Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 10 Januari 2014

pregnancy - twenty weeks

Assalamualaikum w.b.t.

06.01.2014 appointment day. Hari tu memang mendebarkan..seminggu sebelum tu hati dilanda kerisauan bila saya pergi scan dan doktor beritahu jantung baby berdenyut perlahan dan kelihatan besar sedikit dari sepatutnya. Doktor minta agar saya bersabar sebab sebelum ni anak2 memang dah ada heart diseases kan. Sebenarnya macam2 saya fikir, saya tak mahu baby ni menjadi beban dan tak mahu menganggap dia beban. Sedih sebab baby Aiman tak dapat bersama kami tapi bersyukur sebab baby Aiman sekarang di sisi Allah. Saya selalu bercakap dengan baby dalam kandungan ni dan mohon agar Allah sembuhkannya dan saya bersedia terima apa saja dan akan berusaha selagi boleh untuknya. Seronok tengok Asyraf dan Aishah berbisik dengan adiknya yang masih dalam perut ni. Bila ditanya apa yang mereka bisikkan masing2 hanya tersenyum.. Timbul rasa seronok dan tak sabar menunggu kelahiran baby ni. Kerisauan tu dah beransur pulih, hanya kegembiraan dan rasa teruja sahaja yang menyusul kini. Tambahan pula kandungan yang hanya 20 minggu ni, dah terasa dah baby menendang. Aktifnya sekecil tu. Pagi tu, saya ke MFM dengan penuh debar. Mulanya saya discan oleh MA, menurut MA kesemuanya kelihatan normal, dari segi denyutan dan saiz jantung memang normal. MA menunjukan rupa bentuk baby, ianya dah sempurna. Masih samar, namun wajahnya kelihatan iras2 abang2nya. Bila saya tanya jantina baby MA kata dia tak sempat cek tapi rasanya lelaki.

Beberapa jam kemudian Dr Baskaran (Pakar O&G) datang. Dia tanya nurse, mother ada heart disease tak. Saya jawap tak tapi Dr Basakaran cakap muka saya macam muka heart disease dengan nada bergurau nak je balas cakap dia, bukan heart disease tapi broken heart hihihi.. Hasil pemeriksaan, keadaan baby normal tiada tanda2 heart disease, saiz dan denyutan jantungnya normal tidak seperti yang dikatakan doktor2 sebelumnya. Dr Baskaran tanya sama ada dah tahu ke jantina baby, saya yang tak yakin dengan jawapan MA tadi cakap tak tahu. Dan Dr Basakaran kata its a boy. Alhamdulillah berkat doa semua, baby ni sihat dan aktif. Terima kasih pada yang sudi mendoakan baby ni. Sesungguhnya Allah maha penyayang. Gembira.. dari mula keluar dari bilik tu hingga ke parking kereta saya tak habis2 ucapkan alhamdulillah sambil tersenyum gembira. Babapun turut gembira. Pada mulanya kami memang dah bersetuju nak buat chromosome test tapi rasanya tak perlu sebab Dr Baskaran kata saya tak perlu buat fetal echo di IJN sebab dia dah pastikan jantung baby kelihatan normal, dia hanya akan refer saya di IJN jika dia dapati ada keraguan sahaja. Jadi saya dah cancelled kan appointment di IJN, pegawai IJN tanya siapa yg mengesahkan baby ok, bila saya sebut Dr Baskaran dan dia bersetuju, mesti mereka sudah kenal dengan Dr Baskaran kan.. Saya yakin juga dengan Dr Baskaran ni sebab masa kes baby Aiman, hanya Dr Baskaran sahaja yang kata jantung Aiman kelihatan seperti ada masalah tapi doktor lain kata normal, bila Aiman lahir, memang Aiman ada masalah jantung dan kini Doktor lain ada yg kata tak jelas, seperti ada keraguan di jantung baby tapi Dr Baskaran kata tiada keraguan ia seperti normal. Dan sudah pasti dia adalah boss di MFM kan.. jadi Dr Baskaran meyakinkan saya jantung baby normal for now dan another 4 weeks whenever dia free, dia nak tengok lagi. Tak kisahlah saya dahpun gembira dan tak risau lagi. Sekarang ni saya nak jaga diri baik2 dan nak happykan diri saya supaya si adik akan happy nanti. Ok adik, happykan diri ok, tendanglah perut mama ni sebab setiap tendangan adik buat mama happy..

Disebabkan kami datang awal, jadi sempatlah saya balik office dan meneruskan tugas seperti biasa dan borang cuti saya ambil balik dari meja boss, tak jadi ambil cuti sebab tak perlu ke IJN lagi. 

Sekarang ni banyak kerja kat office, sudah 20 weeks pregnancy saya masih tak berani nak beritahu boss yang saya ni pregnant. Bayangkan dulu saya cuti bersalin masa waktu kemuncak untuk buat Account dan masa tu kena buat pengiraan untuk Tax. Boss saya terpaksa buat kerja sendiri. Saya rasa bersalah tapi nak buat macamana dah tu perkara biasa bagi seorang majikan. Bos sepatutnya cari pengganti. Sekarang ni tu jadi masalah pula bagi saya. 

Minggu ni sibuk sangat dan boss selalu suruh datang dekat dia, perut saya makin besar sedang buat kerja tiba2 boss terpandang perut dan tanya saya "Nita, are you pregnant again..?" terkejut.. kantoi sudah. "Yes, sorry I'd try to tell you earlier tapi don't know how, I ingat nak beritahu masa I hantar leave form tapi tak sempat" boss tanya bila due dan muka dia berubah benggang sebab due date saya sama dengan bulan kemuncak account. "You know, you takde I susah kan." saya cuma kata "Yes, I know.." Boss pandang muka saya dan saya tak tahu nak kata apa lagi "You should plan.." dan lepas tu saya dok dengar boss mengeluh dan hari tu dia moody, semua benda jadi serba salah. Saya rasa down sangat masa tu. Dalam hati kata tak kisahlah kalau dia nak pecat ke apa, saya redha.. saya harap Allah bersama-sama saya dan permudahkan segala urusan. Macam nak nangis je, tapi saya yakinkan diri baby ni bukan beban dia anugerah.. Rezeki datangnya dari Allah. Bersangka baik dengan Allah.. pun begitu saya masih rasa happy sebab dalam minggu ni saja segala yang terbuku di hati dah diluahkan dan saya tak perlu risau nak slow talk dengan boss pasal pregnancy ni dan saya akan siapkan semua Account secepat yang mungkin. 

Kawan-kawan yang sudi singgah, doakan saya ye, moga segala urusan dipermudahkanNya.

thanks for reading this entry ^_^

48 ulasan:

  1. lama tak masuk sini...masuk2 ada berita gembira... tahniah ye...semoga dipermudahkan...=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...
      terima kasih pinky ^_^
      Amin..

      Padam
  2. Balasan
    1. Alhamdulillah..
      bersyukur sangat ^_^

      Padam
  3. Tumpang hepi saya baca ni Nita. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Kan, Allah tu Maha Adil. Kalau Nita ikut ckp org supaya putus asa dulu, mmg tak ke mana la jawabnya. Pasal bos tu, kalau saya pon rasa bersalah. Hhuuhu... Tapi dah Nita org kepercayaan dia. Saya yakin dia takkan pecat nita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Lyd..
      Alhamdulillah..syukur..
      harap taklah kot... ^_^

      Padam
    2. Salam nita. Mana pergi lama tak update. Sihat ke?

      Padam
    3. Waalaikumsalam Lyd..
      tak kemana masih mengikuti member2 blogger cuma jadi silent reader jer sebab takde idea nak komen dan juga nak update..
      sihat, cuma biasalah sakit2 orang preggy ni tambah dah berumur macam2lah sakit yang datang tapi Alhamdulillah masih bertahan..
      terima kasih sebab sudi bertanya khabar.. ^_^

      Padam
    4. salam nita.. nnt boleh emailkan alamat nita tak. ke email ni nu_sigma1980@yahoo.com

      kandungan sihat ke. ngape lama tak hapdet.

      Padam
    5. w'salam..ok, nanti saya emailkan..

      Alhamdulillah..sihat.. sekarang ni kat opis bz dan kat rumah lazy hehehe.. tu yang tak hapdet tu..

      Padam
  4. aaamin . insha Allah dipermudahkan segala urusan . bila di uji , kita sabar , akan da hikmah yg datang . sabar yer .

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...
      terima kasih QV ^_^

      Padam
  5. WAH..DE JGK BOS MCM TU YE

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ade, bos syarikat kecil.. nak buat camner staff tak cukup..
      2 tahun berturut-turut ambil cuti bersalin..tu yang buat dia terkilan agaknya.. :P

      Padam
  6. sedih lak baca cite bab bos tu.. dah rezeki anak tak kan nak tolak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak buat macamana.. tak boleh nak salahkan sapa2..
      mungkin dia terkilan sebab baru jer saya ambil cuti bersalin last year ni nak ambil lagi..
      dia bukan muslim jadi pemahaman di berbeza sikit kot..anyway dia bos yang baik..

      Padam
  7. pas ni xyah nk risau2 da., smoga dprmudahkan sgala nya., :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah taknak risau apa2 dah..
      Amiin...
      terima kasih zuhdi sanusi ^_^

      Padam
  8. semoga dipermudahkan semuanya nita..jaga kesihatan diri dan kandungan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaminn,,,,
      InsyaAllah..
      terima kasih Ema Johari ^_^

      Padam
  9. alaahai sedih bacanya... bos takkan paham punya...
    akakpun mengalaminya.. kat opisni risau kalau akak pregnant..
    sebab kalau pregnant akakni banyak masalahnyer..
    masa anak kedua duk kat sepital sampai 3 bulan... masuk 2 bulan dalam pantang..
    takkker nak dekat setengah tahun tak keje... ha... ha.. nak buat camner..
    anak2 adalah anugerah terindah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak, anak2 adalah anugerah terindah....
      biarlah nak wat camner kan dah rezeki kita..
      sian akak, takpelah semuanya dah berlalu anak kedua akak sebaya anak kedua sayakan..Alhamdulillah dia sihat membesar, so far saya takde masalah sebolehnya saya takmo ambil MC Alhamdulillah no 4 ni, diberi kekuatan dan kesihatan yg baik..

      tapi kena kerja keras jugak lah sebelum bersalin nanti, supaya tak rasa bersalah sangat.. ^_^

      Padam
  10. Alhamdulillah..baby akak ok :) Ros doakan moga segalanya dipermudahkan untuk akak.. Sedihnya bila baca berkenaan sikap bos akak tu.. walau tertekan macam mana pun, dia tak patut cakap macam tu pada akak... akak tabahkan hati dan jangan fikir sangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin...
      Terima kasih Ros ^_^

      Padam
  11. yeayyy! nak dapat baby..bestnye tengok orang prepare untuk baby...heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeayyy.. akak pun tak sabar dah rasanya..
      Ain tengokpun dah best, akak pun dah ter-over best dah rasanya ni.. hehe ^_^

      Padam
  12. amin.... semoga segala urusan dipermudahkanNya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..
      Terima kasih comtel cell ^_^

      Padam
  13. Amin... semoga dimudahkan segala urusannya ya kak. Tetap semangat kakak, salam buat baby nya ya ^_^ , saya tunggu postinagn foto si baby pasti lucu banget

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin... InsyaAllah..
      terima kasih Dwi Kurniawan.. ^_^

      Padam
  14. Syukur alhamdulillah..tahniah ye wak..happy for u..take a good care of urself n baby inside.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. syukur alhamdulillah..

      thanks Sue.. InsyaAllah..

      Padam
  15. Alhamdulillah kandungan ok... seronok dengar..

    psl boss tu plak, alahaiii sampai camtu yer.. siap dia blh jd moody.. yap, betoi tu nita, anak tu anugerah.. dia tak menyusahkan kita,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... syukur sangat ina..

      tulah, orang lelaki kan cam gitew ler agaknya.. tapi dia dah ok sebab dia pun seorang bapa..

      betul kan.. anak2 adalah rezeki kita sebenarnya.. ^_^

      Padam
  16. Allah kirimkan dia bersama rezeki..akak sabar ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah... dia adalah rezeki akak sebenarnya..

      terima kasih Azian @ Nafisa81 ^_^

      Padam
  17. Insyallah sentiasa didoakan moga sihat dan baby juga sihat hingga selamat di lahirkan amin :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin...InsyaAllah..
      terima kasih dik, doakan akak.. ^_^

      Padam
  18. hi kak nita..lama xupdate psal family akk..kite busy giler..tp Wun pun risau..wun sendiri ada heart disease..jadi risau sgt klau pregnant nnti bby mcm mna..skrg memg plan nk bby cpt..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi, wun..

      tulah sekarang akak pun bz tu yg tak update tu..
      tak perlu risau Wun, yakini Allah, InsyaAllah semua kan baik2.. sebab ada juga heart disease patient yang lahirkan anak normal, ianyakan dari Allah..
      akak doakan Wun cepat2 dapat baby yang sihat k.. ^_^

      Padam
  19. Nita bz sgt lama tak jengah...Ya Allah, aku memohon padamu yang Allah, peliharalah kesihatan anak dalam kandungan sahabatku ini, kurniakan sahabatku ini anak lelaki yang sempurna tubuh badan & akal fikirannya, Supaya menjadi pelindung kepada orang tuanya, Ya Allah kabulkanlah permintaanku ini.
    Nita, benar janji Allah setiap dugaan pasti ada ganjaran, diambilnya Arwah Aiman pasti digantikan dengan yang lebih baik, penenang hati dan penyejuk jiwa keluarganya. Jaga diri, jaga kandungan dengan baik dan baca surah Yasin banyak2. Akak doakan yg paling terbaik utk Nita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin ya rabbal alamin..

      InsyaAllah.. terima kasih kak atas doanya..

      Padam
  20. salam nita... semoga kandungan nita baik2 saja..

    cakap kat bos rezeki dah tuhan bagi nak wat camner ye.. sy pun plan nape nak jadi tetap jadi jugak.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam Azi...

      aaminn...InsyaAllah.. terima kasih atas doanya..

      nak cakap tapi mengenangkan dia dah tua, sabor jelah..tapi sekarang Alhamdulillah, dia dah ok dah.. ^_^

      Padam
  21. Balasan
    1. Wa'alaikumsalam.. Dr Ina ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)