Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Rabu, 27 Februari 2013

WW #7 : game

Assalamualaikum w.b.t.

hehehe...siapa pernah main game ni..??


lupa lak ape ye nama game ni??


credit to Ak Peduli Apeww!!!!!Ak X Nak Hidup Merempat Mcm Ko

thanks for reading this entry ^_^

Rabu, 13 Februari 2013

Mengidam

Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang ni kandungan dah masuk 20 minggu. Rasanya tak ada yang special sangat yang nak saya idamkan. Cuma dari awal mengandung hingga kini, makanan yang saya suka makan ialah bubur nasi dan nasi dengan sup. Jadi tak ada masalah lah bab makan ni tambah pula selera makan memang takde sangat. Tapi yang peliknya., En hubby pula yang mengidam. 

Nak tahu apa yang dia nak sangat makan?


LADDU


AYOO...manalah nak cari laddu sekarang. Kalau dulu adalah kat pasar malam Sri Rampai. Rasanya dah lama tak jumpa Aci jual laddu. Malam Khamis lepas, tiba2 je En Hubby ajak gi Masjid India. Betul punya teringinlah dia, sampai sanggup pergi kat tempat yang saya selalu ajak tapi dia menolak. Rasa kelakarpun ada. Siap pesan tolong perhatikan kedai kat Masjid India tu, kalau ada bagitahu dia. Memang senang sangat nak cari Laddu kat Masjid India. 

Mula-mula En Hubby  ambil satu bungkus laddu dalamnya adalah 5 ketul harga RM3. Bila nak balik jer dia boleh cakap. "Kang, kat umah mesti budak-budak minta. beli lagilah."  dia pun patah balik beli satu bungkus lagi. Anei kat situ tersengeh jer..Dalam hati saya "Hah, apsal ni.. ala..saya nak anak cerah.."

Kami tak terus balik, En Hubby ajak lepak kat Dataran Merdeka. Amboi dah tua2 ni nak berdatinglah pulak. Sambil duduk tengok sekeliling En. Hubby makanlah laddu tu siap suapkan kat Wife dia lagi romantik la konon hehehe... 

"Apalah yang sedap sangat laddu ni, manis leting jer aku rasa".  - Mama
"Entahlah tetiba jer terasa nak makan sangat2, kenapa yea.??"  - Baba
"Laa..B, orang nak anak cerah!" - Mama
"Ni apa kene-mengena Laddu ngan anak cerah ni..hahaha.."- Baba
"Laddu tu kan makanan orang India..hahaha..takde kaitan erk.?." - Mama
"Abih, awak ingat saya ni cerah ker..??" - Baba
"Memangla sekaler ngan diorang (gelap).. hahahaha..." - Mama

En Hubby ni tak kisah kalau orang kata dia India. Pernah sekali Asyraf tanya kenapa kulit dia gelap dia jawab sebab dia orang India. My hubby takdelah gelap sangat. Kulit orang Melayu, kalau berpanas lama sikit memang nampak gelap lah.
 Anyway Hitam tu kan menawan.


Malam tu Dataran cam suram jer. Adalah beberapa orang datang bawak anak2 main2 kat padang malam tu. Camera pun tak bawak. Memang selalu rasa nak berdua-duaan ngan hubby, tapi rasa tak seronok pulak kalau tak bawa anak2 sekali. Duduk kat sana sekejap pastu nak balik dah.. lagipun ibu mengandung ni tak boleh kena angin malam, lenguh kaki pulak nanti.


Kenangan.. Gambar ni diambil masa sambut birthday Aishah yang ke 2. Kami sambut birthday Aishah kat Dataran Merdeka.

Dah hampir 4 tahun rupanya kami tak lepak kat Dataran Merdeka. Dulu rajin bawa anak2 lepak kat Dataran. Seronok tengok diorang berlari-lari kat padang tu. Ermm.. mula-mula bawa seorang anak pastu bawa dua pula. Insha Allah nanti bawa anak 3 orang pulak hehehe...K.Bye.

thanks for reading this entry ^_^