Masa Aishah berkampung kat GHKL takde masalah, cuma kami boleh bayar ansuran bill hospital. Tak mahal sangat kalau mahalpun masih mampu bayar kalau tak mampu bayar sikit2 hehehe.. 

Janganlah GHKL ni disemi-government kan macam IJN. Susahlah orang macam kami, nak beli insurans bukanya mampu. GL takdo.. sekarang ni sakit jer pi GH nak ke klinik mahal.

Masa Aiman paling sedih, saya sebenarnya dah tahu dan tak kisah pasal bayaran cuma pada mulanya terkejut juga bila doktor bagitahu nak kena sediakan RM500 untuk deposit. Doktor tu duk remind jer kat saya, "Ibu nanti bagi tahu Ayah ye sediakan RM500 deposit untuk anak masuk wad kat IJN". Masa tu sedih bukan sebab takde duit tapi sedih tengok Aiman letih. Seperti biasa Jabatan Sosial akan talifon untuk membantu dan pegawai tu cakap sediakan RM50 je lepas tu suruh sediakan KWSP latest statement. Masa tu berkenalan dengan seorang ibu dari Perak, anaknya baru selesai operation kat IJN lama juga dia duduk IJN dalam sebulan camtu. Saya tanya berapa nak kena bayar dia bagi tahu perbelanjaan dalam RM42K dan dia bayar sikit. Mulanya dia tak ceritakan betul2 bila dia tengok saya dan dengar saya kata sebenarnya saya tak mampu pun nak bayar deposit RM500 baru dia ceritakan perkara sebenar tentang dia. Ibu ni duduk jauh kat Perak tu, suaminya hanya kerja kampung berbekalkan RM100 duit poket dia kata dia tak mampu langsung nak bayar RM50 pun, sebab duit poket tu dah digunakan beli keperluan anak seperti diapers dan tisu basah serta belanja makan dia. Dia ceritakan bahawa dia menangis meminta bantuan dari Jabatan Kerja Sosial HKL dan pegawai yang baik tu berikannya RM50 untuk deposit kat IJN. Semasa di IJN dia juga terpaksa menangis merayu pada Unit Taksiran sebab pada mulanya mereka hanya mengurangkan deposit dari RM500 ke RM300 dan akhir sekali Unit Taksiran bersetuju menerima hanya RM50. Dan dari RM42k hanya RM50 deposit dan dia tak perlu bayar apa2 dah, Alhamdulillah, segalanya selamat dan saya turut gembira dengannya sebab anaknya dah selamat dibedah dan kini hanya menerima rawatan di KK8. Bila tiba masa kami ke IJN, peraturan dah bertukar saya tak perlu bayar deposit pun pada hari tu sebab kos pertama kami tu ditanggung oleh GHKL. Alhamdulillah. Masa tu Dr Su bagitahu mungkin sebab Ibu patient tu membuatkan IJN tak ambil deposit dari kami. "Terima kasih Ida" (ibu patient sebelum ni.) Terima kasih juga pada Dr Su sebab Dr Su berkeras supaya Aiman tak diberikan ubat tidur semasa echo dijalankan. Menurut Dr Su, ubat tidur tu pasti mahal. Dan memang dah ditakdirkan Aiman tak perlu jalani pembedahan dan dia pergi menemui Penciptanya dengan meninggalkan mamanya. Masih teringat lagi akan perbincangan mereka yang sering pertikaikan perbelanjaan IJN tu dan saya hanya cakap tak kisahlah berapa diorang nak charge asal Aiman sihat dah la... Bila Aiman pergi, ada yang cakap Aiman sayangkan mamanya, sebab tu dia pergi, dia tahu, kalau dia hidup mamanya susah, nak bayar hospital lagi. Masa tu kata2 tu cukup menghiris hati. Masa tu rasa macam tak layak jadi ibu...dah beberapa hari keluar hospital baru teringat pasal bill tapi pihak hospital dah batalkan bill tu sebab patient meninggal dunia.

Sebelum ni doktor dah suruh buat kromosom test sebab nak tahu Aiman ni cacat ker tak, tapi saya tak buat. Dr IJN pun dah nak tolong sediakan appointment untuk buat fetal echo pun saya tak buat, alasannya MAHAL.. bila Aiman pergi terus rasa down.. selama ni berkira sangat nak buat ujian. Sebab tu, enty lepas tajuknya "Aiman dalam kenangan...(maafkan mama sayang)" - maafkan mama sayang sebab mama tak mampu nak jadi mama Aiman..

Baru saya tahu Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kerja Sosial HKL adalah Jabatan berlainan. Sebab dulu masa NSTP interbiu untuk nak tahu progress Asyraf, saya ada ceritakan bahawa saya ada terima bantuan dari Jabatan Kebajikan tapi yang sebenarnya Jabatan Kerja Sosial HKL. Jabatan Kebajikan Masyarat ada call lepas terbaca artikal mengenai perkembangan Asyraf lepas dibedah dan bertanya pernah tak kami terima bantuan dari mereka. Memang tak pernahlah dan mereka ada tawarkan bantuan bulanan tapi kami pula tak layak. Jadi mereka ada beritahu kalau2 Asyraf perlukan bantuan dimasa akan datang cuba hubungi mereka. Itu kes sudah bertahun lamanya dan InsyaAllah Asyraf akan dibedah lagi 3 tahun untuk tukar bateri dan kalau perlu pasti saya akan cuba hubungi Jabatan Kebajikan nanti. 

Tak baik mengeluhkan... semuanya dah tertulis. Ada sebab ke atas sesuatu kejadian cuma kita jer yang samar2..

Fikir balik.... Kalau betul tak layak kenapa Allah beri lagi seorang kan... Alhamdulillah...

pic diambil dari FB  HambaYangMengharapRahmatAllah

- macamana nak jawap soalan cepumas - "Kenapa tak merancang?"

thanks for reading this entry ^_^

10 ulasan:

  1. Kita hanya mampu merancang..tapi perancangan Allah lagi terbaik..
    moga awak tabah ngan ujianNya..sayu baca keluhan awak ni..sabar lah..pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..

    kecewa ngan sikap org Baitulmal cakap camtu..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perancangan Allah memang yang terbaik...
      terima kasih mama_ka0ri..

      takpe, memang kami tak layakpun masa tu..

      Padam
  2. Semua ibu mahukan anak yg sihat...bukan kerana tak mahu jaga anak yg sakit...tp tak sanggup lihat anak tanggung sakit. Membaca sahaja sudah cukup menghujankan airmata...apalagi hati ibu yg lihat sendiri penderitaan si anak

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Nafisa81, semua ibu pun macam tu.. masa anak sakit rasa macam nak transfer je sakit tu kat kita...

      Padam
  3. rasa sedih sgt...berat dugaan yg akk lalui..
    bersabarlah akk mungkin ada hikmah disebaliknya..
    jaga kesihatan selalu ye kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.. mungkin ada hikmahnya..

      terima kasih fazitaismail.. ^_^

      Padam
  4. Nita, kenapa ada orang yang sanggup tanya macam tu? Mungkin sebab dia tak pernah kena kot. Benda ni semua bagi saya bukan pasal duit juga. Sebab rezeki itu Allah yang beri. Walaupun nampak mcm kos rawatan itu hasil daripada ihsan pihak tertentu, sebenarnya itu adalah rezeki daripada Allah, melalui agensi tersebut. Lagi satu kan... saya rasa benda2 pasal kemudahan mcm ni la yang saya rasa kerajaan perlu amik berat. Pasal perubatan ni maksud saya. Saya harap agar kerajaan mampu sediakan infra untuk perubatan ni kepada rakyat supaya rakyat boleh dapat rawatan bertaraf hospital swasta tapi secara percuma. Tafar swasta tu maksudnya, layanan dan kapasiti. Baru la orang yg sakit akan lebih terbela.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ntahla Lyd, mungkin kot.
      Betul tu, semuanya dari Allah.
      Setuju dengan pendapat awak. Harapannya begitulah.

      Padam
  5. besarnya dugaan nita...moga nita tabah dan sabar...didoakan agar anak-anak sentiasa berada dalam keadaan yg sihat...jika dah Allah rezekikan kita sebagai anak..itu adalah rezeki..rancang atau tak memang rezeki dari Allah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.. terima kasih Ema..
      Betul tu Ema kalau dah rezeki kan rancang atau tak kalau Allah nak bagi Dia bagi jer kan..

      Padam

cayalah sapa yang komen :)