Pasar malam.... malam ni, entry aku mengenai pasar malam. Dah hampir 15 tahun aku duduk Sri Rampai, pasar malam ni memang jarang la aku tak jenguk. Pasar malam ni ada setiap hari Khamis. Walaupun sekarang aku dah pindah rumah kat Rejang, aku tetap akan berkunjung jugak kat pasar malam ni. Hehehe aku tipu... sebenarnya setiap hari aku buat part time kat klinik di Sri Rampai so dah dekat takan tak singgah kot, orang duk kat Genting Kelang pun boleh datang.
Beberapa bulan lepas, pasar malam ni ditutup. Sedih juga aku dibuatnya. setiap hari Khamis je macam ada something missing. Mana taknya, kita dah biasa pergi pasar malam tiba-tiba ditutup. Itu perasaan kami yang berkunjung, bayangkan apa pula perasaan para perniaga.
Banyak kebaikan pasar malam ni, selain dapat beli barangan secara murah, kita juga boleh beli pelbagai jenis barangan dari barang dapur hingga barang perhiasan. Bagi wanita yang bekerja macam aku ni, hari nilah aku boleh beli barang pasar, macam sayur-sayur dan ikan, sotong, udang, daging, ayam pendek kata semualah. Ialah nak pergi pasar pagi bukannya sempat. Pakaian pun murah-murah dan cantik-cantik.
Tak sangka pulak lepas hampir 30 tahun beroperasi ada juga manusia tak puas hati. Mereka sanggup buat aduan di DBKL sebab masalah parking. Parking punya masalah bukan hari Khamis jer, hari-hari pun ada masalah. Apa ra.... tak ada akai!! kesian.. walaupun dah tutup masih ada peniaga yang berniaga sayur tapi dalam van jer, takut kalau DBKL nampak kang kena saman.
Tapi...Alhamdulliah, semuanya dah berlalu kini pasar malam dibuka semula hooray!! actually dah lama tapi malam ni saja nak buka cerita. hihihi..
ni bahagian hujung sekali... dulu panjang tapi sekarang dah pendek pasar malam ni, tapi ok je.
singgah jap sini beli bag
ni gerai kegemaran anak-anak aku..
dia dah nampak da....
biasalah just cuci mata je
bahagian ni kat tengah-tengah, kebanyakannya perniaga berbangsa cina.
selalunya aku beli selipar kat pasar malam jer, kasut-kasut kat sini pun boleh tahan..
budak-budak remaja suka lah singgah kat sini..
Singgah beli asam boi, balik nanti buat air asam boi..
sorilah kak amik gambar kat sini, nak snap kat kueh akak takleh sebab van nak lalu
brader ni dah kenal dah kitorang, pelanggan tetap dia hehehe...
Kat pasar malam ni, paling aku selalu beli keropok lekor, nasi kerabu ngan siput sedut... nak ambil gambar tapi sesak sangat lagipun photographer ni pemalu sikit.
Dengan adanya pasar malam para suri rumah kat sini suka bagi alasan "takyah masak lah malam ni pasar malam ada, sat gi masak takda sapa nak makan, bazir jer..." hihihi.. ok lah tu hari cuti buat para ibu gitu.
Kat Rejang pun ada pasar malam tapi hari Sabtu. pasar malam ni pun ok jugak, lagi dekat ngan rumah aku, jalan kaki je. Seronok pergi pasar malam, macam-macam kita boleh beli tapi aku lebih suka beli makanan je kat pasar malam.
Support lah sikit peniaga pasar malam kan, tapi jangan membazir ok.
disana ada yg jual hamster gak mbak?
BalasPadamOrang malaysia yah? Bahasanya melayu banget
tak perasan, mungkin tak ada? tapi katak ada.... :p
PadamYe saya Orang Malaysia, dan berbangsa Melayu. ^^
so yang komen ni si farin atau saiful? salam kenal ya buat kamu berdua ^^
terima kasih atas kunjungannya.
waaahhh
BalasPadamasyik ya jalan2 di pasar malam...sambil beli snack hmmm yummiieee
anyway sist nita ni orang mana??
bicaranya is a little bit strange...
ya asyik sekali..
Padamsist.nita asalnya dari Pahang dan sekarang menetap di Kuala Lumpur. Warga Malaysia.
k.nita berbicara mengunakan bahasa melayu pasar. Bahasanya agak bercampur aduk. kalau nak translate in English memang tak akan faham. (akan berusaha meningkatkan penulisan dalam bahasa Melayu dengan betul)
tapi erow faham kan?
Wah di Malaysia rupanya ada pasar malam ya.
BalasPadamMirip sama di sini,
yang dijual pun hampir sama. Mainan anak-anak hihi xD
Keropok Lekor itu apa yah Kak?
Disini memang ada pasar malam..
Padamo benar mirip ya,
kebanyakkan peniaga memang pandai tarik pelanggan dari yang kecil hingga dewasa.
Keropok lekor tu, sejenis makanan yang diperbuat dari ikan.
rasanya enak tau, Una nanti kalau Una ke mari cuba rasa keropok lekor ok. rasa sekali pasti mau lagi.
aku jua peminat p.mlm haha..tp tula kadang2 ja dpt pi...
BalasPadamo samalah kite,
Padamhihihi biasalah kalau dah kawin, kadang2 abang tak bg pi, sesak katanya..:p
wah sama ramenya dengan pasar malam di Indonesia jg ya...
BalasPadam:)
o benar ya Dihas,
Padammungkin sebab Malaysia dan Indonesia tak jauh sangat.. :)
kirain aku pasar malam cuma ada di Indonesia aja ternyata ada juga disana,tapi kalau disana ramai kagak mba pengunjung'a ?
BalasPadamKat sini memang banyak pasar malam.. dimana2 tempat pun ada.
PadamPengujungnya ramai, jadi kalau k.nita nak pergi pasar malam selalunya dipenghujung waktu berniaga, baru orang tak ramai tapi jualannya kebanyaknya udah abis :(
buat cuci mata asik pasti ya kak pasar malamnya .. hee
BalasPadambanyak makanan yang aku belom tau, asam boi tu apa ye ..?
hhe
boleh tahan jugalah..hehehe
Padammungkin kamu tahu cuma namanya aja berlainan.. asam boi itu sejenis buah yang dikeringkan.. sori akakpun tak pasti dari buah apa :p
rasanya masam-masam masin.. selalunya serbuk asam boi kita makan bersama buah jambu... kalau buat air juga enak bersama perahan limau kasturi..hihihi
kalau mau tahu selanjutnya google aja dong.. hahahaha..
saya pun sangat suka pegi pasar malam:) salam perkenalan..jemput follow saya kembali :)
BalasPadamsamalah kita...
Padamsalam perkenalan juga, dah follow tapi awak tak follow kite pun :(
huhuhu...
ada pedagang mainan anak kecil juga, serunya seperti di desa saya :)
BalasPadamo iya..
Padamdisini mana2 pasar malam pun ada gerai untuk barangan mainan anak kecil sekurang2nya ada 2 gerai dalam satu pasar malam.
setiap ibubapa sekurang-kurangnya akan beli satu mainan utk anak (tak tahan dengan rengekan anak)hihihi...
hihi jadi terpaksa membeli deh
Padamfoolback sukses yah
happy blogging
hihihi..
Padamterima kasih ye.
happy blogging to you too :)
itu nampak enak makanannya. boleh tak kirim ke indonesia, buat mencoba.. hahaha.
BalasPadamhehehe.. boleh tapi takut tak sampai nanti ;P
PadamSonok kan pegi pasar malam. Saya dgn hasben tiap2 minggu pegi pasar malam beli ayam part dada dgn kepak sbb part tu je yg kiterang suka. Kalo beli sekor, nanti part2 lain tak makan plak. Pastu kiterang akan beli air kelapa 2 jug. Satu jug minum malam tu jugak sambil tgk movies kat TV2 [ari sabtu] dan makan kepok yg beli kat pasar malam. Satu lagi air kelapa akan minum tghr ahad tu. Sedapnya air kelapa.
BalasPadamEh eh samalah kite..tapi kitorang dah tukar menu baru, ayam crispy.. takde tulang. selalunya beli dua satu spicy dan satu lagi ori.(cam kfc gitu ;p)
BalasPadamkamipun suka air kelapa. wah..boleh join the club.
aku juga seneng banget kalo ada pasar malam.. asiknya itu kalau beli2 jajanan dan liatin orang2 ramai kesana-kesini :)
BalasPadamsalam kenal yah..
aku pun begitu :)
Padamsalam kenal juga Aiinizza Wynata ^^
besarnya pasara malam kat sana
BalasPadamboleh tahan la, tapi sekarang ni rasanya da kecik sikit.. lepas kes penutupan pasar malam Sri Rampai tempohari..
Padammungkin takut mengganggu lalu lintas nanti ada lagi yang komplen..
Salam Yusnita,
BalasPadamAmboi meriahnya pasar malam kat sini...macam2 ada...
Wsalam Ros,
Padammeriah la sangat..hihihi,
macam astro jugakla, macam2 ada ^_^
kira,in di indonesia saja yg ada pasar malam ternyata di malaysia juga ada ya..?
BalasPadamOh, sayapun sangka kat Malaysia jer ada pasar malam.
PadamIndonesia pun ada ya. Mungkin negara lainpun ada... teringin juga nak tahu??
ske pg pasar malam..huhu
BalasPadambole jd geng...hihihi
Padamwah di malaisia ada juga ya, seperti di indonesia ya..
BalasPadamPasar malam kat Malaysia memang dah lama ada, mungkin di Indonesia pun sama.. ialah negara kita kan tak jauh sangat. ^_^
Padamsy klu mls masak pasar mlm lah tmpt yg wajib diterjah. tp spnjg pi psr mlm kt tmpt sy xpernah jumpa plak org jual lauk siput sedut...
BalasPadamhihihi kalau cam tu Azi, silalah ke Pasar malam Taman Sri Rampai, Setapak. sebab ada sorang kakak tu, dia ada jual siput sedut sedaaaaappp.....
PadamKaak...Dee pun nak berkesah tentang Pasar Malam, Pasar Ramadhan dan Pasar Borong! ahaahaha...semua namma PASAR yang famous kat Malaysia...tapi lom sempat ambil gambarnya.. :)
BalasPadamoh iye ke Dee.. akak baru nak bercerita tentang pasar Ramadhan tapi sengan nak ambil gambar sebab ramai sangat orang..nanti akak nak baca tentang kesah pasar malam yang Dee akan post nanti k, pasti menarik kan..^_^
Padam