Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Khamis, 25 Disember 2014

Akhirnya Aishah dapat perhatian mama...

Assalamualaikum w.b.t.
Kisah Keajaiban Bacaan Bismillah
Antara empat beradik, Aishah adalah anak yang berdikari. Dia berani, dia juga ramah, cuma dia kuat cemburu. Dia pandai ambil hati tetapi dia juga suka buat orang sakit hati. Dia suka mendesak dan agak kasar. Suatu hari dia demam serentak dengan adik tapi mama lebih risaukan adik. Aishah mahu dilayan macam baby, apa yang mama buat kat Amsyar dia pun nak juga. Memandangkan dia sama tinggi dengan abang, dan kelihatan matang, mama lupa yang dia masih berumur 7 tahun dan perlu dilayan baik. Kadang-kadang Aishah sengaja cakap dia demam hanya semata-mata nak mama basahkan kepalanya. Aishah selalu mengadu sakit tekak, dia selalu suruh mama bawa dia ke hospital. Tapi mama pula hanya bagi dia ubat demam. Demam Aishah tak menentu kadang-kadang ok kadang-kadang tak. Aishah suka buat Asyraf marah, mereka kalau bergaduh mesti ada adengan pukul-memukul dan pastinya Aishah yang memulakan dulu. Kadang tu mama dah tak larat nak tegur jangan suka memukul nanti jadi pembuli. Allah tak suka kekerasan dan bila Aishah kena balik dengan Asyraf memang dia akan menangis sekuat hati dan buat2 muntah. Tapi yang keluar hanya air liur. Mama paksa dia lap balik. Disebabkan selalu sangat dia buat macam tu. Mama dah tak kisah bila dia mengadu yang dia muntah.

Hinggalah pagi Khamis tu, Aishah mengadu dia dah muntah. Mama tak pandang muka dia dan cakap gi ambil kain lap masa tu mama sedang uruskan Amsyar. Tiba-tiba Asyraf jerit "Ma! ngapa mulut Aishah berdarah," mama hanya suruh Aishah berkumur sebab memang kadang-kadang mulut Aishah berdarah sikit sebab Aishah tak suka gosok gigi, dia paling susah nak gosok gigi hingga ada juga giginya mereput. Lepas tu Asyraf bising lagi.. "Ma, apa ni?" Bila mama tengok Ya Allah, darah dari mulut Aishah tumpah kat toto sekali dengan ketulan darah, apa lagi mama tinggalkan Amsyar terus berlari pergi ke bilik air peluk Aishah, rasa bersalah teramat sangat. Baju Aishah pun terkena darah. Tengok gigi tak ada pun kesan darah. Badan Aishahpun panas juga. Telefon baba kat tempat kerja suruh balik cepat.

Lepas hantar Amsyar kat rumah maktok, mama pergi SSM jap buat filling..(sempat lagi ko kerja) Nasib baik segala urusan mudah. Call office cakap nak bawa anak pergi hospital. Aishah ditahan wad.

Lepas ambil darah dan buat beberapa ujian, Aishah tak apa-apa cuma doktor kata darah yang keluar tu mungkin dari tekaknya. Pada mulanya dia nak buat skop tapi tak jadi memandangkan prosedurnya risky sikit untuk kanak2 lagipun perut Aishah tak sakit. Dua malam tidur di hospital Aishah dibenarkan balik. Sepanjang dalam wad tu, Aishah tak demam dan tak muntah cuma kadang-kadang ada batuk sikit. Tekak Aishah memang merah dan bernanah sikit tapi Aishah masih boleh makan. So Hari Khamis masuk wad dan hari Sabtu Aishah balik. Cuma Aishah kena continue antibiotik jer, doktor suruh mama monitor, kalau Aishah batuk dan mengadu sakit tekak dan batuk teruk lepas habis antibiotik dia suruh mama bawa Aishah ke KK (Klinik Kerajaan) kalau muntah darah lagi mama diminta bawa ke Emergency. So far Alhamdulillah ok.

 
 Dapat juga Aishah spent more time ngan mama... 

Setiapkali berada di hospital pasti suasana di sana akan mengimbau kembali beberapa kenangan. Bila melangkah ke entrance wad tu, akan terbayanglah saat membawa jenazah Aiman pulang, apabila Aishah mengamuk ketika nurse memasukkan antibiotik melalui line kat tangannya teringat pula pada Asyraf masa dulu ketika Asyraf baru menjalani pembedahan jantung sama jer gelagatnya. Bila nampak tangan Aishah membengkak teringat pula akan Aiman ketika dia juga mengalami keadaan yang sama. Tapi Alhamdulillah, mama tak menangispun. Cuma mama terharu di saat doktor menukar line di tangan Aishah, doktor ada kata Aishah sakit sikit jer hanya dua kali jer kena jarum.. masa mama melahirkan Aishah dan tiga adik beradik yang lain mama lagi sakit. Aishah memandang mama dengan penuh rasa sayang dan berkata kesian mama, mama sakit banyak kali adik sakit dua kali jer. Ala...sweet sangat mama rasa. Tapi Aishah lupa yang masa dia masih bayi lagi banyak kali juga doktor duk cucuk jarum kat kaki tangan dia, sampai lebam kaki tangannya. Tapi Alhamdulillah kesakitan tu dah lama berlalu. Moga anak-anak mama sihat sentiasa.

thanks for reading this entry ^_^

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. salam perkenalan ijad....terima kasih sudi ziarah.. ^_^

      Padam
  2. salam nita,kesian aishah,moga aishah cepat sembuh ye nakkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam.. Angah..

      Alhamdulillah.. aishah dah sembuh ^_^

      Padam
  3. Kesian juga anak tengah kan? Mmg perhatian kurang. Tapi bukanlah sebab kita tak syg kan? Cuma rasa mcm dia dah pandai berdikari. Harap2 Aisyah tak apa2 dan terus sihat ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Lyd.. dulu masa kecik dulupun saya duk sangka mak tak syg saya.. mak lebih kan abang dan adik.. tapi bila dah jadi mak baru taw..

      Alhamdulillah.. Aishah takde apa2.. InshaAllah moga dia sihat selalu.. ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)