Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Isnin, 24 November 2014

Bubur Nasi untuk Amsyar...

Assalamualaikum w.b.t.

Tak tahulah rasanya macam sekali dua je kot masakkan bubur untuk Asyraf dan Aishah masa diorang baby. Tengok macam diorang tak suka jer terus continue bagi nestum atau makanan baby yang dalam botol tu. Teruk je rasa bila fikirkan masa lampau. Tapi sekarang dah ada kesedaran dah sikit Alhamdulillah, tapi still guna nestum jugak mula-mula kat Amsyar. Amsyar dah 6 bulan, sekarang dah start nak makan.. kalau tengok orang makan mulut dia mulalah macam mengunyah kadang-kadang kesian tengok dia tadah tangan minta...hehehe..

Syukur Alhamdulillah diberi kesempatan lagi jadi ibu pada baby. After 7 years memanglah cam kekok.. bila orang tengok mama ni dah macam Amsyar ni anak sulung pula lagaknya. Memang tak hairanlah ramai yang bertanya anak sulung ke? Pastinya mama akan sentiasa belajar nak jadi ibu yang terbaik buat semua anak mama. Oh ye, mama rasa bersyukur juga sebab kali ni diberi juga peluang menyusu anak lebih dari sebulan. Walaupun dah bercampur susu formula Amsyar masih lagi menyusu badan.

Berbalik kisah asal, semalam tengah buat kerja, kepala dok fikir apa nak masak malam ni untuk anak2. terus google macamana nak masak bubur walhal dalam buku biru baby dah ada panduan. 

Dalam banyak2 resepi satu jer mama suka. Tapi standardlah bila petang nak beli barangan masak alamatnya yang mana ada jelah tambah2 yang membeli si baba. Suruh beli ikan tenggiri dibelinya ayam.. sonang koje pastu suruh beli brokoli dibelinya bunga kobis jadi bertukarlah resepi kejadahnya kan..

resepi asal ialah bubur nasi ikan tenggiri dan mama masak bubur nasi ayam simple..

bahan2:
2 genggam beras dibasuh bersih
2-3 bunga kobis.(asalnya brokoli)
setengah batang carrot.
daging ayam sikit (ikan tenggiri 1/4)

cara2 masak :
1. masak nasi sampai kembang.
2. masukkan ayam, carrot ngan bunga kobis..
3. dah empuk siap utk diblend..

kredit kat mama qaisara, mama amsyar copy paste resepi tapi ada banyak pengubahsuaian..kikiki


 Kempisnya perut Asyraf.. Aishah ni wayang je lebih...

Masa nak bagi semalam risau juga tapi Alhamdulillah Amsyar makan habis. Asyraf dan Aishah pun suka tapi mama tak blend diorang punya. Meraka tambahkan kicap sikit bagi ada rasa. Masak sikit dah berebut pula dengan Intan.. pun begitu mama rasa bangga sangat bila tengok anak2 berselera makan masakan mama. So today mama masak lagi tapi lebih sikit supaya diorang tak berebut hehehe...

 Gambar Amsyar makan bubur nasi takde.. ni Amsyar makan ceri...

(seriously menyesal bagi Amsyar ceri.. Amsyar tak boleh tidur sebab perut sakit.. Astaghfirullah..tapi Alhamdulillah Amsyar ok keesokannya..pengajaran buat mama..)

Amsyar ngan Intan..sebelum nurse kasi injection 6 bulan..happy jer...

Si Amsyar ni suka maksu Intan, sebab maksu Intan suka bawa Amsyar keluar rumah tengok kanak-kanak bermain kat padang waktu petang. Kalau maksu Intan nak keluar Amsyar mesti tegur maksu Intan dengan harapan maksu Intan akan bawa dia sekali.


thanks for reading this entry ^_^

10 ulasan:

  1. Balasan
    1. u r welcome zach.. tapi arien dan agree suka makan bubur tak?

      Padam
  2. amboi Amsyar rupawan benar.
    Regards untuknya, Nita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...

      terima kasih zach ^_^

      Padam
  3. Koi ni asal masak bubur je...hangit...hehhehe...pelupa sungguh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...masak dalam rice cooker ajelah.. ^_^

      Padam
  4. Cerdiknya dah pandai tegur maksu utk ajak masu keluar.

    Bila anak makan apa yg kita masak, rasa puas dan hepi sgt kan nita?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah..dah biasa agaknya maksu bawa keluar..

      betul tu lyd.. rasa puas hati dan hepi sangat ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)