Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Rabu, 10 April 2013

WW #8 : SAMA TAPI BERBEZA




nampak sama tapi bukan dia (^_-)



thanks for reading this entry ^_^

Ahad, 7 April 2013

Anak teruna mama ada peminat (^_-)

Assalamualaikum w.b.t.

24.02.2013 Asyraf dah 8 tahun. Biasalah kami akan sambut birthday Asyraf macam biasa. Cuma belikan kek dan tiup lilin... jadi ler..

Dalam tahun ni Asyraf orang yang ketiga sambut birthday, mama 22 Jan, baba 3 Feb dan Asyraf 24 Feb. Tiada kemampuan lagi nak celebrate kat luar macam yang pernah Asyraf cadangkan. Syukur sebab Asyraf tak kisah. Sambutan harijadi tu tak penting tapi kami buat jugak sebab nak hiburkan hati anak-anak.

Tak sangka dah besar dah anak teruna mama, ialah dah 8 tahun dah umurnya. Tapi dari saiz badan memang tak nampak cam 8 tahun sebab kecil sangat.

Asyraf sekarang dah sekolah dalam tahun 2. Sekarang ni dah tak banyak merungut pasal nak tukar sekolah, cuma baru-baru ni Asyraf kata ada seorang murid perempuan dari tahun 1 yang suka sangat nak berkawan dengannya. Si Asyraf yang pemalu ni kata pernah jugak dia menyorok bawah meja sebab tak mahu murid perempuan ni cari dia. Rasa kelakar pulak.

Satu petang, Asyraf bagi mama satu nota, macam no phone jer. Bila ditanya no phone siapa? Kata Asyraf takan mama tak tahu. Rupanya no phone murid perempuan tu. Wah.... baru darjah 1 dah ada phone no. gitew.. Mama tanya kenapa dia bagi Asyraf no phone? Asyraf cuma angkat bahu. Mama tanya apa yang dia cakap masa bagi phone no tu? Asyraf cakap kalau nak call, call lah. Mama tanya lagi, Asyraf nak call dia tak ? Asyraf sengih jer.. pastu tanya mama boleh tak belikan abang handphone? Mama cuma jawab, Makcik Intan yang sekolah menengah tupun mama tak belikan handphone. Ianya tak penting lagi buat kanak-kanak.

Sekarang ni zaman dah berubah, kanak2pun dah ada handphone. Sepupu Asyraf masing2 dah apa Ipad, Iphone lah macam2lah. Kadang2 tengok Asyraf main game menggunakan Ipad sepupu dia. Pernah juga dia minta mama belikan satu untuknya tapi bila mama kata mama tak mampu, dia dah tak minta lagi.

Makcik Eni pernah beritahu mama, bahawa Asyraf kat sekolah tak gunakan duit sakunya untuk makan dikantin, kalau gunapun sekadar beli roti jer, selebihnya dia simpan dalam tabung bila ditanya kenapa, dia cakap nak kumpul duit nak beli Iphone. Kesian pulak mama dengar cerita makcik Eni.

Bagi mama, Asyraf anak yang baik, tak pernah desak mama. Dia faham situasi mama. Insha Allah pasti suatu hari apa yang Asyraf impikan akan Asyraf perolehi. Sayang Asyraf.

Berbalik pada no phone tu, mama ingat Asyraf takan call si puteri tu.. rupa-rupanya dia dah cuba call dengan menggunakan phone mama tapi sayang credit mama habis...hehehehe...


macam tak kena jer phone no. ni hehehe

Asyraf ni pemalu sangat orangnya, semenjak hari tu mama selalu usik Asyraf. Kalau dia malas nak belajar je mama akan cakap kalau Asyraf tak pandai nanti puteri tak minat Asyraf lagi. Suka tengok muka Asyraf kalau dia tersipu... so cute (^_-)


thanks for reading this entry ^_^