Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Khamis, 26 September 2013

Bila Asyraf lapar..

Assalamualaikum w.b.t.

Susah sungguh nak tengok Asyraf berselera nak makan. Sejak dari kecil lagi memang susah nak makan. Kalau nak makan mesti bersuap melainkan bila dia betul-betul lapar.

Aksi Asyraf makan meggi goreng kat kedai mamak Isnin lalu..



Sebelum makan dia baca doa dulu... mama tak ambil gambar Asyraf baca doa..


Bila nak makan pasti ada air sejuk, Asyraf tak suka minuman yang manis2.. air puteh pulak mesti yang sejuk2 jer.. tengok tangan kiri dah pegang botol air mineral..


Makan satu suap pastu minum air, tak tahan pedas katanya...

hehehe...

Mama pun jenis tak kuat makan jugak sebab tu order satu pinggan jer.. tapi nak wat camner, hari tu Asyraf lapar agaknya, dia habiskan meggi goreng tu, dia langsung tak offer mama.. Takpe mama akan terasa kenyang bila tengok anak mama berselera makan, walaupun hanya meggi goreng mamak..

thanks for reading this entry ^_^

Selasa, 24 September 2013

Staff baru I, hensem U ....

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam uolls, I ada staff baru, hensem sangat..

Tak caya! silalah tengoklah... bukan saja hensem, rajin pulak tu... penuh dengan konsentrasinya sewaktu menjalankan tugas..




tapi dia terpaksa melepaskan jawatan hari semalam juga, berikutan kerja yang dia buat keluar dari tugasan sebenar..

hehehe... main game.. Asyraf..Asyraf...

Al kisahnya..semalam Asyraf sakit kepala, so dia minta kebenaran untuk pulang sekolah awal. Tapi sebab dah hampir nak habis waktu sekolah maka, baba dia tak jadi ambil dia dari sekolah. Dan budak bertuah ni, pula memang jenis mengikut kata. Dia tunggu baba dia kat sekolah dan ditinggalkan oleh uncle van sekolah. Akhirnya mama jadi mangsa kena jemput dia kat sekolah sebab motor baba rosak tengah jalan. Kalau mama jemput memang tak balik rumahlah jawapnya.. Asyraf pun terpaksa lepak kat office mama. Disebabkan homework takde dan buku yg dipinjamkan dari library sekolah habis baca maka terpaksalah mama bagi dia layan game. Keseronokanlah Asyraf, kalau tak sekejap-sekejap panggil mama hantar dia balik sebab boring..

Ermmm..tak pulak mama nampak tanda-tanda sakit kepala kat budak bertuah ni..??

Eh eh uolls..Asyraf dah pandai cakap cina. Kebetulan balik dari kerja kami pergi kedai gambar nak ambil gambar sekolah Aishah untuk pendaftaran darjah 1 tahun depan. Asyraf berbual dengan tokey kedai gambar tu dengan bahasa cina.. wah tak sangka mak!.. mana taknya kalau kat rumah suruh cakap sikit jawapnya tak tahu, tapi bila Aishah cakap bahasa cina ngan dia, dia marah.."Takyah cakap cina boleh, nanti cina dengar dia tak tahu adik cakap ape.." biasalah Aishah memang suka berlakon macam pelawak Yasin cakap jepun bunyi dah sama tapi makna tak tahu.. cuba suruh ulang balik perkataan tu mesti dah jadi lain...hehehe..

K.bye!

thanks for reading this entry ^_^

Isnin, 23 September 2013

Fellicius Brain Charges Drinks - jom try

Assalamualaikum w.b.t.

Entry yang sepatutnya dibuat minggu lepas, almaklumlah bizi sokmo..

Kisahnya takde apa-apa pun cuma nak bagitahu saya ada order jus Fellicius Brain Charges Drinks kat seorang sahabat blogger Pn. Ryuna Nabiela. Mana taknya dia punya promote pumpangpumpang sampai akak rasa cam bagus sangat so apa lagi akak trylah..(nampak sangat mudah terpengaruh...)

Order sehari je dah sampai dah..

Biasalah pagi2 ngadap FB dulu. Bukan apa nak cari info terkini... kuikuikui.. 
(Sila fokus tang barangan tu ye..)

Tapikan kalau uolls baca dia punya khasiat memang bagus..



Rasanya enak bangat..!! Aku dan Aishah suka rasanya tapi Asyraf dia kurang sikit sebab dia memang tak suka sangat manis-manis ni. Setakat ini yang ketara... ceh baru seminggu try dah nak kasi testimony lak.. okey yang ketara ialah..Asyraf ni alah sikit dengan habuk boleh dikatakan hari2 bersin.. (ye mamang rumah cepat berhabuk) So petang semalam masa dia solat Asar memang rasa cam kesian tengok dia sebab nampak dia macam orang demam selsema dah.. tapi lepas bagi minum jus tu dalam 5ml camtu, beberapa ketika dah tak dengar dia bersin lagi.. erm.. kiranya oklah setakat ni..Alhamdulillah..

Ya, sekarang memang banyak product2 macam ni dijual, dan menjanjikan pelbagai khasiat.. betul ke tak betul ke, semuanya bergantung pada individu.. yang pasti kita kena yakin dan percaya. Sebab semuanya datang dari Allah.. kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Sakit dan sihatnya kita nipun semuanya dari Allah dan sebagai hambanya kita kena berusaha untuk menyembuhkan sesuatu penyakit tu... Sebab tu setiapkali nak bagi anak ubat atau apa saja jenis supplement saya akan suruh anak2 baca bismillah dan selawat ke atas nabi dan berdoa agar cepat sembuh. 

Thanks Ryuna Nabiela sebab sudi kongsi khasiat Jus Fellicius Brain Charges Drinks ni..

P/S : ada sapa2 nak oder boleh lah hubungi Ryuna Nabiela.. ^_^

k.bye!

thanks for reading this entry ^_^

Khamis, 19 September 2013

Rindu itu tetap ada..

Assalamualaikum w.b.t.

15hb bulan September maka cukuplah 3 bulan Aiman tinggalkan mama... Rindunya tak dapat digambarkan dengan kata-kata..

Setiap kali ada perkara berkaitan Aiman muncul pasti senyuman akan terukir tapi mata tetap berkaca, dada pula terasa sebak. Kadang-kadang tertanya-tanya Aiman rindu mama tak ??

Minggu lepas mama pergi ziarah pusara Aiman, "Assalamualaikum..Aiman, mama datang jenguk Aiman... hari ni mama tak bawa bunga tapi lain kali mama bawa ye..."  mama tak tahu nak cakap apa2 lagi mama bacakan surah Al-fatihah dan surah yg pendek buat Aiman. 

Baba suruh balik.. "Baba tak nak cakap dengan Aiman??" baba terus berlalu dan cakap mama ni betul ke tak betul, mama percaya Aiman pasti dengar suara mama, luahan mama.. Allah Maha mendengar dan mama berdoa agar Allah sampaikan pada Aiman..

Mama masih boleh tersenyum tika tu, tapi bila mama di atas motor bersama baba mama sempat menoleh pusara Aiman tiba tiba hati ni terasa sebak dan sekali lagi airmata mengalir.. terasa seperti Aiman tak mahu bagi mama balik lagi.. Mama pasti datang lagi, mungkin tak selalu tapi tetap juga datang.. Aiman tunggu mama ye..

Sayang Aiman........


tengah kemas almari kakak, mama terjumpa ni... Aiman pernah memakainya (mama simpan buat kenangan)

Hari tu kawan mama, buat entry pasal diapers, tergelak mama baca entry tu bukan sebab entry tu kelakar tapi tak sangka, dia begitu rajin mengkaji quality diapers.  Tak macam mama semua diapers mama panggil pampers. Tiba-tiba jer mama sebak, dalam ketawa mama menangis sebab mama teringat masa kat wad. Setiap hari nak kena timbang diaper Aiman dan Aiman pula tak gunakan sangat diaper. Mama ingat lagi......(kisah yang lalu jgn diungkit)


Barang2 Aiman yg tinggal, pakaian yg besar mama dah bagi kat anak jiran dan sepupu Aiman..

Hari Ahad 15hb, mama buat part time gantikan tempat Cik Eny, masa tu ada patient datang nak scan. Mama ada dalam bilik scan, masa Dr Ina scan patient tu, Dr Ina suruh anak patient tengok adiknya sedang menghisap jari, tiba-tiba air mata mama mengalir lagi. Cepat2 mama keluar tinggalkan bilik tu takut nanti patient tu perasan pulak mama nangis. Mama teringat lagi, rasa macam baru je semalam Dr Ina scan perut mama. 

Baju ni Cik Eny belikan, masa mula2 nampak baju ni mama terus ukur kat perut mama dan bayangkan Aiman pakai, tapi.. Aiman tak sempat pun pakai.. baju ni kecil jer..

Jadi cuti Malaysia Day hari tu mama ambil kesempatan beli pokok bunga. Ntah kenapa, mungkin sebab mama nak bawakan bunga-bunga tu bila mama datang melawat pusara Aiman nanti.

mama tanam bunga ni khas untuk Aiman.. sebenarnya mama nak cari pokok bunga rose tapi tak jumpa, yang adapun tak menarik perhatian mama.. 


video
Aiman - Day 3

Video ni mama dapat dari handphone baba.. 


Mama tahu Allah lebih sayangkan Aiman, tapi tak salahkan kalau mama masih rindukan Aiman..

- Al-fatihah -

Rabu, 18 September 2013

WW # 10 : Feeling Izzah Ombak rindu...

Assalamualaikum w.b.t.



Pinjam jam hubby yang dah season... 


K.Bye!

 thanks for reading this entry ^_^

Khamis, 12 September 2013

Pets Pinjaman.. (part 2)

Assalamulaikum w.b.t.

Setelah sekian lama, akhirnya saya ingin bercerita lagi tentang Pets Pinjaman (part 2), kenapa part 2 sebab ia bagai satu sambungan kepada kisah Pets yang dipinjamankan pada kami oleh Allah s.w.t. sebelum ni. Kalau nak flashback ok gak .. silalah click Pets Pinjaman.

Kitty
Kalau ikutkan Kitty adalah kucing pertama yang singgah dirumah kami, kemudian Comel, setelah itu muncul Puss yang bunting dan melahirkan anak dirumah kami, untuk beberapa seketika muncul Jerry si kucing kurap. Dua dari anak Puss mati, seekor darinya mati sebaik dilahirkan dan seekor lagi beberapa hari selepas lahir. Jadi anak Puss tinggal 4 ekor iaitu, Tam, Abu, Tompok dan Doni. Kemudian, Puss menghilangkan diri, Tinggallah 4 ekor anak Puss bersama Jerry. Dan akhirnya Tam dan Abu pula hilang. Maka tinggallah Doni, Tompok dan Jerry. Jerry adalah kucing yang paling baik. Jerry adalah kucing jantan yang sangat baik hatinya hingga dia membenarkan Doni menyusu badannya.. memanglah kucing jantan takde susu hehehe.. tapi dia seolah-olah tak kisah mungkin dia kesian melihat anak kucing2 lain yang kehilangan ibu memandangkan dia juga anak kucing kurap yang terbiar sebelum ni.

Comel
Dalam beberapa bulan kemudian muncullah seekor anak kucing yang seiras Kitty, dan Asyraf menamakan anak kucing tu Kitty Jr. Kitty Jr dijumpai Asyraf ditengah jalan. Kesian melihat Kitty Jr, Asyraf pun menjaganya. Kami tempatkan Kitty Jr dalam sebuah bakul, kucing selalunya akan bergaduh bila bertemu kucing lain terutama kucing betina. Antara kucing yang ada, hanya Jerry je yang sudi datang jenguk dalam bakul melihat serta menghidu bau Kitty Jr. Jerry seolah-olah mengalu-alukan kedatangan Kitty Jr. Memakan masa juga untuk mereka get along.

Puss & anak-anaknya
Dan akhirnya tinggallah mereka berempat di rumah kami. Kalau nak tahu Kitty Jr sememangnya anak Kitty, adik saya Eyda yang mengesahkan sebab sebelum ni dia pernah melihat Kitty sedang menyusu anaknya berwarna oren dan saiz anaknya memang sama dengan Kitty Jr. Pada mulanya kami nak pulangkan Kitty Jr pada ibunya tapi kami tak jumpa lagi Kitty ditempat yg Eyda tunjukan. Hingga suatu pagi waktu Subuh terdengar suara kucing mengiau depan rumah kami, bila pintu dibuka kelihatan seekor kucing berwarna oren dan muka kucing tu seiras Kitty Jr. Tak sampai hati tinggalkan kucing tu depan pintu, my hubby ambil kucing tu dan beri makanan. Nak tahu, kucing tu confirm adik beradik Kitty Jr, sebab mereka tak bergaduhpun siap cium-cium bau lagi. Kata orang, kucing akan kenal keluarganya melalui bau. Bertambahlah kucing lagi kat rumah kami. Kucing berwarna oren tu kami panggil Junior. Junior dan Kitty Jr masih kecil dan manja sangat. Dan kedua-dua ekor kucing tu suka tidur kat kepala saya dan kadang-kadang atas perut saya. Pada mulanya nak marah tapi kesian pulak.

Dan beberapa minggu kemudian, saya demam dan tak boleh bangun, kepala sakit dan saya rasa kucing2 tu sangat busuk. Saya tak sampai hati nak buang tapi saya akan suruh budak-budak dalam rumah ni, supaya jangan biarkan kucing tu datang dekat dengan saya. Pelik juga tetiba jer tak suka kucing... actually sebelum saya jaga kucing memang saya tak suka tapi bila dah jaga timbul rasa sayang, cuma rasa pelik sebab saya sering muntah2. Dan ada saat dan ketikanya sampai saya rasa macam tak mau balik rumah. Sebab rumah busuk. Walhal my hubby dan adik saya selalu bersihkan rumah, mereka hairan apsal saya sorang jer rasa rumah tu busuk. Hasil pemeriksaan Doktor... hehehe.. pembawakan rupanya. Saya pregnant. Kalau nak tahu, waktu jaga kucing2 tu masa mereka baby, saya terniat dalam hati nak ada baby. Alhamdulillah, Allah beri kami rezeki setelah hampir 6 tahun saya tak mengandung.

Hingga suatu hari, buat pertama kali kami, pergi bercuti bersama keluarga. Kami minta Eyda datang jenguk kucing2 tu dirumah, disebabkan Junior kucing yg paling manja, my hubby nak bawa sekali pergi bercuti, tak adillah kalau tak bawa Kitty Jr, sebab mereka dua2pun masih kecil. Untuk pengetahuan, waktu tu Kitty Jr, sakit. Dia cirit-birit, pada mulanya kami nak bawa jumpa Vet tapi kami tangguhkan dulu sebab takut bajet lari. Kami ni bukannya orang senang pun. Nak pergi bercuti ni pun kami berkira-kira juga. Kami dah nak bawa dah Kitty Jr dan Junior pergi bercuti bersama kami, tapi Eyda menegah sebab, dia tahu nak jaga anak kucing bukan senang, berak dan kencing merata nanti kotor pula apartment yg kami sewa tu nanti. Betul jugak kami kan nak enjoy anak beranak nanti kesian pula kat Intan kena cuci berak kucing. Memandangkan Eyda dah offer nak jaga so, berangkatlah kami sekeluarga dan tinggalah kucing2 tu kat rumah.

Tiba di destinasi, memang seronok, apartment yg kami sewa tu besar juga. Siap ada dapur, tiba-tiba my hubby dapat idea untuk bawa Eyda bercuti sekali. Almaklumlah tempat percutian kami bukannya jauh sangat kat PD jer pun.. sebelum ni memang kami ada ajak si Eyda tu tapi katanya dia kerja, tapi bila kami ajak lagi sekali dia kata ok pula. So kami pergi rumah Eyda dan singgah rumah kami sekejap nak jenguk kucing2 tu. Eyda kata semalam dia ada bersihkan rumah, sebab kucing2 tu dah kotorkan, dan sempat juga dia bagi makan kat kucing2 tu. Eyda kurung Kitty Jr dan Junior dalam sangkar tapi dia letakkan makanan juga takut kalau2 anak kucing tu lapar.

Sesampai di rumah, semua kucing dah menunggu kami kecuali Kitty Jr. Sangkar kucing tu ada lubang so anak kucing tu boleh keluar bila dia suka. Malam tadi Eyda kata Kitty Jr yang sering keluar dari sangkar. Eyda tutup lubang tu, Kiity Jr bising dan akhirnya tertidur dengan Junior. Apa yang peliknya kenapa Junior je yg keluar rupa-rupanya Kitty Jr dah mati. Ya Allah... saya sedih sangat, first time saya mengalir air mata tengok kucing mati. Eyda yang paling rasa bersalah sebab dia kata dia tutup lubang kat sangkar tu. Paling menyayat hati saya, bila tengok mata Kitty Jr berair. Mungkin menahan sakit. Eyda kata malam tadi ok jer, Kitty Jr siap duduk sebelah Eyda lagi, tengok Eyda lipat kain baju.  My hubby pun sedih juga. Kami tanam Kiity Jr, belakang rumah kami. Kami pun pergi PD semula dan kali ni kami bawa Junior bersama.

Sepanjang perjalanan, kami terasa bersalah dan sedih sangat. Pasti Asyraf sedih sebab dia yang bawa Kitty Jr datang rumah. Dan Akhirnya kami redha dan mohon ampun dari Allah sekiranya kematian Kitty Jr itu adalah dari kecuaian kami. Mungkin ada hikmahnya disebalik apa yang terjadi..

Kisah Pets Pinjaman ni akan BERSAMBUNG...

***sayangnya gambar kiity jr & junior dah takde***

thanks for reading this entry ^_^

Selasa, 10 September 2013

Bowling Time!!


Assalamualaikum w.b.t.

Nak cerita tentang hujung minggu, selalunya kami sekeluarga habiskan masa duduk rumah jer.. almaklumlah rumahku syurgaku.. lagipun Asyraf tuisyen hari Minggu.. tapi sekarang jadual dah bertukar sebab kebanyakan ibubapa kat pusat tuisyen tu mahukan jadual ditukar supaya anak dapat habiskan masa dengan mereka sekurang-kurangnya satu hari, iaitu di hujung minggu. Memang kesukaan Asyraf tak perlu belajar hari Ahad.

Kisah ni, adalah kisah seminggu lepas Mama Eyda bertunang. Memang dah lama tapi nak citer jugak. Hari Ahad tu Eny cuti, tiba-tiba dia ajak main bowling. Mungkin sebab masa kat kampung Asyraf nak sangat main bowling tapi dia tak bawa sebab masa tu dia keluar dengan best friend dia. So kiranya ni nak tebus balik lah kan.. Eni ni memang baik hati, dia suka sangat buat anak2 buah dia gembira. Mula-mula aku tak mahu ikut, tapi tak elok pulak biarkan dia dengan Intan bawa budak-budak tu keluar sebab Si Aishah ni susah sikit nak dikawal. Ajak my hubby ikut, dia kata seminggu dia bekerja so hari Ahad dia nak rehat. Jadi kamipun pergilah Wangsa Walk nak main bowling. Bengang Eni...dia ajak petang malam baru keluar, nak buat macamana kakaknya memang liat nak keluar rumah. Tapi takpe sampai jugak kami kat tempat yang aku segan nak masuk.

Masa nak ambil kasut bowling, cakap ngan Eni korang berdua ajelah main, akak seganlah..tapi bila orang tu tanya nak kasut saiz berapa laju jer cakap saiz 4. hehehe.. malu tapi mahu. Intan memang pandai main bowling sebab setiap hari Rabu dia ada aktiviti luar iaitu main bowling kat WangsaWalk anjuran sekolah dialah. Tak sangka pulak aku, Intan pakai kasut saiz 6.. Eni sama saiz dengan aku. Intan kata memang dia pakai saiz 6 bila dia datang sini dia akan minta kasut saiz 6. eh..eh.. dah besar dah adik bongsu aku.

Sebab Eni ngan aku memang perok sikit jadi kami terpinga-pinga nak gunakan mesin kat situ (nama pun aku tak tahu..alah mesin untuk taip nama kitorang) Si Intanlah yg ngajor.. padahal mesin tu stuck tu yg tekan2 tak keluar huruf. (kurang sabor tu yg dok tekan byk kali)

Jom layan gambar...


Percubaan pertama..yeah berjaya jatuhkan pin.. dan untuk kali kedua..yeah masuk longkang.. hehehe.. :P

Orang yang mula-mula main ofkoslah si Ecah ni, aku dan Eni tengok dulu, makin lama makin seronok, siap lompat2 lagi mak budak ni excited anak jatuh kan pin. Bila bola tergolek ke tepi, mulut kitoranglah yg paling kecoh.."ke tengah ke tengah ke tengah.. argh masuk longkang.." macamlah bola tu nak dengar cakap kitorang, bila toleh ke belakang ha.. malu pulak tak perasan over acting tadi.. Kalau dah jadi ibu ni kita mesti kena pandai, walaupun tak pandai.. Akupun macam terer sangat main bowling siap ajar Asyraf main.. nasib baik bola aku tergolek elok cuma 2 pin jer tinggal. Masa tu kira dah bagus sangat.

Gaya dah ada tapi nasib kurang menyebelahinya... merajuk terus.. :P

Anak teruna aku ni kan.. kuat sungguh merajuk, dua kali cuba  dua-duapun bola masuk longkang. Paling dia bengang bila kali kedua bola tu elok jer bergolek kat tengah bila hampir dengan pin bola tu boleh masuk longkang, jawapnya satu pin pun tak jatuh. Terus tak mahu main dah tapi ajak mama pergi tempat lain pulak..

Dah agak! memang kat sinilah tempat kesukaan dia, tak padan dengan saiz.. kaki tak sampai  tapi dia punya usaha.. ermmm..

 
Ecah yang tamak, turn dia dah habis sibuk nak main turn orang.."Alah Cik Intan, nanti time abang, Cik Intan mainlah.." confident je dia kata abang tak nak main lagi.. Tengoklah dia buat muka mengada sebab berjaya pujuk Maksu Intan... ecah..ecah..


Diorang ni dah cop bola siap2. Like professional, Si Aishah mengajar Asyraf. boleh jatuh pulak pin tu....Cayalah..!

Bila dah puas main game kete, barulah Asyraf bersemangat nak main bowling semula.  


Mana token nih!

Kami main dua games sahaja, memang seronok sangat. Ingatkan bila dah tamat bowling games dah boleh balik tapi disebabkan Aishah tahu, tadi mama bawa Asyraf main game kereta maka diapun nak jugak. Adoyai.. kena layan diorang main games lain pulak.

bersama sponsor merangkap jurugambar bowling games ni.. terima kasih Acik Eny..

Jadi lepas ni bolehlah main lagi. Bowling ni pun sejenis sukan juga. Asyik nak suruh anak2 belajarpun tak boleh jugak kan... kita kenalah selang-selikan dengan riadah. Betul tak?! Betuulll....(ok fine sendiri tanya sendiri jawab)

k.chao!


 thanks for reading this entry ^_^

Isnin, 9 September 2013

Cikgu, bertegaslah dengan Asyraf, marahlah dan rotanlah jika perlu....

Assalamualaikum w.b.t.

Berikut adalah gambar yang saya ambil masa dalam pantang tempohari, Masa ni Asyraf baru balik Sekolah Kebangsaan, sebelum pergi Sekolah Agama. Asyraf pandai, dia suruh Maksu Intan belikan burger malam semalam, lepas tu simpan dalam peti ais supaya hari ni dia boleh panaskan dan makan sebelum ke Sekolah Agama. Mama dalam pantang rumah tunggang langgang. Masa dalam pantang ni, kalau tak baba yang prepare makanan, Maksu Intan yang sediakan. Alhamdulillah, Intan dah boleh diharap. Rutin Intan, balik dari sekolah dia akan sediakan pakaian sekolah agama Asyraf dan panaskan makanan. Jadi saya tak risaukan sangat tentang anak2 ni, manakala Aishah akan terus ke rumah Maktok, petang baru kami ambil. Masa dalam pantang saya suruh Aunty Bee Cheng hantar Aishah ke rumah kami terus. 

Jom kita lihat gelagat Asyraf makan burger...

Tengah sedap makan uteh datang mengacau, apa lagi, kaki Asyraf naik..hah kan dah kena.. Asyraf tak sepak tapi dia tolak uteh ngan kaki. Mata Asyraf maintain pandang burger ok! (Sayur tolak tepi..Asyraf..Asyraf)

Nyum..nyum..nyumm dia tak perasan lagi mama ambil gambar dia.. ^_^

 Bengang ngan Maksu Intan suruh dia mandi.. "tak nampak ker, orang tengah makan.." diorang memang musuh ketat...sabor jelah


Sambil makan tengok tv...dan baru dia perasan mama ambil gambar... "mama jahat, ambik gambar abang makan"...hahaha..

Baru-baru ni, saya perhatikan Asyraf tak ada homework. Setiap kali Aishah sahaja yang buat homework sebelum tidur. Silap mama tak pernah cek buku anak2. Sekali tengok..Ya Allah, buku latihan terutama writing book tak bertanda sejak April lalu, sakit hati ni tengok buku Asyraf macam tu, ya silap saya dah lama tak tengok buku latihan anak, tapi takan cikgu2 tak kisah kalau anak murid tak buat homework. Tak boleh jadi mama mesti talipon cikgu nanti. Selalu bila ditanya Asyraf ada homework tak, Asyraf kata dah buat siap2 kat sekolah.

Biasalah kalau dah bekerja lupa pula nak call cikgu Asyraf. Kat rumah, Intan tanya sama ada saya perasan tak Asyraf dah tak pakai tali leher lagi. Di sekolah Asyraf, hanya murid yang ada jawatan jer akan memakai tali leher. Sebelum ni Asyraf kata, Cikgu Tang (guru kelas) tanya Asyraf nak tak jadi penolong ketua darjah kalau nak, make sure jangan kena rotan sebanyak 3 kali. Sekolah Asyraf kalau homework tak siap atau jawapan tak betul akan dikenakan rotan. Jadi dalam setahun, jawatan ketua dan penolong akan bertukar ganti sekiranya mereka tak kekalkan prestasi. Sebagai seorang ibu, saya bangga sangat sebab Asyraf terpilih. Tapi sayang, jawatan tu bertahan untuk beberapa bulan jer. Sekarang ni Asyraf selalu balik awal sebab masalah kesihatan, dah tentu dia banyak ketinggalan dalam pelajaran. 

Khamis hari tu, saya call sekolah agama dan bercakap dengan Ustazah Suhaila guru kelas Asyraf dan minta dia pantau Asyraf sebab kebanyakan buku Asyraf tak bertanda dan banyak tak siap. Minta Ustazah bagitahu Ustaz dan Ustazah yang mengajar Asyraf  supaya bertegas dengan Asyraf. "Ustazah bertegaslah dengan anak saya, marahkan dia bila dia tak buat kerja, rotanpun saya tak kisah asalkan dia pandai, memang silap saya sebab percayakan dia selama ni.." begitu juga dengan di sekolah kebangsaan..Saya talipon cikgu kelas Asyraf. Teacher Tang mengajar matematik dan bahasa cina, dua mata pelajaran tu up to date, memang tak ada masalah tapi tetap berpesan dengannya supaya dia sentiasa memantau anak saya.."Cikgu, bertegaslah dengan Asyraf, marahlah dan rotanlah jika perlu...., sebenarnya guru kelas Asyraf ni memang tegas orangnya, sebab tu buku latihan Asyraf yang diajar oleh Teacher Tang tak ada masalah yang bermasalah tu buku Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, saya juga berpesan dengan guru Bahasa Melayu iaitu Cikgu Chong, Cikgu Chong kata ye ker ada buku tak bertanda, nanti dia akan periksa. Bila saya fikir balik sebenarnya Writing Exercise yang lama tak pertanda... alamak! salah cikgu sepatutnya saya kena bercakap dengan guru bahasa Inggeris tapi tak berkesempatan bercakap dengannya, tapi Cikgu Chong kata dia akan sampaikan "Terima kasih Cikgu Chong, harap cikgu dapat bekerjasama dan bertegas dengan Asyraf ye" (Amboi dapat bekerjasama ko..ayat tak hinggat). Berbalik pada jawatan penolong ketua darjah tu, tanpa ditanya Teacher Tang beritahu saya dia terpaksa lucutkan jawatan tu dari Asyraf sebab lambat hantar homework. Sebagai ketua kumpulan Asyraf perlu tunjuk contoh yang baik untuk kawan-kawannya. Cikgu Tang ada offer Asyraf  untuk jadi ketua dengan syarat Asyraf tak ulangi kesilapannya lagi, tapi Asyraf menolak.

Balik kerja, saya dah takut.. takut kena marah ngan anak, takut tengok anak kecewa, ialah pagi tadi bagus jer suruh guru2 Asyraf rotan Asyraf kalau tak buat homework. Mesti Asyraf kecewa sangat. Tapi jangkaan saya salah, Asyraf bersikap seperti biasa dan langsung tak sentuh bab sekolah bila kami berbual. Bila ditanya kenapa  Asyraf tolak tawaran jadi ketua, Asyraf diam jer..bila ditanya banyak kali baru dia cakap.."Mama, jadi ketua nanti buat salah kena rotan 3 kali, jadi penolong kena rotan 2 kali.. Abang tak naklah.." pulak...  bila diperiksa buku2 Asyraf.. Alhamdulillah dah bertanda, Asyraf kata Cikgu Chong suruh Asyraf keluarkan semua buku latihan dan dia periksa buku tu dan tandakan sekali, cuma buku bahasa Inggeris jer yang macam tak berubah mungkin sebab ada homework baru. 

Pesanan untuk ibubapa dan saya sendiri.. silalah periksa buku2 anak anda.. pasti kita tak suka kan kalau cikgu-cikgu tak ambil perhatian untuk anak kita, jadi  kita sendiri yang perlu perhatikan anak kita sebelum mengharapkan guru2 mereka.

K.bye!


thanks for reading this entry ^_^

Jumaat, 6 September 2013

Suasana Hari Raya.. ^_^

Assalamualaikum w.b.t.

Syawal sudah di penghujung, aku baru nak cerita tentang Hari Raya..

Raya tahun ni tak seperti raya tahun lepas raya tahun ni tak meriah sebab seorang ahli keluarga dah tak ada. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur sebab dapat juga beraya tahun ni. Belum puasa lagi aku dah beritahu keluarga di Pahang, bahawa aku tak balik tahun ni. Tahun ni aku nak beraya di KL. (Lupa, padahal tahun ni memang turn raya kat KL pun.. ) Masa tu aku dah simpan dalam hati aku nak ziarah pusara Aiman pada 1 Syawal. Aku tak tahu samada mak mertua aku kisah ke tidak.. dia tak pernah pun paksa anak2 dia beraya dengannya mungkin sebab anak2 dia sentiasa ada sampai bosan dia nak nengok.. (cucu2 balik sekolah lepak rumah dia setiap hari..) Hati ibu, dari pandangan mata aku, dia memang memahami anak2nya. Malam sebelum raya tu, dia tanya jugak samada kami nak balik Pahang ke tidak. Masa tu jawapan entah, sebab adik aku ajak kami balik bersama. Aishah dan Asyraf dah masukan beg pakaian dalam kereta tapi terpaksa keluarkan balik memandangkan makcik2 mereka nak balik cepat sedangkan baba mereka nak balik lambat sikit sebab tak mahu harungi jam.. Kami rasa tak sedap hati jadi kami biarkan mereka pulang dulu. Seganlah kan sebab kita nak tumpang kereta diorang takan nak ikut jadual kita pula. Ada hikmahnya kenapa tak jadi balik, itu sebab aku dah berjanji dengan diri aku nak ke pusara Aiman 1 Syawal nanti.

Sebagai ibu, aku rasa tahun ni aku gagal laksanakan tugas aku untuk buat persiapan raya. Aku tak belipun pakaian raya untuk anak2 dan aku, baba diorang lagilah kesian. Aku bersyukur sebab ada keluarga  yang perihatin. Adik aku belikan baju raya untuk anak2 aku dan aku. Eni dan Eyda serta  Zainal. Dari baju, tudung hingga ke kasut raya. (aku dapat 2 pasang baju raya..merah dan pink color - Alhamdulillah)..Dan adik hubby aku pula, si Azhar belikan baju melayu dan kain pasang untuk baju kurung Aishah warna pink lagi untuk dua beradik ni serta 2 pasang pakaian untuk berjalan-jalan. Bertuahnya rasa. Kueh rayapun mereka sumbangkan. Yang mampu aku buat tempohari cuma kek love tu jer..Di saat2 akhir Ramadhan, ada juga aku belikan anak2 aku baju raya, rasa tak seronoklah kalau mereka pakai, baju raya dari pakcik dan makcik diorang kann.. Sebelum tu aku ada tanya Asyraf dia tak kisah ke pakai baju melayu raya tahun lepas, katanya tak kisah sebab baba pun pakai baju melayu lama. Bertuahnya aku dapat anak yang tak suka mendesak untuk beli baju raya, bukan baju raya je.. baju sekolah pun mereka pakai yang tahun sudah tapi aku beli jugak di saat2 akhir.. aku nak tengok anak aku ni boleh tak hidup dalam keadaan susah. Alhamdulillah so far macam boleh jer.. (melalut pulak)

Ok.. ni nak sambung kisah hari tu..malam tu kek love yang aku bagi kat mak mertua aku tu, Ain yang makan dulu (adik ipar aku.) Si Ain ni memang suka benor coklat. Bila dia makan aku tengok muka dia cam tersengih jer..

Aku : Camner Ain, OK tak?? 
Ain  : Ok, rasa sedap tapi...keras sikit..

Hah! camner kek coklat MOIST boleh keras?? malunye...tapi takpe aku dengar perkataan SEDAP tadi. hehehe....
 
1 Syawal pun menjelma, lepas solat raya, Ain dan Azhar datang rumah ambil Asyraf ngan Aishah. Wah sedondon pulak baju melayu Azhar ngan Asyraf..sayang baju Aishah Maktok tak sempat jahit. So Aishah pakai baju kebaya merah yang Mama Eyda belikan..takpe sedondon ngan baba dia. Tinggallah kami laki bini kat rumah ni..kereta tak muat jadi kami naik unta besi je pergi ke Ampang rumah Maklang adik mak mertua aku.  Saudara mara kalau nak berkumpul selalunya akan ke rumah Maklang. Masa aku diperkanalkan ngan family mertua akupun kat rumah Maklang lah.. (nostalgia la pulak) Maka tibalah kami ke Ampang. Nak masuk jer rumah Maklang, Maklang tahan aku kat pintu.."Kek Love Maklang takdaq ka" Aaaahhhhhh...mesti kecohkan pasal kek tu. Aduh malunya.. Erm.. pastu Maklang siap ajar camne nak masak kek pulak.. Akhirnya dia bertanya.. macam pelik jer kek coklat Moist boleh keras.. 

Maklang : Hang guna soda bikarbonat lama kot..
Aku         : Ha'ah, baru saya ingat.. iyelah Maklang..
Maklang : Mesti dah setahun
Aku        : Tau2 je Maklang ni, moga buat kek setahun sekali..hahahah...! (vongokz kann)
Hubby   : Orang dah cakap jangan ubah resepi, dia ubah.. Eni buat ok jer..(apa da laki, sikit pun tak sabun)
Aku        : Ala...baru2 lagi nak try buat kek memang lah camtu kan Maklang, nanti kalau dah selalu tererlah (aku back-up diriku sendiri)

Tahun ni cam sunyi jer sebab, tahun ni turn anak2 balik rumah mertua, yang tinggalpun yang bujang2 jer..Kami pulak jadual terbalik.. Sebelum kecoh pasal kek tu, sepupu hubby tanya aku mana baby, aku cakap kat Gombak pastu dia pelik..Apsal kat Gombak pulak. Baru aku tahu rupanya dia tak tahu pasal Baby Aiman. Masa nak pergi ke tanah perkuburan tu sepupu hubby aku siap tolong kami cari bunga lagi. Selama ni, kami cuma siram air paip jer kat pusara Aiman, Ina ajar kami, katanya air mawar boleh suburkan tanah. Terkejut Ina, salah satu bunga yang my hubby petik ialah bunga Orkid.. bunga yg jarang kita jumpa. Habis bunga Maklang kitorang petik... hehehe..

Tiba di tanah perkuburan my hubby terkejut tengok pusara Aiman kering kontang, pokok pun layu..La sedihnya.. Sebenarnya my hubby salah pusara, pusara yg dia tengok tu pusara baru. Melihat keadaan sekeliling aku jadi kaku dan sedih, dalam masa tak sampai sebulan pusara baby bertambah. Maknanya ramai juga ibu2 diduga Allah, pastinya baby tu meninggal bulan puasa tempoh hari. Kalau kita bersedih, percayalah ada orang lebih bersedih dari kita. Hari tu banyak pusara yang ada bunga di atasnya. Ada juga pusara seperti terbiar. aku terus ke pusara Aiman "Assalamualaikum.. Aiman, mama datang ni.."

Lepas dibersihkan pusara dan membaca beberapa surah kamipun beredar, kali ni aku tak sesedih sebelumnya. Bukan sebab dah tak sayang tapi aku dah boleh menerima..Kami juga siramkan air mawar tu di pusara2 yang terbiar, tapi hanya di sekitar pusara Aiman jer..Aku mahu, supaya kami sering datang ke sini lagi. Walaupun orang kata tak perlu, sebab bayikan suci mereka pasti berada di syurga dan hanya dengan berdoa sudah cukup. Tapi bagi aku, aku tetap akan ambil kesempatan sekiranya ada kelapangan akan terus ziarah pusara Aiman. In Sha Allah..

Balik dari Ampang, kami terus ke rumah mak mertua aku, masa kat Ampang tadi mak mertua aku balik dulu sebab ada saudara belah pak mertua aku datang. Masa kami sampai semua dah balik da. Mak Mertua aku bekalkan kami rendang daging dan ayam, ketupat dan lemang pun ada.. Alhamdulillah rezeki lagi, jadi dapatlah kami jamu tetamu nanti.

Malam tu juga kami beraya dengan jiran sebelah, kami panggil mereka Mak Ndak dan Pak Ndak. Mereka dah anggap kami cam anak2 diorang jugak. Tengah berbual, sekali lagi kisah kek jadi topic, ermmm... sekali lagi aku disekolahkan.. takpe2 ilmu tu...Lepas tu Mak Ndak bertanya..

Mak Ndak : Sapa tak taw tebuk dinding tengah malam tadi, bising la hai...Mak Ndak tengok jam, tu diaa pukui 12 nuu..
Aku           : emmm..takdaq kerja sapa2 Mak Ndak oooii, kami laki bini.. tu nak pasang cermin kat dinding tu.
Mak Ndak : La, Mak Ndak ingatkan orang di ataih nuu.. hangpa ka.. bunyi macam di ataih nu..
Hubby    : Dah selalu dok dengaq orang buat bising, sekali sekala kami pulak.. (amboi baguih punya alasang..hehehe)

Biasalah rumah flatkan..lupa flat 1Malaysia, memanglah yang Melayu ramai dah balik kampung, tapi orang Cina ngan India...ala kalau Chinese New Year ke Depavali ke even Krismas pun diorang sambut ngan mercun pumpangpumpang ok jer, sesekali dengar bunyi gerudi takan diorang kecohkan..Bayangkan ek..jangan nak kata bunyi gerudi, meja kerusi ditolak pun kami boleh dengar, lagi satu kes orang kentut kat depan rumah, adoiyai tension aku dibuatnya. Memang kurang asam kann,, takde tempat lain agaknya diorang nak melepas, depan rumah aku jugak..tahap pencemaran bunyi tu mamang lazim lah kat flat ni, so rasanya diorang tak marah kot. Seronok berborak ngan Pak Ndak ngan Mak Ndak diorang ramah. Jiran2 yg lain dah balik kampung.. Elleh kalau diorang tak balik pun bukannya kami nak datang beraya. Kami ni tak kenal sangat jiran2 hanya beberapa jer, jiran sebelah menyebelah jer.. teruk kann..

Esoknya ada budak-budak datang beraya,  aku ingat takde sebab awal lagi, ada juga yang tak balik kampung, warga kotalah tu.. Aku pulak tak prepare apa2 lagi bajet nak suruh diorang masuk dululah sementara aku kemas sikit rumah yg bersepah tu. Asyraf ngan Aishah excited siap tukar baju raya lagi.. "Sorilah dik, rumah akak bersepah sikit".. belum habis cakap salah sorang budak tu cakap "Takpe, duit raya pun okey.." ermmm my hubby dengar dari dalam bilik suara dia kedengaran.."Raya boleh, duit raya takde" bebudak tu terus pergi "OK, terima kasih" Asyraf keluar terus bising "Apalah tu bukan nak raya tu nak duit raya"  kesian anak mama kecewa. Adik lagi best "La, kenapa mama halau diorang?" La..Mama pulak kena sound.. "Mama tak halau, diorang pergi sebab baba kata takde duit raya" Adik pun kecewa "Duit raya Adik kan ada, ngapa mama tak nak bagi" Sebenarnya kan kami ni bukan kedekut, kalaulah budak tu duduk makan kueh raya atau minum segelas air, dah tentu aku akan beri duit raya. Aku tahu, budak2 memang nak duit raya je, sebab tu diorang datang, walaupun diorang tak kenal siapa kita. Aku suka jer, nak bagi duit raya kat budak2, kan bersedahkah tu amalan yang baik.

Macam ni jelah raya kami, kami habiskan waktu dirumah kami dan rumah maktok. Hingga suatu malam, boss my hubby ajak beraya rumah dia, masa tu anak2 ikut makcik diorang beraya dan tidur kat sana. Jadi tinggal lah kami berdua. OK, boss ajak beraya, mesti pakai baju raya kan. Kali ni aku nak pakai baju kaler merah yang Zainal belikan. Merahnye Mak Ngah siap ada batu2 lagi kat baju tu. Memang menyerlah habislah, nasib baik tak reti pakai bulu mata palsu, kalau tak comfirm perasan Che Ta aku..hehehe... Sampai jer kat Keramat, aku rasa macam takmo turun kereta jer..mana taknye aku sorang jer yang pakai baju raya yang lain  baju T-Shirt biase jer..  "eeeeeii...Abang tak cakap pun nak raya kat bengkel, haaa.. malulah nak turun, orang lain pakai baju biasa jer.." My hubby ngan kawan dia boleh gelakkan aku, hampeh tul.. Dengan tersipu-sipu aku salam semua wanita di sana.. pehtu duduk sebelah laki aku, mana dia pergi aku ikut dah serupa orang baru kawin jer, kalau bawa anak tu boleh la cover line..Time balik lagi best, my hubby tak bawa sampul duit raya, nasib baik anak bos ada sampul ang pow..Ha, ambik ko, kami bagi duit raya kat budak2 guna ang pow raya cina..hehehe"..

Tak tahulah nak kategorikan raya tahun ni ok ke tidak..

Biasalahkan, kalau aku buat cerita mesti ada gambar.. layanlah gambar raya lama diorang...

 Ni tahun 2008.. ceriakan Asyraf

 2008 jugak, raya kali kedua Aishah

 Ni 2011, dah nak sama tinggi dah...

 Ni 2011, masa test baju raya Pak Ngah beli..baju Asyraf senteng so kena tukar..

Gambar Aishah ni tahun 2013, baju raya yang PakNgah beli dulu masih boleh pakai.. Dan gambar Asyraf pulak pada 2011, pun baju tu masih boleh pakai.. (badan diorang tak besar2)

Nak jugak letak, gambar ala tomey-tomey mama ni yea (^_^)

Alhamdulillah, dalam tangis ada juga tawa.. Aku bersyukur sangat padaMu ya Allah, kerana beri kesempatan ini.

Pada kawan-kawan di Syawal yang terakhir buat tahun ni, aku mohon maaf di atas segala kesilapan2 yang mungkin dari segi penceritaan atau dari komen2 di dalam blog kamu semua, secara tak langsung boleh mengguris hati, diharap dapatlah dimaafkan..




 ***tahniah! kamu memang baik hati sebab baca sampai habis***

thanks for reading this entry ^_^