As-salamualaikum...
Macam tak percaya sekarang dah masuk pertengahan May tak lama lagi bulan June, maknanya sekarang dah nak masuk pertengahan tahun, cepatnya masa berlalu.
Ingat tak entri sabor jelah........, entri pasal handphone kena curi ngan wallet tu, habis semua kad-kad penting hilang sekali. Terpaksalah cancel semua kad bank, dan buat Mykad baru. Nasib baik ada polis report, so tak kena dendalah. Nasib baik sebab ada juga orang buat polis report tapi still kena denda alasan cuai. Tapi kes aku, kes pencuri masuk rumah so mereka tak dendalah kalau tak.. terpaksalah keluar duit RM200 jugaklah pasal 2 kali hilang. Mykad dah buat lama tapi tak siap2 lagi. Hari tu dah datang JPN tapi tak siap lagi so kali ni malas aku nak jenguk JPN tu, aku tunggu surat dari diorang jelah.
Dua minggu berlalu hubby aku bagi tahu Mykad aku dah dapat, so aku cakap takpelah kalau ada urusan ngan Pesuruhjaya Sumpah baru aku gi amik kat JPN yang kebetulan satu bangunan ngan Pesuruhjaya Sumpah. Hubby cakap bukan Mykad baru yang dapat, tapi Mykad lama tu dah jumpa.. Wah gembiranya terus aku tanya handphone jumpa sekali tak. hahaha..tak agak2 soalan, takan pencuri nak pulangkan handphone lak.
Sebenarnya kawan pak mertua aku terjumpa kad2 tu kat dalam satu sampul duit raya, katanya sampul tu dia dapat dari peti surat kosong, tiada pemilik. Belakang sampul tu tertulis "TOLONG POSKAN KAD2 INI PADA TUANNYA, TERIMA KASIH" Kebetulan alamat dalam Mykad aku tertulis alamat pak mertua aku so pakcik tu bagi lah kad2 tersebut kat pak mertua aku.
ada nota kat belakang sampul
Alhamdulillah at least tak ada orang salah gunakan Mykad tu. Kad2 bank memang takleh guna semuanya dah di block. Cuma kad Watson ngan Kad Rabbit masih boleh diguna pakai. Mykad ngan MyKid Asyraf yang lama tu, aku simpan je buat kenangan.
Kad-kad yang dijumpai, eh kad BSN takdelah...
Kalau dilihat dari segi keadaan kad2 tersebut, nampak macam dah kotor sebab ada kesan tanah, ini bermakna seseorang telah menjumpai kad2 tersebut dan cuba untuk memulangkannya disebabkan alamat pada kad tu bukan dari kawasan tu jadi orang tu hanya masukkan ke dalam peti surat kosong. Dia juga siap tinggalkan nota, kalau2 ada yang menjumpai kad2 tu dan akan memulangkannya pada tuannnya. Dan Pakcik Ramli iaitu kawan bapa mertua aku, bekerja sebagai pengurus kawasan perumahan ni yang nampak kad2 semasa dia bertugas. Dan dari alamat kad tulah yang akhirnya kad2 tersebut sampai ketuannya iaitu aku. hehehe... anyway benda dah lepas, terima kasih pakcik Ramli sebab pulangkan kad tu kat Abah. Dan buat orang yang mulia sangat tu yang sudi mengutip kad2 aku dan simpan kat dalam pos box supaya Pakcik Ramli dapat pulangkan kad tu kat aku, aku doakan semoga Allah murahkan rezekinya. Sebab rasanya tak ramai orang yang sanggup kutip kad2 kat tanah atau kat mana2 dan sanggup pula berusaha untuk pulangkan kepada tuannya. Tak sangka zaman sekarang ni yang penuh dengan orang yang penting diri ni, masih ada yang prihatin. Harap2 orang yang bersikap mulia macam tu tak akan pupus.
Moga Allah jadikan kita orang yang bersikap mulia. Aamiin..
amiin........semoga aja byk orang yang mulia membantu..
BalasPadamAamiin..doanya
Padamiya la Mbak Iis sekarang ni susah nak cari orang yang bersikap mulia..
betul..skrg banyak yg hanya mementingkan dirinya sendiri...
Padamharap kita tidak tergolong dalam golongan itu ^_^
Padamikut prihatin dan simpati atas kad-kad yang hilang.
BalasPadamya, semoga kita semua menjadi orang-orang yang mulia. damai dan tenteram akan tercipta.
terima kasih atas keprihatinan dan simpati zachflazz, tapi sekarang dah dapat gantinya..
PadamAamiin... moga2 yea.
ternyata masih ada orang yang mau membntu ya... :)
BalasPadamkalau saya yang nemu pasti saya langsung kembalikan ke Mbak Nita... :) :D
emm... benar tu Ivan Lionel Andreas, masih ada yang mau membantu (^_^)
Padamhehehe... iyeeeelaahhh tuuuuu... ;p
baarakallaahu fiikum.. semangattt selalu dalam kebaikan ya :)
BalasPadamwa feekum.. ya terus semangat dalam kebaikan ^_^
PadamSemoga masih banyak orang yg seperti itu ya mbak didunia ini.
BalasPadamSukurlah kad-kad nya mbak nita sudah kembali. Salut deh buat orang yang mengembalikan kad-kad punya mbak nita
Ye moga2, dan paling aku harapkan moga tak ada yang panjang tangan lagi... hehehe
PadamSyukur Alhamdulillah, k.nita pun salut pada orang yang berhati mulia itu.. ^_^
Iya mbak, semoga...
PadamOh iya mbak, saya mau menyampaikan sesuatu nih, tapi mbak jangan marah ya... :)
Tadi kan mbak nita maen ke blogku terus komen. Saya senang kita bisa saling silaturohmi di dunia blogger ini .tapi maaf nih mbak, masak mbak nita manggil saya DEWI sih kok bukan Dwi, saya kan cowok mbak bukan cewek. Hehehe...
Ya tak apa lah ,ini mungkin terjadi karena saya dan mbak baru pertama kali berkunjung satu sama lain. Tapi besok-besok jangan panggil saya dewi ya mbak, nanti saya dikira cewek lg :D hehe...
oh ye ker...hihihi sori sori sori.. tak perasan ingatkan Dewi tapi Dwi (uniknya nama kamu)
PadamOk, lain kali saya panggil Dwi (jgn marah bro) ;p
(no wonder entri kamu, mengenai susahnya nak membasuh pakaian rupanya cowok ya... hahahaha)
diantara yang banyak, terdapat yang sedikit....dengan maksud...masih ada orang yang jujur walau sedikit.....
BalasPadamsalam kenal Nita ^_-^
ya... benar tu arya-devi :)
Padamsalam kenal jua arya-devi ^_^
Moga Allah jadikan kita orang yang bersikap mulia. Amin.
BalasPadamMasih banyak orang baik dan orang jujur disekitar kita. Semoga yang menumukan Kad ( Kartu ) itu di limpahkan rezekinya.
Ancung jempol atas kejujurannya.
Aaminn..
PadamAncung jempol tu ape ??
Susah di bacanya fontnya kurang bagus akak.
BalasPadamketerbacaannya kurang lebih baik ganti fontnya akak.
ok ok...
Padamnanti akak tukarkannya.
Thanks Fahmi ^_^
Baik jugak org yg pulang kan kad2 tu. Tapi dah terlambat kan? Semuanya dah ditukar betul tak?
BalasPadamHa'ah orang tu memang baik..
Padamtu la pasal, semuanya dah bertukar kecuali kad watson dan kad rabbit (touch n go). alhamdulillah kedua2nya masih boleh digunakan. hihihi
saya juga pernah kehilangan kaca mata dalam hitungan detik dah melayang. semoga Allag menggantikan yang lebih baik. amin
BalasPadamAaminn... setiap yang hilang pasti akan berganti malah lebih baik dari yang sebelumnya. Asal kita sabar dan yakin pasti Allah beri yang terbaik buat kita.
Padamsabar ya mintarsih (nama sebenarnya sapa ya?)
Alhamdullillah nasib ada gak org yg sudi utk mengutipkannyaa..dan diletak dlm pos box gitu.. Moga org tuh diberkati..
BalasPadamAlhamdulillah...
Padamyelah Rinna, baik sungguhkan..dia sudi kutip kad2 tu, kalau nita ntahla nita akan kutip ke tidak, tapi bila dah ada yg buat camtu InsyaAllah nita pun akan buat benda yg sama.
Moga Allah berkati orang tu..aamiin
Alhamdulillah..jumpa juga benda penting..biarpun hp hilang...
BalasPadamAlhamdulillah...walaupun terkilan hp hilang tapi takpe, at least kita tahu takde yang ambil kesempatan kat Mykad tu.
Padamsy pn ada dua ic sbb yang hilang jupe balik tp offcourse ler duit semua dah tak ada... hi3
BalasPadamsamalah tu Azi, ni kira untunglah ada yg sudi nak pulangkan ic...hihihi
Padamapa kabar hari ini, Nita?
BalasPadamkhabar baik zachflazz, cuma sekarang ni Si Aisyah kena demam campak (chicken pox)
PadamPatut bersukur nih kak, kerana masih ada orang yang baik
BalasPadambenar tu cik awi, k.nita bersyukur sangat kerana masih ada orang yang baik hati :)
Padamalhamdulillah... baiknya org tu... biasa kita jumpa yg x embik kisah je kan... ni siap tulis note lain...
BalasPadamerm.. betul tu ina, susah nak cari orang yang macam tu sekarang.
Padamsubhanallah, sungguh mulia orang itu..
BalasPadamBenar tu Lukman Hakim ^_^
Padam