Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Sabtu, 31 Ogos 2013

MERDEKA !!!

Assalamualaikum w.b.t.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

 MALAYSIA KINI SUDAH KECAPI 56 TAHUN KEMERDEKAAN..

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Semoga Malaysia terus kekal aman dan sentosa.

"Ya Allah Lindungilah kami dari anasir jahat" - Aamiin..

(Selamat menyambut hari kemerdekaan kawan-kawan)

thanks for reading this entry ^_^

Rabu, 28 Ogos 2013

Gigi susu pertama Asyraf dah tercabut..

Assalamualaikum w.b.t.

Ini kisah sebelum puasa...

Sebelum ni mama tak sihat sangat jadi Asyraf tak dapat bermanja ngan mama. Balik sekolah Asyraf mengadu gigi dia dah goyang, Asyraf nak mama cabutkan. Ha..ngerilah mama pulak rasa sakit. Mama ajak Asyraf pergi klinik Asyraf taknak. Bila mama nak cabut dia takut pulak.. camner nak buat ni. Mama ada satu idea  baik punya.. malam nanti Asyraf tengah tidur mama cabutkan gigi tu gerenti Asyraf tak rasa sakit hehehe.... Dan mama eyda datang, dia ambil ais letak kat gigi yang goyang bagi Asyraf rasa kebas then dia cabut. Sekejap jer dah tercabut gigi yang goyang tu. Bernas jugak idea si mama eyda ni, berjaya dia mencabut gigi Asyraf tanpa rasa sakit.  Ceh takleh pakai idea mama tadi. Oklah ko memang terer bedah..terima kasih banyak2. 


ok letak ais kat ngan gigi goyang


kemudian cabut..

gigit gauze supaya darah tak keluar banyak


ini giginya..

Asyraf   :  Mama, letak bawah bantal nanti tooth fairy ambil dan tukarkan ngan duit singget kan?.

Mama   :  Tooth fairy ambil gigi omputeh jer gigi orang melayu dia tak layan...


si adik yang suka menyibuk...

Adik    :   mama, adik rasa gigi adik dah mula goyang lah...

Mama  :   iyelah tu...

Sekarang gigi saya dah takde satu, hensem lagi tak ???

Well, gigi susu anak sulong saya dah gugur 1. Sedar tak sedar anak2 makin membesar... Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan ini.


thanks for reading this entry ^_^

Jumaat, 23 Ogos 2013

Selamat Bertunang Mama Eyda (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Jumaat lepas 16.08.2013 kami balik kampung, aku dan anak-anak jer, hubby kerja so tak dapat join. Kami balikpun malam pasal siang tadi kerja. Aku balik sebab adik aku bertunang. Perancangannya keluarga lelaki datang nak merisik jer, tiba-tiba bertukar pula. Kat kampung aku tengok rumah abah cam biasa jer. Aku terfikir, kalau bertunang mesti ada acara sarung cincin oleh bakal mak mertua kan.. tapi aku tengok rumah tak berhias langsung, maksud aku at least bilik perempuan cantiklah sikit sebab nanti bakal mak mertua nak masuk untuk sarung cincin.  Kitorang memang tak kesah sangat pasal adat ni asalkan hubungan tu terjalin secara betul tu dah bersyukur sangat. Buat apa yang mampu ye dak... Dulu masa aku bertunang, rumah abah ni tak cantik macam sekarang,  dulu dinding langsung tak bercat, batu block je, tapi ada jugaklah macam rumah orang nak bertunang..hehehe.. memang kita orang susah tapi usahalah sikit, sekurang-kurangnya boleh ambil gambar kenangan. 

Malam tu kami punggah bilik abah. Cari cadar kawin aku, dah takde.. adik aku yang lagi satu dah ambil buat harta hehehe...nampak langsir abah cantik, baru tukar langsir raya kami ambil masuk bilik. Tinggal katil jer dalam bilik abah macam kosong sangat.. usha bilik Liza (adik aku yg stay ngan abah) cantik meja make-up dia, apa lagi angkut masuk bilik abah pinjam sat. Alah dinding tak cantik... kami bincang tiga beradik.. aku. eyda ngan eni, esok pagi2 ke kedai hardware beli cat. lepas tu, aku call best friend aku, Ina namanya. Kami berkawan sejak umur 5 tahun kalau tak silap..mintak tolong pinjam cadar. So malam tu jugak dia suruh datang ambil sebab besok Ina kerja. Di rumah Ina, kami berbual panjang dalam bilik, almaklum dua sahabat yang lama terpisah bertemu kembali, kebetulan suami dia outstation so rancaklah kami berbual hingga lupa, eyda, eny dan lisa(tunang nan) ada kat ruang tamu. Budak bertiga tu bengang ngan kami berbual punya lama, diorang siap curi makan kueh raya sampai tersedak sebab air takde. hehehe...Bila selesai berborak, tengok budak bertiga tu ternganga tidur.. letih sangatlah tu.. kesian. Ina ada juga sumbangkan coklat buatannya sendiri untuk dijadikan hantaran..Terima kasih Ina.

Pagi tu kami tiga beradik mulakan operasi, abah ikut. Kami sarapan kat gerai feberet abah. Ada pakcik tegur abah anak2 abah ni kembar 3 ker.. hehehe kesukaan akak nampak sebaya jer ngan budak dua ekor tu. Jangan jelez ok!. 

eni & eyda 

Cadangnya nak cat merah & pink, agak2lah kan bilik abah tu. So kami tukar biru pink...masuk ke?? biarlah asal dia bahagia.  
ni abang Eni & Eyda namanya Zul, yang belakang tu adik lelaki kami yang paling kecik. kira bongsu la sebelum Intan namanya Remy.

 ahli mesyuarat tingkap ni namanya Nan.

yang ni pulak bukan tunang Eyda tapi adik kepada ahli mesyurat tingkap, abang kepada Zul. Tugas dia ngubah hantaran. Dia ni kerja ngubah pelamin, tapi disebabkan adik dia esok tunang malam ni baru bagitau so tak dapek lah adiknya naik pelamin untuk bertunang (sekarang ni orang bertunang pun ada pelamin ek..)

Along aku lak tugasnya pasang khemah. (takde gambar Along gambar khemah jer)

Khemah dah ada, jemputannya tak ramai sebab majlis tunang, adalah dalam 50 orang. Oh ye lupa lak nak jemput nenek aku, so aku dan Eny gi Kerdau jemput nenek aku dan ambil kek sumbangan Mak Jah (mak sedara aku) Mak Jah ada hal so tak dapat datang. Sorrylah pada semua yang kami ajak last minit, mesti korang ingat kitorang ajak2 ayam.. Serius! semua ini tak dirancang. Semuanya kelam kabut. Tapi Alhamdulillah kami dapat atasinya. Kira ok gak kan.. hari  ni ko nak bertunang hari ni jugak ko cat rumah, macam nak gelak jer bila fikir balik hahaha..! Bersyukur jugak dapat jiran yang baik-baik yang dah menganggap kami seperti keluarga mereka. Bantuan mereka amatlah kami hargai. .

Sabtu 17.08.2013.  Alhamdulillah selesai sudah. Bilik pun dah ok, hantaran pun kira dah ok. Bakal tunangpun sampai besama ahli keluarga. Nak jadikan cerita. Bakal mak mertua Eyda terkejut sebab tak tahu pulak hari ni hari pertunangan sebab dia cuma bawa cincin risik jer... Pulak!! La makcik tak tahu.. sabor jelah si Saiful tak cakap ngan mak dia, sebab dia tak tahupun kami buat majlis makan2 jugak, ingat biasa2 jer. Pada mula perbincangan mereka nak ditunangkan pagi dan petang dinikahkan pada December ni. Dah alang2 wakil kami kata, hari ni kita anggap hari merisik dan bertunang, takyah buat kerja 2 kali. Senang cerita. Pihak lelaki kata akan balas hantaran dan beri cincin tunang pada hari pernikahan nanti. Kami sekeluarga tak kisah. Eyda memang peramah, diapun dah rapat ngan keluarga bakal suami dia so itu semua tak jadi hal. 

 Bakal mak mertua sarungkan cincin di jari manis Eyda


Sebahagian dari ahli keluarga tunang Eyda.

Maka 21.12.2013 adalah tarikh pernikahan mereka dan majlis pihak perempuan akan diadakan pada tarikh tu dan majlis pihak lelaki pula pada 28.12.2013 dan diadakan di KL.

Aku  : Eh..bedah majlis lelaki 28.12.2013, nape ko tak minta tarikh tu ko nikah?

Eyda : Nape?!

Aku  : Tu kan tarikh aku nikah 28.12.2003..hehehe 10 tahun ko beza. dah alang2 nanti kalau ada tiket lebih gi Bali bagilah kat aku..hahaha...!!

Eyda : Banyaklah ko! hahaha...


Perkenalkan ni adikku.. Siti Zubaidah a.k.a Mama Eyda


Eyda ngan barang hantaran yang tak seberapa, takde sirih junjung. Alah takyah ikut sangat adat tu, yang penting ikatan dahpun terjalin.




Eyda ni mesra di panggil mama eyda oleh anak2 aku. Masa dia belajar kat IPB dia stay ngan kami, so diorang ni rapat sangatlah. Pernah jugak ada orang ingat dia ni maid aku..hahahaha.. Poh Bedoh wei !!! Ssshhh..jangan panggil dia dengan panggilan manja tu nanti dia marah.. "Ingat ha korang jangan panggil aku bedah depan keluarga Saiful, diorang pangggil aku Siti ok.. " Eleh, kitorang bolehlah ikut tapi abah. "Bedah keluar sekejap, ni nak bincang ni." eyda tepuk dahi, alamak abah ni.. hehehe tersengih mak mertua Siti.."Bedah rupanya, nama manja menantu aku..hehehe..".(aku tambah dialog)


Teringat masa kecik-kecik bawa eyda ngan eny pergi klinik, nurse tu ingat diorang tu anak aku...sekarang diorang dah besar panjang dah dan tak lama lagi eyda nak jadi isteri orang.

Sebenarnya aku sangat kagum dengan Eyda dan Eny. Mereka bergilir-gilir menjaga mak, semasa mak sakit dulu. Eny selalu ponteng sekolah sebab nak temankan mak kat hospital begitu juga dengan Eyda, terpaksa ambil cuti panjang waktu belajar di kolej sebab nak gantikan Eny jaga mak sementara Eny ambil SPM, umur mereka beza setahun je. Lima tahun lepas, beberapa bulan selepas mak meninggal, Eyda bermimpi, dia lihat mak datang melawat Asyraf yang akan dibedah keesokan paginya. Mak kelihatan tersenyum melihat Asyraf dan aku. Eyda ceritakan pada aku tentang mimpinya. Ketika Asyraf dalam bilik bedah, aku menangis, sebab aku sibuk dengan hal aku dan anak2 aku hingga tak berpeluang langsung jaga mak. Memang mak ada singgah di rumah aku dan tinggal seketika sebelum dia nazak tapi sebagai anak aku rasa tak cukup.  Sungguh aku iri dengan Eyda dan Eni sebab mereka jaga mak sebaiknya. Eyda pujuk aku, katanya sewaktu kecil, dia selalu cemburukan aku sebab mak selalu memuji kebaikan aku, sekurang-kurangnya aku tahu mak juga sayangkan aku. Kalau arwah mak ada pasti dia gembira melihat Eyda sekarang. Pastinya Eyda mendapat jodoh yang baik, sebaik hatinya. Abah dah pasti restu perhubungan Saiful dan Eyda. Abah dahpun anggap Saiful seperti anak lelakinya. Semoga hubungan ini diredhai Allah juga.

                           "Selamat bertunang dik, moga sampai ke jinjang pelamin."



thanks for reading this entry ^_^

Selasa, 20 Ogos 2013

Bakat

Asssalamualaikum w.b.t.


Satu ketika sebelum raya....

Adik :    Mama, tolong adik lukis gambar binatang.

Mama :  Adik yang sekolah, adik lukis sendirilah..

Adik :    Adik dah lukis, tapi kawan-kawan adik gelakkan adik...

Mama :  Kenapa ???



Hahaha... memang berbakat sungguh anak aku ni!!




thanks for reading this entry ^_^

Isnin, 19 Ogos 2013

Buah Hati Mama

Assalamualaikum w.b.t.

Kepenatan..........

Setelah seharian bermain dan bergaduh akhirnya mereka ketiduran..... Asyraf & Aishah, sikap mereka ni memang buat mama pening kepala, kadang-kadang macam anjing ngan kucing pantang bertembung asyik bergaduh jer, kadang-kadang cam kembar bila bermain sama-sama sepakat, ada jer idea nak buli maksu Intan. Tak suka duduk rapat-rapat konon tapi kalau tidur boleh pulak bersama. Yang pasti kamu berdua berebut-rebut nak kasih sayang mama. 
Mama sayang sangat kamu berdua... kamu berdua ialah buah hati mama.   



"eh eh mama, bila adik bangun tadi, adik perasan adik tak hisap jari lagilah.. adik dah besar!"


SELAMAT HARI RAYA SEMUA MAAF ZAHIR DAN BATIN..


thanks for reading this entry ^_^