Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Rabu, 18 Disember 2013

Perkembangan Kesihatan Asyraf dan baby

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau sapa2 ingat dulu mama ada kata nak ceritakan pasal Asyraf yang nak dipinjamkan oleh Doktor GHKL untuk digunakan oleh doktor2 senior untuk exam bagi mendapatkan jawatan Pakar. (lebih kuranglah kot Asyraf ni bagai kertas ujian untuk doktor2 tu hehehe) Masa dapat offer tu bulan Ramadhan hampir nak raya dah. Ok, exam day jatuh bulan Oktober dan masa tu Asyraf terpaksa ambil cuti sehari dan mama juga. Pada mulanya doktor ada tawarkan MC tapi mama taknak sebab mama baru jer ambil MC almaklumlah masa tu early pregnancy. Macam kelakar jer, bila doktor kata kami kena duduk dalam satu bilik sebab para doktor yang nak ambil exam tu ada kat luar, takut kertas periksa bocor katanya. Asyraf suka jer jadi bahan exam. Malah siap bercerita pasal reaksi para doktor yang ambil exam tika tu. Rupanya ramai yang ambil bahagian. Masih ada patient yang masih follow up kat GH tapi Asyraf follow-up kat IJN sahaja. Asyraf ambil bahagian untuk 2 sesi, Sesi pagi dan petang ada 6 orang doktor kesemuanya yang memeriksa Asyraf. Dari sarapan pagi hingga minum petang kami ditanggung oleh GHKL dan juga dapat upah sebanyak RM200. Alhamdulillah. Seronok Asyraf masa tu, tapi Asyraf ni baik hati dia hanya gunakan duit tu untuk beli mainan murah je, walaupun masa tu dia nak sangat beli robot yang harganya RM190. Asyraf beli Bidaman (betul ke ejaan?) harga dalam RM17 dia beli dua, satu lagi dia kasi adik. terharunya mama, kesianpun ada. Anak soleh mama.

Cerita pasal doktor2 tu takyah ceritalah kot sebab biasalah Doktor, semuanya terer2 belaka tapi ada gak yang macam tak berapa nak confident. Harap mereka semua dah berjaya.

Asyraf dapat sijil

Ok, ni cerita pasal pacemaker Asyraf. 11.12.2013 hari tu ada temujanji kat IJN. Biasalah tunggu punyalah lama sebab ramai orang. Masa tu mama sempat berborak dengan sorang ibu patient, anak diapun nak cek pacemaker dan rasa seronok pula dengar sebab anaknya sebenarnya dah buang pacemaker bulan lepas. Anak tu hanya pakai pacemaker hanya untuk 5 tahun jer dan anak ni juga ada masalah pembuluh darah sempit macam kes Aiman. Rupanya betullah masih boleh direpair kalau pembuluh darah sempit cuma Aiman dipilih untuk menjadi ahli syurga. Bila Doktor dah periksa, doktor kata perkembangan Asyraf seperti biasa takde masalah segalanya normal. Baru je mama nak tanya doktor ada kemungkinan tak Asyraf tak perlu pakai pacemaker lagi tapi soalan tu tak terkeluar sebab doktor kata buat masa ni jantung Asyraf 100% guna pacemaker. Nampaknya jantung Asyraf memang bergantung pada pacemaker. Lagi 3 tahun Asyraf nak kena tukar pacemaker lagi. Takpelah Asyraf asal Asyraf sihat mama dah happy sangat.

Doktor yang memeriksa Asyraf namanya Dr Asri, doktor ni baik orangnya, dulu pernah tanya Dr Asri pasal kandungan mama, nak tahu tentang jantung Aiman, Dr Asri dah nak beri appointment untuk buat fetal echo tapi mama cakap tak perlu sebab masa tu terfikir mesti mahal belanjanya. Kali ni, mama ada juga ceritakan pada Dr Asri pasal Aiman, dan Dr Asri terus call Doktor yang buat fetal echo dan dapatkan appointment untuk mama. Dah dapat appoinment, dan bertanya kat kaunter berapa agaknya bayaran nak dikenakan. Biasalah diorang cakap, puan kena sediakan RM500 deposit. Mahal jugak. Mama tanya kalau ada surat dari GH macamana? Kerani tu cakap kena sediakan surat dari pakar baru Unit Taksiran dapat bantu. Lega rasanya...(ibu patient tu ada kat sebelah masa tu, dia terkejut sebab kitorang kena bayar kat IJN. takde GL ker, kerja swasta jer mana nak ada. Untunglah mereka buat operation banyak kalipun semuanya for free.. takpelah rezeki masing2 kan..)

Oh ye, lagi satu gigi Asyraf dah luruh hehehe.. kali ni dia cabut sendiri. Budak bijak ni cakap kawan dia kata, kawan dia dapat duit singgit tooth fairy kasi sebab kawan dia letak gigi bawah bantal. Asyraf cakap kat mama, mesti mama kawan dia tukarkan gigi tu dengan duit kan.. sambil tergelak sebab kawan dia masih percaya tooth fairy yang ambil. Emm.... layan jelah sebenarnya kita takleh galakkan anak percayakan benda2 yg karut ni kan.. Asyraf sebelum tidur cakap kat mama "gigi Abang bawah bantal tau.." dengan harapan mama buat benda yang sama mama kawan Asyraf buat.."Jangan harap okey! takde maknanya mama nak jadi tooth fairy hahaha.."

Ok, pasal perkembangan baby. Sebelum ke IJN pada 09.12.2013, mama ada buat detail scan, kali ni bukan MA yang buat tapi seorang doktor perempuan, tak sempat tanya nama. Lepas baca history medical kat Dr Baskaran, Dr Baskaran hanya cakap satu ayat "Chromosome Test," dan terus berlalu. Pastu bila doktor perempuan ni cek jantung baby, dengar dia cakap "O..O.." dengan nada cam suspen, mama tengok muka doktor tu, terus doktor tu cakap. "I tak reti tengoklah sebab baby masih terlalu kecil" then dia cakap kat seorang doktor lelaki, "Boss tolong tengokkan, I tak reti tengok" Bila doktor tu scan pulak doktor perempuan tu cakap "I rasa jantung baby perlahan..." (perlahan!!!) dan doktor lelaki tu cakap baru 16 minggu tak jelas lagi dan doktor lelaki tu suruh scan lagi 2 minggu. Mama minta lagi 4 minggu sebab cuti dah takde. Kesemua doktor tu minta buat Chromosome Test. Katanya sebab faktor umur dan sejarah anak. Yang tak bestnya kalau doktor scan kali ni ialah macam tak jelas dan tak banyak penerangan jantinapun tak kasi tahu. Bila semua doktor keluar, nurse dan MA perpadangan sesama sendiri then seorang nurse cakap Ok, siap nanti datang lagi 2 minggu. Mama tanya nurse baby camner, baru nurse cakap perkembangan baby normal, semuanya ok cuma jantung tu kena tunggu lagi 2 minggu sebab sekarang tak nampak lagi. Kemudian Doktor lelaki tadi masuk balik then macam terkejut "eh, dah sudah, I tak buat measure lagi.." Nurse tu kata dah buat dah, doktor perempuan yg mula2 tadi buat. then nurse tu cakap kat Doktor lelaki tu "kan doktor nak cek lagi sekali kan 2 minggu nanti.." 

Mama balik dengan rasa tak puas hati sebenarnya. sebab masa Aiman hari tu diorang cek, hingga mama nampak semua dari muka, jari jemari serta jantina, cuma mereka acuh tak acuh bab jantung jer.. terkilan juga bila sebelum jumpa doktor ada nurse cakap masa Aiman hari tu memang Dr Basakaran ada rancang nak buat fetal echo kat IJN. perkara dah berlalu, harap kali ni lebih berhati-hati. Baba memang taknak dengar yg negative. Dia suruh fikir positive jer. Baba tak ikut masa tu.

Bila balik dari IJN, mama rasa macam nak buat cepat jer detail scan tu, sebab kerisauan yang menjadi-jadi. Mama ada hubungi MFM mulanya nak tukar tarikh temujanji tapi tak tercakap just minta supaya Doktor pakar buat surat untuk buat fetal echo kat IJN. Nurse tu suruh datang pada hari temujanji dan bincang ngan doktor.

Pasal Chromosome Test tu, mama ada juga buat beberapa panggilan untuk dapatkan discount tapi Unit Taksiran HKL cakap, test tu bukan dari HKL tapi dari klinik dalam HKL maka kena buat bayaran penuh dan mereka tak boleh bantu. Jadi nampaknya tak buatlah kot. Bila fikir balik memang nampak penting tapi kalau ia boleh menyelamatkan nyawa sudah pasti pihak kerajaan akan tolong betul tak?.. tapi bila tanya Dr Ina, dia cakap perlu tu perlu.. tapi mama boleh pilih supaya tak buat. Sebab yang penting sekarang ni jantung tu. Kalau buat test tu dan dapat tahu ada masalahpun bukan boleh buat apa, mesti tunggu baby lahir kan.. Ntahlah... Ikut nasihat baba, kita terima jer apa yang Allah nak beri. Tapi mama akan buat fetal echo..Tak sabarnya nak tunggu 06.01.2014. Harap semuanya ok.

ni pic scan dengan Dr Ina, sebelum jumpa Doktor kat MFM

Masa ni, Dr Ina scan cakap semuanya ikut perkembangan dan jantung baby juga berdenyut laju. Jantung baby mesti laju dari jantung ibu, itu baru normal. kalau perlahan mungkin ada problem.. tu yang buat mama risau bila dengar Dr GH tu cakap jantung baby slow..

Tulah jadinya kalau suka sangat cari info... cuba buat biasa2 jer kan tentu takyah nak risau2 bagai.. 

 thanks for reading this entry ^_^

22 ulasan:

  1. tu lah . lagi byk yg kita tahu , lagi ngeri lak rasanya . org dulu2 x de apa2 info pun . cool jer ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul juga..
      tapi sekurang-kurangnya kita dah tahu kan.. maka kenalah bersedia menghadapi kemungkinan yang tiba..

      Padam
  2. boleh je suka cari info, tapi kena make sure hati kental. Boleh membantu jugak ibu2 bersedia dari segi mental kan? Tapi kali ni saya doakan semuanya positif dan okay untuk nita dan baby.

    Terharunya bila anak memahami, nak mainan yg murah je. Kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Lyd..itulah yang mereka kata sekurang-kurangnya ibu2 akan besedia dari segi mental..
      terima kasih Lyd, doalah yang saya perlu sekarang ni..

      memang sangat2 terharu tambahan pula anak tu masih kecil..

      Padam
  3. Kami doakan mama dan baby sentiasa sihat dan segalanya dipermudahkan, InsyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin...
      InsyaAllah..
      terima kasih Mak Wardah atas doanya...

      Padam
  4. Asyraf jadi bahan exam.. :D okla.. ada pengalaman mana tau nanti besar dia minat nak jadi doktor ke kan .. apa pun moga kak nita and next coming baby akan sihat walafiat aminnn .. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...
      Aaminn...
      terima kasih dik.. ^_^

      Padam
  5. salam..
    ashraf pun suka bdaman yek...sama la ngan anak saya..
    baiknyer dia siap belikan untuk adiknyer lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumsalam..
      suka sangat tapi asyraf tak sempat buat koleksi macam anak awak, sebab semua bdaman dia dah berkecai..
      Alhamdulillah, walaupun dia selalu gaduh dengan adik dia, kalau dia belikan sesuatu untuk dia pasti dia belikan sekali untuk adiknya.. ^_^

      Padam
  6. siap dapat sijil lagi tu..huhu
    cer tanya asyraf masa besar nak jadi ape?
    doktor pun ok jugak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sijil penghargaan gitew..
      dah tanya, dia tak sure lagi...
      ok gak tapi Asyraf takut darah..hehehe :P

      Padam
  7. banyak benda yang akak tak tau.. yerler kalau tak kena kat kita tak berapa nak ambik taukan...
    tuler kelebihan baca blog kawan2 kita alert sikit benda2 cam gini...
    Asyraf memang budak bijak dan berani...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak, kalau tak kena kat kita memang kita tak ambil tahu..saya pun camtu jugak,
      melalui bacaan dari blog kawan2pun kita boleh dapat banyak info..

      terima kasih Cho Zila.. ^_^

      Padam
  8. moga semuanya baik baik saja kak.. semoga para doktor dapat banyak benefit hasil dari ujian dan kajian pada asyraf untuk menyelamatkan nyawa lebih ramai anak anak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah..Rai, moga2 baik2 saja..
      Amiin...

      terima kasi Rai Ourkizuna ^_^

      Padam
  9. semoga semuanya baik baik....take care ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaminn..
      InsyaAllah..terima kasih Mimi Azirah.. ^_^

      Padam
  10. Kak... Banyaknye dugaan akak... Saya doakan pregnancy kali ini berjalan lancar ye... Insya Allah...

    jemput singgah my blog jugak www.blog-wafee.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah..aamiin

      terima kasih wafee.. ^_^

      Padam
  11. alhamdulillah..tahniah nita. take a good care ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...

      terima kasih Sue ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)