Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Rabu, 15 April 2015

Amsyar oh Amsyar



بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum w.b.t.

Wah.. pantasnya masa berlalu. Lama kan tak update blog. Bukan sebab dah give-up tapi semenjak stress hari tu. Makin menjadi-jadi stressnya. 

Akan tetapi, selepas banyak membaca FB time kerja adalah satu ayat yang singgah melekat dihati, dan lepas tu I'm ok now. "Jangan lari dari masalah nanti ia akan mengejar kita, ia akan membesar dan terus membesar tapi kalau kita hadapinya ia akan hilang sikit demi sikit". (sebenarnya aku lupa ayat tu tapi lebih kuranglah camtu ayatnya) ceceh..macam real jer kan aku ni.. nanti aku baca pasal jangan baca FB time kerja lak. 

Hari ni nak cerita pasal si kecil Amsyar. Dalam 4 beradik ni kan, Asyraf, Aishah, Aiman dan Amsyar.. si Amsyar sorang je yang lahir dengan sihatnya dan tak ada masalah jantung macam abang2 dan kakaknya. Adalah awal2 kelahiran dulu kena demam kuning tapi takdelah sampai kena lampu biru. Tapikan dilahirkan sihat tak semestinya sihat sentiasa. Amsyar ni macam cepat sungguh kena demam. Sepanjang 10 bulan ni 3 kali dah keluar masuk wad. Sekarang ni dah sihat dan harap-harap Amsyar kan terus sihat.

walaupun demam Amsyar tetap comel kan.. (masa ni umur dia dlm 4 or 5 bulan kot)

Biasanya kalau demam jer kami bawa amsyar ke klinik, lepas bagi ubat dia ok. Makin nak membesar makin selalu pula demamnya.

Kali pertama masuk wad ialah masa dia kena radang paru-paru. Lepas ambil antibiotik, nebulizer dan oksigen lepas tu dia sihat.

Kali pertama pakai neb.. setiap 4 jam pulak tu.. 

nampak letih.. sekali lagi mama rasa sakit tengok anak mama sakit..

Masa tu doktor perasan perkembangan Amsyar ni macam slow sikit. Sepatutnya baby 9 bulan dah pandai merangkak dan duduk Amsyar masih meniarap lagi dan kalau nak kemana-mana dia hanya pandai rolling jer masa tu dia tak reti nak kedepan pun..

Lepas tu dalam seminggu kot, Amsyar masuk wad lagi sebab deman panas. Dia ada juga muntah tapi sekali je. Doktor kata Amsyar kena jangkitan kuman kat usus pulak.

   
masuk drip pulak.. 

kali ni mama rasa macam amsyar merajuk ngan mama.. sakit kot kena cucuk jarum.. dia tak mahu tengok mama..

sian dia.. dah takde ruang kat tangan doktor letak kat kaki pulak..

Suatu malam sebelum tu, Amsyar dok nangis.. mesin drip berbunyi dah cakap kat nurse drip Amsyar macam leaking.. tapi biasalah patient ramai bila diberitahu nurse macam tak boleh nak layan jadi diorang biar jer dan suruh tekan butang hijau.. tengok Amsyar nangis lagi kuat pastu baru perasan tangan membengkak.. stop terus mesin.. Masa nak keluarkan jarum tu nurse siap sound mama ngape tak bagitahu.. sebab blur mama diam pastu rewind balik bukan ke aku dah cakap drip tu macam leaking jer maknanya adalah masalahlah kan.. bersabarlah wahai hati..

Bengkak sangat tangan Amsyar.. sian dia.. Bukan tangan jer muka Amsyar pun bengkak. Keesokanya mama tanya doktor kenapa muka Amsyar bengkak. Doktor kata mungkin terlebih drip dan doktor terus off drip dan katanya tak perlu drip lagi. Sesungguhnya Allah dah lindungi Amsyar sebab tu semalam dia nangis tangan bengkak ada orang bagitahu terlebih drip pun tak baik.. wallahhu a'lam..

Dua hari masuk wad..Amsyar dibenarkan pulang.. tapi belum sempat bayar bill badan Amsyar panas balik kena masuk balik wad. Ada kisah sedih disini. Waktu aku tunggu baba Amsyar datang, ada seorang ibu datang offer jajan kat Amsyar, aku kata Amsyar kecil lagi tak makan jajan lepas tu dia bagitahu aku yang anaknya muda sebulan dari Amsyar demam dua hari, lepas tu masuk wad dan kini dah dua kali dah menjalani pembedahan kat kepala akibat jangkitan paru-paru dan terus ke otak. Memandangkan Amsyar pernah kena jangkitan paru2 si ibu menyarankan agar aku bawa balik Amsyar jumpa doktor kat wad. Lepas pada tu banyak pula soalan aku tanya doktor sampai doktor dah tak terlayan.. disebabkan tak puas hati pasal apa Amsyar dok muntah jer.. akhirnya mama nangis sambil pangku Amsyar. Masa tu dah berserah dan memohon kat Allah agar sembuhkanlah Amsyar. "Ya Allah, Kau adalah sebaik-baik doktor sembuhkanlah anak ku ini.." Memang aku tak reti nak berdoa tapi aku tahu Allah maha mengetahui. Lepas tu Amsyar dah tak muntah dia kelihatan segar. 

Aku juga sering mendoakan anak si ibu yang menegur aku tu. Membayangkan sahaja dugaan tu tak tertanggung rasanya bagaimana pula hati si ibu. Semoga Allah menyembuhkan penyakit anaknya dan diberi ketabahan pada si ibu untuk mengharungi dugaan itu. 

Sebenarnya aku memang bukan penyabar orangnya. Doktor takde sebab masa Amsyar masuk wad masa tu Tahun Baru Cina, doktor cuti yang adapun doktor yang nak kendali urgent kes. Kes yang biasa macam kami ni memang susahlah nak dapat perhatian bila dah sedar barulah nak bertanya nurse, nurse kata muntah tu bagus sebab melalui muntah kuman tu keluar. Barulah lega, lepas tu baru specialist datang melawat dan explain macam2 dan baru aku faham. 

Sebab panas badan Amsyar so mama tak pakaikan dia baju.. suka tengok buku si kecil tu..

Bila Amsyar dah sihat doktor benarkan dia pulang dan doktor refer Amsyar kat fisioterapi untuk masalah Motor Gross Delay. 

Masih ke hospital kali ni sebab nak buat fisioterapi pulak. So far ok jer, ahli fisio tu cakap pinggang Amsyar je tak kuat lagi sebab tu Amsyar tak boleh duduk dengan sendiri.

Apekebendenye ni.. ok masuk mulut nak test..

Suka benar dia masuk benda dalam mulut semuanya macam makanan.. 

Geram tengok bila dia buat macam tu.. oh ye.. Amsyar ni umurnya sekarang dah 11 bulan tapi gigi tak tumbuh lagi.

Dalam bulan Februari dan March, memang ke hospital je aku ni. Kalau tak Amsyar, Atuk Amsyar. Ada sekali tu sampai 2 malam berturut tak tidur malam sebab hantar atuk ngan Amsyar terima rawatan.

Kali ketiga Amsyar masuk wad, masa tu Atuk sakit, aku bawa ke hospital sementara nak tunggu result darah atuk, aku bawa Amsyar jumpa doktor dan Amsyar pun kena ambil darah juga sebab demam lebih tiga hari. Memang takde denggi tapi ada kuman dan terpaksa masuk wad tapi atuk dibenarkan pulang, masatu atukpun masuk wad sementara. Nasiblah ramai yang boleh jaga atuk jadi dapatlah aku tumpukan perhatian kat Amsyar. Kali ni jangkitan tak seserius sebelumnya. Jadi dalam wad Amsyar hanya dipantau je dan diberi ubat demam. Mulanya nak masukan antibiotik melalui tangan macam sebelumnya tapi doktor kiv dulu dan Alhamdulillah Amsyar cepat sembuh.

Cepat sembuh si kecil ni.. suka mainan kereta..

   
Mama.. caye pandai duduklah.. (kejap jer pastu tumbang) 

Baby lain dah pandai duduk sendiri, amsyar tak reti lagi.. masih perlu bantuan dan duduknya tak lama sekejap jer kemudian dia jatuh..

Ramai betul kanak2 sakit. Katil pun tak cukup. Disebabkan Amsyar dah nak balik nurse minta katil baby tu bagi kat patient lain Amsyar kongsi katil ngan aku. Bila dah konfem boleh balik, kami diminta keluar sebab katil tu nak kena bagi patient baru. Malunye.

Lambat sangat baba sampai dah kitorang kena halau (taklah tapi sendiri fikir, nurse pun serba salah dan minta maaf pulak kat kitorang) Memang wad tak cukup katil. Maka kami pun duduk kat bangku tunggu baba. Sementara tu.. reaksi Amsyar dan Mr Panda..

tidur pulak panda ni... oi bangulah..ha ni makan dia..

Ingatkan bulan April ni sihatlah si Amsyar ni, tak juga demam balik. Semalam pergi fisioterapi dan pulih cara kerja. Nampak macam sama jer fungsinya. Memandangkan Amsyar demam juru fisio suruh Amsyar balik cepat katanya takut Amsyar dijangkiti kuman dan mungkin Amsyar bagi kuman kat pesakit lain. Lain pulak masa jumpa juru pulih cara kerja, cikgu tu cakap Amsyar tak lambat segalanya normal cuma Amsyar tak reti duduk dan merangkak jer dan temujanji akan datang lagi 2 bulan. Lepas balik dari temujanji tu mama bawa Amsyar jumpa doktor sebab Amsyar dah demam 4 hari. Kena ambil darah lagi kali ni kumannya tak setinggi sebelumnya. Amsyar demam sebab dia batuk dan selsema berjangkit dengan baba dia. Amsyar ni mudah dijangkiti. 

Maktok suruh tukar nama. Orang tua-tua kata nama tak sesuai kot. Dan mama ni memang suka buat tanggapan.. "Yelah mak, dulu masa mengandungkan Amsyar, Ita panggil dia Ammar, tak tahu kenapa bila dia lahir Ita tukar kepada Amsyar, mungkin nak bagi sama cam Asyraf dan Aishah kot. Ada S dalam ejaan.." Ha kisahnya, mungkin masa dalam perut dok panggil Ammar lahir-lahir orang panggil Amsyar so ada kekeliruan di sana maka anak sering demam. hahaha... 

O ok, memang tak dinafikan perkara yang kadang-kadang tak logik tu ada kebenarannya. Walaupun sampai sekarang aku tak tahu sebab dan macam malas je nak study pasal nama yang bersesuaian, namun aku akan cuba ikut apa yang patut. 

Yang aku tahu, Ammar bermaksud pembina dan Amsyar bermaksud Yang cergas. Dan yang pasti anak2 aku yang lelaki selalunya Aku panggil Muhammad. 

P/S pandangan korang apa, perlu tak aku panggil Amsyar dengan panggilan Ammar.

thanks for reading this entry ^_^

20 ulasan:

  1. "Jangan lari dari masalah nanti ia akan mengejar kita, ia akan membesar dan terus membesar tapi kalau kita hadapinya ia akan hilang sikit demi sikit".

    Suka words ni kak...memang menusuk ke sanubari...hihi

    Buat Amsyar be a good boy taw. Amsyar budak bijak. Amsyar kuat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak pun suka works tu..hihi

      Amin.. InsyaAllah..

      terima kasih aishah nin ^_^

      Padam
    2. Amsyar dan kakak-kakaknya sihat selalu dan kelak akan mencapai segala cita-citanya. aamiin.

      Padam
    3. Amin..ya rabb..

      Amsyar punya 2 abang 1 kakak..hihi

      Padam
    4. oh iya, kalau di Indonesia, kakak bisa juga untuk abang, hehe

      Padam
  2. ammar dan amsyar
    tetaplah sebuah doá yang baik.
    semoga membina dan cergas. aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu amin..

      neneknya mahu Amsyar dipanggil Al-Amin..

      Padam
    2. aamiin, yang terpercaya,
      once again, aamiin, jadilah engkau demikian Nak

      Padam
  3. biasalah kanak-kanak sakit dan masuk klinik/wad ya Nita. itu sebahagian exam Allah kepada kita, dan saat kita lulus dari exam, maka kita menjadi hamba yang terpilih dan dekat dengannya. Insya Allah, semoga Amsyar sekarang selalu sihat dan segeralah berlari kencang, Nak

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah moga lulus setiap examNya..

      Amin.ya Rabb..

      terima kasih zach ^_^

      Padam
  4. Saya setuju dgn cadangan nenek dia tu. Tak perlu gi tukr nama sampai ke JPN. Cukup sekadar tukar nama panggilan. Bukan la nak khurafat ke apa, tapi saya percaya, nama yang sesuai juga penting, bukan setakat makna yang baik je. Nama Ammar pun sedap. Kalo nak lagi cepat sembuh, cari nama yg ada maksud kesembuhan atau penyembuh. Kalo pompuan nama Syifa'.

    Nita, Amsyar comel sgt. Kdg2 ada nampak mcm muka Luth gak masa kecik dulu. Mgkn sbb genetik pahang tu yg mcm sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Lyd.. kami akan cuba tukar nama panggilannya..InshaAllah..

      Alhamdulillah.. terima kasih.. Ha'ah Lyd, saya ada terbaca entry lama awak tentang perkembangan Luth masa umur 11 bulan.. memang nampak sama..saya ingat saya sorang jer yg perasan..

      Boleh jadi kot sebab genetik Pahang.. ^_^

      Padam
  5. semoga lekas sembuh anaknya mba :)
    Amiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. amiin...ya Rabb..
      terima kasih ^_^

      Padam
  6. Balasan
    1. amiin...ya Rabb..
      terima kasih ^_^

      Padam
  7. jangan stress stress mulu dong mba :)
    amsyar nya sehat-sehat ajakan mba?

    BalasPadam
    Balasan
    1. takdelah.. saya ok ok aja.. ^_^
      Alhamdulillah.. amsyar sehat-sehat aja..

      Padam
  8. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam

cayalah sapa yang komen :)