Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Khamis, 14 Ogos 2014

Mesin Taip @ Mesin Jahit

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin semua..

Lama tak update, yelah sekarang ni sibuk ngan baby plus no idea (alasan semata-mata) yang pastinya agak malas sekarang ni sebab banyak sangat faktor-faktor penyebab malas ni tambah2 laptop rosak, camera hilang.. (ye memang takde siapa pedulipun hehehe)

1st payment
Wokey, kalau nak tahu aku telah menerima bayaran dari nuffnang dan telah mengiktirafkan diri sebagai blogger hahaha..!! .tak banyakpun RM106.14 je itupun dah 5 tahun aku buat blog (nampak sangat tak ramai yang baca hehehe) Namun! aku sangat bersyukur kerana diberi rezeki dari Allah menerusi iklan yang terpapar di blog ni kann..

(so uolls plz click nuffnang iolls k! )


Thanks nuffnang.. I luv u     hihihi...






Turut terharu apabila menerima pujian dari Teacher Zana, alaa..Teacher Zana tu Guru Besar Aishah remember Nurul Aishah Binti Teacher Zana  top 3 dalam blog ni..ha terkejut juga masa jumpa dia sebelum raya hari tu, tiba-tiba dia tanya aku ada tulis blog tak, maknanya dia ada baca cerita tu. Dan dia tak ambil hati pun malah dia tak kisah, Teacher Zana mahu aku teruskan penulisan aku dan memberi semangat buat aku untuk pergi jauh dalam bidang penulisan ni. Aku memang bercita-cita nak jadi penulis tapi.. InsyaAllah kalau diberi kesempatan aku akan berusaha.. (takpe simpan dulu mimpi tu) Thank you Teacher Zana for your support .

Teringat masa kecik2 dulu, ada dua perkara yang nak sangat2 aku buat. Pertama nak jadi penulis dan kedua tukang jahit. Aku teringin nak buat novel dan reka pakaian. Abah aku, walaupun garang dan suka marah2 tapi dia tahu keinginan anak dia. Satu hari Abah dapat bonus kot (lupe dah), dia tanya samada aku nak mesin taip atau mesin jahit. Percaya tak, masa aku kecik aku reka baju aku sendiri siap letak reben lagi dan aku hanya jahit tangan (tak guna mesin jahit pun) akupun pernah buat doll aku sendiri almaklumlah orang susah macam aku mana ada duit nak beli teddy bear dan tulisan aku pernah masuk majalah sekolah (tak hebat manapun tapi aku berbesar hati sebab terpilih) Disebabkan aku suka menulis jadi aku pilih mesin taip. Banyak juga jasa mesin taip tu, dengan mesin taip tu aku buat surat mohon bantuan PIBG untuk yuran SPM dengan mesin taip tu aku jadi tukang tulis surat cinta..dapat upah RM2 (masa budak2 dulu gembira sgt dpt upah) dengan mesin taip tu jugak aku boleh menaip dengan laju (tak laju sgtlah ok2 jer.). Mesin taip manual taw naik kematu jari dibuatnya. Ah..nostalgia buat aku terseyum sendiri.

Dan! bulan Ramadhan lepas aku dapat idea nak jahit baju raya sendiri. Alkisahnya masa aku dalam pantang aku dok perati jer mak mertua aku menjahit. Dan untuk sekian kalinya aku bertanya padanya "Mak, kalau Ita nak belajar menjahit ngan mak boleh?" mak mertua aku yg baik hati ni layan jelah menantunya itu. Orang dalam pantang mana boleh menjahit...(kuikuikui...) Aku tengok mak mertua aku dah ada mesin jahit tepi.. Akupun bertanya lagi walaupun beberapa tahun dulu aku pernah tanya soalan ini. "Mak, dah tukar mesin baru erk..(baru kebende) mahal tak sekarang mesin jahit.?" Mak mertua aku jawab boleh tahan tapi dia ada agen (ntahlah aku nak panggil apa) orang yang menjual serta membaiki mesin jahit. Jadi mak mertua aku dapat beli murah sikit dari pasaran..camtulah. Mak mertua aku nipun macam mak aku jugak memahami. Dia pun ambil mesin jahit lamanya yang disimpan bawah katil. Mesin jahit dah diupgradekan dari mesin jahit manual ke elektronik. (cayalah..) Mesin tu berat.. punyalah baik hati mak mertua aku, siap beri pinjam kereta lagi untuk bawa mesin tu pulang ke rumah aku (berat kot mesin tu) Pesanan mak mertua aku "Kalau mesin tu rosak, hang toksah dok bega, bawa sini balik" - makna jangan nak repair sendiri..(kang jadi tikus baiki sampan kan..)

inilah mesen jahitnya.. masih elok lagi
Idea nak buat baju raya tu datang pada hari Khamis. Hari Jumaat aku call mak mertua aku nak buat baju bebudak tu nak guna berapa meter kain. Punyalah dia terkejut, dah suntuk kot.. Aku sms boss bagitahu ambil halfday pastu gi Nagoya, cari kain dan petang tu jugak aku minta mak mertua aku ajar..teruk betullah menantu dia ni, tengah nak memasak juadah berbuka diajak mengajar menjahit. Mak mertua aku ikut jelah kemahuan menantu dia tu.. actually mak tunjukkan cara, aku yg gunting. Abah mertua aku tegur "Ada mesin jahit ke nak menjahit ni?" Mak mertua aku jawabkan.."Ade..lahhh..." Aku lak menyengeh..."hihihi mak punya mesin" Mak suruh sambung besok, mak nak memasak takde masa nak jahit tepi... aku pun balik tapi sebelum tu aku nyinggah kedai Mefa untuk jahit tepi.. (kedai jahit sri rampai, tokey tu kenal hubby aku, masa kecik2 hubby aku rajin tolong mak dia jahit tepi kat kedai tu) Hubby aku suruh aku makan kain tu untuk berbuka puasa hahahaha.! nak buat camner, aku dah excited kan.. apa lagi beli jelah lauk kat pasar Ramadhan, nasi... Intan dah masak.. senang hidup kan..

Malam tu, aku start menjahit tapi lepas tidurkan baby. Susah juga menjahit ni, yelah 1st time guna mesin jahit tu. Dulu pernah guna mesin jahit manual tapi sekali jer, jahit telekung untuk mak aku, masa tu dok ngan cikgu2 sekolah rendah, menyewa bersama dan merekalah yg ajar aku menjahit, lama tu bebelas tahun lalu. Mesin electronik pula aku guna masa keje kilang jahit baju kemeja tupun sekejap. Lama gak aku study mesin jahit mak mertua aku, sedar2 dah pukul 5 pagi.  Tak tidurlah jawabnya dan lepas hantar anak2 tuisyen, aku sambung belajar gunting kain lagi dan belajar buat mata lalat ngan Ain, adik bungsu hubby.  Dan Akhirnya berjaya juga aku jahit baju raya aku, Aisyah dan Amsyar. Mak mertua aku kata Asyraf punya baju beli jelah lepas raya baru mak ajar gunting baju melayu.

ni baju aku...

baju Aishah


Baju Amsyar.. yang ni aku buat sendiri sebab tak sabar nak tunggu maktok ajar... kira oklah kan ada juga poket.. maktok cakap baju melayu lelaki kena ada pesak.. yang aku buat ni dah salah tapi takpelah yang pakai ni pun, budak tak bersalah kan..hehehe..


Amsyar dengan moyangnya dan Aisyah pula dengan sepupu-sepupunya..

Asyraf ngan baba dan pakcik Remy kat rumah atuk..

Nak aku huraikan kesimpulan cerita, sebenarnya aku mahukan kedua-dua mesin tu, tapi aku hanya boleh miliki satu mesin je dan kini aku dapat mesin yang lagi satu. Sesungguhnya Allah akan tunaikan permintaan kita cuma bila, bagaimana, dimana, itu rahsiaNya. Bagi aku walaupun tak hebat tapi aku dapat rasa impian aku tercapai juga, tulisan aku dapat komen yang baik (komen dari seorang guru yang aku kagumi) dan aku juga berjaya buat baju raya aku sendiri dan bonus buat aku juga sebab anak2 aku pakai pakaian yang aku jahit. Alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah..

thanks for reading this entry ^_^

10 ulasan:

  1. Alhamdulillah....jom kita belajar jahit sama sama...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..jom kita.. ^_^

      Padam
    2. jommmm.. tetiba nak join jugak. takleh jadi ni. tengok nita dgn yan dah mula jahit baju utk anak2. saya ni tak start jahit baju lagi.

      Padam
    3. jom.. jom...hehehe.. Lyd, saya tengok awak buat baju raya Luth tu yang berkobar-kobar nak buat baju raya Amsyar..

      Padam
  2. dari kecik dah pndai buat baju siap jahit tangan lagi . mmng mnat terpndam la tuh kan . hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..yelah tu kot :P

      Padam
    2. pyka tngin jgk nak bljar mnjhit , bljar buat baju sndiri tapi de masa nak pergi klas mnjhit lagi . hee

      Padam
    3. Pyka, belajar ngan youtube jer dulu...hihihi
      nanti kalau dah ada masa baru masuk kelas jahit k ^_^

      Padam
    4. pandainya nita jahit.. ok pe. kita ni reti jahit beg je tak pernah nak jahit baju... eh mesin jahit hitam tu memang tahan,,

      Padam
    5. hehehe... terima kasih.. Azi, kita baru nak belajar... saya suka tengok beg2 yg awak jahit cantik...
      ha'ah mesin tupun memang dah lama tapi jahitannya masih elok..

      Padam

cayalah sapa yang komen :)