Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 24 Oktober 2014

Besarnya pengorbanan mu wahai anak..

Assalamualaikum w.b.t.

Saya pernah terbaca blog sahabat tentang pengorbanan anak, sebagai ibu yang bekerja saya selalu menyangka yang saya ni telah buat pengorbanan buat anak2. Yelah kononnya nak keluar bekerja membantu si ayah. Tapi silap yang sebenar-benarnya yang terpaksa berkorban tu bukan ibu tapi anak. Sedihkan.. anak yang sepatutnya menerima kasih sayang ibu 24/7 tu terpaksa korban waktu mereka hanya semata-mata nak beri ruang untuk si ibu keluar bekerja. 

Dah bertahun saya buat kerja macam tu, nasiblah anak2 tak menjauh. Dulu selalu kerja 9-6, lepas tu sambung kerja kat tempat lain 6-10, kadang2 tu Sabtu dan Ahad pun kerja. Mulanya nak bantu hubby pastu bantu kawan. Anak2 juga terbiar, dan Alhamdulillah sekarang hanya tertumpu kat satu kerja je. My hubby pun tak mahu saya keluar kerja lagi. Yang sebenarnya apa yang saya tertarik nak kerja part time ni bukan sebab gaji sahaja tapi sebab nak buktikan yang saya boleh buat kerja kat tempat lain. Ialah dah lama saya bekerja kat tempat kerja saya sekarang, sehingga saya rasa macam saya ni tak layak untuk kerja tempat lain. Bila saya buat part time dan saya rasa saya diperlukan maknanya saya masih layak untuk tugasan tu. Bukan niat nak meninggi diri tapi sekadar nak menyedapkan hati sendiri.

Ingat tak entry aku tolak rezeki ke atau memang itu bukan rezeki aku, sebenarnyakan saya selalu terfikir ada tak lepas ni orang nak ambil saya bekerja. Tak sangka beberapa bulan lepas saya kecewa sebab tak dapat kerja tu saya diberi rezeki anak. Mengandunglah pulak. Jadi rezeki Allah tu bukan sekadar wang ringgit jer anak pun rezeki juga. Dan tiba-tiba ada seorang auditor kat kawasan office tu ketuk pintu office dan offer saya buat part time kat office dia. Walaupun gaji yang ditawarkan tak sama macam kat office sebelumnya tapi saya terima sebagai satu cabaran. Saya nak uji diri saya sendiri. Mampu tak saya laksanakan tugas saya. Tapikan masa tu perut dah besar, disebabkan auditor tu desperate sangat maka dia ambil juga saya bekerja. Saya digelar "Independent account" (ada ker nama jawatan cenggitu?) Asyraf dan Aishah dah bersekolah jadi takde masalah baby sitter, balik sekolah diorang akan lepak kat office part time tu. Boss memang jarang masuk office, takde cleaner office tu memang berabuk. Ingatkan nak buat kat rumah, masalahnya komputer pula rosak. Jadi terpaksalah buat kerja kat office. Masa saya sarat mengandungkan Aiman dan masa tu jugak peak season nak buat account dan saya selalu balik malam. Kadang2 kami dinner anak beranak kat dalam office tu. Nasiblah hubby dan anak2 faham. My hubby dah suruh berhenti tapi saya nak selesaikan kerja dulu baru berhenti. Selesai beberapa account dalam bulan Jun 2013 saya bersalin.  Tapi Allah lebih sayangkan anak saya maka Allah pinjamkan sekejap jer anak yang saya namakan Muhammad Aiman. For sure saya memang menyesal buat part time masa tu sebab mak bidan cakap salah satu sebab anak sakit jantung sebab mak dia paksa diri untuk bekerja keras. Bila saya fikir balik ada logiknya sebab doktor2 selalu nasihatkan supaya saya banyak berehat. Mulanya saya nak berhenti tapi bila saya dengar ada account urgent nak kena selesaikan dan boss part time tu minta tolong sebab memang masa dah suntuk sangat so saya teruskan bekerja lagipun takde baby yang nak dijaga masa tu. (ko tak fikir pun pasal Asyraf & Aishah kan..hehehe)

Dulu masa mengandungkan Aiman, saya buat kerja sampai malam tapi lepas Aiman pergi saya hanya bekerja hari Sabtu dan Ahad jer. Itupun masa Asyraf dan Aishah pergi tuisyen dan Ahad pula mereka akan temani saya kat office jadi masa dengan anak2 ada. Dan tetiba jer saya terigin nak makan nasi briani, saya teringin nak makan sehingga saya mengalir air mata bukan sebab kesedapan nasi briani tu tapi sebab saya teringat masa saya mengandungkan Aiman hari2 saya nak makan nasi briani walaupun masa tu my hubby dok ngidam laddu. Rupanya saya mengandung lagi. Disebabkan boss part time saya perempuan dia ok jer malah tumpang gembira. Kali ni awal sikit saya bersalin dan lepas bersalin, habis pantang saya masuk office part time seminggu untuk selesaikan tugas yg tertunggak dan office permanent seminggu awal sebelum cuti bersalin habis. Saja masuk awal sebab nak ambil cuti panjang untuk sambut raya.

Sebelum raya saya cuba selesaikan tugasan, dan terpaksa bawa si kecil kat office.

  
mulanya Amsyar tidur atas meja tapi dia lasak sangat so saya pindahkan kat bawah..

 
kesiankan baby ni....kat sini jugalah tempat kami anak beranak makan..
kami buat macam rumah sendiri. 

comel tak muka amsyar..muka nak suruh tukar lampin..hihihi 
(umur amsyar masa ni tak sampai 2 bulan lagi..)

baik jer 2 beradik ni tunggu mama buat kerja..

Amsyar baby lagi jadi tak susah sangat jaga, cuma sekali sekala kena bagi breastfeed kat dia. Tergelak si kakak tengok mama buat kerja sambil menyusu baby katanya sama macam maktok sambil masak dukung amsyar kat bahu. 

Sekarang ni dah tak kerja part time, bukan berhenti terus saya akan kerja kalau boss perlukan saya. Sebenarnya dia tak kisah kalau saya nak kerja walaupun sekarang dia ada practical student untuk bantu dia cuma saya jer liat nak kerja semenjak ada baby ni.

Dapat spent masa ngan anak2 best juga, walaupun kadang2 tension sebab bila anak dah mula membesar perangai diorang memang susah nak dikawal. Moga Allah bagi saya kesabaran untuk mendidik anak2 saya.

3 beradik nonton tv, si kecik tu cam faham jer..


Amsyar dah minat nak main game dah ni... 


 baca buku ngan kakak..

Asyraf baru nak belajar dukung adik.. kakak dah lama pandai.. (sayang anak2 mama)

Pantas masa berlalu dah 5 bulan dah umur Amsyar. Asyraf dan Aishah dah besar dah boleh diharap. Syukur pada Allah sebab beri rezeki anak yang baik seperti mereka. Moga mereka kan menjadi anak yang soleh dan solehah serta tinggi akhlaknya..amin.

Terima kasih Asyraf, Aishah , Aiman dan Amsyar kerana sudi berkorban untuk mama. Sayang kalian sangat-sangat.

thanks for reading this entry ^_^

10 ulasan:

  1. nanti Insya Allah nak baca lagi. mahu shalat jumat dahulu ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok, tunaikan kewajipan dulu... ^_^

      Padam
  2. demikianlah, maka saya melakukan sujud syukur saat isteri tidak diterima bekerja (hehe) pada saat itu. dan hamdallah, istri saya pun eksis di rumah untuk membesarkan anak-anak. memang ahirnya istri sayalah yang berkorban demi anak-anak, tapi itu pilihan yang terbaik.

    BalasPadam
  3. kak nita .. yaallah cepat nye mase berlalu now akak da ade baby lagi. woot woot yes itu dinamakan rezeki allah .

    akak x rindu na? ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah..Na, dah dua kali dah akak dapat baby... :P

      Betul tu Na.. Rezeki Allah..

      Rindu sgt2, welcome back Na ^_^

      Padam
  4. wah lucunya baby nya, semoga cepet besar dan bahagiain ortu. Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..ya rabb..

      terima kasih kabardekatcom ^_^

      Padam
  5. Alhamdulilah semoga cepet besar dan jadi anak yang sholeh ya nak... Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...Amin ya rabb..

      terima kasih Yuliono Gundul ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)