Assalamualaikum w.b.t.
Baru nak tumbuh gigi tapi celotehnya..ngalahkan mak nenek..
thanks for reading this entry ^_^
Ini kisah anak dara mama yang cantik sangat (kata-kata mak satu doa taw). Si gadis manis ni dinamakan Nurul Aishah. Dia anak yang pandai berdikari dan berani. Memang suka buat orang marah tapi cukup pandai memujuk. Sukakan kanak2 dan paling banyak mengalah dengan budak kecil. Akan tetapi cukup berdengki dengan abangnya. Namum mereka ni adalah best friend.
Kalau nak dibandingkan antara Aishah dan Asyraf, rasanya Aishah lebih tabah dari Asyraf. Dari segi keberaniannyapun memang Aishah lah yang menang. Kalau nak masuk bilik gelap, Asyraf akan minta tolong Aishah untuk on kan lampu. Suiz lampu di bilik air tinggi, Asyraf lebih suka minta bantuan dari maksu Intan, berbanding Aishah selalunya dia akan menggunakan bangku atau kayu mop untuk onkan suiz. Teringat beberapa tahun lepas, masa balik sekolah dua beradik ni terpaksa tunggu mama balik kerja waktu malam, masa tu Aishah umur 4 tahun manakala Asyraf 6 kedua-duanya belajar di tadika. Disebabkan waktu tu jam 10 mlm masing2 mengantuk. Asyraf minta didukung sebab tak larat nak berjalan tapi Aishah tak minta didukung malah memarahi Asyraf..mengada-ngada abang ni katanya, memang Asyraf kelihatan letih sangat berbanding Aishah. Aishah selalu kata dia lebih kuat dari abangnya. Walaupun Aishah selalu berebut dengan Asyraf tapi dia juga banyak mengalah dengan abangnya.
Si Aishah ni bijak sangat orangnya. Bila bergaduh dengan Asyraf, mestilah Asyraf tak mahu tolong dia buat homework. Aishah selalu ponteng kelas jadi dia tak pandai jawap soalan dalam bahasa cina, selalunya Asyraf akan tolong tapi disebabkan mereka baru lepas bergaduh, jadi Aishah akan minta mama tolong carikan makna soalan bahasa cina tu menggunakan google translate... see, tahu je dia menfaatkan internet..hehehe disebabkan dah lewat, dia tak sempat habiskan homework bagi mengelakkan dia dimarahi guru, Aishah tinggalkan buku latihannya dirumah jadi bila guru dia nak periksa buku, tak dapatlah sebab buku tertinggal kat rumah. Aishah..Aishah panjang akal betul. Moga kebijaksaan kamu akan lebih ke arah kebaikan ye nak.
Mungkin sebab Asyraf selalu dapat perhatian, jadi Aishah ada rasa cemburu sikit. Aishah gadis lasak jadi caranyapun agak kasar, minta tolongpun macam mendesak jadi baba tak suka layan. Pernah dia minta babanya carikkan roti untuk dicecah dalam kuah durian, dia desak babanya dan baba ofkoslah tak buat, jadi mamapun tolong buatkan lepas tu boleh pula baba buat kat Asyraf. Mama tegur baba, kan layanan pada anak perempuan kena lebih dari anak lelaki, kenapa bila Aishah minta tolong baba tak tolong tapi Asyraf baba tolong. Kata baba ntah mungkin cara meminta tolong kot. Asyraf punya karektor menyenangkan dan orang mudah kasihkan dia tapi Aishah pula ganas. Akan tetapi si cantik manis ni memang pandai berlakon. Dia memang suka bikin orang panas dan juga ketawa kalau Aishah takde kat rumah pasti rumah terasa kosong.
Tak kisahlah Aishah ni ganas ke lembut ke, mama akan tetap sayang kesemua anak mama.
Khamis lepas, bila mama balik Asyraf beritahu mama kaki Aishah luka, keluar darah banyak, dalam bilik air lagi banyak. Bila ditanya maksu Intan tak tahu kenapa Aishah luka, masa tu kaki Aishah dah diplaster. Cuma guna handiplas kecil tu jer, darah masih mengalir. Ingatkan luka sikit rupanya besar. Ngilu mama dibuatnya. Pada mulanya kami sapu minyak gamat tapi tak juga berhenti darahnya. Bila kami nak ke hospital, motor baba rosak pula. Tunggu punya tunggu nak dekat jam 11 baru motor ok. Darah Aishah masih keluar lagi, Si Aishah ni tak menangispun malah rajin pulak dia buat homework. Bila mama kata jom pergi hospital dia macam happy pulak. Confirm besok MC..aishah..aishah..sabor jelah..
Kat hospital malam tu ramainya orang sakit. Lepas buat x-ray dan doktor hanya menggamkan saja lukanya tapi kalau terkoyak jugak lepas tu memang kena jahitlahkan... dalam jam 2 pagi baru kami balik. Tapi Aishah nampak happy mungkin sebab dia banyak masa dengan baba dan mama dia jadi sakitnya tak terasa agaknya. Doktor pun perasan kata doktor Aishah cam suka jer kaki luka. hehehe masa nilah dia dapat berdukung lama dengan babanya. Kalau fikirkan balik cam kesian kan.. nak dapatkan perhatian tu bukan sesuatu yang mudah. Percayalah Aishah mama dan baba sayang sangat kat Aishah tau.
Control Ayu lah kann....
Seksilah sangat...
Aishah yang gila-gila...
Baru 3 tahun dah pandai ambil gambar sendiri...
Umur setahun dah pandai nak bergaya...
Kesukaan Pakcik Lan kasi doll
Baru nak tumbuh gigi tapi celotehnya..ngalahkan mak nenek..
Peace!!
thanks for reading this entry ^_^










alolo comel dan hepinye dia...
BalasPadamhehehe...terima kasih inazamri..
Padamsi comel ni memang seorang yang happy selalu ^_^
woww.. awesome photos. I like it :)). Tahniah
BalasPadamThank you Asep Haryono.. ^_^
PadamDaripada cerita mama dia ni, makcik Lyd membayangkan aisyah ni seorang survivor. Yg takkan berdiam diri je bila diuji dgn masalah. Mesti ada ikhtiar. Untung la siapa yang berdamping dgn dia.
BalasPadamTeacher zana tak marah ke buku tertinggal kat rumah? Hehehe.
Terima kasihlah makcik Lyd..mama diapun rasa cengghitu..
Padamsebab dia tahu cikgu kelas tak akan mengadu kat teacher zana kalau buku tertinggal..selamat dia..hehehe
hahaha..panjang akal sungguh aishah.. comel
BalasPadamkan..ada jer idea dia...terima kasih Rai ^_^
Padamcomel sgt. hehe - ehbloger.blogspot.com
BalasPadamterima kasih Zulasri..
Padamnanti akak datang melawat blog Zulasri k! ^_^
waaah, sama la nama kita. cuma anak akak aishah, sha punya nama aisyah. kihkih. bagus princess akk ni, independent & gagah. hihi. semoga menjadi seorang ank yg solehah :D
BalasPadamerm..mula2 akak memang nak guna y nak bagi sama ngan abang dia tapi baba dia tulis h.. kalau tak dah sama dah kann..hihihi
Padamyes, In Sha Allah... terima kasih sha ^_^
aisyah sangat bijak.tulah, kadang-kadang anak tak faham yg kita mmg sayangkan dia...
BalasPadambetul tu ema, pandangan mereka berbeza.. nak kena cakap kita sayang diorang everyday lah agaknya baru diaorang tahu.. ^_^
PadamWah, Nurul Aisyah sangat pemberani ya.. Dan anaknya kayaknya Pandai bersosialisasi. Hehe Bangga lah ya mbak sama your little princess
BalasPadamya EYSurbakti, memang kakak bangga sama my little princess.. ^_^
Padampandai ibu dia cari gambar..memang nampak ciri keberaniannyer...
BalasPadamanak2 mmg lain2 perangainyerkan... yang penting kita mak bapak kena pandai menyesuaikan diri dengan perangai diaorang... oh susahtu...
hehehe..kebetulan pulak terjumpa gambar2 dalan handphone makcik dia..
Padambetul tu..lain anak lain kerenahnya..
sampai sekarangpun dok belajar nak menyesuaikan diri kak..memang susah.. ^_^
tingkah aak2x bikin lucu ya....
BalasPadamya Mbak Iis..tingkah anak2 selalu bikin lucu ^_^
PadamNo quick solution to stop your son's being jealous. Make sure you tell them again and again that you care/love that much about them. Asyraf may struggle but just keep reinforcing that he's still important to you and hubby. Don't focus your attention on one child. Be fair c:
BalasPadamI'll try my best to be fair with both of them..
PadamThank you Nisa. ^_^
amboi mcm2 gaya n mimik muka dia buat hehehe
BalasPadamtulah dia princess Aishah..hehehe
Padammacam2 kan..
TGK MUKE MMG GANAS NI!!!HAHA
BalasPadammemang ganas little princess ni May.. hehehe
Padamamboi.. ceria betul!! hopefully you'll be a good daughter aishah :)
BalasPadamdia ni memang ceria selalu zizie..
PadamIn Sha Allah.. terima kasih zizie.. ^_^
haha.., mcm2 karenah budak2 ni eik.,
BalasPadamha..tau takpe... hihihi.. :P
Padamdah bole jadi model ni hihi..
BalasPadamhihihi.. bolehlah sangat.. :P
PadamAisyah sangat ceria, suka sangat Nita tengok princess macam ni. Semuga Aisyah terus membesar dengan sihat dan bijak
BalasPadamAishah seorang anak yang ceria dan menceriakan..
PadamIn Sha Allah.. kak, terima kasih.. ^_^
singgah ahad yer kak
BalasPadamterima kasih Waniey sudi singgah.. ^_^
Padamsinggah kesini
BalasPadamanaknya comel sgt
terima kasih sudi singgah..
PadamAlhamdulillah.. terima kasih.. ^_^
melawat dari negeri seberang
BalasPadamterima kasih sudi melawat di sini, nanti kubalas lawatannya k.. ^_^
Padamteringat masa sek rendah dulu2.
BalasPadamkalo x siap keje alasan bagi kt cikgu buku tertinggal.
bila dah jdi cikgu dah masak dah ngan alasan tu..huhu
hehehe..camner cikgu nak marah tak kat pelajar yg bagi alasan tu? :P
Padamdr gambar nampak aishah sangat aktif sejak kecik...
BalasPadamMemang aktif sangat si aishah tu Azi... ^_^
Padam