Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 20 Jun 2014

Selamat ulangtahun kelahiran sayang...

Assalamualaikum w.b.t.

Setelah sekian lama menyepi, baru hari ni nak cerita tentang birthday anak2 mama. Dua minggu sebelum birthday, Aishah asyik sangat mengingatkan mama tentang birthdaynya. cadangnya nak ajak kawan2 untuk celebrate. Tapi mama minta Aishah supaya tak mengharap bimbang mama tak mampu nak buat. Mama takut nanti Aishah kecewa. Aishah anak yang baik dia tak kisah kalau kita-kita aje yang celebrate asal ada kek dah memadai.

Aishah dah 7 tahun dah pada 4hb May 2014

Malam sebelum birthday, Aishah senyum je. Tak sabar nak tahu hadiah dari mama dan baba. Sepatutnya mama dah nak beli dah hadiah dan kek buat Aishah tapi baba sibuk. Bila tiba harinya baba still kerja dari pagi hingga ke petang Aishah tunggu dan akhirnya dia pasrah..dengan nada sedih dia bercakap sendirian "takpelah... tak sambutpun takpe"  Sedihnya mama dengar, masa tu mama kat dalam bilik, nak pujuk Aishah, nanti dia menangis jadi mama buat tak dengar dan call baba suruh balik. Mama dan baba keluar beli kek tapi tak sempat nak beli hadiah. Sebenarnya mama dan baba nak belikan sebuah basikal sebab Aishah cemburu dah 2 kali mama belikan Asyraf basikal di harijadinya. Pertama kali Asyraf dapat basikal masa birthday 6 tahun dan kali kedua ketika 9 tahun. Masa belikan Asyraf basikal dulu Aishah juga inginkannya tapi mama suruh tunggu birthday nanti. Disebabkan dah petang jadi kami hanya sempat belikan kek jer buat Aishah. Mama dah bilang dah kat baba kalau tak belikan basikal hari tu pasti hari lain baba tak beli. Memandangkan kami cuma ada motor jer jadi kami tak dapat beli basikal tu. Baba cadangkan beli basikal tu hari Isnin nanti.

Masa dapat kek muka happy sangat tapi ambil gambar muka cam tak puas hati jer..

Bila balik dari kedai, Aishah dah siapkan table untuk kek. Aishah suka sangat kek strawberi aiskrim. Walaupun takde hadiah baginya kek tu adalah hadiah sebab masa birthday Asyraf kami belikan cheese tart jer. Malam sebelum tidur Aishah masih bermain dengan topi birthdaynya, Asyraf berbaring sebelah mama sambil berbisik "Mama tak belikan hadiah buat adik ker?" mama senyum dan cakap mama nak beli tapi tak mampu, nasib baik adik baik dia tak merungut pun bila mama tak belikan hadiah basikal macam abang. Asyraf berbisik dengan mama sebab dia tahu kalau dia bangkitkan tentang hadiah basikal pasti adik memberontak. Mama syukur sebab abang prihatin kat adiknya.

Hari Isnin 05.05.2014, mama ada appointment kat GH. Nak check keadaan baby. Masa tunggu giliran mama dan baba bercerita tentang birthday Aishah semalam. Mama dan baba rancang balik dari hospital kami belikan basikal warna pink idaman Aishah sebagai hadiah harijadinya. Tapi sayangnya doktor tak benarkan mama balik sebab mama dah dapat tanda2 melahirkan adik.. memikirkan Aishah, mama tak sedar yang mama sedang sakit nak bersalin. Dan petang tu juga Amsyar lahir. Well tahun depan kakak dan adik sambut birthday serentak la pulak.. sorang 4hb dan sorang lagi 5hb May..

Aishah & Amsyar (its the best gift ever ^_^)

Aishah still dapat hadiah tapi bukan basikal, seperti biasa baba belikan Aishah doll, comey tapi tak setanding baby Amsyar.. hehehe..

Aishah ketika birthday 6 tahun..  (pink sesaje)

Pada 07.06.2014 pula ulangtahun kelahiran Aiman.  Bila tatap gambar Aiman teringat saat2 bersamanya walaupun hanya sebentar tapi ia masih terasa. Dan 15.06.2014 dah setahun Aiman pergi meninggalkan kami, sedih sebab tak dapat melawat pusara Aiman. Mama memang nak sangat pergi sebab dah lama sangat tak melawat tapi keadaan tak mengizinkan. Pedih sungguh terasa, rindu sangat.. Al-fatihah buat wildan mama, mama harap kita kan bertemu nanti.


  

  



Rindu Aiman..

thanks for reading this entry ^_^

8 ulasan:

  1. sanah helwah syg..sm bday ngn bakal suami la

    BalasPadam
    Balasan
    1. la yeke...happy belated birthday kat dia juga k ^_^

      terima kasih BK

      Padam
  2. Wow Happy Biirtjday buat Aishah ya. Wishing you all success and rewarding year ahead

    BalasPadam
  3. Amei conhecer o seu blog, já fiquei por aqui!!!Achei maravilhoso!!!Visite-me:http://algodaotaodoce.blogspot.com.br/
    Siga-me e pegue o meu selinho!!!

    Obrigada.

    Beijos Marie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I'd visit your blog, it's wonderful blog

      Obrigada.

      Beijos <3

      Padam
  4. Happy belated birthday aishah...semoga jadi anak yg solehah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin..InsyaAllah..

      terima kasih Nafisa81..

      Padam

cayalah sapa yang komen :)