Assalamualaikum w.b.t.
Tak sangkakan..anak yang liat nak ke sekolah ni dapat anugerah pelajar cemerlang.
thanks for reading this entry ^_^
Anugerah cemerlang, wah rasanya seronok sangat bila dapat sms dari Ustazah Nik hari Jumaat lepas. Ustazah Nik mengajak saya datang ke sekolah bagi memeriahkan majlis penyampaian hadiah untuk murid-murid cemerlang di Sekolah Agama Taman Sri Rampai. Yang membuat saya rasa bangga sangat ialah Asyraf adalah salah seorang murid yang menerima anugerah itu, walaupun hanya mendapat tempat ketiga.
Tak sangkakan..anak yang liat nak ke sekolah ni dapat anugerah pelajar cemerlang.
Lihat dari report card Asyraf ada peningkatan, sama ada di sekolah Agama dan sekolah Kebangsaan. Menurut Asyraf dia nak berusaha lagi supaya cemerlang di kedua-dua sekolah tahun depan. Wah semangat betul anak mama ni.
Mama tetap bangga dengan pencapaianmu Asyraf. Semoga kamu terus berjaya dan menjadi anak yang soleh.
Oh ye, pagi semalam Asyraf buat check-up pacemaker dia, Doktor kata semuanya ok. Kemungkinan lagi 4 tahun setengah nak kena tukar pacemaker baru.
Sekarang ni mama tak berapa sihat, waktu tunggu baba datang jemput kami, mama muntah kat longkang tepi taxi stand si Asyraf yang kemetot ni cuba nak urut belakang mama.. kesian sampai kejang kaki asyraf sebab dia renggang kan otot untuk cuba urut mama. Mama rasa terharu sangat. OK la Asyraf nanti mama belikan CalciYum untuk Asyraf bagi tinggi sikit hehehe...
Sayang Asyraf (^_^)
thanks for reading this entry ^_^
selalunya bdak mcm tu dalam kelas mmg dia btul2 bgi sepenuh perhatian msa cikgu mngajar.. so blik umah ble la dia main2 plak.. hihihi
BalasPadammemang camtu zahirah..Asyraf kat rumah memang malas nak belajar nak buat homework pun kena paksa tapi kat sekolah cikgu cakap Asyraf seorang murid yang suka belajar dan selalu beri tumpuan bila belajar... cam tak caye jer :P
Padamwahhh anty Na pun bangga dgn asyaf congratsssss si handsome ;D
BalasPadamMesti Asyraf bangga mendengarnya..
Padamterima kasih Jna :)
suatu kebanggan tersendiri bagi orang tua melihat anaknya sukses...
BalasPadambenar tu mbak iis... ianya suatu kabangaan tersendiri bila melihat anak sukses ^_^
Padamtahniah asyraf... moga2 dapat banggakan lagi ibubapa asyraf...
BalasPadamterima kasih anna mariana atas doanya ^_^
Padamalhamdulillah.. :D
BalasPadamAlhamdulillah..
Padamterima kasih Agnes (^_^)
nice post gan.. :D
BalasPadamreally...:D
Padamthanks atas infonya sob.
BalasPadamthanks for reading sob ^_^
PadamIkut senang membacanya. Semoga sukses terus !
BalasPadamterima kasih Bumi.. ^_^
Padamwah senangnya punya anak yang berprestasi (cemerlang, bener ga ya terjemahannya?). tapi ikut senang aja ya.
BalasPadambenar Darient, terima kasih ya.. ^_^
Padamsaya doain mudah-mudahan doa ibu terkabul sehingga putra ibu menjadi anak yang berprestasi, shaleh, berguna bagi negara dan terutama bagi agama. Selalu menjadi yang terdepan dalam membela agamanya... Aamiin,,,
BalasPadamAaminn...
Padamterima kasih Yusup atas doamu yang indah itu ^_^
kamu sakit apa Nita? sudah baikankah sekarang?
BalasPadamtahniah untuk Asyraf, benar-benar anak mama, hehe..
teruskan langkah pencapaianmu, Nak, teriring doa dari sini.
owh..sakit biasa-biasa je zach, Alhamdulillah..baik2 aje.. terima kasih.. ^_^
Padamia benar-banar anak mama..hihi
terima kasih uncle zach. :)
tahniah!! diam2 ubi berisi nih!! sernok saya baca..-)
BalasPadamdiam2 berisi yea..hihihi
Padamterima kasih Ina ^_^
tahniah..
BalasPadam