Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Rabu, 27 Ogos 2014

Mesin jahit : Baju Melayu Sekolah Asyraf

Assalamualaikum w.b.t.

Semenjak dah ada mesin jahit, tiba-tiba rajin pula menjahit.. dah malas nak masuk office kerja part time. Mulanya nak belajar buat baju melayu Asyraf, iyalahkan baju raya Asyraf tak sempat nak buat hari tu. Kebetulan minggu lepas tengok baju sekolah agama Asyraf dah buruk dan senteng, this year tak beli baju baru. Petang tu kami pergi kedai pakaian untuk belikan baju sekolah tu, sayangnya disebabkan dah pertengahan tahun jadi stok baju sekolah saiz Asyraf dah takde. Jadi mama dapat idea, untuk buatkan baju sekolah Asyraf. Dah pandai potong baju cuma seluar tu tak pasti samada nak buat yang berzip atau yang bergetah tu je. Pagi sebelum pergi kerja minta maktok jahit tepi, kononnya nak minta maktok ajarkan bagaimana nak potong seluar, petang esoknya maktok dah potong seluar tu dan dia bagi ukuran untuk buat zip..ermm.. tak sempat nak belajar. Maktok kata dia tak sure nak ajar buat leher cekak musang tu, dia suruh mama cari guru lain.

Mana nak cari guru.. googlelah jawabnya, tapi susah juga sebab malas nak ukur2 bagai. Mama perhatikan jer pastu guna imiginasi jer. lantoklah nak jadi ape.

Kebetulan pengantin baru mai rumah, borak punya pasai salah potonglah pulak bahagian leher. Nak ukur balik malas nak ulang-ulang jahit tepi rasa cam rugi kain jer so ambil keputusan tampal je bahagian belakang tu.

ermmm...guane gayenye nak pebetoikan ni...


 sumber inspirasi datang membantu.... ^_^ (plezzz ignore the lubang idung thihih...)


 biar amsyar buat...
(si nonet ni suka kacau mama, kalau tak kacau dia buat muka bagi mama dia jiwa kacau..)

bahagian belakang yang salah potong tu, aku tampal.. ok tak?!!..


ginilah rupanya.. ok kan..kan..kan..?? 

Dah serupa baju kemeja dah Pakcik Nan cakap.. (pengantin baru) 


leher cekak musang.. terlebih besar lak..serta herot-berot.. tapi for beginner cam aku, kira oklah tu kan..kan..kan..


disebabkan aku ni jenis kurang sabor maka seluarnya aku buat yang jerut getah tu jer..hihihi..

model kau dipaksa ku terpaksa...

Alhamdulillah, baju sekolah agama tu akan dipakai hari ni, hari Isnin tak boleh sebab lencana sekolah takde, hari Selasa pula Asyraf demam..jadi hari ni baru dia pergi sekolah dengan baju baru. Mama yang terover-over suruh anak pakai baju tu, yang si anak soleh tu ikut jer.. Baba pula bangga dengan mama, katanya baba pernah mengharap sangat suatu hari nanti mama suka buat kerja orang perempuan, (kiranya impian baba terlaksalah tu) aik!! selama ni mama buat kerja orang lelaki ker. maksudnya, baba suka tengok mama minat menjahit, memasak dan takdelah asyik lepak kat office jer.. Baba bangga ngan mama.. Asyraf pun bangga, Aishah pula tak bangga langsung..(dengki la tu..hahaha) Bila mama cakap Amsyar bangga tak ngan mama, dia cakap "aaaa...am..am..am..am" maksudnya dia banggalah tu.. tanya Aishah sekali lagi.. Bangga tak ngan mama??  Banggaaaa sangat!!...   (ha'ah..banggalah sangat ye..)

Mama tertarik dengan artikal dari seruannabi yang di copy paste :-

Pernah suatu hari Rasulullah bersabda kepada anaknya Fatimah:
“Wahai Fatimah, setiap wanita yang menenun kain dan dibuatkan pakaian (untuk ahli rumahnya: suami dan anak-anak) Allah telah menetapkannya di tempat khas di atas takhta di akhirat.”
Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa ganjaran pahalanya sama seperti pahala memberi makan kepada 1000 orang yang sedang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.

Rasulullah juga pernah memberi jaminan dalam hadisnya yang bermaksud:

“Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang (menenun kain untuk pakaian keluarganya), Allah akan mencatatkan kebajikan terhadap perbuatan kebajikannya itu sebanyak jumlah benang yang ditenunnya dan Allah menghapuskan pula 100 perbuatan jahatnya (dosa-dosanya).”

Jadi kawan-kawan jom kita belajar menjahit ye.

Baba kata baju kerja baba pun dah buruk..hehehe.. ok, next project..Insya Allah..

thanks for reading this entry ^_^

10 ulasan:

  1. lepas ni boleh ler baju raya pula.
    heheh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...sudah semestinya.. ^_^

      Padam
  2. pandainya nita jahit. cantik jugak yang tampal kat belakang tu. kita ni ada mesin jahit pn xreti2 nak jahit baju. Nita mmg ada mesin jahit tepi ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. terima kasih..
      rasanya Azi kalau awak jahit baju lagi cantik sebab awak dah biasa jahit bag.. susahkan jahit bag tu, nanti nak belajar jahit bag ngan azi boleh??

      nita takde, mesin jahit tepi tu mak mertua punya..mak mertua memang ambil upah jahit baju.

      Padam
  3. hebat nita. terus jahit baju melayu cekak musang plak tu. saya ni masih takde keyakinan nak jahit leher cekak musang. heheh.. pastu kretif plak tu pandai cover yg dah tersalah gunting tu. Nanti kita share hasil jahitan sama2 ye. penah buka blogspot azima diy tak. kat situ byk dia share tutorial gak.

    = amsyar comel sgt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. taklah hebat mana, baru nak belajar..
      susahkan nak buat leher cekak musang, kita kena selalu praktis nih..saya pun suka tengok hasil kerja awak Lyd..awak pun kreatif juga.
      k, nanti kita share sama2 hasil jahitan kita..InsyaAllah nanti saya buka blog tu.

      terima kasih Lyd

      Padam
  4. tampak tampan dan elok Asyraf mengenakan baju melayu itu. apalagi memakai peci, duhh kereenn, hehe.. btw kalau di sini, nametag biasanya di sisi kanan dada, Nit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah..Alhamdulillah..terima kasih uncle zach..hehe

      owh..begitu..sekolah disini nametagnya sisi kiri..

      Padam
  5. Say no to cekak musang...hahaha....takut...selalu buat baju melayu teluk belanga je...
    ayah budak budak ni pun suka pakai teluk belanga. .rimas pakai cekak musang katanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..ikutkan memang nak buat teluk belanga tapi baju sekolahkan kena juga buat..kalau baju raya memang haruslah teluk belanga..

      senang sikit kerjakan tak yah nak fikir butang baju melayu letak kat mana...hehehe

      Padam

cayalah sapa yang komen :)