Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 10 Januari 2014

pregnancy - twenty weeks

Assalamualaikum w.b.t.

06.01.2014 appointment day. Hari tu memang mendebarkan..seminggu sebelum tu hati dilanda kerisauan bila saya pergi scan dan doktor beritahu jantung baby berdenyut perlahan dan kelihatan besar sedikit dari sepatutnya. Doktor minta agar saya bersabar sebab sebelum ni anak2 memang dah ada heart diseases kan. Sebenarnya macam2 saya fikir, saya tak mahu baby ni menjadi beban dan tak mahu menganggap dia beban. Sedih sebab baby Aiman tak dapat bersama kami tapi bersyukur sebab baby Aiman sekarang di sisi Allah. Saya selalu bercakap dengan baby dalam kandungan ni dan mohon agar Allah sembuhkannya dan saya bersedia terima apa saja dan akan berusaha selagi boleh untuknya. Seronok tengok Asyraf dan Aishah berbisik dengan adiknya yang masih dalam perut ni. Bila ditanya apa yang mereka bisikkan masing2 hanya tersenyum.. Timbul rasa seronok dan tak sabar menunggu kelahiran baby ni. Kerisauan tu dah beransur pulih, hanya kegembiraan dan rasa teruja sahaja yang menyusul kini. Tambahan pula kandungan yang hanya 20 minggu ni, dah terasa dah baby menendang. Aktifnya sekecil tu. Pagi tu, saya ke MFM dengan penuh debar. Mulanya saya discan oleh MA, menurut MA kesemuanya kelihatan normal, dari segi denyutan dan saiz jantung memang normal. MA menunjukan rupa bentuk baby, ianya dah sempurna. Masih samar, namun wajahnya kelihatan iras2 abang2nya. Bila saya tanya jantina baby MA kata dia tak sempat cek tapi rasanya lelaki.

Beberapa jam kemudian Dr Baskaran (Pakar O&G) datang. Dia tanya nurse, mother ada heart disease tak. Saya jawap tak tapi Dr Basakaran cakap muka saya macam muka heart disease dengan nada bergurau nak je balas cakap dia, bukan heart disease tapi broken heart hihihi.. Hasil pemeriksaan, keadaan baby normal tiada tanda2 heart disease, saiz dan denyutan jantungnya normal tidak seperti yang dikatakan doktor2 sebelumnya. Dr Baskaran tanya sama ada dah tahu ke jantina baby, saya yang tak yakin dengan jawapan MA tadi cakap tak tahu. Dan Dr Basakaran kata its a boy. Alhamdulillah berkat doa semua, baby ni sihat dan aktif. Terima kasih pada yang sudi mendoakan baby ni. Sesungguhnya Allah maha penyayang. Gembira.. dari mula keluar dari bilik tu hingga ke parking kereta saya tak habis2 ucapkan alhamdulillah sambil tersenyum gembira. Babapun turut gembira. Pada mulanya kami memang dah bersetuju nak buat chromosome test tapi rasanya tak perlu sebab Dr Baskaran kata saya tak perlu buat fetal echo di IJN sebab dia dah pastikan jantung baby kelihatan normal, dia hanya akan refer saya di IJN jika dia dapati ada keraguan sahaja. Jadi saya dah cancelled kan appointment di IJN, pegawai IJN tanya siapa yg mengesahkan baby ok, bila saya sebut Dr Baskaran dan dia bersetuju, mesti mereka sudah kenal dengan Dr Baskaran kan.. Saya yakin juga dengan Dr Baskaran ni sebab masa kes baby Aiman, hanya Dr Baskaran sahaja yang kata jantung Aiman kelihatan seperti ada masalah tapi doktor lain kata normal, bila Aiman lahir, memang Aiman ada masalah jantung dan kini Doktor lain ada yg kata tak jelas, seperti ada keraguan di jantung baby tapi Dr Baskaran kata tiada keraguan ia seperti normal. Dan sudah pasti dia adalah boss di MFM kan.. jadi Dr Baskaran meyakinkan saya jantung baby normal for now dan another 4 weeks whenever dia free, dia nak tengok lagi. Tak kisahlah saya dahpun gembira dan tak risau lagi. Sekarang ni saya nak jaga diri baik2 dan nak happykan diri saya supaya si adik akan happy nanti. Ok adik, happykan diri ok, tendanglah perut mama ni sebab setiap tendangan adik buat mama happy..

Disebabkan kami datang awal, jadi sempatlah saya balik office dan meneruskan tugas seperti biasa dan borang cuti saya ambil balik dari meja boss, tak jadi ambil cuti sebab tak perlu ke IJN lagi. 

Sekarang ni banyak kerja kat office, sudah 20 weeks pregnancy saya masih tak berani nak beritahu boss yang saya ni pregnant. Bayangkan dulu saya cuti bersalin masa waktu kemuncak untuk buat Account dan masa tu kena buat pengiraan untuk Tax. Boss saya terpaksa buat kerja sendiri. Saya rasa bersalah tapi nak buat macamana dah tu perkara biasa bagi seorang majikan. Bos sepatutnya cari pengganti. Sekarang ni tu jadi masalah pula bagi saya. 

Minggu ni sibuk sangat dan boss selalu suruh datang dekat dia, perut saya makin besar sedang buat kerja tiba2 boss terpandang perut dan tanya saya "Nita, are you pregnant again..?" terkejut.. kantoi sudah. "Yes, sorry I'd try to tell you earlier tapi don't know how, I ingat nak beritahu masa I hantar leave form tapi tak sempat" boss tanya bila due dan muka dia berubah benggang sebab due date saya sama dengan bulan kemuncak account. "You know, you takde I susah kan." saya cuma kata "Yes, I know.." Boss pandang muka saya dan saya tak tahu nak kata apa lagi "You should plan.." dan lepas tu saya dok dengar boss mengeluh dan hari tu dia moody, semua benda jadi serba salah. Saya rasa down sangat masa tu. Dalam hati kata tak kisahlah kalau dia nak pecat ke apa, saya redha.. saya harap Allah bersama-sama saya dan permudahkan segala urusan. Macam nak nangis je, tapi saya yakinkan diri baby ni bukan beban dia anugerah.. Rezeki datangnya dari Allah. Bersangka baik dengan Allah.. pun begitu saya masih rasa happy sebab dalam minggu ni saja segala yang terbuku di hati dah diluahkan dan saya tak perlu risau nak slow talk dengan boss pasal pregnancy ni dan saya akan siapkan semua Account secepat yang mungkin. 

Kawan-kawan yang sudi singgah, doakan saya ye, moga segala urusan dipermudahkanNya.

thanks for reading this entry ^_^

Isnin, 6 Januari 2014

School Time : Aishah dah darjah satu..

Assalamualaikum w.b.t.

Sekejap jer masa berlalu, sekarang Aishah dah masuk darjah satu..31.12.2013 hari orientasi sekolah. So malam ni kita test baju sekolah k..

Kalau ikutkan Aishah dia taknak pergi sebab abang tak pergi, dia nak ke sekolah hari Khamis ni sama2 ngan Abang. Takleh nak ikutlah kehendak dia sebab semalam 30.12.2013 ada orientasi sekolah Agama tapi sebab mama ni pelupa jadi tak pergilah jawapnya, jadi nak taknak hari ni kena pergi jugaklah kan.

Jom layan gambar diorang..

Test uniform.. Baju kurung sekolah ni Maktok sponsor siap jahitkan 3 pasang baju sekolah Kebangsaan dan 3 kain merah untuk sekolah Agama serta 3 helai tudung.. baba belikan kasut ngan stoking jer.. Alhamdulillah...rezeki

Kasut sama saiz, nasiblah baba dia pilihkan jadi tak sama jenis, kalau tak mesti tertukar nanti..


GTS - Gang Teksi Sekolah katanya.. (baba bawa teksi..hihihi)


Bag tahun lepas, sebab Aunty Bee Cheng (kereta sewa) tak kasi bawa bag jenis ni masa tadika jadi bag ni jarang digunakan so this year Aishah akan membelasahkannya bag ini nanti...masih untung di situ 

Asyraf.. rambut kasi potong esok,.. Umi telah menyeponser 2 helai kemeja sekolah.. seluar sekolah masih baru.. baru 1/2 tahun pakai..hehehe dok payoh beli lagi kot.. (dah mula membahilkan diri nampak..bukan kedekut tapi jimat)

Alhamdulillah.. untung mama dapat anak macam Asyraf ni, tak kisah pakaian lama asal dapat buku tulis baru dah ok katanya.. sungguh terharu. Tahun ni Asyraf dah masuk darjah 3. Masih bertanya mama bila nak tukar sekolah melayu.. jawapan mama Asyraf kan bijak takyah tukarlah hehehe..

Betapa cutenya Asyraf masa darjah 2. kelihatan begitu kecil sekali antara yang lain..
(Ma.. nape Abang pendek ha...?? - sebab Abang tak suka melompat..thihihi)


Si comel ni..Ais krim memanjang.. kalau di rumah 2 kali sehari kat sekolah ni pun dia belasah Ais krim juga..

Pagi2 mama dah mengaum.. mana taknye susah benar nak bangun anak dara ni.. Masa tadika dulu bolehlah kan.. Sekolah Kebangsaan ni jangan harap.. Jam 5 pagi semua kena bersiap dah, kalau tak lewatlah diorang ke sekolah nanti. Dahlah jalan kat KL hari2 jam. 


masa orientasi darjah satu..sesak ngan parents.. masing2 nak membayar yuran, sekali ambil buku latihan dan teks..


Sebab lambat benor nak mendaftar jadi Aishah dimasukkan dalam kelas 1U

TPM melawat sekolah.. terselit jugak gambar si Aisyah.. (lepas TPM balik wartawan Astro Awani sibuk cari parents nak interview, datang kat mama, mama jawap phone call dan baba pula cakap dia cuma ambil budak2 sekolah balik jer.. ada parents siap larikan diri lagi..semuapun takmo glamer hihihi )

Graduan Joykid..

Tak sempat nak buat entry tentang Concert dan Graduation Day 2013 tempohari macam concert abang Asyraf dulu, masalah kamera mama hilang dan bateri handphone low jadi tak sempat nak ambil gambar kenangan. Cd concert pulak tu takleh nak copy gambar jadi tak dapat mama nak ceritakan kemeriahan hari tu.. sorry.. Tapi hari tu mama sempat tengok Aishah dan kawan-kawan nanyi lagu nasyid dan berlakon walaupun watak Aishah kecil tapi mama dah bangga dah tengok anak mama atas stage. Tambahan pula tengok Aishah ambil piala dan sijil dari Teacher Zana. Aishah belajar di Tadika Joykid selama 3 tahun. Memang rasa terhutang budi sungguh dengan guru2 Aishah terutama Teacher Zana yang baik hati didik Aishah ni. Terima kasih Teacher Zana dan semua..



Si ceria Aishah..

Aishah sayang, mama sangat2 sayang Aishah walaupun mama selalu marah Aishah. Mama marah sebab mama sayang, mama nak Aishah jadi anak yang baik. Semoga Aishah jadi anak yang solehah dan bijak. Mama love you always.. ^_^

Sekarang ni Aishah dah start sekolah pagi dan sekolah Agama sebelah petang. Maka tidurnya menjadi awal. Mungkin sebab kepenatan. Aishah juga dah mula tuisyen hari Jumaat dan Sabtu.

To all my kids, all the best!

thanks for reading this entry ^_^