Assalamualaikum
w.b.t.
Ok,
seperti yang dijanjikan, kali ini saya nak ceritakan pengalaman saya mengubati
kucing yang selsema dan sakit mata.
Biasalahkan
bila melihat anak2 kucing sakit mata dan selsema ni rasa kesian pulak. Dok
terbesin jer lepas tu mata tertutup sebab tahi mata banyak.
Si
Puss (ibu si kucing) macam tak peduli jer. Jadi saya dan hubby yang ambil alih tugas ibu kucing tu hehehe..kami namakan anak2 kucing ni dengan nama Tom, Abu, Doni dan Tam. Setiap hari kami
cuci mata ngan hidung mereka. Satu hari my hubby ajak pergi vets sebab mata kucing2 tu dah teruk sampai bengkak2 tapi tengok macam mahal
jer, ingat nak beli ubat mata jer untuk kucing2 tapi nurse kat situ tak bagi dan
hairan camner kami tahu nama ubat tu. Takyah nak hairan sangatlah Google jer
kot. Menurut kata si nurse ubat yang kami nak beli tu antibiotik so kena jumpa
doktor lagipun anak2 kucing tu masih baby so ianya merbahaya.
Kami
ada terbaca dari internet jangan pandai2 bagi ubat sakit mata kat kucing sebab
kadang2 selsema juga boleh akibat mata kucing sakit. Jadi kami dah tak nak beli
apa2 ubat pun kecuali satu, itupun sebab kami tengok ada orang guna ubat tu
untuk kucing dia tapi selepas dia bawa jumpa vets. Kami tak bawa jumpa vets
kami cuma tawakal jer dan cuba
jugak gunakan ubat tu kat anak2 kucing kami. Ubat tu saya beli kat farmasi.
Chloramphenicol.. masa saya sakit mata dulupun guna ubat ni jugak.- amaran keras kalau kita sakit mata sila jumpa doktor jangan main beli je ubat nanti salah ubat, mata kita akan rosak (merbahaya)
(gambar dari google)
(gambar dari google)
Untuk selsema mereka lak kami guna petua dari internet jugak. My hubbylah yang rajin cari petua tu. Petuanya ialah dengan memberi anak2 kucing tu minum 3ml air kelapa tapi kami dapat bagi 2ml jer sebab kesian tengok anak2 kucing tu cam tercungap2. Tapi perlu diingat nak kasi air kelapa tu kena tekan syringe tu sikit2 jangan tekan terus takut nanti air kelapa tu terus ke paru2. Kang nak kasi o.k terus k.o anak2 kucing tu kang. My hubby pandai dia kasi sikit2 dah cam anak2 dia lak anak2 kucing tu. Air kelapa tu cuma sekali jer kami bagi kucing tu minum.
Alhamdulillah selepas seminggu anak2 kucing tu totally sihat. Menakjubkan kann.. hehehe.So itulah cara2 kami ubati anak2 kucing kami. Entry akan datang menyanyat hati sikit..tunggu kemunculannya (ceh budget cam ada orang nak baca sangat) Kbye.P/s seperti dalam entry sebelumnya gambar untuk entry ni pun hilang, gara2 3 sekawan tu.
thanks
for reading this entry ^_^
yang menakjubkan itu kalian (Nita n husband). Mencintai hewan piaraan sedemikian tulusnya. two thumbs up.
BalasPadamYea rite. They are great cat lovers indeed. Two thumbs too. Awesome
Padamwah, bangga mendengarnya... kuanggap ianya sebagai doa
Padamterima kasih zach ^_^
Well Asep, I take it as a compliment..thank you ^_^
PadamSaya pon tgh pening sbb anak kucing saya dpt jangkitan dr mak kucing...saya bli kak klinik haiwan je..lps saya pegi klinik haiwan kerajaan.dia tak da stock...so suruh bli kat luar..
PadamTapi 4 ekor bukan mudah nak jaga..penat..sgt
Betul.. Moga Allah permudahkan..
PadamHmm.bagusnya.. boleh bukak klinik laa.. :)
BalasPadamhehehe..jadi doktor haiwan yang tak bertauliah gitew..
Padambagus la akak ni sayang haiwan peliharaan....
BalasPadamerm..sebab dah jaga lama kan so terjatuh kasih pulak kat haiwan tu :)
PadamWaa...so sweet!
BalasPadamowh really...thank you ^_^
Padamterharu bukan bersaksi untuk story Nita ini? subhanallaah.
Padam(^_^)
PadamEh, mestilah nak baca. Kisah menyayat hati. Lebih2 lagi kalo pasal kucing.
BalasPadamBeraninya nita guna ubat mata utk manusia kat kucing2 tu. Syukur lah semua dekor selamat.
wah..terima kasih Lyd awak memang baik hati..takdelah menyayat hati sangat gempak jer kot..
PadamTerpaksa memberanikan diri sebab kesian tengok mata kucing2 tu bengkak dan merah, lagipun ubat tu memang digunakan untuk rawat mata kucing jugak..Alhmadulillah semuanya selamat kalau tak memang menyesal tak sudah la kami..
mengubati kucing sakit adalah salah satu bentuk sayang kita pada makhluk Allah, karena ini juga diperintahkan agar kita menyayangi semua makhluk Allah termasuk kucing, dirumah aku juga ada kucing tapi gak sakit nanti aja kalau matanya sakit aku buka lagi postingan ini
BalasPadamMoga diredhai Allah..
Padamjadi kamu juga sayangkan kucing..saya berbesar hati kalau postingan ini boleh dijadi rujukan tapi kalau ia tak berkesan jgn lupa bawa kucing tu jumpa vets ok.
Sy pun penah bela kucing dulu... Waktu tu satu family terjebak sayang kucing. Pantang tak kena/ tak sihat kat kucing sikit pergi vets tuh. Kalau diri sendiri yg demam, telan panadol je. :)
BalasPadamhahaha..dah terbalik la pulak, vets tu mahal kot kalau murah cam klinik 1Malaysia, memang saya bawa jumpa vets..Kalau deman sikit bolehlah telan panadol masuk 3 hari tak kebah kena gi klinik taw, jangan tunggu lama2 Khalilah, merbahaya!... ^_^
PadamSaya punya Kucing beberapa tahun yang lalu. Namanya Cleo, atau kependekan dari Cleopatra. Saya dan beberapa teman kantor saya juga merawat kucing itu. We love the cat very much.
BalasPadamKami beri makanan khas kuching , yaitu whiskas cat food , namun too bad. Kucing itu Mati karena sudah tidak ada yang mengurus atau bela Kucing itu lagi sejak kami pindah kantor. Too bad
Owh sad story, pasti sedih bila kucing yang kita jaga dan sayang mati..
Padamcuma saya tertanya-tanya macam mana boleh mati sebab setahu saya kucing kan binatang yang pandai jaga diri sendiri, atau mungkin kemalangan kali ya..maaf Asep sekadar ingin tahu??
Hehe,.akhrnye mnjdi cats lover ek.wahahaha..
BalasPadamakhirnya....tapi tak sehebat ko ann.
Padampeminat tegar kucing..ha amik ko kena kencing ngan jerry..
"alolo tomey2" sekali panas la....wahahahaha....
yeayy info pasal meow jan suka hehehehhe ;)) tq for sharing this!
BalasPadamyeayy...Jna suka..hehe ;) u r welcome dear (^_^)
Padaminfo yg bagus nie.. tp kat rumah mmg tk bela kucing.. umah mak banyaklah... hehe
BalasPadamterima kasih..nanti bolehlah share ngan mak info ni k.. hehe :P
PadamKucing sya ua mengalami hal yg sma sperti di atas .. boleh d'cba tipsnya
BalasPadamerm..kalau gitu.. silalah cuba tip itu.. tapi hati2 ya Aldhi, kalau gak berhasil dibawa kucing itu ke vets ok.. ^_^
Padamwah aku ga suka kucing
BalasPadamanak-anakku juga lebih suka mbek...
pada mulanya aku juga ga suka, tapi lama kelamaan jadi sayang..
Padamkalau mbek urban milik Ncit, anak2 ku juga suka.. hahaha..
Language Malaysia.
BalasPadamwoww
Woww...??
PadamBiasalah orang Malaysia..language pun Malaysia jugak la..^_^
salam kenal je, cuma mau bilang follow sukses, jangan lupe follback juga yer :D
BalasPadamsalam kenal juga Shiva Rei..terima kasih.. done follow u back :)
Padamsangat mulia jika kita merawat dan mengobati hewan peliharaan xD
BalasPadamMoga diberkati Allah..
Padamterima kasih UN ^_^
Wow tips yang sangat bagus neh,, untuk pengobatan kucingku..
BalasPadamInsyaAllah..
Padamdicoba ya tipsnya.. SB ^_^
info menarik.. sayang aku gak punya kucing...
BalasPadamsalam kenal ya..?? Sukses di follow blognya
dtgu folbeknya mba Nita...
terima kasih..
Padamsalam kenal Yana, terima kasih..
done follow u back ^_^
bagus betoi nita ni... rawat kucing pun pandai...
BalasPadamhehehe..takdelah ina, semua ni pun tips dari internet.. :)
PadamSalam,
BalasPadamSaya ingin membantu anda untuk memanjangkan hayat kucing anda, supaya saat-saat kemesraan bersamanya lebih panjang. Sila layari website ini:
Panjangkan Jangka Hayat Kucing Anda - klik sini
Diharap anda meluangkan masa di website tersebut sekiranya anda benar-benar sayang terhadap si comel anda.
Terima Kasih.
terima kasih Firnena nanti saya luangkan masa saya di website tu :)
PadamSis Chloramphenicol @ CMC ointment selamat je utk mata kitten... Sya ingat nk try la cara sis tu..
BalasPadamKitten sya now 3ekor dah sakit mata.. b'air je mate dorg tu.. nk bawak g Vet cnfrim la mahal coz 3ekor sakit mata. buat mase ni x teruk la.
Awak cubalah tapi pastikan matanya sentiasa dibersihkan..jangan letak banyak2 1 kali sehari jer tapi kalau tak baik juga kena sabarlah sebab Doktor kata kucing sakit mata kadang2 ada kaitan dengan selsemanya.
PadamInsyaAllah boleh baik sebab kucing2 tupun dah sihat membesar dah..
Terima kasih,nanti ako cuba..
BalasPadamsama-sama, selamat mencuba (^_^)
Padamsaya pun sedang mengubati my wonderpet kitty yg sakit mata, byk tahi mata dgn chlorop 10mg. doakn agar wonder cepat sembuh insyaallah. kesian dia , anak saya kutip tepi jalan . kurus sgt dan mata totally tertutup dgn taik mata yg dh keras. dah 3 hari treatment . tinggal sikit2 taik mata. nama "wonder" tu anak sy yg kasi.
BalasPadamInshaa Allah semoga cepat sembuh...amiin
Padamsamalah dengan anak saya suka sangat dengan kucing tapi takpe dari situ kita tahu mereka seorang yang penyayang...
kena selalu tolong bersihkan mata "wonder" supaya cepat sembuh..
mesti anak awak suka tengok wonder pet kann... hihihi :P
Your blog is great for anyone who wants to understand this subject more.
BalasPadamSy jg pernah gna ubt yg sama...baygkan ada 6 ekor time tu tak mampu nak cover vet.mujur ada vet yg baik hati bg tips beli kat farmasi.alhamdullillah dah ok.cuma sy tak syorkan penggunaan ubat mata jenis titis air kerana ia akan menyebabkan kelopak mata pucat dan bengak mcm kena rendam.matapun kering.apapun keep it up!!! Sharing is caring.
BalasPadamowh ye ke... saya dapat bayangkan memanglah tak termampu dibuatnya.. Syukur Alhamdulillah semuanya dah selamat..
Padambahaya juga ubat mata jenis titis ni yea.. saya pernah dengar ianya pun bahaya juga buat manusia kalau selalu pakai.
thanks to you to... yes "sharing is caring" (^_^)
Hello, I would like to read more information about this topic because I think that is really interesting, besides, the post has very good information.
BalasPadamthanks for reading (^_^)
PadamAll. Kalau nak tahu..satu product seribu guna termasuk untuk manusia dan haiwan. 4Life Transfer Factor. Ada Feeline untuk Kicing. Knine untuk anjing dll. Apa saja sakit, Transfer factor boleh ubatkan. Google "4life Transfer factor Kanser" dan lain lain. info lanjut, aimanmaran@gmail.com TQ
BalasPadamsaya pernah dengar product ni tapi tak tahu pula boleh digunkan untuk haiwan..
Padamnanti kalau saya berminat nak beli saya hubungi awak.. Thanks (^_^)
macam mana keadaan kucing tu sekarang?
BalasPadamsekarang...awak kena baca kisahnya nanti..
Padamtapi selepas rawatan tu, Alhamdulillah mereka sihat.
Info yg menarik. Thx nita nt sye nak try jugak la kucing kat umah nie sakit mate. Mudah2 an kucing sye akan sembuh..
BalasPadamIn sha Allah.. mudah-mudahan sembuh kucing tu :)
Padamwanna ask,
BalasPadamubat sakit mata untuk kucing ada jual dekat farmasi biasa tak?
ubat mata untuk kucing selalunya takde kat farmasi biasa, kalau nak beli ubat khas untuk kucing kena beli kat vets tapi mereka mesti minta kita bawa kucing tu untuk tengok, sebab ubat mata bahaya kalau salah bagi ubat.
Padamthanks :) sy ad ubat ni jugak. kucing sy sakit mata terok sgt myb sbb selsema. awk bg petua ni, lega sy. sbb kt rumah ada ubat ni baki sy sakit mata dlu. berbanyak2 terima kasih :)
BalasPadamsama2 :)
PadamHі thеre! I could havе ѕworn ӏ've been to your blog before but after looking at some of the posts I realized it's new to me.
BalasPadamNonetheless, Ӏ'm certainly delighted I stumbled upon it and I'll be booκmarking it аnd checking back frequently!
Also visit my website apartments phoenix
:)
PadamAssalamualaikum akk...slm perkenalan.sy nk try guna ubat mata ni tp sy ade soklan.camne kalo mak dier/kucing lain jilat mata dier nti xbahaya ke?-nurul
BalasPadamWaalaikumsalam..
Padamyang tu tak pasti, selalunya ubat tu capat meresap, mungkin tak sempat kot kucing lain jilat.
Hоwԁy! Wоuld уou minԁ if I ѕhаre your blog wіth mу
BalasPadammyѕpace grouρ? Thеre's a lot of folks that I think would really enjoy your content. Please let me know. Cheers
Here is my blog post: dragon tattoos
Hellο this is κindа of off topic but ӏ was wondering іf blogs
BalasPadamuѕe WYSΙWYG edіtors or if yοu
hаνe to mаnually сode ωіth
HΤML. I'm starting a blog soon but have no coding skills so I wanted to get advice from someone with experience. Any help would be greatly appreciated!
Also visit my web-site :: http://garagedoorrepair-phoenix.com/
Saved as a favorite, I like your website!
BalasPadamMy web blog; Seo Marketing training
I like the helpful information you provide in your articles.
BalasPadamI will bookmark your blog and check again here regularly.
I'm quite sure I will learn many new stuff right here! Good luck for the next!
my site unblocked flash games
Fаntastic web site. Ρlеnty of useful infoгmation
BalasPadamhere. I'm sending it to several friends ans additionally sharing in delicious. And obviously, thanks in your effort!
Also visit my webpage: colored Tattoos
They are classed to be a large breed and as a consequence they might feed a more substantial kibble food for instance Arden
BalasPadamGrange Large Breed or they could eat and drink
a breed specific food for instance Eukanuba German Shepherd food or Royal
Canin German Shepherd. This condition is observed predominately in German Shepherds, but occasionally it's observed in other breeds as well. Success is dependent upon the skill to govern the recipe. Large dogs like Doberman's, Mastiffs or German shepherd's will need spacious destination for a roam around. Ears : The ears in the German shepherd dogs are incredibly fluffy and thick with hair.
Visit my webpage: German Shepherd Puppies
The best alarm systems includes your four-legged friend; a dog.
BalasPadamOne thing to bear in mind in picking prices are illustrate dogs that happen to be "entire" - not spayed or neutered
- cost considerably more than non-entire dogs.
These dogs also make incredible family companions, even though some show more
drive and aggression than can be wanted within a family or guide dog.
Finally, bring the puppy for the family Veterinarian for any thorough examination within after 48 hrs of purchase.
German Shepherds are highly intelligent and infrequently times used as police dogs, rescue dogs and
guide dogs.
Also visit my website ... German Shepherd Puppies
Assalamualaikum nita.Kucing sy pn skt mata. Br je td sy ltk terramycin kt kelopak mata dia. Ade pe2 side effect x?tq. Barakallah
BalasPadamWa'alaikumsalam...
PadamAwak beli kat farmasi ker atau dari vets. Sebab saya pernah nak beli ubat ni vets tak benarkan melainkan dia sendiri cek kucing tu, kalau vets sendiri yang bagi..In Sha Allah takde ape2 melainkan kalau kucing tu allergic....,
salam kenal kak nita..jom lawat mylovelybulus.blogspot.com...:)
BalasPadamsalam kenal Owner9086.. nanti akak satang melawat k..
Padamterima kasih sudi singgah.. ^_^
terima kasih atas maklumat ini,dan 4 bulan maktam cari mklumat merawat kucing,kucing maktam nama muhammad mueza,kucing yg manja.dia sesema dan mata bertaik.mcmmcm bagi tak ok ni dapat maklumat ni nak cuba,mudahan cepat sihat insyaallah.
BalasPadamIn Sha Allah... semoga kucing maktam cepat sembuh.. ^_^
PadamApahal bagi nama nabi pada binatang ni????
Padamassalamualaikom....akak nk tnya niy ubat tuh mhal dk....
BalasPadamWaalaikumsalam..
PadamChloramphenicol.tu harganya dalam RM10 kalau tak silap akak..
assalamualaikum. akak... saya ada 1 soalan untuk akak.. saya ingin bertanya.. mengenai air kelapa yg tlh akak berikan kepada anak kucing tersebut..adakah akak menggunakan air kelapa muda.. ataupun air kelapa yg biasa sahaja..? saya mohon penjelasan akak..? :)
BalasPadamakak guna air kelapa muda..
Padammekasih ye kongsi ni.. sebab anak kucing saya pun mayanya dua2 tertutup rasa kesian sgt..sy dah risau sgt ni dahlah tak ada krim yg akak ckpkan ni.. huhu
BalasPadamsama2 tapi citah kena hati2 juga ye.. sebab adakalanya kucing sakit mata sebab selsema..
Padamcuba gunakan sekali jer cream tu dulu lepas tengok hasilnya..sebab ada juga kucing allergic..takut nanti mata anak kucing tu membengkak..
Berapa kali awk bagi air kelapa?
PadamSaya 3 kali pegi vet dan dah bnyk kucing sya mkn abiotik dn selsema..tapi tak jugak baik
sekali jer...
PadamThanks
BalasPadamyou are welcome ^_^
PadamSalam kak,nak tanye. Ubat dri farmasi tu sesuai untuk anak kucing yg sakit mate sbb selsema or alergic? Sbb ank kucing sy sakit mate sbb dri selsema. Boleh sihat ke?
BalasPadamWsalam..akak tak pasti dengan kucing lain sebab akak cuba dengan kucing akak ok jer..InsyaAllah.. kalau juwita baca betul2, untuk selsema, kami bg air kelapa tapi sikit jer dan ada caranya.
PadamAssalamualaikum.. Thanks petua.. Buntu ngan ank kucing yg sakit mata n selsema nih.. Dh bw klinik pun masih x ok.. Sbb ank kucing nih xmo myusu ibu dia.. Bleh la cari air kelapa lak pasni.. :-)
BalasPadamu r welcome.. selamat mencuba.. :)
PadamSalam kak.. Anak2 kucing saya pun sakit mata. Dia pun selsema jugak. Nak pergi vet tapi takut mahal la sbb 5 ekor yg sakit. Hehe boleh sy tahu harga chloramphenicol di farmasi rm berapa? Btw insyallah sy akan try petua akak untuk kucing yg slesema tu ��� :)������
BalasPadamW'salam..
Padamakak tak pasti harga sekarang dulu akak beli RM6 jer..
selamat mencuba..
salam akak..sy nak tnye ubat nie kne titiskan dlm mata kucing ke atau sapukan guna cotton but je kt area mata??kucing sy 2 ekor sakit mata,sy student nk bw kucing pegi vets mmg xmmpu la kak..jd sy nk cuba cara akak nie la..mne thu dgn izin Allah kucing sy pon ok nanti.. :)
BalasPadamsapu kat area mata. sapuan tu nampak melekit macam tahi mata. ubat tu macam lotion.
Padamakak tak pasti dengan kucing lain tapi seminggu yg lepas, anak kucing akak yang barupun sakit mata. Matanya tak boleh buka lepas 3 hari pakai, Alhamdulillah dah ok. InsyaAllah..nanti akak tunjuk gambar dlm enty yg lain.
Assalamualaikum. Terima kasih sbb share. My baby cats skrg tgh sakit mata kesian sy tgok huhu. Nk try cari ubat tu kt farmasi :)
BalasPadamselamat mencuba ^_^
PadamAssalamualaikum...Air kelapa bagi berapa kali ye sehari untuk kucing berumur 2 bulan?
BalasPadamWalaikumsalam... saya bagi sekali tu jer..
PadamKucing saya selsema 5 ekor dan ada kerak2 di telinga gatal tapi mata tak sakit.mcm boleh bantu ker.dulu pernah bawa ker veterina 2 kali kucing lain la sebelum ne sakit yg sama mmg mahal kena Rm300 dan Rm150.Tanpa peyembuhan terhasil.sekarang baru cuba minyak zaitun jer di sapu di telinga 5 ekor ne nak tgk dulu mcm.tapi selsema kucing ne buntu tak tau lagi apa ubat yg boleh bekesan.TQ
BalasPadamcubalah kaedah di atas tapi akak tak pasti kucing awak boleh ke, tapi tak salah mencuba.
Padamhati2 kalau tak berkesan, eloklah dibawa jumpa vets.
pasal kat telinga tu cuba guna minyak goreng ikan.. maknaknya lepas goreng ikan, kan ada lebihan minyak so simpan dan sapukan kat tempat yang kena.. sebab dulu kucing akak ada masalah kulit juga.. Alhamdulillah berkesan.
Kak.. kucing sya kucing parsi, bru umur 2 bulan.. sya xtw sma ada dy kna sakit mata sbb slesma atw alergic atw lain2.. bole ka klw sya guna kaedah akk ni? N akak pi vet priksa 1 kucing brapa ya?
BalasPadamkalau boleh pergilah vets..
Padamakak masa kucing kena penyakit kulit je pergi vets.. masa tu harga dalam RM60. Alhamdulillah, tak sampai seminggu bulu dia cantik balik kulitnya dah ok.
tpi kalau nak try utk sakit mata tu boleh, cuma kena hati2lah.. InsyaAllah ok.
Nita....
BalasPadamberapa ringgit ubat sakit mata tu?
Chloramphenicol @ CMC ointmen dalam RM8 kalau tak silap.
PadamKucing saya selalu sakit. Banyak duit keluar. Tapi sekarang bila dia sakit (selsema kucing dan sakit mata) dll, saya cuma berikan dia air rumput kucing galak, rumput tahi babi dan tawa-tawa(ubat demam denggi). Kalau ada tiga-tiga saya ambil tiga-tiga rumput, satu jenis dalam 3 - batang dengan akar sekali, cuci dan blender dengan lebih kurang 1/2 cawan air. kalau tak boleh blender, tumbuk saja dengan lesung, kemudian tambah air dan perah. Masuk air dalam syringe lebih kurang 1 - 2 mm (agak-gak je dengan saiz kucing. Kalau pekat 1 mm cukup. Kalau cair beri banyak sikit (3 mm ke). Kalau sakit teruk beri 3 kali sehari. Kalau tak berapa teruk 1 hari sekali je. Saya agak-agak saja. Setakat ini belum ada kucing yang mati sebab minum ni. Makin sihat dan gemuk. Kalau tak tahu rupa rumput ini cuba search di internet. Saya pernah search di internet, rupa-rupanya rumput2 ini ada antibiotic semulajadi. Saya buat ini sebab saya tak mampu nak pergi klinik kucing terlalu kerap kerana mahal. Anak kucing saya yang ada sekarang ini pun beransur sihat selepas minum ini.
Padamwow.. bagus juga, InsyaAllah boleh cuba nanti. Terima kasih ^_^
Padamwah...obatnya tak jumpa di Indonesia saya...akhirnya kucing sembuh jua sendiri..
BalasPadamAlhamdulillah.. ubat hanya sekadar usaha, yg menyembuhkan penyakit adalah yang Esa.
Padamkucing saya dah besar dah bpe kli beranak dah tapi sy bg air kelapa x elok jugak makan pon xnak dah 2 hari dah x taw nak bg makan ape.. mcm mne nak wat ye?
BalasPadamSelsema ke, kalau selsema tu kena bw gi klinik. Doktor haiwan pernah kata banyak perkara yang mengakibatkan kucing selsema, salah satunya dari pemakanan.
Padammaaf saya tak arif sangat.
Ank kucing sy dh 2minggu selsema..sebelum ade seekor dh mati sbb selsema n xnk mkn..murung je..yg seekor ni dh nk dkt 2 mggu selsema..sy dh belikn ubt batuk+selsema n pengalak selera mkn utk dia..hari2 bg mkn ubat tp masih lg xok selsema..tp dia cergas n masih kuat mkn+menyusu..ingt nk try bg minum air kelapa muda sbb ade yg suggest mcm tu..tp blh ke kalo bg mkn ubt+air kelapa dlm ms yg sm?ke nk stopkn pengambilan ubat?risau betul sy..takut jdi mcm yg seekor lg tu..hrp sesiape yg berpengalamn dpt mmbntu..
BalasPadamMaaf, yang tu saya tak pasti..
PadamKalau air kelapa saya kasi lebih dari sekali tak pe ke??saya nak hnyr veterinar tak mampu..jadi saya harap sgt air kelapa ni boleh sembuhka
BalasPadamBerapa Kali sehari untuk saya berikan air kelapa iti
BalasPadamyang tu minta maaf saya tak pasti. Suami saya beri sekali sahaja tapi sikit je.
Padam