Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Rabu, 27 Mei 2015

Happy birthday sayang

Assalamualaikum w.b.t.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 

Imbas kembali...

4 May hari tu, birthday Aishah. Sebelum birthday dia tiba hari2 ingatkan mama. Baba tak galakan kami sambut birthday tapi demi nak melayan kerenah anak kami ikut je. Memandangkan birthday Asyraf tempohari, Asyraf nak cheesetart je dan Aishah kata dia nak bihun. Sekarang baru tahu makanan kegemaran Aishah. Memandangkan mama tak prepare apa2 mama diamkan diri je..hihihi..

Kebetulan birthday Aishah jatuh hari Ahad, pagi2 dia datang kejutkan mama dan bagi senyuman yang manis sangat.. "Assalamualaikum mama, selamat pagi.. cuba teka hari ni hari apa?" Bersalahnya mama tak masak bihun.. Mama senyum dan ucap selamat harijadi pehtu ajak baba gi beli KFC dan kek. Terpancar kegembiraan di wajah Aishah bila kami bawa kek kecil tu. Dan kebetulan Makcik Suzy dan 2 orang sepupu Aishah ada kat rumah melawat atuk yang tak berapa sihat. Jadi meriahlah sikit sambutannya. Beruntungnya mama sebab dapat anak2 yang memahami macam mereka, tiada paksaan untuk buat parti atau belikan hadiah. Alhamdulillah, bersyukurnya dengan rezeki Allah ni. 

Disebabkan besok birthday Amsyar so mereka share kek.. Tak padan ngan kecik si kecil tu nak juga potong kek. Maka berebutlah diorang. 


5 May pula, Amsyar dah berumur setahun. Sekejap je masa berlalu. Dah setahun dah si kecil tu. Disebabkan perkembangan motor kasar dia lambat sikit, jadi Amsyar terpaksa ikuti fisioterapi. Sambut birthday kat fisioterapi Pediatrik HKL je. 

Ta tih... Amsyar memang tak suka nak berjalan..

Seperti biasa Pakngah diorang memang rajin melayan kerenah diorang. Balik dari bercuti ngan maktok dan tokwan, Pak Ngah terus sambut birthday anak-anak buahnya. Moga murahlah rezeki PakNgahnya ye. Seronok juga mereka, sebab semua keluarga baba sambut birthday diorang. Tokwan, Maktok, PakNgah, PakLang, Umi, Abang Irfan, QQ, CikLan, Maksu Ain pun ada. Walaupun tak semeriah mana tapi hubungan kekeluargaan tu terasa akrab. 

Amsyar kelihatan begitu pasrah..baru bangun tidur.. oh! sori Asyraf tak masuk frame..nampak baju merah je..

Well, time flies so fast... kejap je Asyraf dah sepuluh tahun, Aishah kini lapan tahun dan Amsyar pula setahun. Moga mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah dan berjaya dunia dan akhirat. Sayang kamu semua ketat2. 


ye.. mama takan lupa Aiman akan masuk dua tahun 7 Jun nanti dan 15 Jun dua tahun juga Aiman tinggalkan mama.. Al-Fatihah.. 

thanks for reading this entry ^_^