Kalau tengok keadaan anak2 mama ni, rasa kesian jer tapi.....
Alahai anak2 mama...
Rutin harian Asyraf.....
Jadual Asyraf penuh, Isnin hingga
Jumaat Jam 6.15 am dah keluar rumah, balik 1.30pm
lepas mandi makan sekejap jam 2.30pm masuk sekolah Agama pula. 6.40pm
baru balik...Kesian kepenatan nanti malam nak kena buat homework pulak.
Buat masa ni Asyraf belajar mengaji kat sekolah Agama, dan Sabtu pula, Jam 8.00 am pergi sekolah Agama untuk tuisyen
Jam 9.30 am balik dan 2pm hingga 7.30pm tuisyen lagi.. Hari Ahad barulah
Asyraf free.
Asyraf dah 7 tahun masih hisap ibu jari lagi...
Aishah ikut masa mama pergi kerja, kadang2 jam 7am dah pergi paling lewat jam 9am...hehehe...balik sekolah jam 12pm selalu dia singgah rumah maktok dulu petang baru baba ambil. Nanti malam baru dia buat homework.
Si Aishah dengan set berus gigi yang diberi gurunya, tak sabar nak bagitahu mama...
Waktu malam kalau tak buat homework mereka bermain dengan camera makcik Ana, takpun kacau makcik Intan. Selalunya mereka akan menonton TV channel cartoon kegemaran mereka.
Ben10 lah tu.....
Tadi dia ambil gambar abang sekarang abang pulak ambil gambar adik..
Mereka bermain bersama-sama sementara menunggu mama balik kerja..
Akhirnya tertidur dan mama baru balik.....
Nilah kalau tak ada orang menengur, tidur atas lantailah jawapnya.
Mereka lebih suka tidur kat ruang tamu, dan suka tak pakai baju sebab kepanasan. Asyraf dan Aishah, badan mereka cepat berpeluh dan panas jadi mereka suka sejuk terutama Asyraf, mungkin mereka pesakit jantung jadi mereka sentiasa mahukan keadaan sejuk dan mereka tak suka selimut. Tapi mama akan pakaikan jugak baju tu dan selimutkan mereka. Sejuk sangat tak baik untuk kesihatan terutama kanak2.
Asyraf akan tertidur bila mama balik tapi Aishah sentiasa tunggu mama balik baru tidur cuma ada waktu tertentu jer Aishah tak tunggu mama mungkin sebab penat sangat. Asyraf pula jam 9pm dia dah mula mengantuk mungkin Asyraf kepenatan sebab jadual yang padat tu....
Anyway 9pm adalah waktu tidur kanak2.
Love u always.
Padat betul jadual anak2 skrg. Sian kat derang kan? Tapi kalau tak buat mcm tu nanti derang ketinggalan plak kan?
BalasPadam2-2 hisap ibu jari ye. Heheh.
Betul tu Lyd, nak buat camner kalau tak mahu ketingalan terpaksa juga kena follow jadual tu, itupun masih beri kelonggaran, macam biar diorang tengok tv dan main game supaya tak stress sangat nanti.
Padamha'ah, susahlah nak hentikan. Sejak baby lg, diorang memang suka hisap jari. hihihi
wah iya Nit, padat sekali jadwal Asyraf. pasti tiap hari berasa penat di badan Asyraf. Diperhatikan ya makan dan istirahatnya, supaya tidak mudah sakit. Namun saya suka sekali mendengar anak-anak yang aktif dan banyak kegiatan. Bravo Asyraf. Juga Aishah.
BalasPadamSaya memang kesiankan Asyraf, tapi terpaksa. Soal makan dan istirehatnya memang selalu diperhati tapi masalahnya mereka berdua tidak kuat makan, malah mahu diajak makan perlu dipaksa.
PadamThanks Zach. ^_^
anak saya Arien pernah sakit karena kecapaian, Nit. Tiba-tiba trombocy darahnya turun secara drastis.
Padamini sekedar berbagi informasi sahaja.
kalau awak nak tahu zach, itulah yang paling merisaukan saya.. tambahan pula Asyraf mengunakan bateri dijantung. Semua pun berpesan supaya jgn push sgt anak tu. Tapi dah takde jln lain. Saya bekerja suamipun sama, dari saya byr org jg anak saya lebih baik saya hantar dia sekolah... Saya akan pastikan dia dapat rehat yang cukup...InsyaAllah..
PadamThanks for information..
Bagaimana keadaan Arien sekarang..Harap dia baik-baik saja ^_^
alhamdulillaah Nita, dia baik sekali sekarang. namun, kami tetap melakukan check rutin ke dokter setiap bulannya. dan kegiatannya benar-benar saya batasi sekali. jangan sampai dia letih.
Padamiya, tentang Asyraf saya baca lagi di cerita awak terdahulu, fisiknya hebat. yang penting selalu hati-hati saja.
salam sihat untuk Asyraf dan Aishah, ya Nit. (Kelak tercapai cita-citamu Nak!)
Alhamdulillah lega mendengarnya.. tapi Arien anak yang pintar kan ^_^
PadamBenar tu zach, harus hati2 selalu..
nantiku sampaikan salam buat mereka.
b/p Terima kasih atas doanya ^_^
semoga ALLAH senantiasa melimpahkan lindungan-NYA untuk asyraf dan aishah :)
BalasPadamAmiinn..
PadamTerima kasih Hariyanto ^_^
Ckckck style tidurnya lucu...
BalasPadamuda berapa tahun anaknya?? masih ngisap jempol... :D
hehehe..
PadamAsyraf 7 tahun dan Aishah 5 tahun.. tabiat dari baby masih belum boleh dihentikan... :D
Keluarga bagi setiap wanita muslimat (yang sudah menikah, tentunya!), adalah hal yang nomor wakhid! Saya senang dengan blog Sister yang begitu "blak-blakan" mengupas tentang kehidupan rumah tangga. Semoga rumah dikau adalah sorga, dan keluarga dikau adalah keluarga yang sakinah, mawaddah warrokhmah! Amin, Ya Mujibassa'ilin. Salam sahabat...
BalasPadamAamiin... terima kasih Lina ^_^
PadamKata-katamu sungguh menarik sekali..
Salam sahabat buat kamu juga Lina :)
semoga seluruh keluarga selalu sehat dan selalu menjadi kesayangan-NYA selamanya...amin
BalasPadamsalam sehat dari desa
Aamiin..
PadamTerima kasih Desa, semoga kamu juga sihat sentiasa ^_^
sedih jugak sesekali bila balik keja tgknaka tergolwk tido cmni,...apa nak buat kita perlu bekerja kan...tmbbah mcm sayakeja syif lagi
PadamIyalah Angah, harap anak2 faham.. sebab tulah kalau dapat cuti jer kita kena spent masa ngan anak2 dan tiap2 hari kita bagitahu mereka kenapa kita kena kerja... buat masa ni anak2 saya faham dan seronok bila saya cuti.
Padamhahaha..
BalasPadamheee..pastinya Bang Dayat ni anak manja, iya kan?? :D
dua-dua beradik tidur hisap jari yer.. memang pasat betul jadul anak..mengalahkan kita yg dewasa bekerja,...sian pula
BalasPadamha'ah, sejak baby lagi sampai sekarang..
Padambetul tu Ema, kadang2 kitapun nak nangis tengok anak nangis tak mau tuisyen.. Tapi Alhamdulillah sekolah agama dia suka pergi. ^_^
ooo hisap jari upenya... mmg kesian kalu tgk ank2 tidur sambil hisap jari..
BalasPadamhehehe...
Padamsaya suke tengok masa diorang baby nampak comel, tapi sekarang ni risau pulak takut gigi diorang jongang. :p
dulu kita pn schedule mcm tu kan. kdg2 rase tak larat. pernah sy tipu mk sakit kepala sbb letih nk g school. nk kena kayuh basikal. hrp2 ank2 akn enjoy with their life...
BalasPadambetul tu Azi, dulu kitapun camtu jugak tapi kalau anak2 yang tanggung rasa kesian pula..
Padamhari ni pun Asyraf bagi alasan pening, takmo g sekolah...hehehe
harap2 mereka enjoy ^_^