Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 22 November 2013

Pets Pinjaman (Part 3) - Kisah Doni, Tompok & Jerry..

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni pula nak cerita tentang 3 ekor kucing kesayangan anak-anak serta babanya sekali. Kisah ni sebelum kehadiran Kitty Jr dan Junior.

Selepas Puss menghilangkan diri maka tinggallah 3 ekor anak kucing ni. Mereka sangat manja, terutama si Doni. Sebenarnya ketiga-tiga ekor kucing ni sudah menghilangkan diri tak tahulah sama ada diangkut oleh DBKL atau diambil orang atau mungkin sudah mati, yang pastinya ketiga-tiga kucing ni amat kami sayang. 


Doni, 


Tompok @ cici

Doni dan Tompok @ Cici adalah kucing yang pertama kami bawa jumpa vets, itupun sebab aku dah malas nak lumurkan minyak masak kat badan tompok sebab kulitnya berkurap. Habis semua bulu tompok gugur dah tak comel dah. Kalau aku teruskan guna petua tu, aku rasa kesian pula sebab bulu tompok kebanyakannya puteh bila dilumurkan dengan minyak masak ia bertukar jadi kuning. Akupun decided bawa ke vets. Disebabkan mereka masih kecil vet bagi ubat telan dan kemudian bagi kami pil untuk Doni dan Cici. (baru tahu Tompok tu betina, dan2 tu jugak namanya ku tukar cici). Alhamdulillah seminggu jer, Doni dan Cici sembuh, bulu merekapun dah cantik. Ketiga-tiga kucing ni dah jadi tembam dan berbulu lebat. Memang ramailah kanak2 bertandang nak main dengan mereka. Moment yang paling kami rindu ialah time nak bagi makan, kami ketuk je mangkuk plastik kat dinding, maka berkejaranlah kucing-kucing tu ke dapur. Kucing yang paling tamak sekali ialah Doni. 

Hinggalah suatu hari Eyda dan Eni dah tak sanggup jaga kucing, maka diserahkan Momoy dan tiga anaknya iaitu, Memey, Melly dan Peter pada kami.

Memey,  Melly dan Peter tengah menyusu ngan ibunya Momoy

Tompok hilang masa tu kami sibuk jaga kucing sakit iaitu Peter. Masa tu mungkin Tompok cemburu kot, sebab masa tu kami belikan makanan khas untuk kucing sakit di klinik haiwan buat Peter, banyak kucing berebut-rebut minta sikit tapi Tompok cuma melihat je kemudian terus menghilangkan diri. Menurut Eni kemungkinan dia menghilangkan diri sebab dia dah hampir dewasa dan kucing bila dia sakit selalunya dia menghilangkan diri kemudian kita pasti akan jumpa bangkainya. Sebab kat kampung kami ada makcik pernah ceritakan hal ni kat Eni, bila masa kucing makcik tu sakit dan menghilangkan diri kemudian kucing tu mati, makcik tu jumpa bangkai kucing tu dan menanamnya. Kalau fikir balik, kuicng tu mungkin tak mahu tuannya rasa sedih tengok dia mati. Aku rasa sedih pula, tapi sampai sekarang memang aku tak pernahpun jumpa bangkai Tompok, mungkin Tompok masih hidup. Kemudian Doni pula menghilangkan diri nak kata dia ni merajuk tak juga sebab, Doni ni paling suka duduk kat rumah. Kami dapat tahu DBKL pun ada operasi angkut kucing liar, sebab Intan perasan banyak kucing dalam lori DBKL nasib baik, Intan nampak Jerry dalam lori tu dan minta pekerja tu pulangkan Jerry semula. Selamat Jerry masa tu. Sebenarnya Doni hilang setelah beberapa hari Peter, Memey mati dan Melly hilang dan kemudian Momoy menghilang. Kisah Momoy dan anaknya saya akan cerikan kemudian. Sedih sangat masa Doni hilang jenuh kami cari tapi tak jumpa. Maka tinggallah Jerry seekor.

Jerry

Jerry adalah kucing kurap yang kami temui setelah Puss melahirkan anak2nya dirumah kami. Pada awalnya takde sapa yang nak dekati Jerry ni sebab dia berkurap, tapi setelah menggunakan petua dan juga atas belas kasihan Puss menjilat kuping2 di badan Jerry dan Jerry menjadi kucing hitam yang comel, bulunya hitam bersinar (penangan bekas minyak gorengan). Jerry adalah kucing yang baik hati, setelah ditinggallkan oleh Puss, Jerry menjadi ibu kepada Doni dan Tompok malah Jerry sanggup jadi ibu susuan Doni dan Tompk walaupun dia takde susu ialah kucing jantan kan.., masa Tompok dan Doni hilang, dalam 2 3 hari Jerry mengiyau-ngiyau cari Tompok dan Doni, Jerry juga kucing yang mendengar kata, aku cuma berpesan sahaja padanya "Jerry nak berak ke kencing ke gi luar ye sian Cik Intan, mama pula tak tahan bau" Alhamdulillah lepas aku berpesan padanya keesokan harinya memang dia berak dan kencing kat luar rumah. Jerry dan Doni selalu duduk sebelah aku bila aku solat, ketika aku menadah tangan berdoa, Doni akan berdiri depan aku sambil pegang tangan aku. Malam2 Doni dan Jerry akan pergi jenguk aku kadang2 tidur dekat aku. Jerry suka cium dahi aku geli kot hidung dia basah, Doni dan Jerry suka letakkan pipinya kat telapak tangan aku, minta dibelailah tu. Masa tu aku sarat mengandungkan Aiman, hanya Jerry je yang tinggal. Setiap kali kami pulang Jerry akan berlari dapatkan kami. Dia manja ngan baba. Malam terakhir sebelum dia hilang. Aku tengok baba tengah urut2 kaki Jerry masa tu kaki Jerry tersepit kat tingkap. Terhingjut-hingjut dia berjalan pastu datang kat baba tunjuk kakinya baba pun urut. Aku tetiba je jeles masa tu, bukan apa masa tu aku pun mengadu sakit kaki (biasalah orang mengandung mesti lenguh tulangkan) Aku cakap kat baba "Amboi, kalau kucing kemain lagi berurut bagai, orang minta tolong wat dek jer" Masa tu kami bergurau je kot. Baba cakap alah kaki kucing kecik hehehe... Masa aku nak tidur Jerry nak cium dahi aku tapi aku tutup ngan bantal cakap takmo.. gelilah. Jerrypun berlalu. Lepas hari tu aku tak jumpa Jerry dah.

 burung yang sempat kami selamatkan dan dilepaskan terbang..

Jerry hilang ntah kemana, puas juga kami cari, mungkin DBKL angkut kot sebab Jerry takan keluar jauh dari rumah, dia sentiasa ada, dia paling suka panjat pokok sambil tangkap burung dan kami suka lepaskan burung tu. Setiap kali balik kerja mesti nampak Jerry kat depan rumah, Jerry pasti sambut kepulangan kami tapi kini tidak lagi. Aku rasa bersalah sangat. Kami sangat2 rindu kat Jerry Si Kucing kurap. 

thanks for reading this entry ^_^

Rabu, 20 November 2013

Cuti sekolah.. nak kemana ye??

Assalamualaikum w.b.t. 

Dah masuk musim cuti sekolah dah ni, biasalah anak2 dah start tanya nak cuti kemana ye..mama jawab korang je yang cuti mama still working..hehehe.. cuti takde kalau adapun cuti bersalin jer itupun dah lepas.. sabor jelah anak2 ye dapat mama macam mama ni.

Wahai anak2, mama tengah fikir ni, bersabar ye.. Ok, sekarang ni memang cuti sekolah, ada yang request nak ke PD lagi, ada pula nak ke Genting Highland, Legoland, balik kampung, Penang dan macam-macam lagi seperti ongkos mamanya cam banyak jer cam loaded jer kan.. Mama sekarang tengah fikir destinasi budget yang terendah asal tempat tu seronok dah ler. Kat mana erk.. balik kampung kot hehehe.. Sekarang memang takleh kemana-mana sebab abang ada tuisyen mungkin bulan Disember ni kita fikir lagi k!

Berikut adalah gambar2 lama musin cuti lepas, dimana Makcik Nora (adik aku) dari Penang bawa anak kesayangannya Irfan, bercuti di Kuala Lumpur. Dan tak sahlah kalau tak bawa budak bertiga nikan.. jom layan je gambar2 tu.. 

Zoo Negara..sempat bergambar ngan badut lagi.

4 sekawan

ni kat Putrajaya kot..

Ramah betul anak dara aku tu kan..ntah apalah yang diorang bualkan..

 Lepak kat shopping mall

 Asyraf, Irfan, Aishah

Asyraf dengan heronya.. Ben10

bergambar kenangan

kat ICT

bergambar kenangan bersama Makcik Nora

Seronok jer anak-anak aku

kat ICity lagi

sabor jelah anak dara aku nih!

thanks for reading this entry ^_^

Selasa, 19 November 2013

Sekadar Luahan...

Assalamualaikum w.b.t.

Sesungguhnya aku bersyukur, malah gembira bila dapat tahu aku pregnant lagi. Dalam masa yang sama aku juga takut. Bila dapat tahu jer aku pregnant mulalah aku serik dengan rasa loya waktu pagi dan malam, lenguh tulang, sesak nafas dan perkara yang paling aku geruni ialah masa nak bersalin. Menipulah aku kalau aku kata aku tak takut. Bila aku fikir balik, semua kepayahan tu akan disertakan dengan pahala yang banyak. Pasti ramai yang tahu kelebihan ibu mengandung, bukankah itu rezeki kita. Tiba-tiba tergambar wajah bayi comel dan bau harum dari tubuhnya. Saat tu paling aku suka, mungkin aku nak sangat peluk bayi lagi jadi aku harus kuatkan diri aku untuk lalui lagi proses kehamilan ini dan serius aku cakap disebabkan aku baru je mengandung sebelum ni dan kini mengandung balik, dah terasa aku mengandung selama setahun la pulak.. (baca jelah repekan aku ni tengkiu)

Aku ni jenis loya hingga hari nak bersalin tapi takdelah sehebat 3 bulan pertama. Aku dah tahu camner nak handle rasa loya iaitu lepas makan duduk diam2. Tapi kali ni macam pelik sikit, sebab hari2 kepala sakit dan rasa berdebar-debar macam baru lepas berlari padahal aku duduk bersantai je. Bila doktor cek normal je, takdelah murmur macam mengandungkan Aishah dulu. 11.11.2013 hari tu buat check-up, nurse bagi lagi 2 minggu lagi untuk check-up, cam pelik jer dulu cakap bila dah nak bersalin nanti baru kena kerap datang klinik ni baru 13 minggu dah suruh datang check-up lagi 2 minggu. Rasa cam bengang la pulak tapi nurse cakap sebab hb low dah cecah bacaan 10.3. Dia tulis guna pen merah, macam serius jer. Sebab dah lambat jadi takdelah aku tanya apa risiko hb low. Kat office aku google cari risiko hb low jadi aku jumpa ni..

Kesan kepada bayi :



1. Kandungan kurang dari 5 bln (kurang 20 minggu)

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (kurang 11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan ( 20-28minggu) 

Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang, jantung bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas( 28-40 minggu) 

Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (kurang 9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


Kesan kepada ibu : 

1. Ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation) 

2.Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

copy dari blog Story of Health & Beauty

Aku memang jenis cepat risau, bertambah pening kepala aku. Perasan tak semuanya ada kaitan dengan jantung bayi kan. Mengandung sebelum ni memang bacaan paling rendah adalah 11. Nurse cuma bagi ubat tambah darah dan suruh makan 2 biji terus sekali makan sebab dia risau bacaan akan turun lagi. Masa tu aku tak pernah ambil tahu kenapa pentingnya kita tahu risiko hb low ni. Bila aku fikir balik mungkin anak2 aku jantung berlubang sebab ni kot. (wallahualam).

Disebabkan kepala dok sakit jer memanjang, aku pun makan ubat panadol active fast. Vengongkan sebab selama ni aku ingat panadol tu macam paracetamol jer, sebab doctor memang melarang aku ambil ponstan atau synflex bila sakit kepala. Even tak mengandung pun doktor tak kasi makan sebab aku gastrik. Selalu kalau aku pregnant bila sakit doktor hanya benarkan aku makan setamol. Aku malas nak ke klinik jadi suruh Intan beli Panadol active fast kat kedai mamak. Ms Chuah nampak aku makan ubat tu, langsung kena leter dengan dia. "Haiya..you tak tau meh, pregnant mana boleh makan ubat, kalau sakit ambil MC tidur saja dan makan vitamin C. Dulu my gyne (gynecologist) pesan paracetamol (panadol) boleh akibat jantung anak berlubang, you makan active fast 2 biji lagi.. I thought you know it."  La ye ker, ingat paracetamol jer kot yang boleh makan sebab tu ubat yang tak kuat sangat setakat sembuhkan deman je kot. Tapi panadol active fast tu mungkin kuat kot. Nak buat macamana dah telan dah pun. 

Memang kesiankan ibu mengandung ni dah la sakit tapi tak boleh ambil ubat. Takan nak ambil MC memanjang dahlah baru je ambil maternity leave 2 bulan hari tu. So kena juga kuatkan kan diri.  

Oklah. 25.11.2013 ni, nak kena jumpa nurse untuk tengok bacaan hb, dan harap dapat scan baby sekali kalau tak dapatpun takpe nanti nak kena jumpa pakar kat MFM HKL iaitu Dr Baskaran, doktor nilah yang perasan jantung Aiman ada problem masa dalam kandungan tapi tak dapat pengesahan sebab kali kedua buat detail scan Dr Baskaran takde. So 19.12.2013 ni nak buat detail scan dan kali ni nak make sure Dr Baskaran tahu kes hari tu. Tapikan mesti diorang suruh buat karyotype. Aku dah awal2 tolak dulupun diorang ada tanya sebab nak tahu kecacatan pada kromosom. My hubby tak galakan sebab kalau kita dah tahu awal2 masalah pada bayi pasti kita akan risau sepanjang kehamilan ni, kan tak baik tu. Lagipun kalau tahupun bukannya boleh buat apa2 sekadar persediaan diri jer. Jadi kehamilan kali nipun aku refuse untuk buat. Lagipun orang kata sakit dan juga ada risiko keguguran dan juga mahal. So buat apa bayar mahal2 untuk rasa sakit. Baiklah aku berdoa je. Mungkin kami akan berjumpa dengan pakar genetik jugak. Tengoklah, harap-harap tiada perkhabaran yang buruk. Mohon agar aku dan bayi yang aku kandung ni sihat hendaknya. Dan pastinya dia akan secomel abangnya Muhammad Aiman, sepetah kakaknya Nurul Aishah dan sebijak abang sulungnya Muhammad Asyraf. 

"Ya Allah, hanya padaMu ku berserah, sesungguhnya aku yakin Engkau telah menyediakan sesuatu yang terbaik untukku"

thanks for reading this entry ^_^

Jumaat, 8 November 2013

Hampeh punya penyamun..

Assalamualaikum w.b.t.

Pernah tak barangan korang kena curi. Aku, memang banyak kali kalau sikit2 tu aku memang tak kisah sangat tapi macam motor ngan kereta tu... ada gak rasa terkilan, tambah-tambah dah habis bayar.. aduyai. Sekarang aku dah tak kisah dah walaupun orang kata barang hilang pasti kan berganti baru, cam aku ni nak ganti baru tu cam payahlah sikit. Contohnya, kereta sampai sekarang tak berganti lagi, masa anak2 sakit dengan aku2 jugak sakit, kepayahan tu terasa sangat terutama masa aku dalam pantang dan masa tu jugak anak kami nazak dan meninggal terfikir camner nak bawa jenazah balik.. bawa naik motor atau tahan teksi.. nasib baiklah ada sedara kat KL ni, kalau tak mesti haru kan.. Dalam zaman sekarang ni kereta bukan lagi kehendak tapi keperluan walaupun kami ni bawa motor kenaikan harga minyak memang terasa sangat.. (minyak!.. ada kaitan tak ngan cerita ni?.) Betapa pencuri tu tak pernah terfikir tentang kesusahan orang yang dicuri hartanya. Sedar akan apa yang kita miliki adalah bukan milik kita..hati kan tenang.. macam dalam lirik lagu kat bawah.. cuba kita amati baik-baik..

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Bukan nak ungkit kisah lalu cuma nak bercerita, Al-kisah kami yang tinggal di flat yang rata-rata tak pernah aman dengan kes curi, termasuklah curi selipar buruk. Aku rasa pencuri ni mental kot, atau memang nak bagi orang sakit jiwa cam dia jugak. Selalu sangat dengar handphone tengah cas dalam rumah kena curi, anak main Ipad kena cilok, motor baru beli rantai kat depan rumah, depan mata kena rembat. Jiran sebelah rumah lagi kesian, washing machine, sekali periuk belanga kena rompak masa diorang balik kampung. Bangun pagi Pak Ndak sebelah rumah nak gi kerja kedua-dua tayar motor ghaib. Tetamu datang rumah letak jaket atas motor, nak balik hujan tengok jaket dah hilang.. bila masanya pencuri ni ambil. Memang terer giler lah diorang ni. Aku pernah nampak pencuri tengah mencuri bag kerja aku, tergamam aku masa tu, pencuri tu pun terpaku tengok aku, bila aku tengking hei! baru pencuri tu lari. Nasiblah tingkap aku tu bergrill, bukan aku jer, Intanpun pernah alami.

Macam-macam lagi kalau nak cerita rasa panjang menjela jadinya cerita aku, so aku pendekkan cerita. Ni kisah Intan, selama ni dia ni cuai sikit, dah pesan banyak kali kunci pintu, nanti rumah masuk pencuri, kadang2 dia dengar kadang2 dia lupa. Tu yang handphone aku dok hilang sokmo tu, yang paling aku terasa bila Eni merajuk ngan aku sebab rantai emas kesayangan dia hilang. Mungkin dia tak salahkan aku tapi aku ni sensitif sikit. Rantai tu putus sebab on the way dia nak balik rumah dari Ampang, dia diragut, sememangnya semangat Eni ni kuat sanggup dia sepak motor peragut tu dan akhirnya dia dapat selamatkan rantai tu. Bayangkan si kecik molek tu yang sedang bawa motor dan sempat mempertahan kan diri serta rantai emasnya dari diragut. Tapi rantai emas tu hilang dari simpanan. Mungkin sebab dia simpan kat meja solek bilik Intan, dan bilik Intan dekat dengan pintu rumah. Eni sayangkan rantai leher tu sebab itu adalah barangan pertama yang dia beli dari duit gajinya. Sekarang Eni dah ok, dia dah terima hakikat. Yang aku nak cerita ni ialah pasal budak Intan ni. Pengalaman Intan bila barang kesayangan dia kena curi.. ha..baru dia tahu apa yang orang rasa..

Intan ni, lasak orangnya, seluar dia selalu koyak, akulah jadi tukang jahitnya tapi kalau dah berlubang memang taklah aku jahit kalau ditampal alamatnya buruklah jadinya kan...Selalu sangat dia suruh kami beli tracksuit untuk dia, aku dah warning kat dia no more tracksuit. Cubalah jadi perempuan sikit duduk lah betul2kan.. tapi nasihat tak guna kawan2 diorang perangai cam budak2..tolak sana tolak sini, bila dah terjatuh bukan tracksuit jer yang koyak, kulit dia pun koyak sama. Minggu sudah Intan nak pergi camping, Eni belikan dia seluar tracksuit baru, kali ni Eni beli yang besar sikit sebab Intan dah gemok hehehe..dan seluar tu cantik. Balik camping, dia pun seperti biasa cuci pakaian dan dia jemur pakaian tu kat depan rumah kami, basuh pagi, tengah hari dia tengok tracksuit kesayangan dia hilang..cina uncle nampak kejadian tu tapi takleh nak wat apa, hanger kitorang pun dah sampai kat post box hujung flat. Kecewanya Intan, dia duk ulang2 bagitahu aku seluar dia hilang. Akhirnya dia cakap kat aku.."Kak, cikgu cakap kalau barang kita kena curi kita kena buat report polis".. alahai Intan... "takan akak nak buat report lak dik, malulah akak..Tuan Inspektor, saya nak buat report, seluar tracksuit saya kena curi.. mahu muntah ijo polis tu kang.. Kalau kereta ke motor ke boleh lah.. Dompet hilangpun kadang-kadang polis tak nak terima.." tergelak pulak dia dengar penjelasan aku.. Intan ni memang suka tersengih. Keesokan harinya pun sama tracksuit lagi satu hilang..pastu dia cerita pasal kawan dia pakaian dalam hilang jugak, nasib baik ayah kawan dia polis, tu yang boleh buat report tu... ye ker?!..dia cam nak suruh aku buat sesuatu jer, semua pakaian yang elok jangan jemur kat luarlah.. habis jemur kat ner.. takan nak tunggu pakaian tu kering cam jaga kambing makan rumput di padang kan.. Susahkan.. itulah risiko duk kat flat kami.. nak tak nak kena terima.. Malam berikutnya selipar pulak hilang.. "Kak! selipar saya hilang..!!" takde apa yang boleh kitorang buat selain dari gelak..hahahahaha... hampeh tul lah penyamun ni, selipar buruk pun ko curik!!! 

thanks for reading this entry ^_^

Rabu, 6 November 2013

Pembantu mama

Assalamualaikum w.b.t.

Dah besar dah anak-anak mama ni, sekarang ni Aishah suka benor menolong mamanya ke dapur. Dia suka sangat basuh pinggan mangkuk. Setiap kali basuh pinggan bukan pinggan, mangkuk jer dia basuh dengan lantai dapur dan dia-dia sekali dia basuh. Kalau hujung minggu tu boleh lah suruh anak dara ni tolong masak sebab banyak masa nak tunggu dia buat kerja dan mengajar, tapi kalau hari biasa, tak galakkan sebab nanti takut lambat kerja. Kadang-kadang sampai binggit telinga dengar suara dia minta nak menolong.."Ma nak tolong ma, ma nak tolong ma..." yang mama di tak bagi bukan sebab tak nak mengajar tapi dia kecil lagi dan mama pula kejar masa. Alhamdulillah sebab dia ada rasa nak belajar buat kerja-kerja dapur. 

Dan Intan pula dah pandai masak nasi, bukan sahaja menggunakan periuk letrik malah tanak nasi atas dapur gas pun dia dah reti. Alhamdulillah.. Intan adalah adik saya yang hidap disleksia (OKU). Jiran saya puji dengan sikap Intan yang boleh diharap. Dia boleh basuh pakaian, jemur serta lipat pakaian dia pandai ngasuh budak2. Malah kerja rumah kebanyakannya dia yang buat. Makcik jiran sebelahpun anggap Intan lebih kelihatan normal dari remaja sebayanya. Masalah Intan sekarang dia masih belum lancar membaca dan dia seperti tak mahu belajar membaca. Bila time nak baca buku dia mulalah sibukkan diri kat dapur. Pinggan mangkuk tak banyakpun tapi dia punya nak mengelak membaca sanggup dia lap2 singki dapur katanya kotor sangat. Tapi Intan memang banyak membantu kami. Cuma sekarang ni, saya risau dia hanya ada 2 tahun lagi untuk bersekolah dan lepas tu tak tahu mana nak hantar dia belajar kalau dia masih tak tahu membaca dan mengira. Intan juga suka tolong saya memasak, katanya cikgu suruh tolong kakak kat dapur. Mungkin cikgu dia nak dia biasa memasak kot sebab di sekolah Intan diajar kemahiran memasak selain dari berkebun. Sukatan pelajaran Intan macam budak sekolah rendah punya pelajaran. Minggu lepas Intan exam. Dia bangga bercerita yang dia lulus masak nasi dan sibuk bercerita pasal kawan dia masak nasi macam masak bubur lambok. nak tergelak saya dengar. Kemain lagi dia seronok tapi dia kecewa sebab kawan2 dia ramai juga dapat matematik 100% tapi dia tak. Dulu Intan kalau hari Khamis ada jer kecederaan menimpa kat dia, sebab hari Khamis hari belajar masak. Bila siang Ikan tangan mesti luka, kadang terkena periuk panas, ada juga kena serpihan kaca dari pinggan pecah. Mesti peningkan cikgu yang mengajar pelajar2 disleksia ni. Sebab saya ni pun dah jadi cam ibu tiri bawang merah dah bila nak ngajar dia buat kerja rumah kadang rasa kesian kat dia. Selalu tanya dia tak sakit hati ke akak marah Intan ni, akak marah Intanpun akak rasa sakit hati. Tapi sekarang Alhamdulillah dia memang pandai buat kerja rumah. (Thanks to my hubby actually my hubby yang ngajar Intan masak nasi dan siang ikan..hehehe akak tak pandai mengajar..)

Si abang pula ikut mood, sekarang ni pinggan yang dia gunakan mama suruh dia basuh sendiri, kadang2 dia buat kadang2 dia minta maksu Intan yang buat. Mama akan biasakan diri anak bujang mama ni menyapu sampah kat rumah. Tak kisah lelaki ke atau perempuan kerja rumah mesti kena galakkan mereka ni buat, tapi disebabkan mereka ni kecik jadi mama tak paksa lagi.  Ala sedangkan di sekolah abang pun dah diberi tugas menyapu sampah kat kelas takan kat rumah tak boleh buat kan..Kalau mama suruh sapu sampah ada je alasannnya, bila mama cakap kat sekolah boleh pula menyapu sampah.. baru dia buat sambil tersengih. Owh takut cikgu je rupannya budak bertuah ni..hehehe

Dari kecil ni kita kena galakkan diorang buat kerja rumahkan.. kalau dah besar baru nak suruh alamatnya liatlah diorang nanti kan...


Si Kecik ni kalau bab memasak memang laju jer nak menolong.. gambar masa mama dalam pantang, Si Ecah menolong mama Eyda masak.

Mulut tak abis2 membebel, jadi perempuan kena pandai masak katanya...(yelah tu kan..)

Semoga mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah dan yang juga bijak pandai. Aamiinn...

thanks for reading this entry ^_^

Mimpi... (adakah ia kebetulan atau kebenaran..)

Assalamualaikum w.b.t.

Aku selalu impikan suatu hari aku akan bermimpi bertemu dengan 2 orang insan yang paling aku sayang yang pergi meninggalkan aku terlebih dahulu, iaitu mak dan juga anakku Aiman. Dalam doaku sering kumohon agar ada hari itu. Selalu aku mohon agar Allah sampaikan salam rinduku buat mereka. Setiapkali aku teringatkan mak, aku sering mengalirkan air mata, betapa aku kagum dengan mak, seorang insan yang penyabar dan lembut hati. Sering aku tergambar senyuman mak. 

Pagi Maal Hijrah tu, aku ke pusara anakku Aiman. Buat pertama kalinya aku membaca surah Yassin di pusara tu, sebelum ni setiap kali menziarah pusara Aiman aku hanya bacakan surah2 yang ringkas dan yang aku hafal sahaja. Walaupun hari panas terik, aku teruskan juga bacaan. Hanya sesekalinya aku terasa sebak. Sungguh aku tak kesal apa yang terjadi cuma rasa sebak tu hadir sendiri. Dalam perjalanan pulang hati aku singgah ke wajah mak. Alangkah bagusnya kalau aku berkemampuan, pasti aku juga akan baca surah Yassin ni di pusara mak. Selama ni aku hanya bacakan surah Yassin ni di rumah sahaja. Aku mula google tentang hukum menziarah pusara. Aku pernah dengar orang kata tak perlupun baca yassin kat pusara bayi sebab mereka sudah pasti ahli syurga. Aku tak dapat pastikan tentang tu, yang aku dapat adalah, kebaikan menziarah pusara terutama kalangan saudara mara kita yang terdekat pahala bacaan yassin lebih cepat sampai kepada simati dan bagi anak2 sentiasalah membaca Quran untuk orang tuanya kerana mereka sentiasa menunggu pahala dan amalan dari kita anak2. (perbetulkan aku sekiranya aku salah). 

Berbalik pada malam Maal Hijrah, aku terbangun lalu solat malam. Masa tu aku teringat kata2 mak aku ketika mak masih sihat, masa tu aku mengandungkan Asyraf, mak mahu menjaga anak2 ku tapi aku tak beri sebab kami tinggal berjauhan, aku tak mahu berpisah dengan anak aku dan aku pasti akan balik jika kami ada masa. Aku cukup bertuah kerana aku dijaga mak masa aku berpantang selama sebulan (sebulan lagi mak mertua jaga). Asyraf dan Aisyah dapat kasih sayang neneknya cuma Aiman sahaja tak berkesempatan. Malam tu aku berdoa dan mohon agar mak dapat berjumpa dengan Aiman dan mahu mak menjaganya. (Doa aku memang tak masuk akal, tapi aku betul2 berharap dan masa tu aku menangis, my hubby kata aku ni macam budak2 meminta benda tak logik.. kuasa Allah kan tak siapa yang tahu..) 

Petang tu kami lepak bilik Intan, masa tu Intan bercerita tentang mimpinya malam tadi. Aku hanya mendengar dan tak menyangka adakah mimpi Intan ada kaitannya dengan aku. Apa yang aku rasa sebelum ni tak aku ceritakan pada sesiapapun tapi mimpi tu.. Menurut Intan jam 3 pagi Intan terbangun dari tidur dan ke bilik air. Ketika dia naik ke katil dia terasa seseorang mengusap rambutnya dan orang tu mak. Mak pakai telekung puteh, mak pesan kat Intan jangan buat perangai (kebetulan Intan merajuk dengan aku semalam sebab aku marah dengan sikapnya yang suka membazir dan tak suka baca buku) Mak bertanyakan khabar abah dan ahli keluarga yang lain. Susah nak faham cerita Intan sebab Intan ni dyslexia ceritanya bercampur gaul. Aku tak kacau dia bercerita sebab dia akan relate kan apa yang aku cakap dan ceritanya akan berubah-ubah. Yang aku faham, mereka bualkan tentang baby Aiman, Intan kata sian kat baby Aiman dia sakit then Intan cakap mak suruh Kak Ngah baca yasin kat kubur mak nanti bila kita balik kampung nanti masa Kak Eyda kawin bulan Disember ni. Ya Allah! adakah mak nak aku pergi melawat pusaranya dan bacakan surah Yassin tapi mak cakap melalui Intan. Kenapa mak tak hadir dalam mimpi aku. Intan cakap sebab aku tidur kat luar kalau nak jumpa mak tidur dalam bilik dia.  (yelah tu..)


- Al-fatihah -


thanks for reading this entry ^_^