Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Isnin, 18 Ogos 2014

Welcome baby - Muhammad Amsyar

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau tak cerita memang tak sah.. aku suka sangat nak berkongsi pengalaman ni. Betullah yang dikatakan setiap anak yang dilahirkan berbeza-beza pengalamannya. Turut menyampah dengar ayat dah nak masuk 4 takan tak reti-reti lagi.. please don't.. janganlah sebut ayat2 tu, terkecil hati ibu melahirkan, tambahan ibu tu ialah haku ok! Nasiblah nurse2 GHKL ni baik2 belaka ayat2nya bersabun..hehehe.. terima kasihlah wargakerja hospital dah 4 kali dah aku bersalin kat sana...Alhamdulillah takde masalah.

Ikut rekod Aiman dilahirkan ketika kandungan berusia 36 minggu dan disebabkan faktor umur kemungkinan adik Aiman akan lahir sama macam Aiman atau mungkin awal. So, aku apa lagi punyalah excited masuk je minggu ke 34 aku seronok tambahan pula kawan aku lahirkan twin dia masa umur kandungan 34 minggu. (ko pehal nak excited, anak ko single dalam tu ok!) Walaupun masa tu kawan aku punyalah takut nak lahirkan baby pramatang, aku lak lain citer.. Alhamdulillah kawan aku dan twin dia dah sihat, sekarang ni twin dia dah usia 6 bulan dah bambam...dan omey angat !!.. jelez aku sebab tak dapat twin hehehe... tahniah Norlin... 

Dalam benak aku tak pernah terfikirpun tentang risiko, yang aku tahu baby aku sihat. Dan setiap kali perut aku tegang aku tersenyum walaupun sakit, hingga ditegur dek Asyraf "mama kata sakit tapi ngapa senyum?" (senyumlah adik nak keluar hehehe...) Dan kerap juga perut aku tegang bila cek doktor, doktor cakap tu yang biasa2 je.. Owh...biase jer ek..(keciwa) 

Waktu malam paling tak selesa sampai aku suruh baby cepat keluar, cergas sangat sampai senak perut dibuatnya dan malam tu juga aku terfikir betapa baiknya anak aku sebab dia nak mama dia rasa kebaikan serta kelebihan ibu mengandung.. Alhamdulillah.. Takpelah mama kurang rehatpun takpe asal adik happy kat dalam tu.

5 May 2014, aku ada check up. Sampai je kat hospital bersalin hati aku terdetik teringat kenangan lalu. Aku jadi takut, tergambar saat-saat melahirkan Aiman. Aku terus berdoa pada Allah, aku mahu rasa sakit waktu bersalin sebab aku tahu setiap kesakitan tu akan gugur satu dosa. Aku tak mahu kesakitan itu berkurang tapi aku mohon agar Allah berikan aku kekuatan untuk tempoh rasa sakit tu. Masa buat detail scan doktor kata baby sihat dan nak jumpa lagi 2 minggu, aku ingat dah boleh balik tak sabar nak belikan basikal untuk Aisyah tapi nurse panggil untuk check dengupan jantung baby pula. Akupun baring sesekali perut menegang untuk elak rasa sakit aku tidur2 ayam bila buka mata ternampak senyuman hubby aku, dia tahu aku penat. Then doktor masuk bilik tu tengok carta dengupan jantung sambil tanya aku tengah sakit ker? Aku jawap adalah sikit2 rasa perut ni tegang tapi kerap. Doktor pun berborak ngan nurse dengar nurse cakap ni macam nak kena masuk labor room dah ni. Doktorpun kata nak cek jalan akupun terus gelabah hah! biar betul. First time aku cakap ngan hubby aku takut. Hubby aku lagi takut sebab dia tak pernah tengok aku setakut tu. Walaupun aku takut, tapi aku seronok, dalam jam 1 pm laluan dah buka 2cm terus masuk wad.

Kat wad pulak kesian takde katil, duduklah sorang2 kat sofa sementara tunggu katil. dalam jam 3 aku minta nurse cek laluan lagi sebab aku rasa tak selesa. Doktor cek dah buka 3cm then doktor offer painkiller. Mulanya aku macam nak tolak pastu aku ingat doa aku pagi tadi..hehehe oklah ambik jelah..pastu nurse datang bawa injection, adoi aku memang lemah bab jarum2 ni, ingatkan ubat makan tapi bila nak di compare ngan sakit bersalin, apalah sangat jarum halus tu kan tapi Ya Allah menjerit aku dibuatnya bila ubat tu masuk. Aku bertuah dapat nurse baik hari tu dia papah aku ke bilik rehat sebab ubat tu mengantuk aku pun tertidur lagi kat sofa tu. Sesekali nurse datang bertanya keadaan memang dah tak sakit sangat cuma mengantuk je. Dalam jam 5 camtu baru ada katil, sebab ubat tu masih ada lagi aku takleh nak jalan ke katil jadi nurse bawa aku ke katil naik wheelchair. Aku sambung tidur tiba2 hujan lebat, kuat bunyi guruh kilat sambar menyambar teringat suasana masa nak bersalin kan Aiman. Hubby talipon aku tak bagi sebab aku takut kena sambar petir pulak nanti. Aku dah mula sakit, nasib ada nurse lalu. Mulanya nurse nak bawa aku cek laluan guna wheelchair bila aku tunjuk isyarat tak larat nurse tu berlari panggil doktor pastu bawa katil beroda. Doktor datang berlari sambil sorang nak cek laluan lagi sorang cucuk tangan nak cari urat nak buat drip. Aku lak gigit jari tahan sakit. Bila dah lega sikit baru doktor dapat cek laluan terkejut doktor dah 8cm "How come hah?!" doktor tanya aku, aku lagi terkejut doktor lagi sorang say sorry pasal tak dapat cari urat. buat sakit tangan aku jer doktor ni. Aku dibawa ke labor room. Doktor suruh jangan teran lagi.. teran?? aku blur...sampai kat labor room macam2 diorang soal dan aku cam blur2 lagi. Nurse siap marah, awak ni nurse tanya takmo jawab.. aku cuma cakap aku letih (mungkin ubat tu masih effective) nurse cakap, "Yusnita awak tak boleh buat letih2 kesian kat anak awak sekarang teran.." (hah! alamak tak tarik nafas lagi..boleh) kali kedua dan ketiga teran.. dan Alhamdulillah baby keluar, aku masih blur nurse tu suruh selawat2 aku lak cakap Alhamdulillahh.. pastu baru sedar nurse suruh selawatkan hehehe..اللهم صلي على محمد. Pastu nurse letak baby atas dada aku.. skin to skin contact.. Ya Allah bersyukur sangat masa tu. nurse suruh buat baby nangis untuk matangkan paru2 baby. Kuat betul suara anak aku, pastu aku nampak lesung pipi kat dua2 belah pipi baby..macam perasan sangatkan aku ni, selamba jer aku cakap.. "eee,, lesung pipi, comel"(hahaha memang perasan betul mama ni kan)

Selesai sudah, dan sekejap jer.. Allah permudahkan proses bersalin.. Allah dengar doa hambanya.. Alhamdulillah syukur sangat. Seperti biasa hubby aku datang lepas selesai pertarungan (cewah pertarungan). Dan lahirlah seorang bayi lelaki seberat 2.46kg jam 6.12 petang..Dan kami namakannya dengan nama Muhammad Amsyar Bin Rushidi.

Muhammad Amsyar (pic selepas baby dibersihkan, 1st time bawa handphone dalam labor room)

Ni masa umur sehari.. disebabkan ramai tak dapat tengok amsyar lagi, bila orang tanya baba, dia cakap Amsyar macam mat saleh..hehehe..

encem tak caye..

Lain sikit muka dia dari adik-beradik yg lain sebab amsyar ikut baba dia, hidung mancung dan ada dua lesung pipi.

Seminggu jugalah kami duk hospital sebab Amsyar underweight dan doktor nak pastikan Amsyar betul2 sihat. Walaupun masa doktor periksa Amsyar, doktor cakap jantung amsyar berlubang tapi kecil dan kelihatan saluran darahnya seperti sempit tapi mama tak rasa sedih atau risau seperti mama terima laporan Aiman dulu. Baba jer yang mengalir airmata mendengarnya. Dan Alhamdulillah menurut doktor pakar, jantung berlubang tu adalah biasa dan akan tutup dengan sendirinya dan saluran sempit tu tak ada, segalanya normal menurut pakar..Syukur sangat.

Doa aku dimakbulkan Allah sebab aku memang nak sangat anak2 aku lahir hari Khamis dan Jumaat. Tapi bila aku terfikir tentang Rasulullah s.a.w lahir pada hari Isnin dan aku berdoa baby aku kali ni lahir hari Isnin dan Alhamdulillah Amsyar lahir pada hari Isnin. Semoga anak-anak aku mempunyai akhlak yang mulia seperti akhlak Idola kita Rasulullah s.a.w. Aamin..

thanks for reading this entry ^_^

24 ulasan:

  1. tahniah sista.tgh pantang la ni ye? sempat g bloging hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih May, actually akak dah habis pantang baru nak berbloging semula.. ^_^

      Padam
  2. Balasan
    1. Alhamdulillah... terima kasih Agus ^_^

      Padam
  3. Balasan
    1. Alhamdulillah... terima kasih Multi Ajaib ^_^

      Padam
    2. Alhamdulillah... terima kasih zach ^_^

      Padam
  4. kelahiran bagi saya merupakan sebuah keajaiban yang sangat luar biasa dari sang pencipta.
    ===================
    mengenal kelinci raksasa(FG)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subhanallah...
      benar tu Ahmad Musyrifin..

      Padam
  5. Tahniah Nita,
    Saya ikut bersyukur dan berbahagia atas kelahiran putera tercinta. Alhamdulillaah.

    Welcome Muhammad Amsyar Bin Rushidi! Semoga kelak menjadi generasi yang shalih dan berjaya. Aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...

      Aaminn...ya rabbal alamin..

      terima kasih zach ^_^

      Padam
  6. Congrats! Adorable baby...

    BalasPadam
  7. Tahniah dan Alhamdulillah..baby yg sangat comel..berkongsi pengalaman indah disini..tqvm Nita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..

      thanks to you too anajingga sebab sudi baca.. ^_^

      Padam
  8. tahniah nita.. mudah jugak bersalin tu tiga kali teran. sy dulu wlpn masa pecah air ketuban ngan keluar baby tak sampai 3jam tp sakitnya kuat sangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. dah dipermudahkanNya..
      tulahkan...kesakitan yang tak boleh nak ditolak..
      Awakpun dah nak bersalinkan, saya doakan Allah akan permudahkan proses kelahiran anak awak nanti Azi..

      Padam
  9. berdebar plak bila baca. mula2 rasa macam dah ready nak pregnant lagi, bila baca ni rasa mcm takut plak. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. rasa takut tu sekejap jer Lyd, biasalah tu.. tapi bila fikir baby mesti kita terujakan..
      Luth dah ready nak jadi abang ke Lyd ^_^

      Padam
  10. selamat datang de' semoga sehat dan bahagia selalu dan kelak menjadi kebanggaan orang tua, agam, bangsa dan pemimpinmu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaminn...ya rabbal alamin..

      terima kasih, Tuvli Hadi...

      Padam
  11. salam kak.. lama btul tak datang sini.. Alhamdulillah.. lahir lagi seorang khalifah di bumi Allah.. semoga membesar dengan sihat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam zizie..ha'ah rindulah ngan zizie..
      Alhamdulillah...Aaminn...ya rabbal alamin..
      terima kasih zizie ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)