Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Khamis, 26 Disember 2013

Selamat Pengantin Baru Mama Eyda. (^_^).

Assalamualaikum w.b.t.

Ingat lagi tak entry Selamat Bertunang Mama Eyda (^_^) dan pada 21.12.2013 maka terjalinlah sudah satu ikatan sah antara Eyda dan Saiful..kini entry ini bertajuk Selamat Pengantin Baru Mama Eyda (^_^) ha..gitew..

Ok, setelah 5 bulan menjalinkan tali pertunangan sekarang mereka sah sebagai suami isteri. Moga menjadi pasangan yang soleh dan solehah.. Bahagia hingga ke Jannah..



Selesai akad nikah..bergambar kenangan ngan Mak Jah..

 ahli keluargaku, namun masih ada yang tak hadir sebab jauh...(takpe ada rezeki kita berkumpul ye) Abah ditemani cucunya yang becok tu, pasti mak gembira bila melihat ni..(Al-fatihah.. rindu mak sangat-sangat.. )

Ramaikan ahli keluargaku, makcik2 kat kampung cakap nasib baik, adik-beradik awok ramai, senang kerja. Ya, Alhamdulillah, mokcik.. kami ni bertuah sangat. Anak bujang abah ramai, menantu lelaki pun ada, jadi setakat pasang khemah takde hal lah. Yang bestnya yang buat pelamin dan hias bilik pengantin anak bujang abah jugak buat, tak lain tak bukan si Zainal yang popular dengan panggilan Jene bukan Jane ok! sebut gune loghat Mentakab bukan omputeh, Si Zuljalani nama KL Zul kalau kat kampung Jala dan Adnan pula kami panggil Wira, dan Amran jadi Remy (hok ni macam bandor sikit).. Along dan adik ipar kami Zahari, my hubby tak dapt datang koje takde cuti. Jadi anak lelaki buat kerja kat luar, angkat-mengangkut semua serah kat mereka tapi Jene buat gak cuma sebab dia ada kebolehan menghias maka dia dan kawannya buat pelamin, dan menghias bilik pengantin. Bagi aku, hasil kerjanya memang cantik. Lepas tu kami tolong Jene hias barangan hantaran. Bedah pula menggunakan khidmat solekan dari kawan Jene. Mudah kerjakan. 

Pada hari kenduri, masing2 ambil part sebab kami tak guna catering jadi bab2 melayan tetamu dan menyambut tetamu serta macam2 lagilah semuanya adik-beradik buat. Tapi jiran2 kamipun banyak membantu, pakcik2 dan makcik2 kat Taman Bukit Bendera memang baik hati sebab sudi bantu. Tukang cuci pinggan mangkuk diserahkan kepada Remy and the gang. Hensem2 semuanya budak2 tu tapi sorry gambor takde pasal cameraman hanya memberi tumpuan kepada pelakon utama jer..

siapa yang gelabah ni sebenarnya..??

Bab paling gelabah masa nak sambut pengantin lelaki.. Alamak camner ni, tiada pengalaman...minta tolong makcik, "camner ni makcik, pengantin lelaki dah datang nu.. guane nak sambut?"  sebab takde pemain kompang minta DJ pasang musik kompang. Oklah, walau macam kekok je rasa tapi kita buat jugak, nasiblah makcik2 tu tolong kan.. Majlis ala kadar jer tapi bolehlah.. ada yang sudi datang, itu dah buat kami bersyukur sangat. Ada juga sahabat kami yang dari kecik2 datang tolong. Aku macam biasalah tak kuat sangat, jadi bila dah nak petang tetamu dah mula kurang, kerja pula melambak dan aku pula tertidur kat bilik pengantin sebab mata dah berpinar, mak buyunglah katakan. 

Malam pula ada majlis doa selamat buat pengantin dan juga arwah mak, mengalir juga airmata ni.. rindu.. Dan selamatlah segalanya. Alhamdulillah, selesai sudah majlis kawin anak perempuan abah, masih ada 4 orang anak dara abah tunggu turn. Pak Mat, adik abah adalah pak sedara kami yang sentiasa ada bila kami perlukannya. Terima kasih Pak Mat sudi bantu samalah ngan Mak Jah terima kasih juga. Saudara kami, adik-beradik abah dan mak serta nenek kami datang juga meraikan hari besar ni terima kasih. Kami hargai jasa mereka yang sudi bantu dan datang meraikan hari ni, hanya Allah yang dapat membalasnya.   


Saja ambil gambar ni, pakaian sponsored by Eni, saja je taw..dia punya pink lain dari yg lain... yang coklat buat aku ngan k.long, warna untuk mak2 gitew..., tapi tak adil nora biru tapi dia mak2 juge hihihi.. yang lain dark blue dan purple.. walaupun mak2 tapi kami dipaksa qiyomi gak..(wei giyomi tu hapee??? - sori aku blur jap..). Kat belakang tu si kecik Aisyah, dan tiga dara sunti iaitu Intan dan anak sedaranya Siti dan Ira (anak Along)

Alalala....romantiklah konon.. pasangan ni sporting kalau bergambar.

Pagi Ahad tu, aku ziarah pusara mak dan atuk.. terasa sebak sebab mak tak bersama kami. Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh mak dan atuk. Aku teringatkan atuk sebab pagi sebelum majlis aku, Eni, Aishah dan Abah sempat bersarapan digerai feberet Abah, masa tu aku tengok Aishah dan Abah jalan berpimpin tangan, teringat masa aku kecik2 dulu bersarapan dengan atuk kat gerai feberet atuk kat Kerdau. - Al-Fatihah..

Ok, Saiful welcome to our family. Dalam gembira ada sedih juga. macam filem hindustan kan.. aku dapat family baru tapi hilang best friend sebab sekarang dia dah ada best friend baru..huhuhu..

Selamat Pengantin Baru Dik, Semoga Bahagia Selamanya

thanks for reading this entry ^_^

24 ulasan:

  1. Wow amazing. Being a bride and bridegroom is wonderful moment of one's life
    Tahniah buat Mama Eyda. Congratulations

    BalasPadam
  2. semoga berbahagia hingga akhirnya ... aaamin .

    BalasPadam
    Balasan
    1. aaminn...
      terima kasih atas doanya Qaseh Wee.. ^_^

      Padam
  3. selamat pengantin baru..oiiit jelez yer kain i warne pink??hahhahahhahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih wakilnya menjawap..hehehe
      yelah..ko saja jer kan... hahaha.....!!

      Padam
  4. selamat pengantin baru..cantik kaler baju pengantin

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Mimi,

      Alhamdulillah, nasib baik ok, sebenarnya pengantin perempuan dah frust dah sebab baju yg diminta tak ada...

      Padam
  5. perghhhh..meriah giteww!! tahniah wat kedua mempelai..bila nak wat kt umah pengantin lelaki yus? kami dah x sabor nk makan nasi pengantin..hehe!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. meriah sangat Doc..Alhamdulillah..
      terima kasih, kakak mempelai tlg jawab..
      bila, erm.. dalam bulan January tapi tarikh tak pasti, nanti dah set mesti bagitahu Dr Ina punya k.. nanti jgn tak dtg pulak.. hahaha..

      Padam
  6. slmt pngntn baru., smoga dirahmati., :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih zuhdi..
      InsyaAllah..Aamiin...

      Padam
  7. Lain macam kan kalo kenduri tanpa kehadiran mak. Rasa mcm tak lengkap. Huhu.. apa2 pun tahniah bedoh. Opps... Jangan dia baca sudoh, kang dia maroh plok ke kite.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Lyd.. memang rasa macam tak lengkap..
      terima kasih Lyd..
      takdenye dia nak maroh..hehehe (panggilan manje tu ken.. :P)

      Padam
  8. wahh meriahnya..
    kalau kg kat mesti mcm nie kan..tlng menolong xyah ambik catering bagai..hihi
    neway tahniah kpda panten baru..semoga bahagia hingga jannah hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. boleh tahanlah meriahnye..
      betul tu, boleh mengeratkan hubungan kekeluaargaan gitew.. kan..
      (bg pihak pengantin) - Terima kasih fazitaismail..InsyaAllah..Aaminn...

      Padam
  9. Semoga kekal bahagia dan ceria hingga ke syurga aminnn :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin...
      terima kasih Time Traveller.. ^_^

      Padam
  10. salam kenal..


    selamat pengantin baru buat mereka. semoga berkekalan hingga hujung nyawa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal buat Azian Elias juga.. ^_^

      terima kasih..InsyaAllah..

      Padam
  11. sama cantik sama padan..selamat pengantin baru utk pasangan mempelai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..
      terima kasih Ema Johari.. ^_^

      Padam
  12. cantik la baju pengantin tu.. soft je tengok... Selamat tahun bru kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. cantik kan.. akak pun berkenan jugak.. ^_^

      selamat tahun baru ros_reeza..

      Padam

cayalah sapa yang komen :)