Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Rabu, 3 September 2014

like father like son

Assalamualaikum w.b.t.

Antara empat beradik, Amsyar ialah satu-satunya orang tegur cakap muka ikut baba yang lain muka mama, betul ke... mama rasa semua anak mama sama jer, tapi bila perhatikan, adalah kot tang hidung, mulut ngan lesung pipi. Bila tengok gambar kat bawah ni, sama tak??

Sweet sangat kan... 

Baba suka letakan anak kat atas dada, tapi bila maktok nampak ni.. dia akan marah, hehehe kang anak takmo dok bawah nak berdukung jer kerjanya, takleh nak buat kerja apa2 nanti... (Amsyar ni maktok yang jaga..hehehe)

Baba tengah berborak ngan Aiman yang tengah tidur.. lepas tu baru dia letakkan Aiman kat dada dia..

Baba suka letak anak2nya kat dada. Kesemua anaknya akan tidur atas dada Baba, Baba rasa terkilan sebab hanya Aiman jer Baba rasa tak puas, nasiblah sebelum masuk wad KK8, Baba dibenarkan melawat Aiman dan masa tu Baba ambil kesempatan berbaring dan letak Aiman atas dadanya tapi sekejap jer sebab kebanyakannya yang jaga anak ialah ibu, Baba ada kat situ sebab Mama ke bilik air untuk mandi. Bila dalam wad KK8, Baba menitiskan airmata sebab tak boleh nak peluk lama Aiman. Tapi Allah Maha Kaya dan kini diberi lagi peluang kat Baba untuk rasa apa yang dia inginkan dengan anaknya.     

thanks for reading this entry ^_^

12 ulasan:

  1. yang di bawah photo Aiman ya Nita? saya terharu memandanginya.

    hanya doa selalu dari sini, semoga Nita dan keluarga, especially Aiman, bahgia sentiasa selamanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye, itu photonya Aiman..

      Amin... terima kasih atas doanya zach flazz.. ^_^

      Padam
  2. Alhamdulillah rahmat Allah pada ibu yang penyabar dan redha, digantinya yang serupa malahan InsyaAllah terbaik buat papa dan mamanya sebagai pendoa keduanya dari dunia hingga akhirat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...InsyaAllah...Amin..

      Terima kasih Mak Wardah ^_^

      Padam
  3. sweetnya :) sekurang2nya, berpeluang juga buat 'rutin' ye kak :) Al-Fatihah kepada arwah aiman :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..berpeluang juga..

      Al-fatihah...

      terima kasih Zizie Zack ^_^

      Padam
  4. jarang tgk bapak ada gaya tersendiri cam ni... bapaknya tido ke tu....? kang jatuh lak kang...

    nita lotion tu namanya ALLANO hand and body lotion keluaran AMWAY

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe... ha'ah tertido pulak bapaknya, nasib baik maknya nampak..sebelum ambil anak snap pic dulu... ^_^

      ok noted.. thanks Azi ..

      Padam
  5. nita, sama le dulu masa luth baru lahir, papa dia suka letka atas dada then nekwan dia marah dgn alasan yg sama la. takut budak tu tanak duduk kat bawah nak dukung je. hehehe... jeles lettew kan.

    BalasPadam
  6. memang iras raut wajah babanya..comel je di tidur..permata hati nita, salam ukhwah nita dari kak ana :)follow sini ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kak ana ^_^

      follow akak juga :)

      Padam

cayalah sapa yang komen :)