Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Khamis, 5 Disember 2013

Mandi-manda di Hutan Lipur Sungai Gabai

Assalamualaikum w.b.t.

Cuti-cuti ni, destinasi 3 sekawan ni ialah ke rumah Mama Eyda. Jadi disebabkan mama masih tiada keupayaan untuk bergerak bebas sebab badan tak berapa sihat, jadi hanya mereka bertiga jer yang pergi mandi manda di Hutan Lipur Sungai Gabai yang berhampiran dengan rumah mama eyda. 

Mereka kata rugi mama tak ikut. seronok sangat! katanya.. jom layan gambar ye..


Gambar ni mama cilok dari FB aunty Ton.. hehehe...

Perkara yang berat nak dilakukan, kalau mamalah...ialah nak menaiki tangga.. Memang panjang gilerlah (bagi mamalah) Menurut Asyraf ianya ada 333 anak tangga... huh! mahu bengkak kaki mama agaknya kalau mama ikut..

Kepenatan sudah

Adoi jauh lagi ker...

Bagi mereka ok2 jer.. tengoklah wajah2 kegembiraan bila dah nampak air terjun.. Indahnya ciptaan Maha Esa kan.. mesti nyaman terasa..

Dah nampak dah air terjunnya huhu..

Kebetulan makcik Ana pun cuti, jadi mereka ke sana berenam untuk berendam.. Makcik Ana, Mama Eyda, Makcik Eni, Maksu Intan, Asyraf & Aishah.

Posing dulu, mama eyda jadi fotografer..


video
Abang sedang mengelongsor... seronoknyeee...

Dengan berbekalkan nasi goreng dan sosej, mereka begitu berselera sekali.. sebab hati mereka sungguh gembira. Ialah dapat main air kan. Seperti biasa memang lambatlah nak ajak balik.

Mama tak dapat nak ulas banyak2 sebab tidak berada di sana, namun kesungguhan mereka bercerita mama tahu tempatnya memang menyeronokkan. Mereka ajak pergi lagi...

Hampir seminggu mereka duduk rumah Mama Eyda, bosan taw mama dan baba. Walaupun mereka bertiga memang tak berbual sangat ngan mama dan baba tapi bila mereka tiada di rumah terasa sunyi sangat. Jadi setiap malam mama dan baba ngan selamba datang tidur sekali kat rumah Mama Eyda.. hehehe.. serupa cam kami pun bercuti ke rumah Bedah jugaklah kan...

Baba tanya mama kenapa bila anak2 ada, mama macam tak layan jer mereka tapi bila mereka tak ada sibuk jer nak rindu.. Jawapanya ialah mereka kena ada depan mata walaupun kadang2 mereka ni buat mama sakit kepala hahaha....baba cakap babapun sama ngan mama.. hidup ni terasa tak lengkap kalau berjauhan dengan anak... Anak2 adalah penyeri hidup..

thanks for reading this entry ^_^

12 ulasan:

  1. Balasan
    1. betul tu Ann Ishak, anak adalah segalanya.. ^_^

      Padam
  2. dah 2 kali nita tak ikut dierang berkelah. semua pompuan, asyraf sorang lelaki. heheh... budak2 ni masa kecik larat je nak panjat2 tangga yg tinggi, bila dah dewasa terus jadi tak larat. kekekeke.

    sihat ke nita. lama tak update.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah..tak larat sekarang ni..maklumlah elderly mother pregnancy, anak no 4 pulak tu..hehe
      macam2 penyakit datang.. tu yg tak update2 blog tu..

      nak ikut sebenarnya tapi diorang dah warning tangga tu tinggi, kaki saya selalu jer sakit kalau berjalan atau berdiri lama, macamana nak naik tangga dengan rasa mual lagi... sabor jelah...

      Padam
  3. Uihh bnyaknya tangga..tak sanggup ler..tp bila nmpk je air terjun tu kan sure sy pun teruja sekali hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. tulah pasal.. tapi kawan saya kata berbaloi, hilang penat bila dah sampai kat sana malah kalau boleh lain kali nak naik lagi tinggi.. macam best jer kan.. ^_^

      Padam
  4. selalunya bila cuti sekolah akan pergi sini dgn anak buah . tapi sbb sekrg musim hujan , bahaya air deras dan air melimpah . dah pernah berlaku tragedi org lemas kat situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah sekarang ni musim hujan..takut juga tapi Alhamdulillah masa diorang pergi hari tu cuaca baik2 jer.
      oh ye ker, akak tak tahupun kes tu..
      .

      Padam
  5. seronok tengok mereka...samalah kita, bila anak depan mata kita jadi cam singa..bila mereka tak ada depan mata..mulalah rindu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..Ema,
      camtulah..bila depan mata kemain lagi garang bila diorang takde rindu pulak.. ^_^

      Padam
  6. Balasan
    1. memang besttttt sangat.......... ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)