Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 4 April 2014

Alahai Si Aishah...

Assalamualaikum w.b.t.

Lama tul tak update pasal dua orang budak ni kan..

Abang tolong adik wat homework, seronok si adik..

Baru-baru ni balik kerja nampak Aishah tengah main depan rumah dengan 2 orang anak cina, lepas tu Asyraf balik dan terdengar Asyraf bercakap dalam bahasa cina dengan budak2 tu. Wah, dah pandai berbual dengan bahasa cina dah sekarang ni. Seperti biasa kalau mama tanya kenapa mama suruh cakap bahasa cina Asyraf kata tak reti. Jawapnya si Asyraf kalau Abang cakap ngan mama macamlah mama faham.. adoi ye tak ye gak kan..kan dah kena..hihihi.. Lain pula Aishah suka benor cakap cina tapi selalu kena tegur ngan Asyraf.. "Adik jangan cakap boleh, orang cina pun tak faham apa adik cakap mana ada perkataan tu.." - ( ha.. nampak tak betapa konfidennye Aishah, dia peduli apa orang nak kata janji dia happy..) Tengah main, biasalah budak2 ada jer yg tak pueh hati.. dengar Asyraf suruh anak cina tu balik tapi dalam bahasa cinalah.. yang si adik ni mencelah "Nǐ bùyào datang lagi.." awak jangan datang lagi lah tu.. rasa cam kelakar je dengar diorang gaduh tapi jangan salah sangka bukannya mereka bermusuh, mereka tetap kawan malah kami memang rapat walaupun mereka bangsa cina tapi baik.. kadang2 kalau Intan tertinggal kunci jiran cina tu yang bagi tumpang duduk dalam rumah dia sementara baba balik tengahari, dan kadang2 saya tinggalkan kunci kat aunty tu untuk berikan pada Intan bila Intan terlupa nak bawa kunci rumah. 

Beruntung Aishah sebab bila dia tak reti buat homework dalam bahasa cina, Asyraf akan tolong. Masa Asyraf dulu tak ada yang tolongpun kena belajar sendiri. Walaupun bergaduh dengan adik, tapi si abang tetap akan tolong adiknya. Syukur sangat.. malah cikgu tuisyen pun pesan supaya abang ajar adik sebab adik ni lemah sikit bahasa cina ni, berlakon je lebih.. 

Sentuh bab berlakon ni, Aishah ni suka sangat main cermin mata. Satu hari dia pakai cermin mata abang dia, katanya pandangan dia jelas sangat bila pakai cermin mata, yang mama ni memang tak suka tengok dia main cermin mata takut nanti elok2 mata tu tak pasal2 jadi rabun. Suatu hari, Aishah cakap cikgu tuisyen suruh cek mata kebetulan mama part time jadi dekat ngan kedai cermin mata.. bila cek mata.. Ya Allah.. terkejut mak, power Aishah lagi tinggi dari Asyraf dan memang kena pakai speklah jawapnya silau mata Aishah pun tinggi jugak. Bukan cikgu tuisyen je, cikgu sekolah kebangsaan pun siap bagi pesanan suruh bawa Aisyah ke klinik untuk cek mata. Kadang2 terfikir juga silapnya aku ni, bila anak terlalu independent buat kita lupa bagi perhatian penuh kat dia. Harap aku akan lebih alert lagi. 

Faktor genetiklah tu, mama dan baba pun rabun, abangpun sama jadi tak terkejutlah bila adik rabun, cuma macam kesian jer sebab kecik2 dah nak kena pakai spek kan. Bertambah matanglah rupa si Aishah ni, selama ni ramai yang ingat Aishah kakak dan Asyraf adik, even tokey cermin mata tupun ingat Aishah ni kakak. Bila nak perkenalkan dengan makcik2 Aishah mesti cakap, saya darjah satu, abang saya darjah tiga.. tapikan Aishah lepas ni mama dah tak boleh panggil Aishah adik sebab tak lama lagi baby dah nak lahir. Aishah kekalkan panggilan adik kat diri dia sebab adik Aiman tak bersama kami tapi bagi mama Aiman sentiasa bersama kami at least dalam kenangan dan juga doa. Makin dekat waktu nak bersalin makin membuak rindu ni kat Aiman, setiapkali pergerakan si kecil dalam perut ni terasa, dan timbullah kenangan saat2 melahirkan Aiman hingga hari pemergiannya.. Dah 9 bulan berlalu terasa macam semalam jer... tersenyum dan menangis sendirian dibuatnya. 

Sekarang ni dah nak masuk 33 minggu.. Doakan yang baik2 untuk kami ye kawan2. Terima kasih banyak2lah pada yang sudi mendengar luahan ku ini, walaupun memboringkan korang tetap berkunjung. Terasa dihargai sungguh. Nanti kita update pasal baby dalam perut ni k..(cewah bajet ada yang nak bacalah tu..)

thanks for reading this entry ^_^