Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Rabu, 26 November 2014

Sama jer kan...??

Assalamualaikum w.b.t.

Ramai yang cakap Amsyar nampak lain dari adik beradiknya..betul ker? mama rasa cam sama jer...

  
Asyraf 2005 dan Amsyar 2014

Asyraf masa umur tak ingat berapa bulan dan Amsyar umur 6 bulan.. sama jer kan ?? 

   
 Aishah 2007 dan Amsyar 2014

Masa ni Aishah pun tak ingat umur berapa bulan dan Amsyar 5 bulan

 
Aiman 2013 dan Amsyar 2014

Yang ni ada sikit macam tak sama, tapi kalau nak tahu Aiman lebih mirip Asyraf dan Aishah masa baru lahir. Ramai yang cakap Asyraf, Aishah dan Aiman ikut muka mama tapi Aiman ikut baba.

Tak jauh sangat kot beza. Mungkin tang hidung kot..dan Amsyar gelap sikit berbanding Abang dan Kakaknya masa baby. Tapi sekarang dah sama kaler malah Amsyar lagi cerah dari diorang hihihi...

Tak kisahlah kan.. yang penting semuanya mama yang kandung.. semuapun mama sayang, walaupun kakak dan abang kata mama lebih sayangkan Amsyar dari diorang.. Amboi, macamlah diorang tak pernah jadi baby kan..

Mama sayang semua anak2 mama ok, termasuklah Aiman. Al-fatehah buat wildan mama.

 


 thanks for reading this entry ^_^

Isnin, 24 November 2014

Bubur Nasi untuk Amsyar...

Assalamualaikum w.b.t.

Tak tahulah rasanya macam sekali dua je kot masakkan bubur untuk Asyraf dan Aishah masa diorang baby. Tengok macam diorang tak suka jer terus continue bagi nestum atau makanan baby yang dalam botol tu. Teruk je rasa bila fikirkan masa lampau. Tapi sekarang dah ada kesedaran dah sikit Alhamdulillah, tapi still guna nestum jugak mula-mula kat Amsyar. Amsyar dah 6 bulan, sekarang dah start nak makan.. kalau tengok orang makan mulut dia mulalah macam mengunyah kadang-kadang kesian tengok dia tadah tangan minta...hehehe..

Syukur Alhamdulillah diberi kesempatan lagi jadi ibu pada baby. After 7 years memanglah cam kekok.. bila orang tengok mama ni dah macam Amsyar ni anak sulung pula lagaknya. Memang tak hairanlah ramai yang bertanya anak sulung ke? Pastinya mama akan sentiasa belajar nak jadi ibu yang terbaik buat semua anak mama. Oh ye, mama rasa bersyukur juga sebab kali ni diberi juga peluang menyusu anak lebih dari sebulan. Walaupun dah bercampur susu formula Amsyar masih lagi menyusu badan.

Berbalik kisah asal, semalam tengah buat kerja, kepala dok fikir apa nak masak malam ni untuk anak2. terus google macamana nak masak bubur walhal dalam buku biru baby dah ada panduan. 

Dalam banyak2 resepi satu jer mama suka. Tapi standardlah bila petang nak beli barangan masak alamatnya yang mana ada jelah tambah2 yang membeli si baba. Suruh beli ikan tenggiri dibelinya ayam.. sonang koje pastu suruh beli brokoli dibelinya bunga kobis jadi bertukarlah resepi kejadahnya kan..

resepi asal ialah bubur nasi ikan tenggiri dan mama masak bubur nasi ayam simple..

bahan2:
2 genggam beras dibasuh bersih
2-3 bunga kobis.(asalnya brokoli)
setengah batang carrot.
daging ayam sikit (ikan tenggiri 1/4)

cara2 masak :
1. masak nasi sampai kembang.
2. masukkan ayam, carrot ngan bunga kobis..
3. dah empuk siap utk diblend..

kredit kat mama qaisara, mama amsyar copy paste resepi tapi ada banyak pengubahsuaian..kikiki


 Kempisnya perut Asyraf.. Aishah ni wayang je lebih...

Masa nak bagi semalam risau juga tapi Alhamdulillah Amsyar makan habis. Asyraf dan Aishah pun suka tapi mama tak blend diorang punya. Meraka tambahkan kicap sikit bagi ada rasa. Masak sikit dah berebut pula dengan Intan.. pun begitu mama rasa bangga sangat bila tengok anak2 berselera makan masakan mama. So today mama masak lagi tapi lebih sikit supaya diorang tak berebut hehehe...

 Gambar Amsyar makan bubur nasi takde.. ni Amsyar makan ceri...

(seriously menyesal bagi Amsyar ceri.. Amsyar tak boleh tidur sebab perut sakit.. Astaghfirullah..tapi Alhamdulillah Amsyar ok keesokannya..pengajaran buat mama..)

Amsyar ngan Intan..sebelum nurse kasi injection 6 bulan..happy jer...

Si Amsyar ni suka maksu Intan, sebab maksu Intan suka bawa Amsyar keluar rumah tengok kanak-kanak bermain kat padang waktu petang. Kalau maksu Intan nak keluar Amsyar mesti tegur maksu Intan dengan harapan maksu Intan akan bawa dia sekali.


thanks for reading this entry ^_^

Selasa, 11 November 2014

Surat Untuk Pakcik

Assalamualaikum w.b.t.

Saya pernah dengar kawan saya hantar anaknya pergi rumah kawan sekolah anaknya. Sama ada membuat kerja sekolah atau hadiri jamuan atau sekadar lepak. Dari segi  positifnya sekurang-kurangnya kita kenal siapa kawan anak-anak kita dan siapa ibubapa kawan-kawan anak kita.

Sekarang tiba giliran saya pula. Saya tak galakkan sangat tapi sekali sekala tu bolehlah. Yang jadi tukang hantar bukan saya tapi babanya. Pernah sekali baba hantar Asyraf pergi rumah kawannya. Lama juga Asyraf minta baba hantar tapi macam-macam alasan baba beri tak juga dapat pergi sebab kesian baba bagilah sekali Asyraf pergi rumah kawannya bermain. Tapi sekali tu jelah. Jauh juga rumah kawan Asyraf, kami duduk Setapak Jaya, kawan Asyraf kat Gombak memang bercintalah nak bawa dia kesana.

Tiba-tiba semalam, masa baba jemput Asyraf balik dari sekolah baba terserempak dengan Khairul, kawan Asyraf yang tinggal kat Gombak tu. Khairul minta izin baba hantar Asyraf ke rumahnya hujung minggu nanti. Ala... serba salah baba dibuatnya tapi InsyaAllah baba kata nanti dia bawakan. 

Bila baba baritahu Asyraf, kegembiraan Asyraf.. cepat-cepat Asyraf capai beg sekolahnya dan hulurkan sepucuk surat buat baba dari teman baiknya Khairul.




hehehe...comel kan ^_^

Nak tak nak hujung minggu ni baba kena hantarlah Asyraf kan..


thanks for reading this entry ^_^

Rabu, 5 November 2014

WW #16 : I'm No. 4

Assalamualaikum w.b.t.

Amboi sayangnya mereka kat adik.. Amsyar tunjuk isyarat.. No 4.

Love you all always.. ^_^

oh ye.. hari ini Amsyar dah 6 bulan...

thanks for reading this entry ^_^