Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Ahad, 28 Disember 2014

Wedding Anniversary # 11 : Aku tulang rusuk kirinya

Assalamualaikum w.b.t.
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

28.12.2014 dah sebelas tahun aku menjadi isterinya..

Dia jodohku.. tak sangka lelaki yang aku menyampah nak tengok pertama kali tu adalah lelaki yang aku kena tengok hari-hari. First time jumpa masa nak balik kerja, tiba-tiba adik aku ajak makan dengan kawan-kawannya dan salah seorang kawan adik aku ialah dia. Dia yang tersengih dan aku hanya menjeling sebelah mata dan cukup tak berkenan dengan penampilannya yang berambut ekor dan berseluar jeans koyak. Dalam hati berkata "ntah apa2lah member adik aku ni tak berjenis langsung." (Memang perasan bagus kan..) Day 2, dia datang tolong kami cari rumah dan kebetulan rumah yang kami nak sewa tu adalah milik kawan dia. Dan dia tetiba baik hati tolong bayar kan dulu deposit utility untuk kitorang dan dalam hati aku berkata-kata lagi "Eleh nak tunjuk baik lah tu.." (kalau hati tak berkenan kan orang baik pun ko tak suke). Day 3, dia datang jemput aku, katanya adik2 aku ngan kawan2 yang lain tengah tunggu aku sebab kami nak makan sekali, mulanya nak tolak tapi dia dah datang, kang kata sombong dahlah dia dah menolong kami. Tetiba jer dia berhenti kat satu rumah kat Ampang dan ajak aku masuk rumah tu, gelabah gila ko, ramai lak sedara mara dia kat rumah tu. Nak taknak aku sengih2 jer kat diorang tu... dalam hati.."apehal la pulak ni family reunion ker?" Dia kenalkan aku dengan mak, ayah, maklang dan sedara-sedara dia yang lain, dan kebetulan masa tu family dia nak sambut baby baru, iaitu cucu maklang kat ampang. Ha kan dah kena, aku yang tak tahu apa2 buat2 ramah walaupun tak berapa nak ramah, ko giler aku ni memang dah diketogorikan ngan watak pemalu ni tetiba jer kena jadi awek dia. Dah serupa hari perkenalan keluarga dah hari tu walaupun dia ni pun aku bukannya kenal. Tiba-tiba ayah dia cakap kat aku "Nanti lepas raya haji ni, adik dia nikah pastu kita uruskan korang pulak ye..kalau dah jodoh tak kemana, sabar jer..? Sabar.. pakcik? tengah sabar ni, aku terperangkap takan aku nak cakap sebenarnya pakcik saya datang nak makan nasi jer.. terdiam dan tersengih jerlah aku hari tu. Mak dia tahu lak aku kerja kat mana. Ialah bukan jauhpun orang flat jugak, dah tentu rata-rata patient yang datang klinik orang2 kat flat tu jugak..

bergambar kat tangga
Dalam pada masa yang sama, aku dapat tahu dia ni bukan pernah ada awekpun, sebab tu bila dia perkenalkan aku pada keluarga dia maka boleh dikatakan orang2 kat kawasan rumah tu dah tahu dah siapa awek dia sekarang, siap ada yang datang tengok lagi siapalah gerangan awek dia, malu dowh.. dah lah aku bukannya lawopun.. orang duk cakap.. owh nilah kawan Shidi ye.. Dan tak dan dalam masa sebulan keluarga dia datang merisik dan kemudian kami bertunang.. Memang tak sangka. dah tentunya memang pernah bagitahu family yang aku ni bukan ada hatipun ngan dia kenal camtu jer.. boleh ke bahagia nanti. Abah cakap bahagia tu datang dari kita sendiri.. abah ngan mak bukan kenalpun tapi boleh kekal.. mak pula memang excited nak ada menantu... tambahan pula si dia ni memang pandai ambil hati orang tua. Kami bertunang 2 tahun dan 28.12.2003 kami bernikah...

Dan bermula episod rumahtangga, memang dia banyak mengalah. Dan macam2 lagi suka duka kami lalui bersama. Dua tahun kami kawin dan dianugerahkan seorang anak lelaki, memang comel (bagi akulah) dan 2 tahun kemudian anak perempuan pula macam dah sempurna keluarga kami tapi dalam masa yang sama kami terima dugaan kedua-dua anak kami ada masalah jantung. Perit namun kami berjaya atasinya hingga selepas enam tahun kemudian, kami dianugerahkan lagi seorang anak dan dugaan kali ni amat berat kerana kami hanya dapat bersama anak ketiga kami hanya untuk 8 hari sahaja. Mungkin ada hikmahnya.. redha sahaja dan setahun kemudian kami dianugerahkan lagi anak no 4 pula. Alhamdulillah sihat.

keluarga ku
Dalam tempoh 11 tahun, macam2 yang kami lalui, biasalah gaduh2, cemburu2 tu memang termasuklah.. dah namanya married kan.. kalau tak gaduh tu, memang something wronglah kan.. Tapi kami masih bersama, pernah dia cakap kat aku, Menyampah tapi kalau takde rindu. Gaduh2 tapi boleh gelak2 lagi. Owhh..nyampah yer.. sapa tak nyampah membebel jer kan.. tapi kalau takde sunyi pulak. hehehe.. Kami memang jenis yang cakap terus terang jadi sekarang dah takleh selindung sebab aku tahu bila kau menipu..hehehe.. samalah dengan dia. Memang kena ada tolak ansur, dan tak perlulah nak berkira sangat. Ada masalah bawa berbincang, walaupun kadang2 susah sebenarnya nak berbincang ni..(kan kan kan..)

pusara anak kami
Kami share everything, sadness..happiness.. macam-macamlah sampai berus gigipun dia tak kisah pakai aku punya..teringat masa kat Hospital masa kami terima berita kematian anak kami, biasalah kalau nangis bukan sahaja airmata yang keluar tapi air hidungpun sama.. jadi nak mengelak dari doktor jijik tengok, aku bawa saputangan dan lap semua airmata sekali dengan hidung aku tiba2 si dia ambil saputangan tu dan buat benda yang sama, masa tu aku hanya rasa sayu jer tengok dia, seboleh-bolehnya dia nak mengelak dari mengalir airmata tapi tewas juga..

Kami jarang makan berasingan pinggan, selalunya kami makan guna 1 pinggan bukan sebab malas sebab kami suka kongsi, pernah mak mertua aku tegur pinggan berlambak kat dapur, janganlah segan sangat..hehehe (segan..malas basuh pingganlah tu hihihi..) Dah terbiasa makan share, kami laki bini tak kuat makan, samalah ngan anak2 sebab tu kami slim..hahaha..(perasan) anak2 pula jenis kalau nak makan mesti bersuap jadi senang kerja guna satu pinggan suap semua orang kalau rajin aku suapkan kalau tak dia.. ha..jangan marah masih mengamalkan makan bersuap gitew... Jadi gitewlah agaknya ngape kami ni boleh bertahan sebab kami ni sama jer perangai.. dia ada kekurangannya dan akupun ada kekurangannya begitulah dengan kelebihan....Memang tu adalah jodoh.. Allah memang sediakan jodoh yang memang sesuai dengan kita. Kalau rasa tak sesuai cuba kita cermin peribadi kita dulu.. macamlah bagus sangatkan.. ok..apalah yang aku merepek ni kan.. Yang penting aku adalah tulang rusuk kirinya.

Dulu dia selalu cakap I love you dan aku jawap You too.. bila dia cakap Saya sayang Awak dan aku jawap Awak juga.. Dan aku tahu dia tak akan baca blog aku maka sekarang aku nak cakap. Saya sangat sayangkan awak.. hehehe..

  Happy Anniversary B.. Love You Always

thanks for reading this entry ^_^

12 ulasan:

  1. Tahniah Nita,
    semoga kau menjadi tulang rusuknya yang menjadi penyempurna hidup keluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Zach,
      InsyaAllah..Amin..

      Padam
  2. saya suka foto di kat tangga itu, dimana, bagus sekali suasananya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sayapun suka..
      Gambar kenangan kat kampung, tangga rumah mak ngah kami.
      Suasana kampung zach, memang tenang sekali.

      Padam
  3. Wah kak nita best story. Semoga kekal sampai kesyurga. Aamiin.

    Papaglamz singgah dan follow blog ni. Jom terjah n follow Papaglamz.

    www.papaglamz.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.. Amin..

      terima kasih,

      done follow u... ^_^

      Padam
  4. so sweet sangat perkenalan nita dengan suami...senyum sendirian bila bacanya...happy anniversary nita..moga berkekalan hingga jannah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah... Amin..
      terima kasih Ema... ^_^

      Padam
  5. Tersenyum sendiri baca cerita ni. Tapi zaman dulu mmg org tak bercinta lama2 sangat untuk buat keputusan nak kawen kan? Perangai sama tu mmg satu anugerah kan Nita? Sebab saya dgn suami pun perangai sama. So, sangat senang berurusan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sayapun akan tersenyum bila imbas kembali kenangan tu..

      betul tu Lyd.. saya setuju ^_^

      Padam
  6. Alhamdulillah...tahniah nita...happy belated anniversary...semoga kekal bahagia hingga ke Jannah...aamiin... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... terima kasih mama amir..

      InsyaAllah..aamiin.. ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)