Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Rabu, 8 Oktober 2014

Dan bertemu jua jodohmu........

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau dah jodoh, tak kemana..

Kami lahir dalam keluarga yang besar dan sudah pasti antara kami tak semua bertemu jodoh awal. Macam orang kata.. langkah bendul.. tapi tidaklah kami ikut adat sampai tak kawin selagi kakak tak kawin. Buat apa dihalang kalau jodoh tu sampai. Kan jodoh tu datangnya dari Allah, cuma masa dan dimana ia datang kita tak tahu.

Abang aku kawin diusia remaja, bukan masa sekolah menengah tapi seawal sembilan belas tahun kot..(ingat2 lupa) tak pelik tapi manusia suka berkata-kata.. dan aku taklah awal dan tak juga lewat sangat. Tapi adik aku Iza belum bertemu jodohnya walaupun 4 orang adiknya sudah berkahwin malahan dah menjadi ibu. Pasti Iza kecewa, bila adiknya yang berbelas tahun beza umur darinya kawin dulu.  Biasalah manusia kawin awal dipersoal, kawin lewatpun dipersoalkan juga. Bagi yang tahu dan mahu terima hakikat jodoh tu hak Allah memang tak kisah tapi bagi yang lemah pasti kecewa.

Bukan nak cerita tentang keburukan tapi nak mengkagumi kebesaran Allah. Iza pernah bertunang beberapa kali dan paling menyedihkan pertunangan diputuskan di hari yang sama adiknya dirisik. Setiapkali ada majlis kawin adik-adiknya, pasti ada makcik2 bertanya "awak bila lagi?.." sebagai kakak memang sedih melihat air mukanya... yang senyum tapi pandangan mata seolah kecewa.

Kemudian adik lelaki Iza pula bertunang ingat tak lagi dua tahun lepas..menyunting bunga di taman orang... masa tu Nan adik Iza bertunang tapi Iza tak ikut serta masa majlis pertunangan tu. tapi masa merisik Iza ada. Seperti Iza,  walaupun dah bertunang tapi Nan dan pasangannya tak juga bernikah sehingga Eyda bertunang dan kemudian bernikah. dan hampir setahun kemudian barulah Nan dan pasangannya Liza, diijabkabulkan pada 2 August 2014 bersamaan 6 Syawal 1435.


Hari penuh debaran...

Majlis pernikahan mereka serba sederhana, yang dihadiri ahli keluarga serta sahabat yang rapat serta jiran tetangga. Yang penting mereka telahpun disatukan dengan ikatan yang sah. Tiada lagi penantian dan sekarang mereka saling melengkapi.



Dan paling gembira sebulan selepas Nan bertemu jodohnya, kini jodoh Iza pula menyusul. Siapa sangka lelaki yang menyunting Iza ni pernah melamar Iza dua tahun sudah, namun akhirnya berjaya juga si dia memenangi hati Iza.


Kali ni, Iza bertunang pada hari pernikahannya. 2 in 1. Alhamdulillah dengan sekali lafaz. Iza sah menjadi isteri Fazil. Mereka selamat diijabkabulkan pada 1 September 2014 bersamaan 6 Zulkaedah 1435.

Majlis pernikahan Iza mestilah dibuat kat rumah abah, Majlisnya pun kecil sahaja, namum meriah. Iza bertuah sebab ramai makcik2 datang memeluk dan memberi nasihat padanya. Nampaknya bukan kami sahaja gembira bahkan makcik2 kat pasar tu pun turut gembira. Sempat aku tegur sorang makcik tu, ingatkan jiran kami rupanya kenalan Iza, makcik tu cakap dia 3 sekawan nyapu sampah kat pasar, dia kenal sangat Iza, pada mulanya aku ingatkan kawan mak rupanya kawan Iza. Sungguh terharu tengok Iza dimajlis tu, dia dikenali oleh pelbagai lapisan masyarakat. Berbeza dengan aku, tak ramai yang kenal pun.

Cantikkan Iza...

Bersyukur sangat akhirnya bertemu jua jodohya. Aku doakan adik-adik aku, bahagia bersama pasangan masing-masing di dunia dan juga di akhirat.

Selain Intan, Iza adalah anak manja mak, pasti mak juga gembira melihat Iza sekarang. Rindu mak..Al-fatihah.

Jom layan gambar.... tak banyak gambar, almaklumlah, ada anak kecik.. tak sempat nak buat apa2..cececeh...alasan..


4 sekawan, Eni dan Eyda bersama sahabat karib mereka.. Si Bedah dan perutnya... sekarang Bedah dah jadi mak dah, baru je selamat melahirkan seorang puteri.. 

Pelamin ni, Nal dan kawannya yang buat.. cantik kan?.. tapi sayang tak sempat daku nak bergambar kenangan namun, happy bila tengok jiran2 ambil gambar kenangan. Rasa bangga dengan hasil kerja adikku buat kakaknya tersayang. 

Tak dapat bergambar ramai-ramai, sebab masing-masing sibuk dan abah pula tak beberapa sihat.

   
Malu-malu... mereka tak kenal sangat..

   Pengantin baru juga, baru sebulan bernikah.. tapi mereka sporting .. pengantin lelaki dah makan dulu, sebab diapun tenaga kerja untuk majlis kakaknya..tapi kami paksa dia makan sekali lagi..

Masa makan beradap ni, jenuh panggil Nan suruh tukar baju pengantin, kami nak raikan mereka juga. Nan sibuk basuh pinggan masa tu, siap tolak lagi pelawaan cakap dia dah makan..Bertuah betulkan budak tu, boleh dia biar isteri dia sendiri..nasiblah si Liza ni pandai bawa diri..(kebetulan nama adik ipar hampir sama ngan kakaknya.

Terima kasih buat sahabat2 dan jiran tetangga yang sudi membantu, dari dulu hingga kini mereka semua tak jemu2 menghulurkan bantuan buat kami sekeluarga hanya Allah sahaja yang dapat membalas setiap budi yang ditabur.

Seperkara lagi yang mencuit hati aku, siapa tahu rupanya, adik ipar aku yang baru ni, adalah adik kawan aku. Dan kami pernah berjiran. Kami pernah berkawan di zaman kanak2 dulu. Dan Abang Fazil pula satu sekolah dengan aku. Kebetulan Nain, abang Fadil adalah admin group whatsapp untuk geng sekolah kami, Geng SeMeKeMe..(Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab) Sebenarnya geng kami baru jer buat reunion hari raya keempat haritu tapi aku tak dapat join, walhal mereka jumpa dekat ngan rumah abah aku. Aku balik KL awal. Dan pasti geng SeMeKeMe ingat aku sombong sebab tak ajak diorang datang majlis perkahwian adik aku dengan adik admin. Sebenarnya aku dah lama tak buka whatsapp sebab aku sekarang pakai hp hitam puteh..hehehe.. "harap geng SeMeKeMe..jangan kecik ati yak..koi kelam kabut masa tu, bila abih majlis baru teringat kat aok seme..Nainpun koi tak sempat negor..tapi isteri Nain, koi tegur.."

Begitulah kebesaran Allah. Dalam masa yang begitu singkat, telah terjalin beberapa ikatan. dan sebenarnya daku bukan penglipurlara jadi tak reti nak bercerita. Apa yang cuba disampaikan ialah begitu satu penantian tu penuh dugaan tapi jika bersabar maka bahagia pastikan menjelma. Buat masa ni, apa yang aku lihat, Iza begitu bahagia dengan hidupnya sekarang. Doaku semoga ianya kan kekal bahagia hingga ke jannah..

Buat Iza, jadilah isteri yang solehah dan buat Nan jadilah suami yang soleh dan bertanggungjawab..

"Selamat Pengantin Baru Adik-Adikku"



thanks for reading this entry ^_^

17 ulasan:

  1. waalaikumsalam, jodoh memang rahasia ALLAH, namun manusia wajib berikhtiar untuk mendapatkannya.....selamat buat Iza, semoga menjadi keluarga yang sakinah mawaddah wa rahma..langgeng bahagia hingga kakek nenek,
    keep happy blogging always...salam dari Makassar, Indonesia :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul betul
      #ingat Upin Ipin

      Padam
    2. Amin..terima kasih doanya Hariyanto... ^_^

      ye zach..betulbetulbetul... :P

      Padam
  2. Walaikumussalam. Tahniah dengan Wedding occassionnya. Kalau bukan kerana izin dari ALLAH SWT tidak akan ada pernikahan. They will never be able to get married without Blessing and permission from Allah SWT. Pelaminnya bagus sekali. Very cool

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...ye Asep setuju, semuanya dengan izin Allah..

      terima kasih ^_^

      Padam
  3. Turut bersyukur, tahniah, yang sangat berbahagia atas pernikahan Iza, juga Nan, semoga berjaya sentiasa, dunia dan akhirat. Memang tetaplah misteri Ilahi dalam penentuan jodoh dan pasangan. Tapi pasti dengan jalannya masing-masing. Sekali lagi tahniah, success selalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu zach...memang itu ketetapanNya..Alhamdulillah..

      terima kasih zach ^_^

      Padam
  4. Balasan
    1. betul tu yan..Jodoh tu rahsia Allah.. ^_^

      Padam
  5. Alhamdulillah.. semoga berkekalan selama2nya. :) kalau dah jodoh, pasti ada dan takkan kemana :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...amin ya rabb...Insyaallah..kalau dah jodoh pasti ada dan takkan kemana..betu tu Zizie ^_^

      Padam
  6. bertuahnya abah nita dpt 2 menantu sekali. tahniah utk nita juga dan iza dan nan. cantik pelamin yg nal buat tu. iza tu mesti dah banyak bersabar bila selalu kena tanya soalan yg sama drpd org lain. Akhirnya sampai juga jodoh dia. Alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..terima kasih Lyd..
      betul tu memang dia banyak bersabar kadang tu bila orang tanya dia boleh buat lawak je dengan soalan cepumas tu..
      kannn..sampai juga jodohnya.. Alhamdulillah..syukur sangat2

      Padam
  7. Happy wedding day mudah-mudah menjadi keluarga yang SAMAWA (Sakinah, Mawadah, Warohmah), hehe salam kenal dari Kota Tasikmalaya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...aminn..
      terima kasih Ai Wida.. salam kenal juga ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)