السلام عليكم
Lagi-lagi kisah si Asyraf..Baru-baru ni, si Asyraf bising baba hantar sekolah agama lambat. Katanya kalau lewat tak dapat duduk depan. Berbeza dengan sekolah kebangsaan, di sekolah agama siapa sampai dulu dia boleh pilih tempat duduk. Seperti biasa, bila mendengar kata-kata anak, yang seperti berminat nak belajar tu, aku rasa sungguh bangga. Sabtu lalu Asyraf pergi tuisyen, keseronokan dia bila tuisyen kelas agama tapi bila tuisyen sekolah kebangsaan dia malas.
Kebetulan aku lepak kat klinik dan setiap kali Asyraf habis tuisyen dia akan singgah di klinik. Selamat sikit sebab ada yang jaga dia sebelum baba dia ambil. Aku pun beritahu Dr Aida tentang Asyraf yang tak suka tuisyen matapelajaran sekolah kebangsaan berbanding sekolah Agama. Macam semalam beria-ia benar dia nak ke sekolah cepat sebab nak duduk depan. Asyraf anak yang pemalu tapi tak sangka dia nak pula duduk di bahagian depan. Macam hairan walaupun rasa seronok sebab anak nak belajar. Tiba-tiba doktor bertanya pada Asyraf. Asyraf nak duduk di depan sebab tak nampak kot, Asyraf senyum jer, dan baru aku perasan. Asyraf sering sakit kepala. Erm...apa lagi kami terus buat pemeriksaan mata kat Asyraf...
Gambar pinjam dari Google
Masa cek mata tu mata kiri Asyraf boleh meneka hingga No. 2 dan kanannya pula No.3 ini bermakna Asyraf memang rabun. So kami ke kedai cermin mata yang bersebelahan klinik. Hasil memeriksaan bercomputer mata Asyraf memang rabun dan ada sikit silau dan Asyraf perlu memakai cermin mata. Power sebelah kiri ialah 250 dan sebelah kanan 170 serta silau 75.
Serta-merta buat cermin mata sebab takut kalau tangguh nanti rosak mata dia. Kami pilih bingkai cermin mata, Asyraf pilih bingkai yang cantik dan kalau tengok dia pakai memang cute dan dia sendiri akui, abang nampak handsomekan. Tapi owner kedai tu cakap kanak-kanak tak digalakkan pakai half frame sebab mudah pecah, so kami decide yang ini....
ok kot... takpe nanti Asyraf besar sikit, kita tukar yang lain k..
Kawan2 Asyraf gelakannya kata mereka dah macam atuk nenek jer Asyraf ni.
Aunty Ton pesan kat Asyraf kawan2 Asyraf gelakan Asyraf sebab dioarang jealous kat Asyraf, selalunya hanya orang yang smart je pakai glasses hihihi...
Pesanan mama pula, ni dah pakai glasses kena rajinlah belajar, jangan harap penampilan je tapi... Asyraf gelak je dengar celoteh mama ngan Aunty Ton.
Pada mulanya memang ada rasa pening sikit, dan tak selesa sebab bulu mata Asyraf panjang jadi susah bila dia nak kelip mata. Dan dia pula selalu focus di bahagian frame jadi pandangan dia, terbatas sebab dia nampak petak frame tu. Tapi sekarang dah ok sebab kami suruh di jangan pandang cermin mata tu tapi cuba lihat sekeliling. Nasib baik dia faham dan sekarang Asyraf kata dah tak terasa sangat memakai glasses dan pandangannya pun jelas.
Rasa kasihan bila tengok anak2 kecil2 dah pakai spec. tapi nak buat camner. Mungkin sebab keturunan kot sebab kami adik beradik ramai yang rabun dan mungkin sebab terlalu dekat dengan tv ketika menonton atau juga sebab lama sangat mengadap computer. Tak pastilah yang penting sekarang Asyraf sihat dan tak sakit kepala lagi.
Pesanan mama pula, ni dah pakai glasses kena rajinlah belajar, jangan harap penampilan je tapi... Asyraf gelak je dengar celoteh mama ngan Aunty Ton.
Pada mulanya memang ada rasa pening sikit, dan tak selesa sebab bulu mata Asyraf panjang jadi susah bila dia nak kelip mata. Dan dia pula selalu focus di bahagian frame jadi pandangan dia, terbatas sebab dia nampak petak frame tu. Tapi sekarang dah ok sebab kami suruh di jangan pandang cermin mata tu tapi cuba lihat sekeliling. Nasib baik dia faham dan sekarang Asyraf kata dah tak terasa sangat memakai glasses dan pandangannya pun jelas.
Rasa kasihan bila tengok anak2 kecil2 dah pakai spec. tapi nak buat camner. Mungkin sebab keturunan kot sebab kami adik beradik ramai yang rabun dan mungkin sebab terlalu dekat dengan tv ketika menonton atau juga sebab lama sangat mengadap computer. Tak pastilah yang penting sekarang Asyraf sihat dan tak sakit kepala lagi.
patut lah selalu nk duduk depan..nasib baik awal lg kan..kalau dibiarkan lama2 tinggi lg power cermin mata tu kan..
BalasPadamhensem la Asyraf pakai cermin mata..hehe
tulah mama dia boleh tak prasan, nasib baik jugalah yea..
Padamdapat pujian dari Aunty Faz ni, mesti dia lagi semangat nak ke sekolah ni.. hehehe :p
kecik2 dah pakai spek ya...
BalasPadamha'ah..kecik2 dah pakai spek.
Padamimej br ni nampak asyraf budak pandai..!! suke tgk.. dulu dkt sek, budak2 pandai ramai pakai spek.. hihi
BalasPadamhehehe.. ni kalau Asyraf tahu ni tambah rajinlah dia ke sekolah :p
Padamhaha..okey latue..iman pun pakai spek siyes tahap rabun teruk..tp tak mengakuiinya sanggup beli lans bebyk utk pakai g keje:)tp beli kt umh sokmo dgn spek mata..haha..
BalasPadamO ye ke Iman rabun, samalah ngan akak. Akakpun pakai lens g keje senang sikit, pakai spek cam berat je mata ni (tapi sebenarnya takut nampak tua hihihi)
Padamhmm mcm profesor dah ni,...mudah mudahan...ok pe pakai spek,...nampak hensem
BalasPadamhehehe....
Padammudah-mudahan ok la..
ermm...seronok Asyraf dapat pujian :p
terima kasih Angah ^_^
Saya juga pakai kacamata. jika tidak pakai memang kepala pusing dan mata perih.
BalasPadamo benar, samalah dengan akak..
Padambetul tu, kalau tak pakai memang kepala pusing dan mata perih, tapi akak lebih suka pakai lens.. hehehe
saya tidak memakai kacamata, tapi si asyraf kelihatan tampan tuh
BalasPadamBagus tu maknanya kamu punya mata yang sihat..
Padamhehehe.. wah ni pasti si asyraf makin semangat lagi ke sekolah..
terima kasih Hzndi ^_^
hehe Alhamdulillah :)
Padamdan makin banyak disukai yah si asyraf hehe
sama2 :)
(^_^)
Padamsy dulu masa sekolah rabun tp xnak pakai spek mata sbb nk amik lesen memandu kena wat spek mata. mmg sian lah anak-anak kena pakai spek sbb pkai spek kengkadang bukan makin elok mata tp makin rabun...
BalasPadamSaya pun rasa macam tu sebab dulu power spek saya sikit jer sekarang dah tinggi. Anak kawan saya pun sama dari 200 dah naik sampai 600 dalam masa setahun 2 jer kot. Tapi kalau tak pakai sakit kepala pulak, nak tak nak pakai jelah..
Padamala..la..encemnya ashraf bkaca mata..pasni makin bsemangat la yer ashraf ke sekolah:-)
BalasPadamhihihi... memang bersemangat lah si ashraf tu nanti ^_^
Padammaceh.. aunty ana :)
ahaii, asyraf makin handsome nih... asyiik
BalasPadamtak mengapa Nita, biasa kanak-kanak masa sekarang mengenakan glasses. yang penting sering-sering dicek, jika nanti minusnya bertambah, tapi kita tidak ternformasikan, kasihan asyraf bisa pening di kepalanya.
hehehe... pasti tersenyum Asyraf mendengarnya :p
Padamiyalah zach, memang ramai dah sekarang ni kanak2 memakai glasses.
Doktor suruh buat pemeriksaan mata setiap 6 bulan. Memang kesian tapi Alhamdulillah sekarang nampaknya dah ok.
Thanks zach ^_^
ibu dia tersilap tafsirler yerk... memang kenalah kot idak susahkan...
BalasPadamtapi tetap comel.. anak sedara akak dah ramai yang pakai spekni...
hahaha...tu lah pasal, boleh tak prasan lak.
PadamAlhamdulillah.. dah ok sekarang tak susah rasanya
hihihi ni makin kembang hidung Asyraf ni.. o ye ke..tapi Atikah takde masalah matakan.
seperti seorang ahli fisika :) hebat!!!
BalasPadamwah.. begitu hebat pujiannya, moga hebat juga orangnya kelak.
PadamTerima kasih "Sayyid Abul A'la Maududi" ^_^
Alaa cian Ashraff kena kecik2 dah pakai cermin mata.. tapi tak per..nak wat cam na kan..still nampak handsome.. :)
BalasPadamtulah..ingatkan mata besar Asyraf tu ok rupanya rabun sikit... tapi takpelah asalkan dia sihat takper la kot dia pakai spek dan yang penting Aunty Rinna kata Asyraf nampak handsome :p
PadamTerima kasih Rinna ^_^
Tingginya power speck dia kalo utk beginner. Sian plak kecik kecik kena pakai speck. Saya pun tak selesa pakai speck. Sama la macam apa yg awk ckp tu. Rasa pening sebab terbatas penglihatan. Ada sebahagian yang jelas ada sebahagian penglihatan yang kelabu. Mmg pening.
BalasPadamHa'ah, sayapun terkejut.. Memang kesian, sebab kita yang dewasa ni pun rasa cam susah jer pakai speck. Dulu saya takut jugak bila Asyraf mengadu sakit kepala selalu sekarang dah tahu sebab dia.. nampaknya kena pakai sentiasalah speck tu..
Padamuishh tinggi juga ye nita ..
BalasPadamtapi x perlah biar kita pakaikan dia awal2 macam nie
kalau lebih lama .. lagi tinggi
kalau boleh jgn bagi asyraf bukak pakai yee .. suruh dia selalu pakai ...
kalau selalu bukak dan pakai akan menyebabkan power lebih bertambah ..
saya pun rasa tinggi..
PadamInsyaAllah nanti saya cuba pastikan asyraf pakai sentiasa spek tu.
risau juga kalau power dia naik lagi..
Terima kasih ieda ^_^
Asyraf smart :)
BalasPadamI like it..
semoga selalu sihat dan menjadi anak yg berbakti kepada kedua orang tuanyaa. aamiin
Thanks Lukman :)
PadamAamiin...
singgah sini utk pertama kali. kalau rajin singgah blog sy untuk mengeratkan silaturrahim sbg blogger :)
BalasPadamterima kasih sudi singgah :)
PadamInsyaAllah akan singgah nanti ^_^
terima kasih singgah balik, btul kata aunty ton, mereka tuh jeles sbb Asyraf nmpak bijak .:)
Padamsama2
Padamyelahtu kot tihihi... :p
nampak matang sikit bila berkaca mata..anyway memang handsome pun..
BalasPadamterima kasih Ema ^_^
Padammohon maaf lahir bathin dari saya sahabatku..
BalasPadamTaqabbalallaahu minna wa mingkum..
Taqabbal yaa kariim...
selamat hari raya Lukman,
Padambegitu juga dengan saya mohon maaf zahir dan batin :)
"minna wa minkum taqabbal ya karim"
Terima kasih, selamat hari raya Hzndi ^_^
BalasPadam"minna wa minkum taqabbal ya karim"