Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Ahad, 28 Disember 2014

Wedding Anniversary # 11 : Aku tulang rusuk kirinya

Assalamualaikum w.b.t.
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

28.12.2014 dah sebelas tahun aku menjadi isterinya..

Dia jodohku.. tak sangka lelaki yang aku menyampah nak tengok pertama kali tu adalah lelaki yang aku kena tengok hari-hari. First time jumpa masa nak balik kerja, tiba-tiba adik aku ajak makan dengan kawan-kawannya dan salah seorang kawan adik aku ialah dia. Dia yang tersengih dan aku hanya menjeling sebelah mata dan cukup tak berkenan dengan penampilannya yang berambut ekor dan berseluar jeans koyak. Dalam hati berkata "ntah apa2lah member adik aku ni tak berjenis langsung." (Memang perasan bagus kan..) Day 2, dia datang tolong kami cari rumah dan kebetulan rumah yang kami nak sewa tu adalah milik kawan dia. Dan dia tetiba baik hati tolong bayar kan dulu deposit utility untuk kitorang dan dalam hati aku berkata-kata lagi "Eleh nak tunjuk baik lah tu.." (kalau hati tak berkenan kan orang baik pun ko tak suke). Day 3, dia datang jemput aku, katanya adik2 aku ngan kawan2 yang lain tengah tunggu aku sebab kami nak makan sekali, mulanya nak tolak tapi dia dah datang, kang kata sombong dahlah dia dah menolong kami. Tetiba jer dia berhenti kat satu rumah kat Ampang dan ajak aku masuk rumah tu, gelabah gila ko, ramai lak sedara mara dia kat rumah tu. Nak taknak aku sengih2 jer kat diorang tu... dalam hati.."apehal la pulak ni family reunion ker?" Dia kenalkan aku dengan mak, ayah, maklang dan sedara-sedara dia yang lain, dan kebetulan masa tu family dia nak sambut baby baru, iaitu cucu maklang kat ampang. Ha kan dah kena, aku yang tak tahu apa2 buat2 ramah walaupun tak berapa nak ramah, ko giler aku ni memang dah diketogorikan ngan watak pemalu ni tetiba jer kena jadi awek dia. Dah serupa hari perkenalan keluarga dah hari tu walaupun dia ni pun aku bukannya kenal. Tiba-tiba ayah dia cakap kat aku "Nanti lepas raya haji ni, adik dia nikah pastu kita uruskan korang pulak ye..kalau dah jodoh tak kemana, sabar jer..? Sabar.. pakcik? tengah sabar ni, aku terperangkap takan aku nak cakap sebenarnya pakcik saya datang nak makan nasi jer.. terdiam dan tersengih jerlah aku hari tu. Mak dia tahu lak aku kerja kat mana. Ialah bukan jauhpun orang flat jugak, dah tentu rata-rata patient yang datang klinik orang2 kat flat tu jugak..

bergambar kat tangga
Dalam pada masa yang sama, aku dapat tahu dia ni bukan pernah ada awekpun, sebab tu bila dia perkenalkan aku pada keluarga dia maka boleh dikatakan orang2 kat kawasan rumah tu dah tahu dah siapa awek dia sekarang, siap ada yang datang tengok lagi siapalah gerangan awek dia, malu dowh.. dah lah aku bukannya lawopun.. orang duk cakap.. owh nilah kawan Shidi ye.. Dan tak dan dalam masa sebulan keluarga dia datang merisik dan kemudian kami bertunang.. Memang tak sangka. dah tentunya memang pernah bagitahu family yang aku ni bukan ada hatipun ngan dia kenal camtu jer.. boleh ke bahagia nanti. Abah cakap bahagia tu datang dari kita sendiri.. abah ngan mak bukan kenalpun tapi boleh kekal.. mak pula memang excited nak ada menantu... tambahan pula si dia ni memang pandai ambil hati orang tua. Kami bertunang 2 tahun dan 28.12.2003 kami bernikah...

Dan bermula episod rumahtangga, memang dia banyak mengalah. Dan macam2 lagi suka duka kami lalui bersama. Dua tahun kami kawin dan dianugerahkan seorang anak lelaki, memang comel (bagi akulah) dan 2 tahun kemudian anak perempuan pula macam dah sempurna keluarga kami tapi dalam masa yang sama kami terima dugaan kedua-dua anak kami ada masalah jantung. Perit namun kami berjaya atasinya hingga selepas enam tahun kemudian, kami dianugerahkan lagi seorang anak dan dugaan kali ni amat berat kerana kami hanya dapat bersama anak ketiga kami hanya untuk 8 hari sahaja. Mungkin ada hikmahnya.. redha sahaja dan setahun kemudian kami dianugerahkan lagi anak no 4 pula. Alhamdulillah sihat.

keluarga ku
Dalam tempoh 11 tahun, macam2 yang kami lalui, biasalah gaduh2, cemburu2 tu memang termasuklah.. dah namanya married kan.. kalau tak gaduh tu, memang something wronglah kan.. Tapi kami masih bersama, pernah dia cakap kat aku, Menyampah tapi kalau takde rindu. Gaduh2 tapi boleh gelak2 lagi. Owhh..nyampah yer.. sapa tak nyampah membebel jer kan.. tapi kalau takde sunyi pulak. hehehe.. Kami memang jenis yang cakap terus terang jadi sekarang dah takleh selindung sebab aku tahu bila kau menipu..hehehe.. samalah dengan dia. Memang kena ada tolak ansur, dan tak perlulah nak berkira sangat. Ada masalah bawa berbincang, walaupun kadang2 susah sebenarnya nak berbincang ni..(kan kan kan..)

pusara anak kami
Kami share everything, sadness..happiness.. macam-macamlah sampai berus gigipun dia tak kisah pakai aku punya..teringat masa kat Hospital masa kami terima berita kematian anak kami, biasalah kalau nangis bukan sahaja airmata yang keluar tapi air hidungpun sama.. jadi nak mengelak dari doktor jijik tengok, aku bawa saputangan dan lap semua airmata sekali dengan hidung aku tiba2 si dia ambil saputangan tu dan buat benda yang sama, masa tu aku hanya rasa sayu jer tengok dia, seboleh-bolehnya dia nak mengelak dari mengalir airmata tapi tewas juga..

Kami jarang makan berasingan pinggan, selalunya kami makan guna 1 pinggan bukan sebab malas sebab kami suka kongsi, pernah mak mertua aku tegur pinggan berlambak kat dapur, janganlah segan sangat..hehehe (segan..malas basuh pingganlah tu hihihi..) Dah terbiasa makan share, kami laki bini tak kuat makan, samalah ngan anak2 sebab tu kami slim..hahaha..(perasan) anak2 pula jenis kalau nak makan mesti bersuap jadi senang kerja guna satu pinggan suap semua orang kalau rajin aku suapkan kalau tak dia.. ha..jangan marah masih mengamalkan makan bersuap gitew... Jadi gitewlah agaknya ngape kami ni boleh bertahan sebab kami ni sama jer perangai.. dia ada kekurangannya dan akupun ada kekurangannya begitulah dengan kelebihan....Memang tu adalah jodoh.. Allah memang sediakan jodoh yang memang sesuai dengan kita. Kalau rasa tak sesuai cuba kita cermin peribadi kita dulu.. macamlah bagus sangatkan.. ok..apalah yang aku merepek ni kan.. Yang penting aku adalah tulang rusuk kirinya.

Dulu dia selalu cakap I love you dan aku jawap You too.. bila dia cakap Saya sayang Awak dan aku jawap Awak juga.. Dan aku tahu dia tak akan baca blog aku maka sekarang aku nak cakap. Saya sangat sayangkan awak.. hehehe..

  Happy Anniversary B.. Love You Always

thanks for reading this entry ^_^

Khamis, 25 Disember 2014

Akhirnya Aishah dapat perhatian mama...

Assalamualaikum w.b.t.
Kisah Keajaiban Bacaan Bismillah
Antara empat beradik, Aishah adalah anak yang berdikari. Dia berani, dia juga ramah, cuma dia kuat cemburu. Dia pandai ambil hati tetapi dia juga suka buat orang sakit hati. Dia suka mendesak dan agak kasar. Suatu hari dia demam serentak dengan adik tapi mama lebih risaukan adik. Aishah mahu dilayan macam baby, apa yang mama buat kat Amsyar dia pun nak juga. Memandangkan dia sama tinggi dengan abang, dan kelihatan matang, mama lupa yang dia masih berumur 7 tahun dan perlu dilayan baik. Kadang-kadang Aishah sengaja cakap dia demam hanya semata-mata nak mama basahkan kepalanya. Aishah selalu mengadu sakit tekak, dia selalu suruh mama bawa dia ke hospital. Tapi mama pula hanya bagi dia ubat demam. Demam Aishah tak menentu kadang-kadang ok kadang-kadang tak. Aishah suka buat Asyraf marah, mereka kalau bergaduh mesti ada adengan pukul-memukul dan pastinya Aishah yang memulakan dulu. Kadang tu mama dah tak larat nak tegur jangan suka memukul nanti jadi pembuli. Allah tak suka kekerasan dan bila Aishah kena balik dengan Asyraf memang dia akan menangis sekuat hati dan buat2 muntah. Tapi yang keluar hanya air liur. Mama paksa dia lap balik. Disebabkan selalu sangat dia buat macam tu. Mama dah tak kisah bila dia mengadu yang dia muntah.

Hinggalah pagi Khamis tu, Aishah mengadu dia dah muntah. Mama tak pandang muka dia dan cakap gi ambil kain lap masa tu mama sedang uruskan Amsyar. Tiba-tiba Asyraf jerit "Ma! ngapa mulut Aishah berdarah," mama hanya suruh Aishah berkumur sebab memang kadang-kadang mulut Aishah berdarah sikit sebab Aishah tak suka gosok gigi, dia paling susah nak gosok gigi hingga ada juga giginya mereput. Lepas tu Asyraf bising lagi.. "Ma, apa ni?" Bila mama tengok Ya Allah, darah dari mulut Aishah tumpah kat toto sekali dengan ketulan darah, apa lagi mama tinggalkan Amsyar terus berlari pergi ke bilik air peluk Aishah, rasa bersalah teramat sangat. Baju Aishah pun terkena darah. Tengok gigi tak ada pun kesan darah. Badan Aishahpun panas juga. Telefon baba kat tempat kerja suruh balik cepat.

Lepas hantar Amsyar kat rumah maktok, mama pergi SSM jap buat filling..(sempat lagi ko kerja) Nasib baik segala urusan mudah. Call office cakap nak bawa anak pergi hospital. Aishah ditahan wad.

Lepas ambil darah dan buat beberapa ujian, Aishah tak apa-apa cuma doktor kata darah yang keluar tu mungkin dari tekaknya. Pada mulanya dia nak buat skop tapi tak jadi memandangkan prosedurnya risky sikit untuk kanak2 lagipun perut Aishah tak sakit. Dua malam tidur di hospital Aishah dibenarkan balik. Sepanjang dalam wad tu, Aishah tak demam dan tak muntah cuma kadang-kadang ada batuk sikit. Tekak Aishah memang merah dan bernanah sikit tapi Aishah masih boleh makan. So Hari Khamis masuk wad dan hari Sabtu Aishah balik. Cuma Aishah kena continue antibiotik jer, doktor suruh mama monitor, kalau Aishah batuk dan mengadu sakit tekak dan batuk teruk lepas habis antibiotik dia suruh mama bawa Aishah ke KK (Klinik Kerajaan) kalau muntah darah lagi mama diminta bawa ke Emergency. So far Alhamdulillah ok.

 
 Dapat juga Aishah spent more time ngan mama... 

Setiapkali berada di hospital pasti suasana di sana akan mengimbau kembali beberapa kenangan. Bila melangkah ke entrance wad tu, akan terbayanglah saat membawa jenazah Aiman pulang, apabila Aishah mengamuk ketika nurse memasukkan antibiotik melalui line kat tangannya teringat pula pada Asyraf masa dulu ketika Asyraf baru menjalani pembedahan jantung sama jer gelagatnya. Bila nampak tangan Aishah membengkak teringat pula akan Aiman ketika dia juga mengalami keadaan yang sama. Tapi Alhamdulillah, mama tak menangispun. Cuma mama terharu di saat doktor menukar line di tangan Aishah, doktor ada kata Aishah sakit sikit jer hanya dua kali jer kena jarum.. masa mama melahirkan Aishah dan tiga adik beradik yang lain mama lagi sakit. Aishah memandang mama dengan penuh rasa sayang dan berkata kesian mama, mama sakit banyak kali adik sakit dua kali jer. Ala...sweet sangat mama rasa. Tapi Aishah lupa yang masa dia masih bayi lagi banyak kali juga doktor duk cucuk jarum kat kaki tangan dia, sampai lebam kaki tangannya. Tapi Alhamdulillah kesakitan tu dah lama berlalu. Moga anak-anak mama sihat sentiasa.

thanks for reading this entry ^_^

Selasa, 16 Disember 2014

Sleeping beauty

Assalamualaikum w.b.t.
Kisah Keajaiban Bacaan Bismillah

Tidurlah sayang, tidurlah dengan caramu asal tidurmu nyenyak..

unik betul aksi mereka tidur..

Pelbagai aksi si kecil ni tidur, dia akan marah kalau ruang tidurnya terasa sempit. Begitu juga si kakak dan abangnya. Tidur mereka tak setempat. Selalu berebut nak tidur bersama dan bila dah nyenyak.. kedudukan masing-masing dah lain. Sesekali terdengar suara adik menangis dihempap kakak dan kadang-kadang ada yang terpesok bawah kerusi meja. Eh! bawah kerusi meja..apesal? Sebabnya diorang ni tidur di ruang tamu, masing-masing tak suka tidur dalam bilik, panas katanya. Si adik pula tak tidur dalam bilik sebab mama takut adik jatuh katil, kalau penat sangat memang tak sedar diri. Si kecik ni dah 3 kali jatuh katil. Kat rumah 2 kali kat rumah maktok sekali dan maktok kata jatuh buaian sekali. Nasiblah tak apa2. Paling save and fun tidur kat ruang tamu. Tidur sambil tengok tv dan kemudian tv tengok kami. hehehe..

thanks for reading this entry ^_^

Isnin, 15 Disember 2014

Sentap

Assalamualaikum w.b.t.
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 

Hi, uolls! nak tanya uolls suka tak berwhatsApp? takyah jawab.. memang kebanyakannya suka kan. Semenjak adik iolls bagi handphone pintar ni kat iolls, bukan main rancaknya nak meng-update FB, IG, dan of cause ber-WhatsApp.. Tapi kan memang dari dulu iolls tak suka berborak or chatting tapi bukan sebab tak ramah ke apa, cuma tak reti, ntahlah bagi I lah kan..mulut I ni macam mulut laser sikit kot or maybe takde sense of humor dan sebab tu time I buat lawak takde yang gelak dan paling sedih ada yang kecik hati. especially group family.. adoi siap ada yang left group gara2 mulut mak.  Tak kisahlah, to all yang kenal I, please I ni ok orangnya, kalau ada yang salah ke silap ke harap dimaafkanlah sebab I ni orang biasa yang takan lari dari buat silap, I suka menerima teguran tapi janganlah sampai menghina ye. Ok dah nak meleret dah. 

I ada termasuk dalam group WhatsApp sekolah rendah dan sekolah menengah group tempat kerja pun ada. Tapi kesemuanya tak aktif, selalunya I wujud sebagai pembaca jer jarang sangat nak mencelah dan kebanyakanya ramai tak kenal I. Logiklah kat sekolah dulupun I pendiam. Ada suatu hari tu tetiba je, I rasa nak join diorang berborak.. kebetulan topik yang diorang bualkan adalah yang relevant nya ngan I.. tapi...

kesiankan...huhu..

Lepas tu, I nak sambung kerja, tapi pen I patah, lepas I baiki pen tu I ada idea nak ber-IG pulok.. sambil tu I share dalam FB.

 macam pandai sangat nak bagi kata-kata pujangga kan..
  
Kebetulan masa tu, I sorang2 jer kat office, colleague I masuk lambat ada hal hari tu. Yang ada masa tu aunty cleaner jer. I ni kalau ngadap phone cenggitulah, sengih2 sorang2, kerja pulak tak jalan. Pastu aunty tu tegur "You tarak sibuk ka, takda kira tax ka?" - Sentap.. hehehe.. "ada2 aunty, saya nak buatlah ni." Adoi... kan dah kena, gamaknya dia nampak kot I dok ambil gambar pen pastu nyengeh sorang2 kan.

Balik jer colleague I, I pun storylah kat dia, yang I ni tersentap kot. Dia pun gelak, katanya.. orang tua memang tak suka tengok orang dok main phone. Terus teringat satu iklan kat tv, bahawasanya.. gajet merenggangkan ikatan kekeluargaan.. (ada kena-mengena ker?)

Yang sebetulnya, time kerja, kenalah kerja ok.. Ok, dah lama dah lunch time I habis. I nak kerja. Nanti lambat siap kerja tak dapat bonus.. huhu..

Happy working uolls.. peace..

thanks for reading this entry ^_^

Rabu, 10 Disember 2014

WW# 18 : LOVE

Assalamualaikum w.b.t.

LOVE


thanks for reading this entry ^_^

Rabu, 3 Disember 2014

WW# 17 : Jom.. abang bawa adik jalan-jalan..

Assalamualaikum w.b.t.

Hari yang indah untuk bersiar-siar...sambil berbasikal menikmati udara segar... (yo yo o jer..)

 serius betul muka adik.. (anok sapelah nikan..hihihi..)

 thanks for reading this entry ^_^

Rabu, 26 November 2014

Sama jer kan...??

Assalamualaikum w.b.t.

Ramai yang cakap Amsyar nampak lain dari adik beradiknya..betul ker? mama rasa cam sama jer...

  
Asyraf 2005 dan Amsyar 2014

Asyraf masa umur tak ingat berapa bulan dan Amsyar umur 6 bulan.. sama jer kan ?? 

   
 Aishah 2007 dan Amsyar 2014

Masa ni Aishah pun tak ingat umur berapa bulan dan Amsyar 5 bulan

 
Aiman 2013 dan Amsyar 2014

Yang ni ada sikit macam tak sama, tapi kalau nak tahu Aiman lebih mirip Asyraf dan Aishah masa baru lahir. Ramai yang cakap Asyraf, Aishah dan Aiman ikut muka mama tapi Aiman ikut baba.

Tak jauh sangat kot beza. Mungkin tang hidung kot..dan Amsyar gelap sikit berbanding Abang dan Kakaknya masa baby. Tapi sekarang dah sama kaler malah Amsyar lagi cerah dari diorang hihihi...

Tak kisahlah kan.. yang penting semuanya mama yang kandung.. semuapun mama sayang, walaupun kakak dan abang kata mama lebih sayangkan Amsyar dari diorang.. Amboi, macamlah diorang tak pernah jadi baby kan..

Mama sayang semua anak2 mama ok, termasuklah Aiman. Al-fatehah buat wildan mama.

 


 thanks for reading this entry ^_^

Isnin, 24 November 2014

Bubur Nasi untuk Amsyar...

Assalamualaikum w.b.t.

Tak tahulah rasanya macam sekali dua je kot masakkan bubur untuk Asyraf dan Aishah masa diorang baby. Tengok macam diorang tak suka jer terus continue bagi nestum atau makanan baby yang dalam botol tu. Teruk je rasa bila fikirkan masa lampau. Tapi sekarang dah ada kesedaran dah sikit Alhamdulillah, tapi still guna nestum jugak mula-mula kat Amsyar. Amsyar dah 6 bulan, sekarang dah start nak makan.. kalau tengok orang makan mulut dia mulalah macam mengunyah kadang-kadang kesian tengok dia tadah tangan minta...hehehe..

Syukur Alhamdulillah diberi kesempatan lagi jadi ibu pada baby. After 7 years memanglah cam kekok.. bila orang tengok mama ni dah macam Amsyar ni anak sulung pula lagaknya. Memang tak hairanlah ramai yang bertanya anak sulung ke? Pastinya mama akan sentiasa belajar nak jadi ibu yang terbaik buat semua anak mama. Oh ye, mama rasa bersyukur juga sebab kali ni diberi juga peluang menyusu anak lebih dari sebulan. Walaupun dah bercampur susu formula Amsyar masih lagi menyusu badan.

Berbalik kisah asal, semalam tengah buat kerja, kepala dok fikir apa nak masak malam ni untuk anak2. terus google macamana nak masak bubur walhal dalam buku biru baby dah ada panduan. 

Dalam banyak2 resepi satu jer mama suka. Tapi standardlah bila petang nak beli barangan masak alamatnya yang mana ada jelah tambah2 yang membeli si baba. Suruh beli ikan tenggiri dibelinya ayam.. sonang koje pastu suruh beli brokoli dibelinya bunga kobis jadi bertukarlah resepi kejadahnya kan..

resepi asal ialah bubur nasi ikan tenggiri dan mama masak bubur nasi ayam simple..

bahan2:
2 genggam beras dibasuh bersih
2-3 bunga kobis.(asalnya brokoli)
setengah batang carrot.
daging ayam sikit (ikan tenggiri 1/4)

cara2 masak :
1. masak nasi sampai kembang.
2. masukkan ayam, carrot ngan bunga kobis..
3. dah empuk siap utk diblend..

kredit kat mama qaisara, mama amsyar copy paste resepi tapi ada banyak pengubahsuaian..kikiki


 Kempisnya perut Asyraf.. Aishah ni wayang je lebih...

Masa nak bagi semalam risau juga tapi Alhamdulillah Amsyar makan habis. Asyraf dan Aishah pun suka tapi mama tak blend diorang punya. Meraka tambahkan kicap sikit bagi ada rasa. Masak sikit dah berebut pula dengan Intan.. pun begitu mama rasa bangga sangat bila tengok anak2 berselera makan masakan mama. So today mama masak lagi tapi lebih sikit supaya diorang tak berebut hehehe...

 Gambar Amsyar makan bubur nasi takde.. ni Amsyar makan ceri...

(seriously menyesal bagi Amsyar ceri.. Amsyar tak boleh tidur sebab perut sakit.. Astaghfirullah..tapi Alhamdulillah Amsyar ok keesokannya..pengajaran buat mama..)

Amsyar ngan Intan..sebelum nurse kasi injection 6 bulan..happy jer...

Si Amsyar ni suka maksu Intan, sebab maksu Intan suka bawa Amsyar keluar rumah tengok kanak-kanak bermain kat padang waktu petang. Kalau maksu Intan nak keluar Amsyar mesti tegur maksu Intan dengan harapan maksu Intan akan bawa dia sekali.


thanks for reading this entry ^_^

Selasa, 11 November 2014

Surat Untuk Pakcik

Assalamualaikum w.b.t.

Saya pernah dengar kawan saya hantar anaknya pergi rumah kawan sekolah anaknya. Sama ada membuat kerja sekolah atau hadiri jamuan atau sekadar lepak. Dari segi  positifnya sekurang-kurangnya kita kenal siapa kawan anak-anak kita dan siapa ibubapa kawan-kawan anak kita.

Sekarang tiba giliran saya pula. Saya tak galakkan sangat tapi sekali sekala tu bolehlah. Yang jadi tukang hantar bukan saya tapi babanya. Pernah sekali baba hantar Asyraf pergi rumah kawannya. Lama juga Asyraf minta baba hantar tapi macam-macam alasan baba beri tak juga dapat pergi sebab kesian baba bagilah sekali Asyraf pergi rumah kawannya bermain. Tapi sekali tu jelah. Jauh juga rumah kawan Asyraf, kami duduk Setapak Jaya, kawan Asyraf kat Gombak memang bercintalah nak bawa dia kesana.

Tiba-tiba semalam, masa baba jemput Asyraf balik dari sekolah baba terserempak dengan Khairul, kawan Asyraf yang tinggal kat Gombak tu. Khairul minta izin baba hantar Asyraf ke rumahnya hujung minggu nanti. Ala... serba salah baba dibuatnya tapi InsyaAllah baba kata nanti dia bawakan. 

Bila baba baritahu Asyraf, kegembiraan Asyraf.. cepat-cepat Asyraf capai beg sekolahnya dan hulurkan sepucuk surat buat baba dari teman baiknya Khairul.




hehehe...comel kan ^_^

Nak tak nak hujung minggu ni baba kena hantarlah Asyraf kan..


thanks for reading this entry ^_^

Rabu, 5 November 2014

WW #16 : I'm No. 4

Assalamualaikum w.b.t.

Amboi sayangnya mereka kat adik.. Amsyar tunjuk isyarat.. No 4.

Love you all always.. ^_^

oh ye.. hari ini Amsyar dah 6 bulan...

thanks for reading this entry ^_^

Jumaat, 24 Oktober 2014

Besarnya pengorbanan mu wahai anak..

Assalamualaikum w.b.t.

Saya pernah terbaca blog sahabat tentang pengorbanan anak, sebagai ibu yang bekerja saya selalu menyangka yang saya ni telah buat pengorbanan buat anak2. Yelah kononnya nak keluar bekerja membantu si ayah. Tapi silap yang sebenar-benarnya yang terpaksa berkorban tu bukan ibu tapi anak. Sedihkan.. anak yang sepatutnya menerima kasih sayang ibu 24/7 tu terpaksa korban waktu mereka hanya semata-mata nak beri ruang untuk si ibu keluar bekerja. 

Dah bertahun saya buat kerja macam tu, nasiblah anak2 tak menjauh. Dulu selalu kerja 9-6, lepas tu sambung kerja kat tempat lain 6-10, kadang2 tu Sabtu dan Ahad pun kerja. Mulanya nak bantu hubby pastu bantu kawan. Anak2 juga terbiar, dan Alhamdulillah sekarang hanya tertumpu kat satu kerja je. My hubby pun tak mahu saya keluar kerja lagi. Yang sebenarnya apa yang saya tertarik nak kerja part time ni bukan sebab gaji sahaja tapi sebab nak buktikan yang saya boleh buat kerja kat tempat lain. Ialah dah lama saya bekerja kat tempat kerja saya sekarang, sehingga saya rasa macam saya ni tak layak untuk kerja tempat lain. Bila saya buat part time dan saya rasa saya diperlukan maknanya saya masih layak untuk tugasan tu. Bukan niat nak meninggi diri tapi sekadar nak menyedapkan hati sendiri.

Ingat tak entry aku tolak rezeki ke atau memang itu bukan rezeki aku, sebenarnyakan saya selalu terfikir ada tak lepas ni orang nak ambil saya bekerja. Tak sangka beberapa bulan lepas saya kecewa sebab tak dapat kerja tu saya diberi rezeki anak. Mengandunglah pulak. Jadi rezeki Allah tu bukan sekadar wang ringgit jer anak pun rezeki juga. Dan tiba-tiba ada seorang auditor kat kawasan office tu ketuk pintu office dan offer saya buat part time kat office dia. Walaupun gaji yang ditawarkan tak sama macam kat office sebelumnya tapi saya terima sebagai satu cabaran. Saya nak uji diri saya sendiri. Mampu tak saya laksanakan tugas saya. Tapikan masa tu perut dah besar, disebabkan auditor tu desperate sangat maka dia ambil juga saya bekerja. Saya digelar "Independent account" (ada ker nama jawatan cenggitu?) Asyraf dan Aishah dah bersekolah jadi takde masalah baby sitter, balik sekolah diorang akan lepak kat office part time tu. Boss memang jarang masuk office, takde cleaner office tu memang berabuk. Ingatkan nak buat kat rumah, masalahnya komputer pula rosak. Jadi terpaksalah buat kerja kat office. Masa saya sarat mengandungkan Aiman dan masa tu jugak peak season nak buat account dan saya selalu balik malam. Kadang2 kami dinner anak beranak kat dalam office tu. Nasiblah hubby dan anak2 faham. My hubby dah suruh berhenti tapi saya nak selesaikan kerja dulu baru berhenti. Selesai beberapa account dalam bulan Jun 2013 saya bersalin.  Tapi Allah lebih sayangkan anak saya maka Allah pinjamkan sekejap jer anak yang saya namakan Muhammad Aiman. For sure saya memang menyesal buat part time masa tu sebab mak bidan cakap salah satu sebab anak sakit jantung sebab mak dia paksa diri untuk bekerja keras. Bila saya fikir balik ada logiknya sebab doktor2 selalu nasihatkan supaya saya banyak berehat. Mulanya saya nak berhenti tapi bila saya dengar ada account urgent nak kena selesaikan dan boss part time tu minta tolong sebab memang masa dah suntuk sangat so saya teruskan bekerja lagipun takde baby yang nak dijaga masa tu. (ko tak fikir pun pasal Asyraf & Aishah kan..hehehe)

Dulu masa mengandungkan Aiman, saya buat kerja sampai malam tapi lepas Aiman pergi saya hanya bekerja hari Sabtu dan Ahad jer. Itupun masa Asyraf dan Aishah pergi tuisyen dan Ahad pula mereka akan temani saya kat office jadi masa dengan anak2 ada. Dan tetiba jer saya terigin nak makan nasi briani, saya teringin nak makan sehingga saya mengalir air mata bukan sebab kesedapan nasi briani tu tapi sebab saya teringat masa saya mengandungkan Aiman hari2 saya nak makan nasi briani walaupun masa tu my hubby dok ngidam laddu. Rupanya saya mengandung lagi. Disebabkan boss part time saya perempuan dia ok jer malah tumpang gembira. Kali ni awal sikit saya bersalin dan lepas bersalin, habis pantang saya masuk office part time seminggu untuk selesaikan tugas yg tertunggak dan office permanent seminggu awal sebelum cuti bersalin habis. Saja masuk awal sebab nak ambil cuti panjang untuk sambut raya.

Sebelum raya saya cuba selesaikan tugasan, dan terpaksa bawa si kecil kat office.

  
mulanya Amsyar tidur atas meja tapi dia lasak sangat so saya pindahkan kat bawah..

 
kesiankan baby ni....kat sini jugalah tempat kami anak beranak makan..
kami buat macam rumah sendiri. 

comel tak muka amsyar..muka nak suruh tukar lampin..hihihi 
(umur amsyar masa ni tak sampai 2 bulan lagi..)

baik jer 2 beradik ni tunggu mama buat kerja..

Amsyar baby lagi jadi tak susah sangat jaga, cuma sekali sekala kena bagi breastfeed kat dia. Tergelak si kakak tengok mama buat kerja sambil menyusu baby katanya sama macam maktok sambil masak dukung amsyar kat bahu. 

Sekarang ni dah tak kerja part time, bukan berhenti terus saya akan kerja kalau boss perlukan saya. Sebenarnya dia tak kisah kalau saya nak kerja walaupun sekarang dia ada practical student untuk bantu dia cuma saya jer liat nak kerja semenjak ada baby ni.

Dapat spent masa ngan anak2 best juga, walaupun kadang2 tension sebab bila anak dah mula membesar perangai diorang memang susah nak dikawal. Moga Allah bagi saya kesabaran untuk mendidik anak2 saya.

3 beradik nonton tv, si kecik tu cam faham jer..


Amsyar dah minat nak main game dah ni... 


 baca buku ngan kakak..

Asyraf baru nak belajar dukung adik.. kakak dah lama pandai.. (sayang anak2 mama)

Pantas masa berlalu dah 5 bulan dah umur Amsyar. Asyraf dan Aishah dah besar dah boleh diharap. Syukur pada Allah sebab beri rezeki anak yang baik seperti mereka. Moga mereka kan menjadi anak yang soleh dan solehah serta tinggi akhlaknya..amin.

Terima kasih Asyraf, Aishah , Aiman dan Amsyar kerana sudi berkorban untuk mama. Sayang kalian sangat-sangat.

thanks for reading this entry ^_^

Rabu, 22 Oktober 2014

WW #15 : I Want To Touch A Cat

Assalamualaikum w.b.t.


I Want To Touch A Cat



thanks for reading this entry ^_^

Khamis, 16 Oktober 2014

Aqiqah buat Asyraf

Assalamualaikum w.b.t.

Kisah Kambing Korban Untuk Ibu / Untuk Renungan Kita 

Ini kisah seorang penjual haiwan ternakan.

Setelah melayani pelanggan, saya melihat seorang wanita separuh umur sedang memerhatikan jualan kami. Dilihat dari penampilannya, ia seperti mahu membeli. Lalu saya menghampirinya dan menawarkan; “Sila kan puan" Dia menunjuk, “Kalau yang itu berapa harganya?” Wanita itu menunjuk pada kambing yang paling kecil. Kalau yang itu harganya RM300, jawab saya. "Harga paling diskaunnya berapa?" "RM250 bolehlah kak," harga sebegitu untung saya kecil, tapi bolehlah..“Duit saya cuma ada RM200, boleh ya…

Alahai… saya bingung, karena itu harga modal kami, tapi akhirnya saya berlembut. “Boleh lah kak…”

Saya pun menghantar kambing yang sudah dibeli oleh wanita itu ke alamat yang diberikan. Ketika sampai di rumah wanita tersebut.

Astaghfirullaah… Allahu Akbar, terasa menggigil seluruh badan demi melihat keadaan rumah wanita tersebut.

Wanita itu tinggal bertiga dengan ibu dan seorang anaknya di sebuah pondok amat buruk berlantai tanah. Saya tidak dapati katil untuk tidur atau baring. Yang ada hanya pangkin kayu beralas tikar lusuh. Di atas pangkin itu sedang tidur seorang nenek tua yang kurus. “Mak..bangun mak, ni tengok Sumi bawa apa." Perempuan tua itu terbangun. “Mak, Sumi sudah beli kambing buat emak qurban. Nanti kita hantar ke Masjid ya mak."

Orang tua itu terkejut, namun kelihatan bahagia. Sambil mengusap-usap kambing itu orang tua itu berucap, "Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga emak nak buat qurban." 

“Ni bang duitnya. Maaf ya kalau saya menawarnya terlalu murah. Saya hanya kuli, tukang basuh. Saya kumpulkan wang untuk beli kambing yang mau saya niatkan buat Qurban ibu saya…."

Ya Allah… Ampuni dosa hamba. Hamba malu berhadapan dengan hambaMU yang satu ini. HambaMU yang Miskin Harta tapi dia kaya Iman. Seperti bergegar bumi ini setelah mendengar niat dari wanita ini.

“Bang ni wang bayaran kambing itu!" panggil wanita itu,

“Takpa lah puan, biarlah bayaran kambing ini saya yang tanggung" 

Saya cepat berlalu pergi sebelum wanita itu perasan apabila melihat mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yang sudah mempertemukan dengan hambaNYA yang dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya.

Semoga Allah menginsafkan kita…

copypaste dari nuzulquran.com

Sungguh terkesan kisah itu padaku.. jadi akupun berusaha untuk memperbaiki diri. Kalau dulu aku selalu rasa tak perlu kot aku lakukan qurban dan aqiqah sebab aku bukannya mampu. Sungguh aku tak mampu tapi bila aku fikir balik. Tak salah aku mencuba dan tak perlu fikir bab mampu ke tak mampu. Aku tak pernah adakan aqiqah untuk anak2 aku, sebab aku memang tak mampu mungkin bagi sesetengah orang RM500 tu murah tapi tak bagi aku. Bila hati dah terbuka Allah bagi jalan. Dan Alhamdulillah.. aku dah berjaya aqiqahkan anak sulungku Muhammad Asyraf pada hari raya Qurban yang lepas iaitu pada 10 Zulhijjah 1435 bersamaan 5 Oktober 2014. Walau cuma 1 bahagian lembu.

Pemandangan dari atas, surau flat DBKL 1A. Asyraf melihat lembu yang dikongsi dikorbankan.. hanya ada 1 bahagian lembu untuk diaqiqah selebihnya untuk korban..

Kisah Kambing Korban Untuk Ibu itu lebih kepada memuliakan orang tua, tapi aku baca cerita ni selepas raya Qurban tahun lepas, tika itu aku terfikir tentang Aiman.. Bukannya bermakna aku tak ada hati nak memuliakan orang tua aku, malahan aku pernah mengalir airmata mengenangkan nasib abah aku yang teringin nak ke Mekah, walau sekadar mengerjakan umrah. Bila mak dan ayah mertua aku pergi ke tanah suci April lalu aku jadi sedih sebab abah aku tak dapat pergi walaupun ada yang merancang nak bawa dia pergi ke sana. Bila aku lihat wajah abah, hati aku jadi sayu. Hanya doa jer yang mampu aku pohon dari Allah semoga hasrat abah terlaksana. 

Sebenarnya idea Aqiqah di hari raya Qurban ni, abah yang berikan.. Disebabkan ramai yang dah balik kampung masa kenduri Iza dan Nan tempohari, ramai yang tak dapat balik raya, kebetulan ramai yang tinggal kat KL jadi abah buat keputusan datang KL dan sambut Aidil Adha bersama-sama kami. Kami semua tak sangka, Abah sanggup beraya di KL dari beraya dirumahnya hanya semata-mata tak mahu anaknya ambil cuti lagi. Abah masih lagi mahu berkorban untuk kami. Moga Allah beri kesihatan yang sempurna dan tunaikan hasrat Abah. Doa aku semoga Allah permudahkan usaha kami dan diberikanNya kesempatan untuk laksanakan impian abah. 


thanks for reading this entry ^_^

Isnin, 13 Oktober 2014

Topi kait buat Amsyar

Assalamualaikum w.b.t.

Wah wah wah... kemain lagi, semangat mama Amsyar ni, (kalau Aishah dengar mesti dia bengang.. Amsyar je ke anak mama?) bab mesin jahit dah disimpan.. project baju raya Asyraf terbengkalai.. ni dah ada minat baru.. belajar mengaitlah pulak..

Pada mulanya nak kait kopiah untuk Asyraf, biasalah kalau berguru dengan youtube atau blog memang susah nak faham tambah pula sikap kurang sabar ni memang tak jadilah jawabnya. Dah alang2 nak belajar, minta baba belikan jarum ngan benang kait. Mulanya dia macam tak setuju sebab dia tahu mama selalu tak ada masa, macam2 nak buat tapi dah sayang agaknya (cewah) diturutkan jugak kehendak isterinya..hihihi.. tahu pulak dia beli jarum ngan benang tu..

Bila dah ada benang ngan jarum, pinjam buku kait adik ipar aku Ain, tapi haremm nak faham.. apetah formula dia.. jadi buku tu tolak tepi dan kemudian buka youtube nak belajar yang simple, iaitu buat topi baby, sayangnya topi baby seeloknya beli jarum yang besar dan benang tebal sikit.. tapi sebab nak juga buat, ada aku kesah.. aku ambil basic jer yang selebihnya kubantai..dan akhirnya...

inilah hasilnya.

comel tak?!

hehehe.. baba cakap macam topi baby girl jer.. oklah dengan komen my hubby.. mother in law lak dia tak komen dia senyum jer... aku yang tak sedar diri ni selamba jer bawa anak pakai topi hasil kerastangan tu ke hulu ke hilir.. bangga kot.. hahahaha..  



k.bye!

thanks for reading this entry ^_^