Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Khamis, 16 Oktober 2014

Aqiqah buat Asyraf

Assalamualaikum w.b.t.

Kisah Kambing Korban Untuk Ibu / Untuk Renungan Kita 

Ini kisah seorang penjual haiwan ternakan.

Setelah melayani pelanggan, saya melihat seorang wanita separuh umur sedang memerhatikan jualan kami. Dilihat dari penampilannya, ia seperti mahu membeli. Lalu saya menghampirinya dan menawarkan; “Sila kan puan" Dia menunjuk, “Kalau yang itu berapa harganya?” Wanita itu menunjuk pada kambing yang paling kecil. Kalau yang itu harganya RM300, jawab saya. "Harga paling diskaunnya berapa?" "RM250 bolehlah kak," harga sebegitu untung saya kecil, tapi bolehlah..“Duit saya cuma ada RM200, boleh ya…

Alahai… saya bingung, karena itu harga modal kami, tapi akhirnya saya berlembut. “Boleh lah kak…”

Saya pun menghantar kambing yang sudah dibeli oleh wanita itu ke alamat yang diberikan. Ketika sampai di rumah wanita tersebut.

Astaghfirullaah… Allahu Akbar, terasa menggigil seluruh badan demi melihat keadaan rumah wanita tersebut.

Wanita itu tinggal bertiga dengan ibu dan seorang anaknya di sebuah pondok amat buruk berlantai tanah. Saya tidak dapati katil untuk tidur atau baring. Yang ada hanya pangkin kayu beralas tikar lusuh. Di atas pangkin itu sedang tidur seorang nenek tua yang kurus. “Mak..bangun mak, ni tengok Sumi bawa apa." Perempuan tua itu terbangun. “Mak, Sumi sudah beli kambing buat emak qurban. Nanti kita hantar ke Masjid ya mak."

Orang tua itu terkejut, namun kelihatan bahagia. Sambil mengusap-usap kambing itu orang tua itu berucap, "Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga emak nak buat qurban." 

“Ni bang duitnya. Maaf ya kalau saya menawarnya terlalu murah. Saya hanya kuli, tukang basuh. Saya kumpulkan wang untuk beli kambing yang mau saya niatkan buat Qurban ibu saya…."

Ya Allah… Ampuni dosa hamba. Hamba malu berhadapan dengan hambaMU yang satu ini. HambaMU yang Miskin Harta tapi dia kaya Iman. Seperti bergegar bumi ini setelah mendengar niat dari wanita ini.

“Bang ni wang bayaran kambing itu!" panggil wanita itu,

“Takpa lah puan, biarlah bayaran kambing ini saya yang tanggung" 

Saya cepat berlalu pergi sebelum wanita itu perasan apabila melihat mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yang sudah mempertemukan dengan hambaNYA yang dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya.

Semoga Allah menginsafkan kita…

copypaste dari nuzulquran.com

Sungguh terkesan kisah itu padaku.. jadi akupun berusaha untuk memperbaiki diri. Kalau dulu aku selalu rasa tak perlu kot aku lakukan qurban dan aqiqah sebab aku bukannya mampu. Sungguh aku tak mampu tapi bila aku fikir balik. Tak salah aku mencuba dan tak perlu fikir bab mampu ke tak mampu. Aku tak pernah adakan aqiqah untuk anak2 aku, sebab aku memang tak mampu mungkin bagi sesetengah orang RM500 tu murah tapi tak bagi aku. Bila hati dah terbuka Allah bagi jalan. Dan Alhamdulillah.. aku dah berjaya aqiqahkan anak sulungku Muhammad Asyraf pada hari raya Qurban yang lepas iaitu pada 10 Zulhijjah 1435 bersamaan 5 Oktober 2014. Walau cuma 1 bahagian lembu.

Pemandangan dari atas, surau flat DBKL 1A. Asyraf melihat lembu yang dikongsi dikorbankan.. hanya ada 1 bahagian lembu untuk diaqiqah selebihnya untuk korban..

Kisah Kambing Korban Untuk Ibu itu lebih kepada memuliakan orang tua, tapi aku baca cerita ni selepas raya Qurban tahun lepas, tika itu aku terfikir tentang Aiman.. Bukannya bermakna aku tak ada hati nak memuliakan orang tua aku, malahan aku pernah mengalir airmata mengenangkan nasib abah aku yang teringin nak ke Mekah, walau sekadar mengerjakan umrah. Bila mak dan ayah mertua aku pergi ke tanah suci April lalu aku jadi sedih sebab abah aku tak dapat pergi walaupun ada yang merancang nak bawa dia pergi ke sana. Bila aku lihat wajah abah, hati aku jadi sayu. Hanya doa jer yang mampu aku pohon dari Allah semoga hasrat abah terlaksana. 

Sebenarnya idea Aqiqah di hari raya Qurban ni, abah yang berikan.. Disebabkan ramai yang dah balik kampung masa kenduri Iza dan Nan tempohari, ramai yang tak dapat balik raya, kebetulan ramai yang tinggal kat KL jadi abah buat keputusan datang KL dan sambut Aidil Adha bersama-sama kami. Kami semua tak sangka, Abah sanggup beraya di KL dari beraya dirumahnya hanya semata-mata tak mahu anaknya ambil cuti lagi. Abah masih lagi mahu berkorban untuk kami. Moga Allah beri kesihatan yang sempurna dan tunaikan hasrat Abah. Doa aku semoga Allah permudahkan usaha kami dan diberikanNya kesempatan untuk laksanakan impian abah. 


thanks for reading this entry ^_^

18 ulasan:

  1. berasa haru di hati membaca kisah kambing kurban untuk ibu di atas. betapa mereka menjadikan ibadah sebagai priority meski terasa sulit bagi kondisi financial mereka. dan pastinya, kita yakin Allah akan segera mengganti jumlah uang yang keluar darinya. terbukti bukan, saat si ibu akan mengeluarkan uang, si pedagang bahkan akan menanggung bayaran kambing. nanti pun si pedagang kambing akan mendapatkan pengganti dari Allah, Insya Allah.

    Indah sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan...saya malu pada diri sendiri.. Alhamdulillah.. diberi kesedaran..
      akan terus berusaha untuk perbaiki diri..InsyaAllah..

      Ya Indah sekali.. Allah tidak akan membebani hambaNya.. selagi kita ikhlas pasti ada jalannya..

      Padam
    2. yuk kita ikhlas selalu dalam setiap perbuatan kita Nit.

      Padam
    3. ayuh..bersama-sama...

      Padam
  2. oh iya tahniah buat Asyraf, sekarang sudah aqiqah, kemarin bikin satay banyak Nak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih...Alhamdulillah..

      hihihi..sebut satay mama dia yang terliur..

      tak buat satay tapi pihak surau dengan ahli2nya yang baik hati tu, masakan kari dan sup daging.. dan diagih-agihkan pada penduduk flat..

      Padam
    2. kalau di Indonesia, masakan kari daging kambing namanya tongseng.
      saya masak tongseng mahu cuba?

      Padam
    3. assikk...mau aja (upin ipin)

      Padam
  3. moga jadi anak yang soleh ,,amiin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..ya rabb..

      terima kasih cahyo jm atas doanya.. ^_^

      Padam
  4. zizie pun belum berakikah lagi. zizie kumpul duit sikit2 utk akikah diri sendiri skrg. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin... akakpun tengah usaha buat benda yang sama zizie.. ^_^

      Padam
  5. alhmdulilah termakbul sudah,..sedihbaca cerita tu.maaf kita dh lama tk update blog semenjak keja opishour ni..bz,...cuma update instagram je,...nita ada instagram takk..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...

      biasalah tu angah..saya tak ada instagram lagi.. nanti kalau ada saya follow angah boleh..

      Padam
  6. malu dengan diri sendiri bila baca kisah mcm tu.,

    BalasPadam
  7. tahniah sebab nita berjaya juga buat aqiqah utk asyraf. Kesan drpd cerita korban utkk ibu tu. Tentang abah nita pulak, insyaAllah jika tiba turn dia nanti, bila Allah yang menjemput dia untuk jadi tetamu di tanah suci, abah nita akan dapat pergi, mungkin daripada cara yang tidak disangka2. Siapa tahu rezeki Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih..Alhamdulillah berjaya juga..
      InsyaAllah..sayapun terfikir juga, mungkin belum masanya, abah saya dijemput untuk menjadi tetamu di tanah suci tu... Harapannya begitulah Lyd..

      Padam

cayalah sapa yang komen :)