Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Selasa, 11 November 2014

Surat Untuk Pakcik

Assalamualaikum w.b.t.

Saya pernah dengar kawan saya hantar anaknya pergi rumah kawan sekolah anaknya. Sama ada membuat kerja sekolah atau hadiri jamuan atau sekadar lepak. Dari segi  positifnya sekurang-kurangnya kita kenal siapa kawan anak-anak kita dan siapa ibubapa kawan-kawan anak kita.

Sekarang tiba giliran saya pula. Saya tak galakkan sangat tapi sekali sekala tu bolehlah. Yang jadi tukang hantar bukan saya tapi babanya. Pernah sekali baba hantar Asyraf pergi rumah kawannya. Lama juga Asyraf minta baba hantar tapi macam-macam alasan baba beri tak juga dapat pergi sebab kesian baba bagilah sekali Asyraf pergi rumah kawannya bermain. Tapi sekali tu jelah. Jauh juga rumah kawan Asyraf, kami duduk Setapak Jaya, kawan Asyraf kat Gombak memang bercintalah nak bawa dia kesana.

Tiba-tiba semalam, masa baba jemput Asyraf balik dari sekolah baba terserempak dengan Khairul, kawan Asyraf yang tinggal kat Gombak tu. Khairul minta izin baba hantar Asyraf ke rumahnya hujung minggu nanti. Ala... serba salah baba dibuatnya tapi InsyaAllah baba kata nanti dia bawakan. 

Bila baba baritahu Asyraf, kegembiraan Asyraf.. cepat-cepat Asyraf capai beg sekolahnya dan hulurkan sepucuk surat buat baba dari teman baiknya Khairul.




hehehe...comel kan ^_^

Nak tak nak hujung minggu ni baba kena hantarlah Asyraf kan..


thanks for reading this entry ^_^

25 ulasan:

  1. EMM SUSAH KAN? SERBA SALAH
    TP SEKURANG2NYA KIAT TAHU MANA ANAK KITA PEGI
    DGN SIAPA DIA BERKAWAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tiada berkawan, mana bisa Nita married dengan babanya Asyraf kan? hehe...

      Padam
    2. Memang serba salah dibuatnya Irfa.. itulah sekurang-kurangnya kita tahu siapa kawan anak kita.

      Padam
    3. kalau dah jodoh zach.. :P

      Padam
  2. hehehe, seronok dan... mengharukan.
    sebuah expression nan teramat kanak-kanak dan polos.

    ahai, jadi baba main PS2 pula tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam comel jer kan..

      baba dia memang suka main PS2 tu pasallah Asyraf pun minat.. jadi takleh nak halanglah minat si Asyraf..asal pelajaran tak ditinggal kan ok aja ^_^

      Padam
  3. Ala sedihnyeeee.... Saya kecik2 dulu memang slalu g rumah kawan2 kak... Parents dorg pun dah rasa mcm parents sendiri... Sampai sekarang kami masih rapat macam anak beranak dah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. cian kan...akakpun sama kot masa kecik2 dulu tapi rumah kawan akak tak jauh..kena bagi kebenaran jugalah kat anak2 kita tapi kena tengok masa jugaklah kan.. takut mengganggu pula ye dak.. ^_^

      Padam
  4. hihihihi.. lawak la... xpela.. dua2 minta cara yang baik tu.. alang2 tu, jalan2 la satu family kak :D

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. hehe.. pandaikan diorang.. ^_^

      Padam
  6. Salam kenal Nita. Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. salam kenal juga Ilham Nurhamzah.. ^_^

      saya pasti zach dah kenal dengan Ilham Nurhamzah bukan.. :D

      Padam
  8. bagus budak ni...siap mintak izin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannn..memang bagus budak ni.. ^_^

      Padam
  9. Sweetnya.. tersenyum sendiri bila baca. Makin besar, makin mcm2 keletah anak2 ni kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Lyd.. macam2 keletah diorang ni ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)